Begitu hinakah sebiji kelapa yang sudah ditebuk tupai? Tidak… kelapa itu tidak hina.. tupai itu juga tidak bersalah.. perumpamaan itu diguna pakai untuk menggambarkan perempuan yang sudah hilang daranya.. hinakah perempuan yang memakai status kelapa yang sudah ditebuk tupai?
“Kalau dahulu yang bertudung litup tu insya’Allah selamat… sekarang ni, err.. tak berani nak bagi ‘guarantee’…” ucap seorang teman.
“aku takut nak cari bini.. takut tersalah pilih… kang kalau dah kantoi.. ish, menyesal tak sudah!!” rungutnya lagi.
Wajah saya berkerut. Dua orang lagi kawan yang menemani saya hanya diam membisu.
“Siapa yang kantoi?? Awak terkantoi?? Nauzzubillah…”saya meletakkan tangan di meja.
Mukanya berubah menjadi merah.
“bukan!! Ish.. maksud aku… kalau dah kahwin baru tau bini tu tak suci, tak ke nahas…!” terang lelaki itu.
Saya ketawa melihat mukanya yang panik.
“tenang-tenang… janganlah cakap kuat-kuat.. habis semua orang pandang sini..”pujuk saya.Kelihatan mata-mata lain memerhatikan kami dari jauh. Saya tunduk dan meneguk teh ais sambil tersenyum. Dia ikut sama meneguk teh ais.
“hum.. kalaupun bini tu dah tak dara… tapi dia dah bertaubat.. ‘okeyl’ah tu..”sambung saya lagi.
“apa yang ‘okey’ nya??”sambung dia pula.
“ ‘okay’ ‘means’ tak ada masalah.. sebab apa yang penting dia dah bertaubat..”terang saya lagi.
“apa yang ‘okey’ nya? Dia dah jadi bekas orang lain.. geli.. jijik.. hina!”dia memaki.
Wajah saya mula serius..
“awak ni.. awak mesti nak kahwin dengan perempuan yang baik kan…?” soal saya. Dia diam.. diam tanda setuju!
“Adakah ukuran perempuan yang baik tu terletak pada dara dia??” soal saya lagi.
“mestilah.. siapa nak ibu kepada anak-anak mereka bekas pelacur,”sambung nya lagi.
“kalaupun dia bekas pelacur, tetapi kemudian dia bertaubat dengan sungguh-sungguh.. dia tinggalkan kehidupan silam dia.. dia mulakan hidup yang baru… dia dah bukan lagi wanita yang jahat.. dia seorang wanita yang baik..”sambung saya lagi.
“alah.. banyak lagi la bunga di dunia ni..”balas dia dengan nada protes.
“tak banyak yang baik… ”sambung saya pula.
“wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. ”balas dia lagi. Saya tersenyum lebar sambil mengangguk..
“betul tu.. bukannya wanita dara untuk lelaki teruna..!”sambung saya lagi.
“ceh..”protes dia lagi. Saya tergelak kecil.
“kalau nak cari perempuan yang baik, mestilah kita nilai pada kebaikan yang ada pada diri dia.. kalau kita rasa dia baik, insya’Allah dia orang yang baik..
dan kalau dah kahwin baru dapat tahu kisah silam dia..
diam-diam ajelah..
selagi tak ada sesiapa buka mulut, selagi itulah rahsia selamat.. yang penting dapat isteri seorang yang baik..
Islam ajar kita untuk tutup aib diri kita dan orang lain. islam ajar kita untuk mengasihi orang lain macam diri sendiri..
islam ajar kita menjadi pemaaf, bagi peluang pada orang lain.. islam ajar kita untuk saling memahami keadaan orang lain.. ”
“kesiannya suami dia..”wajahnya ditarik.
“kita tak layak mengukur ‘baik’ atau jahat seseorang tu.. kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka.. tak semua orang lahir dalam keluarga yang terdidik agamanya.. dan berilah mereka peluang untuk membina keluarga baru yang ada didikan dan bimbingan agama.. Allah meletakkan kayu ukur ‘takwa’ yang membezakan taraf hamba-hambanya.. takwa tu takut pada Allah..”
Dia diam.
“beruntung kalau seorang suami dapat seorang isteri yang takutkan Allah.. isteri itu akan setia menjaga dirinya walaupun suami dia tak ada di sisi.saya tak pasti dia boleh terima dengan pandangan saya ini.. tetapi saya berharap dia fikir-fikirkanlah pandangan yang saya beri itu...
Beruntung seorang isteri yang mendapat seorang suami yang takutkan Allah.. isteri itu akan mendapat suami yang sentiasa membimbing dirinya untuk mendekati Allah kerana suami tu sedar dia bertanggung jawab membimbing isterinya..
semua orang berdosa kecuali Nabi yang maksum.
Awak pun tak terlepas.. saya pun sama..
tapi orang yang bertaubat, ibarat orang yang suci bersih dari dosa yang pernah dilakukan.. itulah orang-orang yang baik… kalaupun awak tak mahu berkahwin dengan mereka, jangan hina mereka..
bencilah perbuatan dosa mereka, bukan diri mereka… sebab awak sendiri pun tak tahu kesudahan diri awak.. entah kita sempat bertaubat atau tidak di penghujung umur...” terang saya panjang lebar.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri..
Al-Baqarah : 222
persoalan hati..
BalasPadamhmmm
yup......
BalasPadamhati kne tulus...
betul3x...
BalasPadammasih ramai yg bepandangan pesimis...
BalasPadamhm..jodoh dan pertemuan hak Allah s.w.t kalau ditakdirkan utk hidup kita mendapat jodoh yang sebegitu..walaupun berat..kita redho..kerna apa yang datang semuanya dari Allah s.w.t jika kita marah x tentu pasal..bermakna kepada siapa kah yang kita marah? kepada yang mempunyai kuasa dan hak utk meletakkan siapa jodoh dan pertemuan kita..:)hidup org2 yang beriman akan sentiasa dihiasi dengan ujian yang bermacam2..yang senang mahupun yang susah :)
BalasPadamTerima kasih.. atas ingatan saudara. Berat mata memandang , berat lg bahu yg memikul.. peace too
PadamTerima kasih.. atas ingatan saudara. Berat mata memandang , berat lg bahu yg memikul.. peace too
Padamsalam
BalasPadamperempuan yg baek,untuk lelaki yg baek,jaga iman dan amal...insyallah selamat...Allah akan jaga kita..Insyallah
sALAM...
BalasPadamginilah, sape yg dah pecah dara tu korang jgn 'perasan jujur' dengan suami dgn memberitahunya yg kamu dah pecah dara. cukup dgn kamu bertaubat kpd Allah. Elok2 Allah dah tutup aib kamu, kamu pulak 'PERASAN IKHLAS DAN KESIAN' kpd suami, pegi buka pekung di dada. Ape ke peliknya orang cari penyakit bila tak de penyakit...Si suami yg membayar mahal2 mahar dan 'perasan baik' tu ade hak untuk melafazkan cerai kalau dah tahu isteri dah pecah dara.
kalau si suami yang 'perasan suci' tu kata jijik sebab bekas orang, kenapa Islam benarkan kahwin dengan janda yang siap ada produk tersendiri iaitu 'kopi janda'.
tapi korang ingatlah, seburuk2 manusia... umar al-Kattab yg menanam anak, ingin membunuh nabi... zulaikha yang berselingkuh kepada suaminya sultan dan ingin merogol nabi Yusuf dan akhirnya memfitnah nabi Yusuf,... malik dinar yang dosa apa yang dia tak pernah buat, aku pun x tau. semua dosa dia pernah buat... dan korang tau ke apa kesudahannya setelah mereka taubat ?
MEREKA LAGI MULIA DARI KORANG YANG 'PERASAN BAGUS'!
Umar al-Khattab : Sahabat yg dijanjikan Syurga
Zulaikha : Abid Allah. org yg kuat beribadah kpd Allah dan Nabi Yususf pula yang melamar Zulaikha sbg isteri
Malik Dinar : Wali Allah. berjalan atas air, beb!
korang pikir la sendiri...kalau ikut emosi, mmg korang akan terus rasa diri korang 'PERASAN MALAIKAT AL-KIRAM'...
manusia ni... perckpn... perbuatan... segala2nya lebih bpaksikan diri sndiri... aku aku dan aku... padahal sedar atau tak... kita ni cuma hamba Allah... hamba... hamba... dan hamba... spatutnya mentaliti ditukar... kpd semuanya hanya kerana Allah...
BalasPadamsy sokong penulis blog ni... sbb mmg iman bknnya terletak pada dara atau tak... kalo ada org yg ckp cmni... "alaa... ko ckp senang laa..."... maka jwblah kat dia... ko sape nak pertikai aturan yg Allah dah buat? sedar tak sape ko? kita semua ni hamba Allah... so jgn pertikai keptusan yg Allah dh wat...
p/s:susah utk bersyukur selagi belum dibuang mentaliti "aku aku dan aku..."
to asf...
BalasPadamkita berusaha.. ttp akhirnya segalanya kembali pd Allah juga..
krn sgala yang ada pd kita adalah milik Dia.. *redha dgn takdir Nya*
:)
to ratu salju....
BalasPadamsmoga Allah menjaga iman kita, iman org skliling kita, iman kluarga kita & iman ktrunan kita...
amin~ ;)
to nurulimanz.. (akmal)
BalasPadam:D trima kasih awak...!
Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungghuhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar 39:53)
to Ahmad Syahril..
BalasPadamslagi xda rasa sanggup bkorban utk saudara lain...
slagi tu la x da rasa kasih pd saudara lain.....
slagi x da rasa kasih pada saudara lain...
.. spt kasih pada diri sendiri ..
slagi tu la x kan sempurna iman...