Khamis, 9 Julai 2009

suara dakwah dari celah lorong maksiat...

oh sayang...

ikhlaskanlah hatimu...



untuk mencari redha Allah...



PULAU PINANG – last week saya bersama-sama sahabat lain telah melakukan tinjauan dan pemetaan lokasi bermasalah di pulau pinang.. kami bergerak di bawah pemantauan abg amir dari Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) dan Ustaz Kamaruddin Kassim dari Unit Gejala Sosial Negeri Kedah..



Tinjauan aktivis LANDAS di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan didapati ramai anak muda melayu terlibat dengan seks bebas, hidu gam, ketagihan arak jenis Thai Song, Thai Girl, Thai Siam, Song Kala, kumpulan black metal dan lain-lain..



Pihak aktivis LANDAS telah memulakan kerja lapangannya membuat pemetaan lokasi bermasalah untuk membantu negeri Pulau Pinang membendung gejala sosial daripada merebak lebih membarah lagi. Sukarelawan LANDAS akan bekerjasama mana-mana kerajaan negeri yang berminat untuk mengatasi gejala sosial dan mungkarat ini khususnya di kalangan anak muda melayu Islam. Pihak MAIPP telah memberikan komitmen untuk bersama menubuhkan Sekretariat Menagani Gejala Sosial peringkat negeri Pulau Pinang dengan melibatkan semua NGO Islam dan jabatan-jabatan kerajaan peringkat negeri Pulau Pinang.









di kompleks ini aktivis LANDAS menemui botol-botol arak, tin gam, kondom dan lain-lain aktiviti tidak bermoral. Temubu kami dengan perniaga melayu di kompleks ini 100 peratus anak muda melayu yang lepak di kawasan ini dengan melakukan kerja-kerja tidak sopan.



Di sebalik Tabir Latihan Gerak Masyarakat.... (kisah saya dan kerja saya...)

lillah minta maaf kepada pembaca-pembaca blog lillah yang bertanyakan tentang 'new entry' .. ada yang sms bertanyakan tentang 'bila nak post new article'.. lillah tak sempat nak balas sms tu.. lebih seminggu lillah terlibat dengan latihan gerak masyarakat... dan terlalu banyak perkara yang bermakna lillah lalui... alhamdulillah...



Pada saat jiwa ni tercari-cari sesuatu , Allah menemukan saya dengan PPM.. di sini saya dapat terlalu banyak yang yang saya perlukan.. yang terlalu bermakna.. yang tak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata… saya berharap di kesempatan yang ada ni, dapatlah saya memberi semula kepada adik-adik yang ada di sni seperti mana yang kakak abang pernah beri pada saya dulu….







masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.. sambil makan sambil diskusi apa tugasan yang perlu dilakukan.. Kita tak da banyak masa utk termenung, utk boring, utk malas.. kita ketandusan pendakwah yang bukan sekadar berceramah di dalam dewan atau di masjid tetapi pendakwah yang dakwahnya mengalir di celah-celah lorong gelap tempat anak-anak berzina, tempat anak-anak menghisap gam, tempat anak-anak mabuk dengan arak…





undercover... ada brother yang terpaksa berlakon konon-kononya mahu membeli video lucah.. terima kasih di atas lakonan berbakat tu.. maklumat yang sangat beharga... fuhh...memang mencabar iman....

kitorang muslimat pun jadi penyiasat jugak.. masuk celah bangunan terbiar buat rakaman video dan ambil gambar.. interview orang... paling tak dapat lupa ialah masa interview maknyah di malam hari... kami mencari maklumat sebanyak mungkin supaya dapat pemetaan yang lengkap..

so masuk la tempat yang memang menjadi lokasi (port) bermasalah...





ni karaoke jamban... (nama ni ust kamaruddin bagi...hehe)



ada tonto yang mengawal pusat-pusat hiburan ni.. so kami perlu berhati-hati..



ini fesyen punk.. punk, gothic, emo bukan sekadar fesyen tau... ada idealisme yang songsang di sebalik fesyen ni... dan ia mengugat akidah...



lillah yang berbaju pink.. sedang buat-buat tanya pada seorang adik yang ponteng sekolah.. di sebelah nya tu ada seorang pengkid bersama seorang gadis..



mantan PPM, saiful bersama iklan pelacur... banyak sangatlah iklan pelacur kat sini.. tak sanggup nak upload semua.. sangat-sangat banyakkkkk.... serius...





ada tempat tidur di celah sampah... milik siapakah? buat apakah di sini? jawablah sendiri..



banyak botol arak bersepah di sekitar kompleks dan di dalam kompleks..



cun nya... haram ya dik....



lillah ada buat slide show bertajuk 'kelakuan seks dan pornografi'.. SESIAPA YANG BERMINAT NAK TENGOK, BOLEH EMAIL minta pada lillah di kha_lillah@yahoo.com.sg



moga perkongsian ni bermanfaat... lillah buat slideshow ni free.. utk tujuan pendidikan (tarbiyyah& dakwah) .. dan ianya free...



REALITI HARI INI...

SAMA ADA ANDA SEDAR ATAU TIDAK...



BILA MAKSIAT DIANGGAP BIASA..

BILA BIBIT-BIBIT AWAL YANG MENGUNDANG ZINA DIANGGAP BIASA

APABILA ZINA DIANGGAP RINGAN...



YANG HARAM DIANGGAP HALAL...

WAJARKAH 'LADIES' NIGHT 18SX INI DIIKLANKAN?



MAKA TIDAK HAIRANLAH......

STATISTIK UNIT KERJA SOSIAL HOSPITAL SEBERANG JAYA :

Purata 6 KES anak luar nikah diterima SETIAP HARI
Purata 100 KES anak luar nikah diterima SEBULAN
95% adalah kes anak melayu……






oh sayang... marilah berdakwah bersamaku....







8 ulasan:

  1. salam...

    lillah....

    lama dah ikut blog lillah...

    rasa nak jumpa pemilik blog ni sendiri...

    agar ada cebisan mutiara kata dan hikmah yang boleh dikong si bersama...

    lillah...

    kalau ada masa...

    atau program yang memerlukan sukarelawan...

    panggil la saya sekali...InsyaAllah jika kelapangan saya akan pergi bersama anda semua...

    ni no saya 013-2772296

    lillah boleh msj saya bila-bila masa :) syukran

    BalasPadam
  2. lillah..

    subhanaALLAH.. smoga kita semua istiqamah di jalanNYA.

    amin2..

    kuatkan hati kami ya ALLAH, kuatkan langkah kami ya ALLAh, kuatkan iman kami ya ALLAH..

    demi agamaMU, demi syurgaMU di sana..

    to adik2 yang nk join..jgn segan2..jom!! kita tanam benih keimanan di sini.. merasai manisnya buah ketaqwaan.

    =')

    BalasPadam
  3. salam..ziarah dik..
    teruskan usaha..
    teruskan berbakti dan berjasa kpd ummat.

    dah lama akk tinggalkan PPM,
    namun kenangan bersama shbt2 PPM tetap sentiasa di hati..

    kakmija

    BalasPadam
  4. aduhai umat akhir zaman!

    -teruskan dakwah anti,semoga tabah dalam jalan ini..

    BalasPadam
  5. fairuz...

    daie nurture the seeds of today so that it might blossom into flowers of tomorrow...

    ;)

    BalasPadam
  6. wsalam puterinurzahra...

    lillah dah send msg ke nombor tu.. :)

    BalasPadam
  7. to azhar..

    moga kte sama2 istiqamah dlm memburu cinta Nya...

    :)

    BalasPadam
  8. to kak mija Zahratunnur..

    akk maila mlawat adik2 kat usm...

    hehe

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....