Sabtu, 17 Oktober 2009

bolehkah istikharah kita tersilap ?



Soalan :
assalamualaikum
kakak, apa pendapat kakak tentang istikharah?
bolehkah istikharah kita tersilap?
mind to explain?
thanks kakak

Jawapan :

Bismillah…

Terlebih dahulu akak minta maaf sangat-sangat kepada adik kerana lewat menjawab soalan adik.. akak sangat-sangat sibuk dengan urusan lain.. maaf sekali lagi..

Soalan 1 : pendapat tentang istikharah

1. Jawapan istikharah itu tidak semestinya melalui mimpi
Terus terang akak katakana tak ada satu keterangan pun yang menjelaskan bahawa hasil solat istikharah ialah sebuah mimpi..

2. Istikharah membuka hati seseorang dalam melakukan sesuatu
beberapa orang imam termasuklah Imam Nawawi menyatakan bahawa hasil solat istikharah tu, orang tersebut akan dibukakan hati untuk menerima atau melakukan sesuatu hal..
Ada juga ulama yang menentang pendapat ni..

3. istikharah memberi ketetapan hati melakukan sesuatu yang telah diazamkan.
Antaranya ialah Al- ‘iz ibn Abdis-Salam, Al-Iraqi dan Ibnu Hajar.. Menurut mereka orang yang telah bersolat istikharah hendaklah melakukan perkara yang telah mereka azamkan tanpa mengira samada hati mereka terbuka atau tidak.. kerana sesungguhnya kebaikan ada pada kebaikan yang perkara yang mereka lakukan meskipun hati mereka tidak terbuka..

*untuk lebih jelas sila rujuk kitab Thabaqat Asy-Syafi’iyah oleh Ibnu As-Subki pada jilid 9 halaman 206*

Akak nak tekankan bahawa solat istikharah bukan satu-satunya kaedah pertimbangan yang kita gunakan dalam membuat sesuatu keputusan..

Akak ambil contoh dalam konteks jodoh.. kita tidak boleh hanya pejam mata, solat istikharah dan kemudian menunggu jawapan dari Allah.. Yang ini bukanlah ajaran yang diajar Rasulullah saw..

Kita perlu menggunakan akal kita dalam menimbangkan latar belakang agamanya, paras rupanya, keturunannya dan hartanya.. berilah keutamaan kepada yang beragama supaya kita selamat..

Soalan 2 : bolehkah istikharah kita tersilap?

Istikharah itu tidak tersilap.. tetapi kita yang salah faham terhadap konsep istikharah itulah yang tersilap…  ini kerana sebelum kita istikharah kita kene fikir dan pertimbangkan sesuatu menurut akal yang rasional.. kemudian kita memohon diberi yang terbaik melalui istikharah.. dan tak semua perkara yang kita sukai dan nampak indah itu adalah yang baik untuk kita… bila Allah telah memilih kita menerima kesudahan yang pahit, itu bukanlah bermakna istikharah itu tersilap.. itu membawa makna kepahitan itu adalah yang lebih baik untuk kita pada pandangan Allah…
di sini akak sertakan doa istikharah ini..click pitcure untuk besar.. nampak jelas sikit nanti.. ;)


Wallahualam..

p/s: syukran kpd org yg bagi saya buku yang telah di scan ini.. jazakallah...

16 ulasan:

  1. nak tambah ckit...

    erm...after solat istikarah, kita sepatutnya tido..so sebaik2nya kita wat istikarah sblm tido..tapi make sure kita tido dlm keadaan b'wuduk dan tertib la..

    kalo Allah nak tunjuk melaului mimpi, maknanya mungkin dia akan tunjukkan dlm mimpi kita..

    tapi sekiranya kita dah tido n tiba2 t'jaga..tp time tu xde mimpi lagi, then kita terus tido, tapi kali ni ada plak dapat hint..hint yg ini bkn dr Allah sbb kita ibarat dah t'putus "contact"..

    waktu yg sebenar adalah, tido yg p'tama td (sblm kita t'jaga)..kalo dah t'jaga tu kira dah habis da...

    may be leh try next time

    TQ :)...

    BalasPadam
  2. ehem, tu bukan gambo kena scan tu. sepertinya helaian buku itu snapped by kemra yg bukan dslr. =P

    {saja nak buzz cik Lillah.. telling you dat i did read your blog okek}

    p/s : eh, petang tadi ak pegi lagi tasik permaisuri tu. ak trigt ke awak lagi.. sikit lagi nk send sms, ttba tersedar insiden yg lepas.. PUTERI instead of PERMAISURI. huuu..

    psp : suka sgt3 istikharah.. best!!

    nintendo : sehat?

    BalasPadam
  3. lillah...

    huhu..pttlah x bgi org bukak blog hehe..

    faham..kui2.

    hmm nice artikel.. =)

    BalasPadam
  4. to marina musfirah....

    oo.. gambo ke.. hehe.. x tau.. :p

    p/s : baru puteri... x ckup matang nk jadik permaisuri ag...

    *nintendo tu ape???*

    sehat alhamdulillah.. penat ckit mybkn mcm nk demam.. huhu

    BalasPadam
  5. to ana fyruz....

    hahaha... saja ja nk bg fairuz suspen..

    hobby~

    p/s : windu bilik 27.. aras 3... :p

    BalasPadam
  6. hehehe... rindu sampai lupa no 3 tu. 327 syg..hehe

    ooh..agaklah. agak suspenlah malam tu..muka berubah-ubah dgn hati yg berubah-ubah jugak. Tapi hati kata..

    " tkper.. kat cg leh bukak..hehe"

    BalasPadam
  7. erk.. la.. 327 ka.. ingatkn 3 tu mwakili aras 3.. hehehe

    hati ni masih brubah2.. dan rasanya got sumting new.. but let it be..

    cg.. huu~~

    BalasPadam
  8. xpa.. nanti2 naikla pangkat tu *wink*

    gi google nintendo tu apa. =P

    Tuhan tak suka orang yang zalimi diri mereka sendiri. Take a very good care of yourself ea.

    Mudah2an dalam lindunganNya selalu =D

    BalasPadam
  9. yep3... pandai adek akak =D

    BalasPadam
  10. istiqarah....persoalan yang selalu bermain bagi mereka yang baru mengenali....persoalan ini telah saya ajukan pada beberapa ustaz yang saya kenal....kebanyakannya berkata....solat istiqarah adalah jalan penyelesaian terakhir dimana kebuntuan melanda untuk memilih...setelah melakukan solat itu pilihlah yang mana berat rasa hati....insya'allah...dengan doa dan segala usaha yang telah dilakukan akan diberi petunjuk yang baik(tidak semestinya didalam mimpi)...hendaklah sentiasa bersihkan diri dari perkara yang menyebabkan tertolaknya doa itu...seperti hasil yang haram/syubahah yang digunakan dalam kehidupan seharian.....amin...

    BalasPadam
  11. syukran jazilan atas perkongsian...
    moga hati ini dapat diberi ketetapan seperti itu...amin..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....