Jumaat, 24 April 2009

bila 'si dia' kesayangan menjadi milik org lain.. :'-(



  • menyayangi x semestinya memiliki..
kita sringkali menyangka dgn memiliki org yg kita sayang, kita & dia akan sama2 bahagia..
hakikatnya mungkin kita bukanlah orang terbaik yang dapat membahagiakan orang kesayangan kita..dia pun mungkin bukanlah org yg tepat yg betul2 dpt membahagiakan kita..

so Allah jauh-jauhkan kita dari dia.. mungkin si pengganti tmpt dia & tmpat kita tu yang dapat membahagiakan dia & kita.. sebab kita tak tahu apa yg akan blaku esok, lusa & akan dtg...

  • biarkan ia pergi...
apabila kita membenci, kitalah yg sebenarnya lebih tersiksa..
apabila kita menyayangi, kitalah yg sebenarnya lebih bahagia..

ramai org lain yg turut merasai 'kehilangan' seperti yg kita pernah rasa.. dan ramai org yg boleh terus meneruskan hidup seprti biasa.. ramai juga yg hidupnya menjadi bertambah bahagia, bertambah ceria & lebih bermakna selps mengalami 'kehilangan' tersebut..


  • bagaimanakah hendak menjadi spt mereka?


1. maafkan mereka yg menyakiti anda..


ye, memang pahit..
nak mengenali seseorang mengambil masa mungkin beberapa tahun..
tetapi nak melupakan seseorang mengambil masa seumur hidup..

bila kita teringat je pada mereka cpt2 ckap pada diri sendiri
"Ya Allah, aku dah maafkan dia.. it's ok..." .

ulang2 kata-kata ni supaya kita redha..
maybe mula2 tu kita akan selalu menangis, tak lena tidur, tak lalu makan minum etc.. takpe... take your time... setiap luka perlukan masa utk sembuh...


2. beralihlah..

start a new life..

bahagiakan org2 yg sayangkan anda..
kita akan rasa useless (x berguna) bila kita rasa x da siapa sayangkan kita.. atau bila kita rasa org yg kita sayang mensia2kan kita.. atau bila kita rasa org lain bahagia, sedangkan kita sengsara..

jika itulah yg anda rasa..
berubahlah..

kalau sblm ni kita ada si dia sbg pendengar setia, beralihlah kpd menjadi pendengar setia kpd org2 sekeliling kita..
kalau sblm ini kita ada si dia sbg pengubat duka lara kita, beralihlah kpd menjadi pengubat kpd org2 sekeliling kita..
kalau dulu kita ada dia sebg pelengkap diri kita, beralihlah menjadi pelengkap kpd org2 sekeliling kita..

pada masa itu, kita akan rasa lebih beharga & bersyukur..
kerana pada masa itu terlalu ramai yg akan takut kehilangan kita & mahu menjaga kita dgn baik.. insya'Allah... :'-)


3. bersangka baik dgn Allah..

kita kehilangan org yg kita sayang tak bermakna takde org lain yg akan sayngkn kita..
moga2 kita akan dapt yg jauh berganda2 sayangkn kita & lbh menghargai kita..
amin..

walaupun hati kita pernah ada insan lain sblm ini, tu tak bermakna hati kita lepas ni tak boleh terima org yg baru..

masa hati tgh sakit memg la macam susah nk terima pengganti tu.. tapi bila Allah dah temukan dgn yg memang benar2 dapat menyentuh hati kita, masa tu mulut kata 'NO!!' tapi hati kata 'YES 3x !!'


45858itkef51mr1.gif

646378xb7pmu4huz.gif

setiap org Allah dh tetapkan rezki, jodoh & maut..

Anda seorg yg baik... teruskan menjadi org yg baik.. insya'Allah akn d temukan dgn pemilik hati yg baik...amin..

wallahua'lam..

Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungghuhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar 39:53)




13 ulasan:

  1. doa kuatkan hati dan doa di percepatkan jodoh yang terbaik untuk diri.

    Kaut ilmu sebanyak2 nya. Dan juga jangan lupa tambah iman di dada dengan beribadat dan berzikir kepadaNYA.

    Yes..kdg2 teringat. Tapi biarlah ia berlalu spt angin. Sekejap je tue. Kitakan perempuan.. ALLAH jadikan kita seorang yang kuat. InsyaALLAH.

    Carilah penganti yang baru. Takper.. kita kan prempuan, No problem. Sbb once kita jadi isteri org..smua kenangan lalu akan jadi cerita lucu dan manis. Lain lelaki. Jadilah isteri yang solehah dan taat k.

    Itu sahaja..

    BalasPadam
  2. memang susah nk hilangkan seseorg yg dah dalam hati kita.tapi kita jgn lupa, Allah yg pegang hati kita, hati setiap hamba2nya. bila2 masa Dia boleh hilangkan perasaan tu, dan bila2 masa juga Dia boleh datangkan perasaan tu, pada siapa pun yg dia nak.

    jadi dalam apa jua yg kita buat, inginkan, mahukan, biarlah semata2 kerana Allah. selalulah berdoa padaNya..Allah kan sangat sayangkan hamba2Nya yg selalu ingat pada Dia. jadi kita kena lah selalu igt pada Dia.

    insyaAllah

    :p

    sayang cikmot jugak..

    BalasPadam
  3. Lillah.. hampir semua pesanan Lillah sama dengan pesanan bestfriend Yati.. kadang2 seperti rasa nak mencari pengganti.. tapi belum tiba masanya kot.. insyaAllah buat masa ini, semoga Allah je la yang ubati hati yang terluka disebabkan dia.. insyaAllah semoga Allah sentiasa melindungi kita..

    BalasPadam
  4. terima kasih cik lillah....

    BalasPadam
  5. khas buat sidia

    ungu ( seperti yang dulu )

    Tiada guna kau kembali
    Mengisi ruang hati ini
    Semuanya telah berlalu
    Bersama luka aku

    Semua yang telah berlalu
    Antara hatiku dan hatimu
    Takkan ada cinta
    Seperti yang dulu

    Tiada guna kau berjanji
    Untuk setia menemani
    Hatiku yang telah terluka
    Karena dustamu

    Semua yang telah berakhir
    Antara diriku dan dirimu
    Takkan ada yang rindu
    Seperti Yang dulu

    BalasPadam
  6. naseebah (asfal awliya')25 April 2009 8:15 PTG

    huhu....dah curi artikel ni masuk web akak...www.remajaok.com.. semoga hati ini tabah menyapa setiap desir angin yang berlalu..Allah pasti punya cara untuk menata hati yg rapuh seperti hati ini...

    BalasPadam
  7. amik ajelah kak ceebah...

    pengalaman mengubat hati ni beharga..

    sama2 kita share... :p

    BalasPadam
  8. ha.. baru perasan.. byk anonymous ats tu.. tp org yg lain2.. :p

    see.. kita x sorag2.. ramai org merasai pengalaman ni..

    so beralihlah kpd hidup yg lbh bemakna.. :D

    BalasPadam
  9. salam...

    Jangan dikesal dengan sebuah pertemuan kerana tanpa pertemuan kita tak akan mengenali seseorang dan jangan dikesalkan dengan apa yang terjadi kerana sememangnya banyak kemungkinan yang seharusnya kita tempuh dalam hidup yang singkat ini.

    Tiada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan temannya dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahan dengannya. Semoga ukhwah yang terbina dimulai dengan Bismillah ini dan ianya juga disudahi dengan Innnalilahiwainnailai hiroji’un.

    wallahua'lam..

    BalasPadam
  10. memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    dapat menjadi penilai yg baik.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
    sentiasa mengharapkan pertolongan
    ALLAH.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS
    UNTUK DIRI KITA.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
    PENYAYANG kerana mengingatkan kita
    bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
    untuk kita dan kehidupan kita pada
    masa depan...

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    dapat mengutip pengalaman yg tak semua
    orang berpeluang untuk mengalaminya.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita jadi
    MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
    HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
    SELAMANYA KEKAL.

    BalasPadam
  11. "..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[al-Baqarah 2:216]

    BalasPadam
  12. ya.. 2:216 =)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....