Selasa, 6 Oktober 2009

demi sayang....



sejauh mana anda sanggup bekorban demi orang yang anda sayang? saya membelek planner bulanan yang saya tampal di depan meja.. penuh, padat.. test, program PPM, urusan kerja, dan meeting.. follow up projek... padat sungguh hinggakan rasa nak keluar makan pun macam membazir masa..

"orang ada tanggungjawab di sana.." teringat kata-kata fairuz.. dia mengajak lillah ke rumah ibu angkatnya yang second.. sehari sebelum tu kami dah ke rumah keluarga angkat yang pertama.. masa on the way balik dari kampung yang first tu memang bercadang nak singgah tapi tak boleh sebab sedang rush ada meeting.. second day tu pulak rushing untuk pergi usrah..

hati rasa tak tenang.. wajah tok angkat mula terbayang2..
mak pesan "kakak.. ni kuih untuk tok.. once orang dah memberi sayang pada kakak, jangan hampakan mereka..".. mak kirim sebekas kuih raya beraneka jenis untuk tok..

aish, tak tau jalan nk ke rumah tok... sebelum ni pernah try & error ke sana.. sesat2 so tak ingat jalan... humm

budget dah lari.. dah sengkek dah ni semenjak bawa kereta ke USM.. adjust2 sikit belanjawan.. aha!! nak pergi pekan darat, rumah tok angkat!!!

segera sms fairuz
"salam.. kul brape hbs kelas? fre x tonite.? nk ajak p pekan darat.. rasa x tenang x jupa tok"

dan petang tu dalam keadaan kelam kabut bertolak ke pekan darat.. dalam kereta tu betulkan niat..
"lillah pergi ziarah tok kerana Allah.. kalau hanya kerana tok, lebih baik lillah dok study, nak test nih... paper work ke thailand tu tak sentuh lagi.." cakap kat diri sendiri..
"orang nak pergi bukan sebab lillah.. bukan sebab kesian kat lillah! orang pun niat kerana Allah..!"sampuk fairuz..

kami ketawa..



konon takmo bagitau tok nak datang sebab takmo tok susah2 prepare sumting2.. sebaik sampai, rumah 'macam' takde orang.. heh, padan muka.. so pergi rumah kuarga angkat fairuz.. kemudian adik angkat fairuz call cucu tok.. anak tok, menantu tok dan cucu2 pun datang la menjenguk lillah.. makan nasi dua kali, di rumah keluarga fairuz skali, di rumah tok skali... ;) best.. alhamdulillah...

selepas isyak, kami bertolak balik ke usm.. dua jam bertandang ke kampung itu, mengembalikan banyak memori2 silam... terlalu banyak pahit manis yang dilalui di kampung tu..

kembali kepada persoalan : sejauh mana sanggup anda bekorban demi orang yang anda sayang?
saya sanngup korbankan sehabis2nya utk orang yang saya sayang... !! anda juga begitu.. bila kita jujur menyayangi someone kita akan sanggup terbang jauh demi nak melepaskan rindu walau sehari sahaja...
kerana itulah setiap kasih sayang yang terjalin, biarlah bersandarkan kerana Allah... moga setiap detik dalam ibadah yang mendekatkan diri pada Nya..

bak kata fairuz..
"bila kita disempitkan dengan kerja2 duniawi... kita mula mementingkan diri sendiri.. mula menghitung dan mengira mana satu yang memberi kebaikan pada diri sendiri.. pada waktu itulah Allah menguji keikhlasan kita..."

p/s : sampai je ke USM, zaidi hantar jagung yang sudah dia masak.. jagung tu ayah angkat guar lobak saya bagi semasa saya ziarah ke rumah dia... kenduri jagung lah kami semua... alhamdulillah...

6 ulasan:

  1. (Terharu)dlm hati je. Muka senyum2 sumbing x nk tunjuk. Wajah macho..haha.

    Ia suatu kenangan manis buat org. Ke sana jumpa byk perubahan. Sangat2 sejuk hati. Alhamdulilah.

    tak semua mengerti kasih sayang kita lillah.. x semua. Oleh itu sapa yg sayang kita kita sayang dia. Agar kita tak menyesal di kemudian hari. Hargailah insan yang menyayangi mu. Kelak ALLAH menyayangi mu selalu. =)

    BalasPadam
  2. ooh ye terlupa. Terima kasih jagung yang di kirimkan oleh sahabat kita, zaidi.

    kami xda dapur huhu.

    BalasPadam
  3. (terharu jugak.).. senyum lebar :D
    tertunjuk x sngaja.. xpandai cover ;)

    ye baiklah fairuz... sedang menghargai la ni...

    time kasih jugak utk jagung tu.. bagus ada chef suka masak.. len kli bole hantar lagi untuk dimasak..

    *happy*

    alhamdulillah....

    BalasPadam
  4. sama2...terima kasih bagi jagung tu, dapat juga org kat sini merasa...
    jagung yang kecil molek, dan2 je muat periuk...

    insyaallah lain kali bleh hantar lg..

    p/s: hargailah semua yg ada disekeliling anda...

    BalasPadam
  5. huhu.. x dapat nak rasa jagung 2..

    BalasPadam
  6. xpe2..
    lenkli kalau pi padang serai, nak singgah kulim(umah kak farhana)..

    kalau xda jagung ayah guar lobak, nanti insya'Allah bawa jagung supemaket.. ;)

    yg penting...jagung!!!

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....