Selasa, 24 Mac 2009

soalan yang sama tetapi jawapan yang berbeza!


Setiap manusia ada potensi dalam diri masing-masing.. dan mereka cenderung memberi komitmen terbaik berdasarkan potensi mereka. secara psikologinya apabila kita mengutuk atau merendahkan seseorang yang cenderung kepada sesuatu bidang, automatik ini akan menjatuhkan semangat seseorang dalam bidang tersebut.. memang benar terdapat orang yang bangkit lebih bersemangat bila dihina, tetapi bila ada campur tangan tentang urusan agama, semangat mereka selalunya akan sangat-sangat down..

menjadi seorang pemimpin, seorang pendidik atau seorang pendakwah...
mahu atau tidak, kita kena belajar berbahasa.. belajar membina ayat-ayat positif.. belajar komunikasi berkesan.. belajar menggunakan ayat berbeza tetapi maksud yang sama.. etc..


bahasa bukan setakat melambangkan peribadi kita, malah mencerminkan organisasi kita juga.. termasuklah agama kita..
apa yang penting ialah kita bercakap dalam bahasa yang difahami oleh mereka yang ingin kita ajak kepada kebaikan...
so kita perlu tahu dan ambil kira dengan siapa kita bercakap dan berfikirlah sebelum bercakap..

jangan kerana kelemahan kita yang tidak tahu bahasa yang sesuai, ada hati yang ingin mendekati menjadi jauh.. betapa rugi!! (sebab setiap individu adalah aset yang boleh digilap utk menjadi daie, insya'Allah!)

Ibnu Mas’ud r.a berkata,
“Tidaklah sekali-kali kamu berbicara
kepada sebahagian manusia dengan
kata-kata yang tidak sampai kepada otak mereka
kecuali hal itu hanya akan menjadi fitnah atas sebahagian mereka”
[Riwayat Bukhari, mauquf hingga Ibnu Mas’ud]


Dalam perkara ini, kita perlu mengikuti apa yang dicontohkan kepada kita oleh Nabi SAW.

Baginda sering menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang berbeza-beza, mengikut keadaan orang yang bertanya.
  • keadaan 1
Dari AbduLLah bin Mas’ud ra., dia berkata,
“Saya bertanya kepada RasuluLLah,
“Amal manakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Solat tepat pada waktunya.”
Kemudian saya bertanya lagi,
“Lalu setelah itu?”

RasuluLLah menjawab,
“Berbuat baik kepada kedua orang tua.”

“Lalu apa lagi setelah itu?”
Tanyaku lagi.

RasuluLLah menjawab,
“Jihad di jalan Allah.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

  • keadaan 2
Seorang lelaki dari Khas’am berkata,
“Saya datang menemui RasuluLLah yang saat itu berada di tengah-tengah sejumlah sahabatnya.

Saya berkata,
“Bukankah engkau yang mengaku sebagai utusan Allah?”

RasuluLLah menjawab,
“Ya.”

Saya berkata,
“Amal apakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Iman kepada Allah.”

“Lalu setelah itu apa?”,
Tanyaku lebih lanjut.

“Menyambung silaturrahmi,”
jawab RasuluLLah.

“Lalu setelah itu?”,
aku bertanya lebih lanjut.

“Kemudian menyuruh kepada kebajikan dan melarang kemungkaran,”
jawab RasuluLLah.”

[Riwayat Bukhari]

  • keadaan 3
Daripada AbduLLah bin Umar,
dia menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada RasuluLLah lalu bertanya,
“Amal Islam apakah yang paling baik?”

RasuluLLah menjawab,
“Memberi makanan,
mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal
ataupun yang belum engkau kenal.”

[Riwayat Bukhari]

  • keadaan 4
Daripada Abu Musa,
dia berkata,
RasuluLLah ditanya,
“Islam manakah yang paling baik wahai RasuluLLah?”

RasuluLLah menjawab,
“Orang yang menjadikan orang Muslim lainnya selamat
daripada kejahatan lisan dan tangannya.”

[Riwayat Bukhari]

p/s: bahasa dari hati yang didasari iman mampu mencairkan hati-hati yang keras.. insya'Allah.. :)

2 ulasan:

  1. hmm kna bjar skill komunikasi yang baik untuk jdi daie yang berjaya.. insyaALLAH.

    kena banyak membaca!!!

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....