Ahad, 1 November 2009

penyakit yang menyibuk di rumah Allah


masih penyakit yang sama...

setelah hampir 4 tahun lebih saya meninggalkan daerah ini.. surau ini masih menghidap penyakit yang sama..

dengan penuh selamba tanpa meminta izin dari pihak surau, saya telah mengadakan study group dengan anak-anak murid saya setiap hujung minggu.. silibus STPM dan SPM..

{perlu ke minta izin?
kami bukannya ramai pun..
duduk di anjung je.. pukul 5.30ptg-7mlm je..
lagipun bukankah ini fungsi rumah Allah ni?}


seorang pakcik lalu lalang banyak kali.. jeling dan menjeling pada kami.. kami buat tak tau.. dan akhirnya dia datang bertanya..

siapa kami..

buat apa di sini..

sekolah yang mana..

dan kemudian dia berlalu...

kemudian datang lagi..

dia tanya pukul berapa nak habis?


hm... cara dia macam tak selesa dengan kami.. tapi kami tak buat apa-apa yang salah kan...
kami cuma mengimarahkan rumah Allah yang sepi ini...

kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya bawa adik-adik ini ke tempat lain.. tetapi saya nak ajar mereka 1 perkara yang mungkin saya tak dapat nak ajar mereka kalau kami berpindah tempat...

perkara itu ialah 'rumah Allah adalah tempat umat Islam berkumpul dan mendekatkan diri pada Allah'..


tak apelah pakcik, minggu depan jumpa lagi.. minggu satu lagi pun kita jumpa lagi... insyaAllah.... (^,~)v

{flash back zaman sekolah}


saya memulakan kelas tuisyen secara study group untuk adik-adik junior sekolah semenjak saya form 3.. dan kami buat di surau pada hari jumaat (lelaki tak ada sebab solat jumaat di masjid).. macam-macam kerenah pihak tertentu buat supaya kami keluar dari surau tu..

hinggalah dalam 1 kes, saya pernah dihadapkan kepada guru besar... puan pengetua itu berkata
"siapa suruh awak buat perhimpunan haram..."


saya terkejut.. masa tu baru form 3.. saya balik rumah dan menangis pada emak.. saya tak tahu apa-apa tentang politik.. saya non partisan, begitu juga emak abah saya...

emak cakap
"kalau kakak rasa apa yang kakak buat tu Allah kata betul... kakak tetap betul walaupun satu dunia kata salah... "


dan kelas tuisyen itu diteruskan...

ketika saya form 4 pertengahan tahun, saya telah berpindah sekolah.. dan masa form 5, di sekolah baru sekali lagi saya buat kelas tuisyen...

tempat?

surau juga...

tetapi ketika di sekolah baru ni, saya tak sepopular di sekolah lama, dan pihak pentadbiran tak tahu kewujudan kelas tuisyen ni.. hehe..

dan saya ada good relationship dengan puan pengetua walaaupun ada ustzah yang anti dengan saya... tak tau kenapa ustazah tu anti dengan saya, tapi dia telah membekukan banyak aktiviti dakwah yang sedia ada..

dan masa first day dia jumpa saya dia kata

"awak jangan ingat awak pakai tudung ni bagus sangat...yang penting dalam Islam ialah ekonomi!"


apapun syukur Alhamdulillah sebab Allah beri keizinan untuk saya meneruskan kelas tuisyen tu... kelas tuisyen yang free.. yang penuh dengan tazkirah dan perkongsian.. khas untuk perempuan.. best (^,~)v

untuk mencari alasan untuk tak nak berdakwah... ada lebih dari 10001 alasan...
tetapi..
untuk mencari alasan untuk berdakwah hanya 1 aje...
iaitu kerana Allah...

Ya Allah... berilah diriku, keluargaku & orang di sekelilingku hidayahMu.... amin..

p/s: gambar atas tu... comel kan nota anak murid saya... ada drawing.. cute sangat!! terharu cikgu nya~

5 ulasan:

  1. huhu
    salam
    dulu masa kat sekolah kite pun suka kat surau..sejuk
    kat matrik pun sama.
    dah jadi kebiasaan pg surau..
    seronok
    mudahan lepas ni masa jadi cikgu, masih jadi kebiasaan :)

    BalasPadam
  2. huhu...
    wslm..
    samala.. masa kat matrik pun suka dok stdy kat surau.. ditemani kelkatu..

    mudah2an dpmudahkan cekgu nurul ya... amin..

    p/s: cekgu nurul.. slmt berEXam~ all da best!

    BalasPadam
  3. selagi perkara yg kita buat itu tidak dilarang oleh Allah... bkn perkara yg Allah tak suka... bkn perkara yg ditegah oleh agama... bkn amalan yg Rasulullah tentang... selagi tu kita boleh buat... biarkan mereka yg menentang... kita cuma doakan:
    (1) agar Allah beri hidayah kpd golongan tersebut
    (2) semoga Allah lindungi diri kita dan saudara seagama kita yg lain daripada sifat seperti mereka
    (3) agar Allah berikan kita kekuatan utk meneruskan amal kebaikan dgn istiqamah dan penuh keikhlasan

    p/s:teruskan usaha murni anda... :)

    BalasPadam
  4. amin 3x.... {untuk doa2 tu}

    p/s: doakan ye.. :)

    BalasPadam
  5. perbuatan tersebut jua adalah sebagai suatu perkara memakmurkan RUMAH ALLAH....mengapa tidak....cuma yang dikhuatiri oleh sebahagian manusia adalah kes2 yang tidak baik....jadi usahlah bersangka buruk pada masyarakat....sentiasalah bersangka baik selalu....kelak manusia akan sentiasa bersangka baik pada dirimu.....
    Allah sentiasa memudahkan hambaNya yang sentiasa cintai agamaNya....
    Insya'allah keberhasilan akan terkesan jua akhirnya....

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....