Jumaat, 30 Oktober 2009

DOSA bergambar dengan BUKAN MAHRAM....?


Soalan:

salam.. ada satu soalan..

1.apa hukum kalau lelaki dan wanita(yg bukan muhrim) bergambar berduaan dlm stu foto...

2.mcm mana nak elak.??- musykil2 tq

Jawapan :

w'salam.. {eh..macam ada 2 soalan la..takpe2..}

*sedikit kompius - lillah rasa maksud soalan ni ialah lelaki yang bukan mahram iaitu lelaki yang halal dinikahi..(^,~)v


1. hukum lelaki & wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu foto

a) Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita...

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan ustaz atau sesiapa sahaja.. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau nenek anda..

hal ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan hati-hati mereka yang terlibat.. boleh dari tak ada rasa apa-apa terus rasa macam2..
{syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. hukum mendekati zina itu haram}

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

b) Malu lah untuk buat dosa...

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]

c) Dosa membuat fitnah itu besar... jadi mengapa memfitnah diri sendiri?

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al-Baqarah : 191

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Al-Buruj : 10


2. cara mengelakkan..

1. jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. so orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..

2. imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..

3. tolaklah pelawaan dengan baik... minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. janganlah pulak lepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. hilang respect dia..

4. berdoalah... kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...

Wallahualam... moga membantu... (^,~)v

p/s : teringat masa zaman wajib ada formal dinner.. sebelum ke majlis tu, lillah akan inform kawan2 perempuan lillah yang lillah tak nak bergambar dengan lelaki bukan mahram.. (sambil tu nak nasihatkan mereka supaya janganlah buat macam tu).. dan bila sampai sana, tak adalah yang mengganggu sebab kawan2 akan membantu mengelakkan hal itu dari berlaku.. yang lelaki2 tu pun tak kecik hati sebab kawan lillah yang menolak, lillah diam aje (diam tanda stuju)... :p sekarang ni kalau habis je dinner, lillah akan jadi antara orang first cabut lari... pergilah toilet ke.. teman nenek merehatkan diri ke.. kemaskan barang di tempat lain ke.. berbuatlah apa sahaja untuk menyelamatkan diri.. Allah tahu niat kita.

14 ulasan:

  1. hmm.. nak tanya pendapat.
    kalau ada perempuan tu dia nak ambik gambar dengan kita. (bukan kita nak)?

    BalasPadam
  2. anda berhak menolak demi mengelakkan fitnah.... berusahalah menyelamatkan diri dari fitnah... moga dipermudahkanNya...

    p/s : gambar yang orang lain ambil curi-curi, tu bukan salah kita seandainya kita dah berusaha mengelak...

    BalasPadam
  3. artikel yg baik alhamdulillah...

    teruskan menulis... :)

    p/s:jom usaha elak dari mbuat perkara yg Allah tak suka...

    BalasPadam
  4. bekata benar itu pahit... tetapi bimbang jika tidak dilafazkan mungkin tiada lagi kesempatan itu selepas ini...

    moga bermanfaat dunia akhirat utk semua yg membacanya...amin

    BalasPadam
  5. insyaALLAH inilah perjuangan. Kita berjuang untuk menghindarkan diri kita dari terjerumus dari maksiat.
    InsyaALLAH tunjukkan wajah yang tegas. InsyaALLAH semoga ALLAH melindungi kalian dri fitnah..

    amin2.

    BalasPadam
  6. menjadi org yg tegas dlm memegang syariat Allah ni seringkali membuatkn kita seperti menggenggam bara api...

    mempraktikkan tidaklah semudah melafazkan...

    disitulah tampak nilai takwa yg membezakan antara org yg taat atau tidak...

    BalasPadam
  7. macam mana pula kalau bergambar dengan ramai ramai , sebagai contoh gambar kelas ?

    BalasPadam
  8. macam mana pula kalau bergambar dengan ramai ramai , sebagai contoh gambar kelas ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila bergaul jer dgn lain jantina itulah ikhtilat...tpi ikhtilat yg diharuskan byk prkara ...dan disimpulkan bergambar nhn laki krna sbagai kenangan rakan2 sekelas adalah ikhtilat yg diharuskan kerna menjafi kebiasaan/budaya...macam hari raya..tpi prlulah menjaga etika pergaulan..waAllahualam

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Adakah berdosa seorang wanita jika gambarnya disimpan oleh lelaki yang bukan mahramnya?

    BalasPadam
  11. apa hukumnya kalau isteri bergambar dengan kawan-kawan sepejabat contohnya 6 org...3 lelaki dan 3 perempuan tetapi dgn cara susunan perempuan dihadapan dan lelaki dibelakang

    BalasPadam
  12. Salahkan saya marah suami sy,dia ambik gambar dengan sepupu dia yang sudah janda.berdua
    .

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....