Cinta itu anugerah Allah, beruntunglah manusia yang mempunyai cinta di dalam hatinya.
Cinta suci itu adalah cinta yang lahir di jiwa yang subur imannya. Cinta suci itu tercipta untuk membahagiakan pemiliknya dan yang menerimanya. Cinta dusta itu pula tercipta untuk menyakiti pemiliknya dan yang menerimanya. Peliharalah cinta di dalam hatimu supaya cinta itu membawamu meniti ke syurga-Nya...
Subhanallah dan Alhamdulillah...
Allah menumbuhkan rasa cinta di dalam sanubari ini terhadap kerjaya yang diceburi. Kini saya bekerja bukanlah sekadar untuk mencari sesuap rezeki sebaliknya adalah kerana cinta yang semakin mekar di sanubari ini.
Allah Maha Penyayang. Ketika kita mahukan sesuatu, kita berharap dan berusaha. Namun Allah tidak memberinya kepada kita apabila Allah mengetahui bahawa ianya tidak baik untuk kita. Apabila keadaan dan masanya sudah sesuai, dirasakan hamba-Nya yang lemah ini sudah bersedia, barulah Allah akan memperkenankan keinginan hamba-Nya. Adakalanya apa yang diberikan Allah tidak seperti yang hambaNya pinta kerana Allah memberikan yang jauh lebih baik dari doa hambaNya. Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Berkuasa.
Saya masih ingat beberapa bulan yang lepas, saya meninjau beberapa rumah kosong. Ada sesetengahnya begitu menarik hati saya. Saya sudah jatuh hati kepada rumah tersebut. Jiwa mahu lekas pindah dan tidak sabar-sabar mahu berumah baru. Namun Allah menahan kehendak hati. Mulanya jiwa alpa ini memberontak dan akhirnya mengaku kalah kepada kuasa Allah. Jiwa ini kembali tenang setelah bermuhasabah. Niat perlu betul. Sebagai seorang anak perempuan, memilih untuk melangkah keluar dari rumah ayah bonda bukanlah semudah bermalam di hotel.
Apabila Allah berkehendak, segalanya menjadi mudah.. Subhanallah.. Sebelum raya lepas, saya terpaksa berpindah keluar dari rumah secara mengejut. Dalam masa kurang 24 jam, saya akhirnya mendapat rumah baru yang sangat selesa dan cantik! Lebih cantik berbanding rumah-rumah yang saya pernah lihat sebelum ini. Mungkin istilah 'cantik' di mata saya tidaklah 'cantik' di mata anda. Saya tidak mengharapkan sebuah kediaman yang mewah dan lengkap serba serbi. Apa yang saya harapkan cumalah sebuah tempat yang dapat memberi ketenangan dan dapat membuatkan saya teringatkan Allah...
Ini bilik saya. Bukan bilik tidur. Kalau nak tidur pun boleh je. Bilik ni masih dalam proses make over. Rumah ni ada 3 bilik. Bilik yang paling besar saya jadikan library. Bilik kecil saya jadikan surau. Bilik sederhana untuk saya berehat. :) Ruang tamu pula untuk kelas tuisyen... Rumah ni masih dalam sesi makeover...
Ini anak sepupu saya. Senang jaga budak ni, letak je. Dia baru pandai meniarap jadi barang-barang saya masih selamat. Tak lama lagi kalau dah laju merangkak, memang semua barang kena susun tempat tinggi.
Adik-adik tiri saya beli aiskrim dan terjatuhkan dried ice dalam sinki. Apalagi... Menarik kan. Saya suka apabila dapur emak menjadi makmal sains. :) Budak-budak lebih cepat memahami konsep sains melalui eksperimen.
Junior, Omeyy dan Kitty..
Sama color dengan carpet..
Kitty kucing betina, jadi dia berminat dengan handbag wanita.
Abdul : Cikgu, lepas saya pindah nanti kita boleh jumpa lagi? :(
Saya : Tak boleh lah jumpa. Kan dah jauh. Abdul mintalah emak cari tusyen lain di sana. :)
Abdul : Kita dah tak dapat jumpa samapai bila-bila?!! :((
Saya : Eh, boleh-boleh. Raya datang lah rumah saya. :0
Abdul : Nanti saya call cikgu sebelum datang. :)
P/s: sedih nak berpisah.. kelas personal coach selalu memberi kesan yang mendalam di hati saya. :'(
Makan-makan untuk group 1 di kelas tuisyen. Group 2 open house di rumah mak..
Disebabkan saya demam, adik saya tolong bersihkan rumah termasuk cuci toilet dan uruskan segala makan minum murid-murid ni. mana nak cari adik baik macam ni? :'(
Alhamdulillah... Seronok bila tengok peningkatan prestasi anak murid... Seronok bila dapat habiskan silibus awal... Seronok bila dapat meraikan kejayaan mereka... Alhamdulillah...
Cinta itu bagaikan warna-warna pelangi. Indah. Bewarna-warni. Keindahan itu hadir selepas hujan reda. Maka kita hendaklah bersabar dan terus bersabar semasa hujan turun sekiranya kita ingin melihat pelangi yang indah.
:)
InshaAllah....
Sangat terharu dengan perjuangan sahabat di sana..walau kita tidak bersua...tapi hati tetap bersama (^_^)
BalasPadam