Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan

Selasa, 13 April 2010

tolong beritahu si dia...




Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia
tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih
milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada
keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap
cinta di kala cita-cita belum
terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti...


Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah,
bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.”


(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 2 April 2010

Akan terasa lebih mudah dan ringan jika semuanya kita cintai krn Allah



“Wanita itu adalah aurat (harus ditutupi), bila ia ia keluar dari rumahnya, maka syaitan akan mengesankannya begitu cantik (di mata lelaki yang bukan mahramnya).”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Orang-orang Arab mengungkapkan fenomena ini dengan berkata:


Setiap yang terlarang itu menarik (memikat).


Dahulu, tatkala hubungan antara anda dengannya terlarang dalam agama, maka syaitan berusaha sekuat tenaga untuk mengaburi pandangan dan akal anda, sehingga anda hanyut oleh badai asmara. Kerana anda hanyut dalam badai asmara haram, maka mata anda menjadi buta dan telinga anda menjadi tuli, sehingga andapun berkata:

Cinta itu buta.


Dalam pepatah arab dinyatakan:


Cintamu kepada sesuatu, menjadikanmu buta dan tuli.



Akan tetapi setelah hubungan antara anda berdua telah halal, maka spontan syaitan menyibuk dan berpaling tadah. Syaitan tidak lagi membentangkan tabir di mata anda, syaitan malah berusaha membendung badai asmara yang telah menggelora dalam jiwa anda. Saat itulah, anda mulai menemukan jati diri pasangan anda seperti apa adanya. Saat itu anda mulai menyedari bahawa hubungan dengan pasangan anda tidak hanya sebatas urusan paras wajah, kedudukan sosial, harta benda. Anda mulai menyedari bahawa hubungan suami-isteri ternyata lebih luas dari sekadar paras wajah atau kedudukan dan harta kekayaan. Terlebih lagi, syaitan telah berbalik arah, dan berusaha sekuat tenaga untuk memisahkan antara anda berdua dengan perceraian:



“Maka mereka mempelajari dari Harut dan Marut (nama dua setan) itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan (memisahkan) antara seorang (suami) dari istrinya.”
( Al Baqarah: 102)


Mungkin anda bertanya, lalu bagaimana saya harus bersikap?

Bersikaplah sewajarnya dan sentiasa gunakan naluri sihat dan hati nurani anda. Dengan demikian, tabir asmara tidak menjadikan pandangan anda kabur dan anda tidak mudah hanyut oleh bualan dusta dan janji-janji palsu.


Mungkin anda kembali bertanya: Bila demikian adanya, siapakah yang sebenarnya layak untuk mendapatkan cinta suci saya? Kepada siapakah saya harus menambatkan tali cinta saya?
Semaklah jawapannya dari Rasulullah saw bersabda:


“Biasanya, seorang wanita itu dinikahi karena empat alasan: karena harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan karena agamanya. Hendaknya engkau menikahi wanita yang taat beragama, niscaya engkau akan bahagia dan beruntung.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Dan pada hadis lain baginda bersabda:


“Bila ada seorang yang agama dan akhlaqnya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Bila tidak, niscaya akan terjadi kekacauan dan kerosakan besar di muka bumi.”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Cinta yang tumbuh kerana iman, amal soleh, dan akhlak yang mulia, akan sentiasa bersemi. Tidak akan lekang kerana sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana hujan, dan tidak akan putus walaupun ajal telah menjemput.



“Orang-orang yang (semasa di dunia) saling mencintai pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
(Qs. Az Zukhruf: 67)


Saudaraku! Cintailah kekasihmu kerana iman, amal soleh serta akhlaknya, agar cintamu abadi. Tidakkah anda mendambakan cinta yang senantiasa menghiasi dirimu walaupun anda telah masuk ke dalam alam kubur dan kelak dibangkitkan di hari kiamat? Tidakkah anda mengharapkan agar kekasihmu sentiasa setia dan mencintaimu walaupun engkau telah tua dan bahkan telah menghuni liang lahat?
Rasulullah saw bersabda:


“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, niscaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak diceburkan ke dalam kobaran api.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Saudaraku! hanya cinta yang bersemi kerana iman dan akhlak yang mulialah yang suci dan sejati. Cinta ini akan abadi, tak lekang diterpa angin atau sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana titisan air hujan.


Yahya bin Mu’az berkata:
“Cinta kerana Allah tidak akan bertambah hanya kerana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu, dan tidak akan berkurang kerana ia berlaku kasar kepadamu.”

Yang demikian itu kerana cinta anda tumbuh bersemi karena adanya iman, amal sholeh dan akhlaq mulia, sehingga bila iman orang yang anda cintai tidak bertambah, maka cinta andapun tidak akan bertambah. Dan sebaliknya, bila iman orang yang anda cintai berkurang, maka cinta andapun turut berkurang. Anda cinta kepadanya bukan kerana benda, pangkat kedudukan atau wajah yang rupawan, akan tetapi kerana ia beriman dan berakhlak mulia. Inilah cinta suci yang abadi saudaraku.


edit cut paste from Sweet oF iSlaM

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 30 Oktober 2009

DOSA bergambar dengan BUKAN MAHRAM....?


Soalan:

salam.. ada satu soalan..

1.apa hukum kalau lelaki dan wanita(yg bukan muhrim) bergambar berduaan dlm stu foto...

2.mcm mana nak elak.??- musykil2 tq

Jawapan :

w'salam.. {eh..macam ada 2 soalan la..takpe2..}

*sedikit kompius - lillah rasa maksud soalan ni ialah lelaki yang bukan mahram iaitu lelaki yang halal dinikahi..(^,~)v


1. hukum lelaki & wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu foto

a) Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita...

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan ustaz atau sesiapa sahaja.. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau nenek anda..

hal ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan hati-hati mereka yang terlibat.. boleh dari tak ada rasa apa-apa terus rasa macam2..
{syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. hukum mendekati zina itu haram}

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

b) Malu lah untuk buat dosa...

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]

c) Dosa membuat fitnah itu besar... jadi mengapa memfitnah diri sendiri?

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al-Baqarah : 191

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Al-Buruj : 10


2. cara mengelakkan..

1. jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. so orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..

2. imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..

3. tolaklah pelawaan dengan baik... minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. janganlah pulak lepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. hilang respect dia..

4. berdoalah... kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...

Wallahualam... moga membantu... (^,~)v

p/s : teringat masa zaman wajib ada formal dinner.. sebelum ke majlis tu, lillah akan inform kawan2 perempuan lillah yang lillah tak nak bergambar dengan lelaki bukan mahram.. (sambil tu nak nasihatkan mereka supaya janganlah buat macam tu).. dan bila sampai sana, tak adalah yang mengganggu sebab kawan2 akan membantu mengelakkan hal itu dari berlaku.. yang lelaki2 tu pun tak kecik hati sebab kawan lillah yang menolak, lillah diam aje (diam tanda stuju)... :p sekarang ni kalau habis je dinner, lillah akan jadi antara orang first cabut lari... pergilah toilet ke.. teman nenek merehatkan diri ke.. kemaskan barang di tempat lain ke.. berbuatlah apa sahaja untuk menyelamatkan diri.. Allah tahu niat kita.

Sabtu, 25 Julai 2009

lintah darat ke? pisau cukur ke? dracula ke?????


gelap pekat... pejam celik sama saje, still tak nampak apa-apa.. saya dan kawan saya terus bersembang sebelum kami terlena.. suara dia semakin perlahan. susah nak dengar maka saya merapatkan telinga ke kepalanya.. tiba-tiba lampu di luar bilik terbuka. saya dapat lihat wajah kawan saya ni.. rasanya dia menangis tadi ketika dalam gelap.. saya buat tak perasan dengan air yang sedikit bertakung di hujung matanya..

harapkan pagar, pagar makan padi
pisau cukur..
lintah darat...
hmmm
apa lagi gelaran yang sesuai untuk manusia yang sanggup mengambil kesempatan terhadap anak-anak yatim dan ibu tunggal?

Dracula kot yg paling sesuai.....


berat mata saya memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Kalau kita tak mampu nak menyenangkan orang lain, janganlah kita menyusahkan pula...
Kalau tak kerana yakin dengan syurga neraka, memang boleh gila dibuatnya...

takpa, manusia tak tahu tapi Allah tahu.. Allah tahu....
wahai manusia, buatlah sesuka hatimu, Allah akan mengadili setiap satu dengan seadil-adilnya...

I will not surrender!!!
neither give up!!!!!!!
Allah ada dan akan membela orang yang ikhlas untuk Dia!

Bekorban jiwa raga
ya Allah... :'-(
berilah perlindungan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini..
Selamatkanlah iman kami... selamatkanlah anak-anak kami... selamatkanlah harta kami..
hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap...


Pengajaran buat diriku...
saya memandang wajah kawan saya yang dah terlena...
saya kena kuat supaya dapat beri dia semangat...
kami kene kuat!

Menjadi mujahid menjadikan kita tidak punya masa rehat dan bersenang-senang..
Kerana kita meyakini kehadiran kita didunia ini untuk menjadi Khalifah yang memimpin dan Hamba yang sujud dan bersyukur...

Ya Allah.. izinkanlah diriku mati sebagai pembela golongan yang teraniaya.. pelindung kepada anak-anak yatim dan pendidik yang mengajar manusia mengenalMu...

Selasa, 3 Mac 2009

playboy oh playboy...

Soalan:
salam lillah.. I jus wanna ask your opinion.. hm.. how to start..
actually sy ni always nampak kawan2 sy menderita dipermainkan oleh lelaki..
so baru2 ni sy ditemukan dgn lelaki yg memang buaya ni.. dan sy terfikir utk permainkan dia sbb nak ajar dia supaya dia rasa sikit betapa sakitnya dipermainkan..
kemudian sy terfikir pula yg sy ni sama la mcm dia kalau sy permainkan dia..
tp sy geram betul pd dia. apa salahnya kalau saya ajar dia sikit kan..
what do u think lillah? :p

my comments:
w'salam awak.. :)
hehe...
soklan ttg playboy ni.. sebenarnya kan awak sy rasa awk cuma dengar cerita drpd sebelah pihak je.. jadi awak agak bias dalam menilai lelaki.. sebaik2nya sebelum kita membuat sesuatu andaian, kita perlu adil dalam menganalisis sesuatu perkara..
dalam kebanyakkan kes yg sy jumpa, mostly kawan2 kita selalu salah faham diantara 'lelaki yg charming & gentleman' dengan 'lelaki playboy'..

;)

lelaki yg charming ni selalu akan membuatkan kita gembira.. setiap kali terpandang dia, hati akan berbunga2.. rasa nak senyum2.. rasa bahagia.. sebab lelaki charming ni suka mengembirakan orang lain.. selalu nya mereka ni baik hati maka ramailah perempuan2 yang jatuh hati... auch!
hakikatnya lelaki tu cuma menganggap perempuan2 tu sebagai kawan biasa...

lelaki yang gentleman ni pun jenis baik hati.. cakap dengan perempuan pun soft jer.. tak suka sakitkan hati perempuan.. selalu beralah.. selalu membantu.. bersifat melindungi.. dan sikap yang sangat2 menyenangkan hati ni pun jugalah selalu membuatkan perempuan2 jatuh hati... aduhh!

lelaki yang playboy ni pulak yg memang memikat perempuan2 dan mahukan perempuan tu utk bergembira semata2.. dan akan meninggalkan perempuan tu dalam masa terdekat.. short term relationship..mereka akan pastikan yang mereka dapat memiliki perempuan yg mereka nak dan puaskan diri mereka.. just for fun.. sometime just utk show off pada lelaki lain.. saja nak bagi lelaki lain jeles... yang ni memang buaya darat..

tapi kan awak...
perempuan pun tak kurang juga yang playgirl.. simpan boyfren macam simpan spare tayar.. kononnya utk back up.. so kalau nak kata lelaki je jahat.. perempuan pun ramai gak yang jahat...

saya ada beberapa kali sembang2 dgn mereka2 yg digelar playboy..(kami bersembang as a fren.. so mereka agak telus dgn saya)
dari situ saya belajar yang lelaki juga merasa derita sama je macam perempuan rasa bila dikecewakan.. but mereka tak tunjukkan.. hehe.. nak jaga macho..
lelaki juga turut merasakan perasaan mabuk cinta bila dah jatuh hati..
lelaki juga nak kan long term relationship tapi dengan orang yang mereka rasa betul2 boleh stay dengan mereka untuk susah senang...

dan after sembang2 dgn mereka, saya tak setuju utk menganggap mereka playboy tetapi

1. mereka ni lelaki yg ada keistimewaan hinggakan ramai perempuan tertarik kpd mereka sedangkan mereka cuma nk kwn2 biasa je dgn perempuan2 tu

2. mereka ni mangsa keadaan.. bila perempuan dah desak2 mereka utk couple.. mereka berada dalam dilema.. bila mereka lari dari that girl, org mula menuduh mereka clash.. hakikat sebenarnya clash tu utk hbngan yg bertepuk dua belah tangan, bukannya sebelah tangan..

3. mereka ni lelaki yang mencari 'the one' dan dia tak jumpa lagi org yg benar2 special yg dpt mengikat hati dia.. so walaupun dia ada ramai keliling dia, dia still tertinjau2 perempuan lain..

4. dia suka bermain2 dengan perasaan perempuan.. suka bagi lagu2 jiwang.. bagi hadiah2.. bagi apa2 yg boleh membuatkan perasaan perempuan berbunga2 la.. kadang2 lelaki ni mahu dianggap open minded dan romantik.. so dia wat centu..dan lagu/hadiah etc tu sebenarnya just for fun..kadang2 dia bermain2 utk melihat respon perempuan tu.. bila dgn cepat perempuan tu cair, mulalah dia akan mempergunakan perempuan tu sbg tempat melepas bosan atau dia terus meninggalkan perempuan tu..
make it simple.. mereka ni nk main2 jer tapi perempuan ingat deorang serius..

5. perempuan pun satu hal.. mudah sangat terperasan atau syok sendiri.. bila ada lelaki bagi pinjam barang atau tolong apa2, mulalah dia terasa lelaki tu suka pada dia, sedangkan sebenarnya dengan semua orang lelaki tu suka menolong..

6. kadang2 kita tengok macam lelaki yg bersalah bila meninggalkan perempuan.. tapi bila tanya sendiri pada lelaki tu.. mereka boleh beri sebab yang kukuh mengapa mereka tinggalkan perempuan tu.. so, kalau mereka dah pun dah berfikir sebelum bertindak.. dan apa yg mereka fikirkan tu betul.. mereka ni bukanlah playboy sekalipun break up beratus kali.. mereka ni adalah 'yang berusaha & tak putus asa'..

sebagai seorang perempuan, yg sy bole nasihatkan ialah..
sebelum menerima seseorang di hati ..
1. pastikan kita tak terima dia kerana kesian...
2. jgn percaya mereka 100%.. sebab mereka ni makhluk yg cenderung utk menipu.. sekalipun dah berkahwin, dah beranak ramai.. janganlah percaya sepenuhnya..
(ni lelaki yg pesan pada saya)

sebagai seorang manusia, yg sy bole nasihatkan ialah..
bila clash, rasanya sakit.. tapi ingat lah:
1. mungkin ini kifarat dosa kerana kelalaian dalam cintan cintun
2. Allah nak tingkatkan darjat hambaNya.. sebab masa sedih baru la nak ingat Allah..
3. siapa la kita ni nak hukum orang lain.. Allah je yang boleh menghukum.. so sekalipun kita tau org tu player yg mantap.. biar Allah yang ajar dia, bukan kita.. sebab kita tak tahu hati dia.. silap2 kita ni jauh lebih teruk dari dia sebab bersangka buruk sedangkan dia tak seperti yang kita sangka..
4. Allah nak gantikan yg lebih baik.. sabarlah ... yakin dengan janji Allah yg kita semua dah ditetapkan rezeki, jodoh dan maut...

sebagai seorang sahabat... sy nasihatkan..
usah mengaku 'suka' andai belum bersedia.. jadilah org yg bertanggungjawab dalam segala tindakan.. usah mengikat sebelum terikat.. hargailah setiap detik dan saat kerana kita akan melalui semua fasa kehidupan (kalau tak mati awal la..)
sekarang single.. lepas ni double.. then triplet dan seterusnya akan single balik(dlm kubur)
so.. aprreciate every moment.. jgn terburu2 sbb nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. enjoy your life!

simpanlah 'suka' tu hingga kita betul2 bersedia dan dia betul2 bersedia.. sbb kalau memulakan langkah sebelum bersedia samalah bersedia untuk terjatuh..

wallahua'lam...

Isnin, 29 Disember 2008

Kelakian Lelaki..?

Tertarik dengan sebuah artikel dari sebuah majalah yang ditulis oleh seorang lelaki Pahrol Mohamad Juoi tentang lelaki. Suatu perspektif yang menarik.. Yang ni copy dari majalah Anis Oct 2002 (koleksi kepunyaan emak yang bakal di recycle)

Wajahnya berkerut. Matanya agak merah. Entah kerana marah, entah kerana sedih, saya tidak pasti. Tetapi jelas lelaki di hadapan saya ini rasa tercabar kewibawaannya.

“Bayangkan… seolah-olah kita ni semua nak dianggap semacam haruan. Haruan makan anak!”

“Biasalah begitu. Orang kekadang terlalu sentiment. Segelintir lelaki yang salah, semua lelaki terhukum,”ujar saya.

Saya senyum. Lucu pula. Takut kata-katanya disalah anggap. Mujur tidak ada orang lain berhampiran kami.

“Bersabar bila tercabar itulah lelaki sebenar,”kata saya pendek.

“Apa mereka tu ingat wanita boleh hidup tanpa lelaki?”

“Eh, mana boleh… tapi bolehkah kita pula hidup tanpa wanita?”

Dia terdiam.

“Di mana sebenarnya kelakian lelaki?” tanyanya terus terang. Saya tersenyum lagi.

“sebelum saya menjawab, setujukah kalau dikatakan lelaki berbeza dengan wanita?” jawab saya dengan satu pertanyaan.

“Sudah tentu.. dari segi fizikal, kita lebih tegap dan gagah…”

“bukan itu sahaja… Dari segi dalaman pun kita berbeza. Jiwa, perasaan dan pemikiran lelaki berbeza dengan wanita. Apakah ini satu diskriminasi?” jolok saya lagi.

“Tuhan yang menjadikan manusia Maha Pengasih. Tak kan begitu…”

“Betul, cakap awak. Perbezaan itu bukan satu diskriminasi…. Tetapi perbezaan itu disebabkan perbezaan peranan dan tugasan. Macam berbezanya jari tangan, masing-masing ada peranan. Begitulah lelaki dan wanita…”

“Awak belum jawab soalan di mana kelakian lelaki?” katanya mengingatkan.

“Kelakian lelaki terletak pada keberkesanannya melaksanakan peranannya yang unik dan tersendiri.”

“Maksud awak?”

“Memimpin wanita! Lelaki adalah pemimpin wanita. Itu adalah peranan yang tidak boleh di ambil alih wanita,” jawab saya.

“Tetapi sekarang dah ramai wanita yang memimpin lelaki. Ramai pengarah, pengurus dan bos di kalangan wanita. Dah jadi menteri pun ada… macam mana ni? Dan awak tengoklah ramai wanita yang tak boleh terima kepimpinan lelaki,” keluhnya.

“kepimpinan yang saya maksudkan bukan kepimpinan di bidang-bidang kehidupan. Dalam soal tu, siapa yang lebih ahli dan pakar, dialah pemimpin, tak kira lelaki atau wanita.Misalnya dalam bidang teknologi, jika ada wanita yang lebih pakar dalam bidang tu, dialah yang layak memimpin bidang tu. Nabi pernah bersabda, maksudnya jika sesuatu pekerjaan diserahkan kepada bukan ‘ahlinya’ maka tunggulah saat kehancurannya.”jelas saya.

Saya menyambung lagi. “Yang saya maksudkan ialah kepimpinan dalam satu institusi yang sangat penting. Itu mesti dipegang oleh lelaki. Institusi itu adalah nucleus kepada segala-galanya. Ia nadi. Benteng utama kepada keselamatan masyarakat dan Negara. ”

“maksud awak?”

“Institusi keluarga. Lelaki adalah pemimpin seluruh anggota keluarga. Dia pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Tak kira, sekalipun wanita itu seorang Perdana Menteri tetapi dalam keluarganya dia tetap pengikut kepada suaminya…”

“Kelakian kita terletak di situ?”

“Ya. Sejauh mana kita mampu memimpin seluruh anggota keluarga kita. Dan untuk memimpin, kita perlu ada kelebihan….”

“Sebab itu nabi Adam dijadikan terlebih dahulu daripada Hawa agaknya, ya?”

Terasa semacam menyimpang pula butiran perbualannya.

“Peristiwa itu bukan hanya signifikan dari segi masa… tetapi maksud ‘dahulu’ itu adalah ‘di hadapan’. Kaum adam di hadapan dari segi kejiwaan, pemikiran , seterusnya membuat pertimbangan dan keputusan. Untuk memimpin, lelaki mesti di hadapan dari segi kestabilan jiwa, kemantapan akal dan ketenangan perasaan. ”

“kata orang lelaki lebih rasional daripada wanita, kan?”

“Hanya lelaki yang benar-benar lelaki….”

“Apa rahsia kelakian kita, opss… maksud saya rahsia kejayaan dalam kepimpinan kita?”

Saya senyum melihat dia tersenyum.

“Sejauh mana kita berjaya memimpin diri kita sendiri. Itu kunci utama kepimpinan. Dan sejauh mana kita berjaya memimpin diri terletak pula pada sejauh mana kita berjaya memimpin hati,akal, perasaan dan nafsu kita.”

“Kata orang, lelaki memiliki 9 akal 1 nafsu manakala wanita memiliki 9 nafsu 1 akal. Betul ke?”

“Tu saya tak pasti. Tetapi yang pasti akal adalah pemimpin nafsu. Kalau benar nafsu lelaki Cuma 1, kenapa akal yang 9 tu tak mampu memimpinnya? Kenapa ramai lelaki yang tak jadi lelaki? Maksud saya kalah pada hasutan nafsunya?”

Keningnya berkerut.

“Sebab…. Tak cukup hanya dengan memiliki, tetapi mestilah digunakan. Akal lelaki yang 9 tak berguna kalau tidak digunakan. Sebaliknya nafsu yang 1 tu dibiarkan bermaharajalela. Itulah sebab ada hukama berkata ada akal tapi tak berakal. ”

Lelaki di hadapan saya mula berfikir. Mungkin akalnya mula mendominasi emosinya yang meluap-luap di awal perbualan tadi.

Melihat itu saya terangsang untuk terus ‘mengusik’ mindanya.

“jadi sebenarnya siapakah yang menjatuhkan kelakian lelaki?”

“Lelaki,” jawabnya pantas.

“lelaki yang bukan lelaki!” tambah saya.

“Janganlah risau sangat. Jangan sedih kalau kita tidak dihargai, tetapi sedihlah kalau benar kita tidak mampu menjadikan diri kita beharga.”pujuk saya.

Masalah peribadi yang diceritakan pada saya sebelum ini seolah-olah sudah terungkai. Mudah-mudahan ‘kelakian’nya yang diragukan sejak awal tadi telah kembali!

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....