Rabu, 15 Julai 2009

benci & sayang kerana Allah?



seandainya terdapat rasa benci atau sayang di dalam hatimu kepada seseorang...
maka periksalah ia dengan teliti..
tanyalah pada dirimu : adakah rasa benci atau sayang itu hadir berlandaskan Al-Quran dan Hadis?
seandainya rasa benci itu hadir berlandaskan Al-Quran dan hadis.. Alhamdulillah.. tahniah! kerana tu maknanya kita sudah membuat sesuatu menurut perintah Allah dan Rasulullah saw..

tetapi.. seandainya rasa benci yang hadir tu bukanlah berlandaskan Al-Quran dan hadis.. sebaliknya mungkin kerana kelemahan, keegoan dan kedegilan kita sendiri.. ketahuilah bahawa kita sedang mengikut hawa nafsu kita...

sayang seribu kali sayang.. seorang sahabat menegur kita lantaran kelemahan diri kita.. kita naik marah dan membenci si dia.. sedangkan kita tahu apa yang dilakukan sahabat kita tu betul..
sayang sungguh... sayang kerana kita membenci orang yang menyayangi kita...

maka...
kembalilah kepada Allah.. jadikanlah taubat sebagai sebahagian dari diri kita.. amalan harian kita.. Rasulullah saw sendiri yang maksum pun beristigfar 100 kali sehari... apatah lagi kita ni yang banyak berdosa ni.... patutnya kene lagi banyak beristigfar..

mohonlah pada Allah supaya hati kita dilembutkan.. dan dibukakan hati kita ni untuk mengasihi orang-orang yang beriman...

bersikaplah dengan sikap yang kita nak orang yang kita sayang buat pada kita.. supaya kita disayangi..


tetapi pastikan perbuatan tu berlandaskan Al-Quran dan Hadis..
jika Al-Quran dan Hadis membenarkan sesuatu tu, kita kene membenarkan ia walaupun rasa sangat-sangat benci perkara tu...
dan jika Al-Quran dan Hadis membenci sesuatu, kita kene membenci perkara tu walaupun kita sangat-sangat suka perkara tu...

kesimpulannya... sayangilah dan bencilah sesuai dengan kehendak Allah dan Rasulullah saw...

seandainya kita mengasihi seseorang sedangkan Al-Quran dan hadis membencinya, maka kita telah mengikuti hawa nafsu kita...

dalam surah Shaad :38, Allah berfirman :
"Hai Daud,
sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi,
maka berilah keputusan di antara manusia
dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah
akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan."

2 ulasan:

  1. Nice artikel lillah.

    Nk sharing satu rasa hati.

    Org sangat2 sayangkan adik2 org. Jika ada salah sorang susah atau sakit, hati ini tidak tenang sama sekali. Entah ada rasa macam itu. Tambah2 lagi jika amarahnya kerana diri ini yang menegurnya. Ya ALLAH tak tahu nk kemana, kri tak leh, kanan tak boleh.. hnya kepada NYA mengharap agar di buka pintu hati - menerima teguran dari kakak ini.

    Kadang-kadang rasa mahu merancang bukan untuk diri sndiri tapi sekali untuk keluarga juga. Tidak mahu meninggalkan keluarga. Mahu mereka gembira dan senang. Xdak mahu dgr ada yang susah.

    Rasa sayang itu bersulam dengan marah. Kita marah kerana sayang dia jgn jadi teruk. Tapi yang paling sedih jika marah kita di salah sangka. Aduihh.. x tahu bagaimana hati ini berkecai jika dia melawan kata kita.

    PErnah terfikir untuk meninggal jika ia memberi impact yang baik kepada adik-adik orang. Kerana sedih sangat rasa di hati mahu fikir yang bukan2.

    Tapi org tahu, adik2 org baik dan soleh/solehah semuanya. Mungkin mereka masih mencari dan muda dalam menjalani dunia yang tua ini. Kita tak perlu nk pantau everthing.. dia akan jatuh bangun sendiri. Biarlah ia merangkak, berjalan sendiri dan seterusnya belajar berlari sendiri..

    Harap diri ini menjadi contoh yang baik kepada adik2 ku.. peliharalah mereka ya ALLAH dunia dan akhirat.

    :-') sayang kat adik2 PPM jugak.
    Jaga diri baik2 ye..

    BalasPadam
  2. sayang kat fairuz...
    jaga diri baik2 ye.. huhu

    :-)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....