semalam balik ke USM supaya dapat hadir meeting.. walaupun cuma pemantau projek, pressure dari projek tetap terasa... balik dari meeting tu rasa agak depressed.. sesekali terasa diri ni lemah dan tak bermaya.. banyak kali pesan pada diri sendiri.. ini amanah.. ini amanah.. ini amanah.. amanah utk seorg hamba & khalifah... dan sebelum tidur sempat check email.. ni email dari YDP kepada semua sahabat2 MT...
NUKILAN KECILKU BUAT TEMAN SEANGKATAN SAHABAT SEPERJUANGAN
Nukilan ringkas dari insan kecil
Luahan dan perkongsian insan kerdil
pernah diamanahkan tanggungjawab yang besar
dalam membawa sebuah gerakan islam
Bersama-samanya sahabat2 yang hebat
dalam satu saf pimpinan yang mantap
menyambung rantai sebuah perjuangan
mendaulatkan syariat islam asas tujuan
untuk diteruskan generasi depan
hingga datang hari kebangkitan…
AKU BELAJAR JADI PEMIMPIN
Belajar jadi pemimpin…bermakna belajar jadi seorang hamba dan khalifah
Belajar…taat pada Yang Maha Berkuasa
Belajar…mentadbir mengurus alam semesta
Belajar jadi pemimpin…bererti belajar seni dan sains
Belajar…dekati orang
Belajar…sayangi orang
Belajar…menolong orang
Belajar…mengutamakn orang
Terkadang belajar…berkorban untuk kebaikan orang
Belajar…faham orang demi mempertahankan perkara orang
Belajar membaca budaya orang untuk membuatkan orang lain senang
Belajar membaca gerak orang
Belajar luka..untuk mengubati orang
Belajar membaca kurang senang orang
Belajar menjadi air…untuk memadam api kemarahan orang
Belajar jadi bara…masakkan makanan orang
Aku belajar mengaku salah demi selamatkan orang
Belajar berjuang walaupun digelar penentang
Belajar jadi pesalah walaupun sebenar dipersalahkan
Belajar jadi juara walaupun terbuang
Belajar menerima tewas digelanggang..untuk orang lain merasa menang
Belajar erti hilang…agar menghargai yang dipegang
Belajar menjadi narawastu kembang mewangi walaupun ditanah gersang
Aku belajar untuk tidak dikenang..tapi jasa tetap tertunjang
Belajar jadi bintang walau kecil tetap terbilang
Belajar jadi bulan menyinar diwaktu kegelapan malam
Belajar kenal susah pendorong untuk beribadah
Belajar jadi jundi disiang hari
Belajar jadi abib dimalam hari
Aku belajar untuk jadi pelbagai jenis orang untuk sesuai semua orang
Belajar jadi ayah…untuk anak2 yang tersayang
Belajar jadi abang…untuk melindungi adik2 dalam kematangan
Belajar jadi adik…untuk sedia dididik
Belajar jadi teman…tempat luahan perasaan
Belajar jadi kawan…untuk berkongsi riang
Aku belajar kenal Allah untuk cinta tidak berubah
Mari belajar kenal mati agar senang untuk berbakti
Belajar jadi kuli..agar tahu nilai budi
Belajar jadi perantau..agar kenal intan berkilau
Belajar jadi hamba..agar tahu Tuhan yang dipuja
Belajar jadi pelopor bukan pengekor
Jangan sampai tak kenal muar
Jangan sampai tak mampu berbicara
Jangan mengangguk seperti tiada
Kerna hidup bukan sekadar di buana
Pasti dijemput menghadap Yang Maha Berkuasa
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Buat teman seangkatan yang dikasihi Allah lagi disayangi Nabi SAW
Guru dalam mengajarku sebuah pegalaman baru
Murid-murid buat ku mendidik dan membentuk kenangan dulu
Terima kasih ku ucapkan buat kalian semua
Mohon maaf salah dan silap sepanjang kita bersama
Tiada ungkapan mampu ku lafazkan
Tanda syukur kepada pemilik sekalian alam
Mencantumkan kita dalam sebuah perkenalan
Dalam membina ukhwahfillah sebuah perjuangan
Moga diketemukan ditempat yang tenang
Syurga Firdaus dihari pembalasan
Beginilah bahasanya
Bila seorang ydp berbicara
Ayatnya sejuk tapi penuh membara
Beginilah bunyinya
Bila seorang bakal guru menyusun kata
Ayatnya lembut tapi penuh berbisa
Ikhlas dariku yang sentiasa mengingati kalian semua,
Ydp kamu, sahabat kamu, teman kamu, semuanya untuk kamu2…;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NYDP 2 pun nak buat puisi juga.... hehe..
dedikasi buat sahabat2 seperjuangan... termasuklah kakak abang ku semua...
Bagai berzaman diri ini dibasahi tengkujuh
Seakan tak ada teduh dan tak ada harapan langit kan cerah
Namun hamba kerdil yakin Allah ada dekat padanya
Pasti Dia akan melindungi dan mengasihi hambaNya
Secebis cahaya menyapa diriku
Seakan terpana aku dengan kilauan kemanisan iman
Jatuh terduduk aku bangkit kembali
Bertekad di hati memburu kilauan itu
Lautan yang luas bagai tidak berpantai
Aku tenggelam… aku timbul… dan aku lemas….
Kerana akulah hamba yang lemah itu
Memerlukan insan lain sebagai pelengkap perjuangan ku
Semalam kita bertemu
Dan kau mengajarku erti rindu syurga Nya
Jalan ini jalan pilihan kau dan aku
Tatkala aku sejuk, kau menjadi pembakar
Tatkala aku membakar, kau menjadi penyejuk
Tatkala aku kegelapan, kau menjadi cahaya
Tatkala aku begemerlapan, kau kembalikan aku pada Tuhan
bertuahnya aku...
Bicara bagaimanakah mampu untuk kulafaz rasa syukur ini
Hadirnya seorang teman sekali sepanjang zaman
Aku tahu dan aku sedar
Kau cuma pinjamanNya buatku
Meskipun seketika cukup bermakna buatku
Kerana akulah hamba daif yang memburu kemanisan iman…
Alhamdulillah....
:')
salam ziarah:)..saya jugaapunya teman yang sangat dikasihi LILLAH...Alahamdulillah..walaupun kami berpisah hati terasa tetap dekat..doa' tak putus untuk sahabat2 walaupun brjauhan..brtemu brpisah kerana ALLAH..Moga ALLAH memberkati jalinan yang terbina antara kita smua
BalasPadamwah..pandai kak lillah baut sajak..
BalasPadamsajak yg first tu pun best gak..
mndalam kata2nya~~ ^_^
salam jazakallahu khairan khatira
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalannya, yang menimpakan ujian yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH segaja mentakdrikan segalanya untuk sstu yang sia2. Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu retak hatimu tapi mungkin itulah yang dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNYA..
BalasPadamkhas buat sahabatku..lillah..
kuat2.. jgn pth semangat k!!
hm x kisah nk nangis..nangislaa..itulah kekuatan kita. Sentiasa bersangka baik kepadaNYA..xkan ALLAH bagi semua benda ni sia2..melainkan ada sbabnnya.. Dan yakinlah..ia terbaik buat kita.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqrah;216
go2..lillah!!.. u can do it!!!
Yg penting redha dan ceria k.. :)
sayang lillah!!!
to fahana... ukhwahfillah abadan abada... jom join MBM & seminar dakwah tu... jomla... :)
BalasPadamto tiqaxu.. ala dik.. akak baru test2 buat puisi.. nanti insya'allah ada masa akak nak buat puisi utk adik2 pulak ... hehe .. jom join seminar dakwah & mbm :p
to fairuz... i'm ok dear.. yg patah akan tumbuh.. yg hilang berganti... :p Allah knows best! sayang fairuz juga...
wajib..wajib.. join seminar dakwah.. mbm dimaafkan jika x join :D
salam semua...
BalasPadamalhamdulillah X 99..
huhu..x sangka kan..Ni la hasil2 dr kilang PPM..bukan setakat dpt hasilkan daie2 yg mmg hebat2..malahnb dapat melahirkan sasterawan2 yg mampu berpuitis setiap waktu..tidak kira sedih atau gembira..Alhamdulillah..
nampaknya..hanya saya jer kot yg jd 'rejected product"..hehe..
product x siap sbb material dia kental sgt..da tepuk da, da peluk da, da belai da pun..xmo jadi jgak..huhu..dasyat2..Kesian PPM nak kena hasilkan product yg berguna tp t'cemar dek produk yg x siap ni..huhu..maaf yer semua..
salam ziarah buat sahabat2...
BalasPadamterharu baca sajak ydp dan nydp2.terasa begitu ikhlas kalian semua dlm melakukan gerak kerja dkwah ni.Alhamdulillah..semoga saya juga diberi peluang...
satu team takkan lengkap andai tercicir walau seorg.walaupun dikatakan "rejected product", tp mana mungkin perjuangan satu team itu lengkap jika tiada yg sorg tu.kelebihan dan keunikan seseorg itu x sama.mgkin yg "rejected product" tu dpt berikan keunikan dan kelebihan pd team PPM yg org lain x nmpak.erm,saya yakin tu...diri sendiri juga kena ada inisiatif utk berubah walaupn dh ditepuk,dibelai,dipeluk smua.kalau material kental sgt,lembut2kan lah ia..insyaAllah pasti boleh..peringatan utk diri sendiri juga..
lillah.......nnti tlis sajak utk org jugak ehh
kunfayakun
BalasPadamjanji nya tuhan
sejati dendam sulit di
kalam.mampu di anugerah Alam
al quran di pijak,sunnah di halang
ganjaran menanti di hari kebangkitan hitam
.
menegak kan tauhid
men Agung kan tuhan
SUMPAH KU KEPADA NYA TUHAN
.
HII . FISABILILAH