Jumaat, 9 Oktober 2009
Muhasabah sebuah perjalanan yang panjang...
Umur
22tahun..5bulan..beberapa hari.. tempoh ini sangat panjang bagi saya bila dibandingkan dengan amal ibadah saya yang seciput..
ya Allah.. saya mengira-ngira antara celahan memori yang ada, yang mana satukah amalan kebajikan dan yang manakah amalan kejahatan..
kemudian dalam amalan kebajikan, yang mana pula yang saya masih tidak rosakkan..
maksud saya amalan manakah yang masih terpelihara keikhlasannya.. memanglah keikhlasan itu rahsia Allah, tidak salahkan saya menghitung diri sebelum dihitung..
saya tidak mahu pada saat saya celik dari kubur nanti dalam keadaan termangu-mangu. Saya takut saya akan meraung kerugian dan menangis tanpa henti yang sia-sia di Mahsyar nanti.. nauzzubillah…
akhirnya saya menangis sendirian kerana saya sedar saya tidak ada apa-apa untuk saya banggakan di hadapan Allah… akulah hambaMu yang hina ya Allah…. (T-T)
Ilmu
Keobsesan terhadap buku pernah mencengkam hidup saya pada suatu ketika dahulu, zaman sekolah.. hinggakan semua wang saya habis kerana membeli buku. Antara penulis yang paling saya tertawan ialah Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Nawawi dan Prof Hamka.
Buku–buku yang saya pilih kebanyakkan adalah buku tasauf dan sedikit buku idealisma perjuangan.. saya cukup terhutang budi dengan mereka, perkongsian mereka dan semangat juang mereka. Saya mengkagumi semangat juang Zainab Al-Ghazali, Hassan Al-Banna, Maulana Zakaria dan Syed Qutb.. Sebaik menjejakkan kaki ke USM, terasa bagai bulan jatuh ke riba..
hati berbunga-bunga melihat senior-senior mengupas isi-isi buku yang sarat dengan ilmu.. jiwa saya dahaga dan saya masih terus mencari dan mencari… pencarian ini akan berakhir apabila saya menemui sumber ilmu iaitu Allah…
moga Kau sudi menerima kehadiran hambaMu ini…
Keluarga
‘Bukan mudah memelihara iman di celah kekufuran..’ itu bukanlah kata-kata yang ternoktah di situ.. itu adalah cabaran yang menjelaskan betapa mahalnya harga sebuah cinta Allah, harga sebuah iman dan harga sebuah syurga… adakah barang yang mahal itu mampu diperoleh dengan mudah?
Tentu sekali tidak..
saya anak sulung dari 5 orang adik beradik yang dibesarkan di celah kemelut permasalahan umat(yang mengetahui sejarah hidup saya pasti memahami).. saya menyaksikan tangan emak abah membesarkan kami adik beradik.. sungguh payah dan sungguh menjerihkan.. saya melihat emak menangis dan saya melihat abah memberi pelempang kepada kami..
semuanya hanya kerana ingin mendidik kami, menjadikan kami anak yang terdidik.. abah adalah insan yang kami paling hormat dan takut, berkata ‘ah’ lansung tak pernah..
apa jua keputusan ‘muktamad’ abah, tiada sesiapa berani bantah.. mungkin kerana kewibawaan abah menyebabkan kami sangat menghormati abah.. apa yang pasti kami menghormati abah kerana syurga emak di bawah kaki abah.. dan syurga kami pula di bawah kaki emak... aturan yang Allah letakkan sebagai syarat mendapat redhaNya..
emak pernah berkata “izinkan emak masuk ke syurga, dengan menjadi isteri yang taat.. janganlah anak-anak emak menyebabkan abah tidak redha pada mak..”
Emak umpama tali yang menghubungkan antara abah dan kami.. emak ibarat orang tengah yang tidak putus memikirkan teknik dan strategi merapatkan jurang antara abah dan anak-anak.. kata emak, seorang ibu peranannya besar, dia perlulah menjadi juru bicara untuk suaminya pada saat suaminya diam supaya harapan suaminya tertunai.. emak permata dalam hati abah, meruntuhkan ego seorang lelaki dengan kasih sayangnya..
Setelah sekian lama mendidik, anak-anak emak abah seorang demi seorang menjejakkan kaki ke luar rumah..
dan bila kami kembali ke rumah, ‘wajah’ kami berbeza… adakah emak kecewa dengan kami?
Emak kata “Belum lagi.. emak tidak akan putus asa.. selagi emak bernyawa, emak adalah emak.. walau setinggi manapun darjat anak emak, emak akan tetap lebih tinggi darjatnya, sebab itu dengarlah nasihat dari orang tua yang miskin ni…”
Jodoh
Saya dikelilingi teman-teman yang mencari sendiri pasangan masing-masing..
Alasan mereka kerana mereka sudah serasi dengan pasangan masing-masing.. emak dan abah dahulu hanya berkenalan selepas pernikahan.. emak dan abah memberi syarat kepada saya tentang calon bakal menantu mereka sebagai isyarat mereka bersedia menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.. namun kesibukan dengan kerja dakwah membuatkan masa yang berlalu terasa begitu cepat.. fokus saya ditumpahkan pada kerja-kerja dakwah yang ketandusan pejuang yang ada..
akhirnya seorang teman merisik “kalau ana cadangkan seseorang yang enti tak kenal, enti berani? ”
Saya terdiam..
“berani… akak yakin dengan Allah.. yang penting caranya betul dari awal, mengikut syariat.. kalau emak abah setuju, akak terima je..”
Lama saya berfikir adakah saya mampu menerima seseorang yang lansung saya tidak tahu menahu ke dalam hidup saya? Adakah dia mampu menerima saya yang lansung dia tidak tahu menahu ke dalam hidup dia? Ya Allah.. jujur saya takut sebagai seorang manusia biasa… tetapi saya berani kerana saya ada Allah yang berjanji akan memberi yang terbaik kepada saya…
Alhamdulillah..
Apa yang berlaku selepas ini adalah rahsia Allah…
ya Allah, kurniakanlah aku seorang suami yang soleh yang memartabatkan agamaMu, yang membahagiakan diriku dunia akhirat dan yang dapat mendidik anak-anakku untuk menjadi jundullah agamaMu…
Sahabat
Ada kalanya mereka umpama racun yang menyebabkan saya terlantar kesakitan.. ada kalanya mereka umpama penawar yang menyembuhkan sakit yang bertahun saya hidapi… adakalanya mereka bergantung pada saya, adakalanya saya bergantung pada mereka..
Tersenyumlah.. :-)
biarlah saya menjaga perasaan ini agar tautan kasih sayang yang terjalin ini disandarkan kerana Allah semata-mata.. Selagi boleh kalian mendapatkan sesuatu yang beharga pada diri saya, ambillah ia dan manfaatkanlah ia.. Saya mahu jadi orang yang bertakwa meskipun jalan hidup ini akan diumpamakan seperti lorong berduri.. yakinlah, itu tetap lorong yang terbaik…
saya tak sempurna, memerlukan sahabat sebagai cermin agar saya tahu bahagian mana yang hodoh untuk diperbaiki…
Perjuangan
Jangan berhenti kerana hidup ini adalah perjuangan… perjuangan yang paling besar ialah mengekang nafsu sendiri… semua manusia biasa yang bukan para Rasul pastinya pernah melakukan kesilapan.. saya juga tidak terlepas.. apa yang penting ialah bertaubat.. tutup buku lama.. buka buku baru..
Ampunilah diriku ini ya Allah… perbaikilah hidupku ini… jadikanlah tempatku kembali adalah sebaik-baik tempat… :'-)
Harapan
Hidup ini singkat.. keperluannya sedikit.. tanggungjawabnya banyak.. saban hari mulut ini menyeru kepada Allah.. tetapi adakalanya sangat sedikit kesan yang terlihat.. kesabaran… doa… Alhamdulillah.. sekeras-keras batu pun terbentuk lubang dek setitis air yang tak henti-henti menitik… hidayah itu milik Allah…
saya mencoret di blog ini agar ianya kekal.. boleh dibaca berulang kali oleh sesiapa sahaja.. mungkin setelah saya mati nanti, ianya masih lagi kekal..
moga perkongsian ini bermanfaat dunia akhirat…. ;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam sahabatku..
BalasPadamnak tahu x apa org buat tadi..hehe. tadi org tengok balik semua kerja2 SUO orang.. tngok email2 lama waktu org bergerak kerja .. ya ALLAH.. dulu dan skrg memg berbeza. Lillah dulu lain..skrg lain. Semakin baik dari hari ke hari. Smkin tabah dan matang dlm tmpuhi ujian hidup.. alhamdulilah. Dulu org agak brutal ek?? hehe. Maaf2 kalau agak kasaq..isk2. alhamdulilah..skrg ni okay la sikit. hehe. Bacalah blog org. Artikel itu khas buat sahabat2 yang sudah dan bakal lalui fasa2 penting dalam hidupnya. InsyaALLAH.. jika 'si dia' itu jodoh lillah takkan lari gunung di kejar.. selalu2lah wat solat iskharah agar di tetapkan hati.. huhu. Saja nk nasihat lagi hehe. Orang bahagia melihat sahabat2 org bahagia.. insyaALLAH doakan orang ye. =)
:)
BalasPadamlillahhh.......
BalasPadamwahai anonymous...
BalasPadam:D yer saya.........
wslam sahabatku....
BalasPadamrindu ar..pcayala...hehe
(baru ja berpisah less than 24hours)
smlm bersembang dgn kurin sampai kul 3.. pagi ni mata mcm panda...wuwu~ (@_@)
dlu fairuz len... skrg len... still manthop.. ;)
ku sedar gunung takde kaki.. sebab tu ku tak mengejar..~~
dan ku tak menanti.. sebab mustahil gunung berlari ke arahku~~
*happy*
skrg ni jauh berganda kesibukan dari dlu... tanggungjwb berganda berat dari dlu.. hingga terbit persoalan..
yang mana lebih berhak
terhadapku?
jawapan : umat ini...
terharu...
BalasPadamdah lama sgt x jumpa sahabat2..rindu yg t'amat...semlm x caya je cikmot ada dpn mata...rasa nak nagis..tp xmo nagis..da besar da =)..
TQ cikmot..TQ 4 ur time..cikmot t'paksa korbankn masa tido dia sbb org..bersalah*..cian cikmot semlm..sbb org cikmot tdr sampai lewat cm 2 skali..org mintak maap..
alhamdulillah..seronok sgr cite cikmot..seronok dgr p'kembangan yg tgh dilalui sahabat2..org doakan yg t'baik buat semua..moga semua tabah n kuat n moga kita semua istiqamah..doakan org gak ek =).. org lg lemah dr sahabat2 sekalian..org p'lukan sahabat2 sekalian..org p'lukan nasihat n teguran dr sahabat2 org yg mmg da sedia mantap ni...
insan kerdil = insan yg lemah*
kurin cyg....
BalasPadamcikmot bertuah sgt2 sbb ada sahabat cam kurin...
~ tough, smart.. mak kata kita ni totally difren.. dari byk segi..
tp slg melengkapi...
cthnya, cikmot tukang serak, kurin tukang kemas... hehe
gurau aje..
:p
p/s : tekezut dgn almari yang wow..wowow....
hahahha... orang boleh bayangkan bagaimana almari lillah tu.. huhu..
BalasPadamhehehe.. korang memang best!!
kui2
uit... jgn ar bayangkan... malu2..
BalasPadamalmari tuh dasyat... lau da masuk x jupe jalan kuar.. (bayangkan...)
skrg ni ekosistem dlm almari tuh da stabil.. x brani nk ganggu.. lau cikmot da lipat, masuk trus dlm beg.. yg dlm almari tu for diplay only.. hehe
p/s: teruja..excited..berbunga2 nak pegi beli buku pastyer stpm & teks buk rujukan.. ;)
kite memmg bezz! amin.. ;)
berani.. berani.. berani.. =P
BalasPadam