Isnin, 16 Mac 2009

penggunaan perkataan Allah oleh non muslim ;)

firdaus mengutarakan beberapa perkara pokok (asas) yang seharusnya diberi perhatian dalam menjelaskan kefahaman kita dalam melihat isu ini..

ni copy paste dari blog dia (his blog)

1. Aspek hukum

Dari segi hukum, jelas sekali Islam tidak melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh golongan non-muslim. Ini dapat di lihat dalam dalil-dalil berikut:

Dan jika kamu bertanya kepada mereka tentang siapakah yang telah menciptakan langit, bumi, serta menundukkan matahari dan bulan pasti mereka akan menjawab, “Allah.”

(al-Ankanbut 61)


“Katakanlah, “Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi, siapakah yang mampu (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, siapakah yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Mereka akan menjawab, “Allah.” Katakanlah, “Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya).””

(Yunus 31)


Ini menunjukkan bahawa kaum musyrikin makkah telah pun menggunakan perkataan ‘Allah’. Tetapi misi RasuluLLah bukanlah untuk melarang mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ ini, tetapi untuk membawa mereka kepada Tauhid.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengurus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thoghut.”

(an-Nahl 16:36)

Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui apa-apa larangan daripada Rasul SAW bagi orang-orang musyrik menggunakannya.

Al-Quran juga menerangkan bahawa orang-orang Kristian pada zaman Nabi Muhammad SAW. juga menyembah Allah.


“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.”

(an-Nisa’ 4:171)


“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu." Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.”

(Al-Maidah 5:72)


“Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."”

(Ali Imran 3:64)

Tetapi sekali lagi kita lihat tiada larangan ke atas mereka untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ namun sebaliknya Nabi SAW menyeru mereka kepada tauhid.

Di sini juga dapat dilihat bahawa mereka tidak mentauhidkan Allah, iaitu dengan menyembah tuhan-tuhan ciptaan mereka serta memberikan sifat-sifat yang tidak sepatutnya dan selayaknya bagi Allah.

Ini sekaligus menolak pandangan pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa non-muslim dilarang untuk menggunakan perkataan Allah kerana mereka melakukan syirik dengan menyembah tuhan-tuhan selain Allah serta memberikan sifat-sifat yang tidak selayaknya bagiNya.

Maka jelaslah bahawa menurut Islam tiada larangan bagi bukan Islam daripada menggunakan perkataan ‘Allah.’

Ketua Pengarah JAKIM telah memberi kenyataan dalam media bahawa kitab-kitab orang kristian tidak pernah menggunakan nama Allah di mana-mana negara di seluruh dunia.

Kenyataan ini tidak benar.

Orang-orang arab kristian telah lama menggunakan nama ‘Allah’. Bible arab juga menggunakan perkataan ‘Allah’. Malah, jika dibuka muka surat pertama daripada Bible Bahasa Arab pada Book of Genesis, chapter 1, terdapat 17 perkataan 'Allah'! Ini baru muka surat pertama!




Sebahagian daripada muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.

Perkara ini digunakan sebagai ‘selling point’ oleh seorang pendakwah terkenal, iaitu Sheikh Fadel Soliman bagi menarik golongan non-muslim di barat untuk menerima Islam.


Sheikh Fadel Soliman menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible

sebagai 'selling point' dalam dakwahnya.


Petikan dokumentari "The Fog is Lifting" yang menunjukkan perkataan 'Allah'

muncul sebanyak 17 kali di muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.

2. Kemaslahatan umat Islam

Perkara yang menjadi persoalan sekarang adalah samaada jika dibenarkan pihak non-muslim menggunakan perkataan Allah dalam Bible dan penulisan mereka yang lain, ia boleh mengancam akidah umat Islam atau tidak.

Jadi di sinilah timbulnya isu samaada wajar diteruskan larangan itu atau tidak. Maka isu ini bukanlah isu hukum tetapi sebaliknya adalah isu menjaga kemaslahatan umat Islam.

Banyak pihak yang bimbang bahawa terdapatnya agenda tersembunyi pihak Kristian di sebalik tuntutan mereka ini. Ramai juga yang khuatir ia akan membawa kekeliruan terhadap umat Islam seterusnya menjejaskan akidah mereka.

Namun, semasa awal isu ini timbul, iaitu sekitar Disember 2006, saya memberikan reaksi yang berbeza. Saya lebih melihat isu ini dari perspektif dakwah. Lalu saya berpendapat bahawa non-muslim perlu dibenarkan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’.

Saya tidak berniat mengulas panjang di sini. Sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya di forum abumeow@yahoogroups yang dikendalikan oleh rakan-rakan saya. Sila klik di sini untuk membaca perbahasan tersebut.

Bagi saya, kalaupun pandangan saya tidak tepat, sekurang-kurangnya saya telah pun membuka mata masyarakat untuk melihat isu ini dari perspektif yang berbeza.

3. Pemerkasaan akidah vs penguatkuasaan undang-undang

Saya juga telah menyebutkan tentang kepentingan pemerkasaan akidah berbanding undang-undang. Alhamdulillah, baru-baru ini bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga ada menulis perkara yang sama dalam artikel beliau.

Ramai orang berpendapat bahawa sekiranya diadakan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad, kita akan dapat membendung gejala ini. Mungkin ia benar. Tetapi kita jangan lupa bahawa mereka boleh murtad secara senyap-senyap. Mereka juga boleh murtad di luar negara.

Begitu juga halnya dalam isu ini. Kita boleh menghalang mereka daripada menggunakan perkataan 'Allah'. Namun, itu tidak bermakna ia boleh menghilangkan ancaman terhadap akidah umat Islam.

Itulah sebabnya kita perlu melihat Islam secara keseluruhan, bukan hanya sebahagian-sebahagian. Undang-undang bukanlah segala-galanya. Kita perlu ingat bahawa Islam juga merangkumi aspek-aspek lain yang tidak boleh kita abaikan.

Selain itu, kita juga harus bijak menilai keutamaan atau awlawiyaat dalam perkara ini.

Ramai orang melihat undang-undang merupakan perkara yang lebih besar atau utama daripada pemerkasaan akidah. Ini kerana undang-undang dilaksanakan di peringkat negara manakala akidah pula adalah di peringkat individu.

Akan tetapi, akidah adalah asas (foundation) kepada umat Islam. Oleh demikian, akidah adalah perkara yang lebih utama. Apalah gunanya sebuah bangunan yang besar, tinggi dan tersergam indah kalau asasnya lemah. Bangunan tersebut boleh runtuh pada bila-bila masa.

Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui mana-mana kitab yang ditulis oleh para ulama’ Islam yang memulai perbahasan mereka dengan topic undang-undang melainkan kitab yang dikhususkan untuk membahaskan tentang topic tersebut. Kebanyakannya bermula dengan kitab/bab ilmu atau iman. Kitab-kitab fiqh pula biasanya dimulai dengan bab Thaharah (bersuci) yang menjadi syarat bagi solat, dan bukan persoalan hudud. Ini kerana solat adalah salah satu daripada rukun Islam, manakala bab undang-undang tidak terkandung dalam rukun Islam mahupun rukun iman.

Oleh demikian, kita hendaklah mengutamakan persoalan akidah TANPA memandang remeh terhadap isu undang-undang.

Tetapi malangnya tumpuan masyarakat lebih kepada melindungi akidah umat Islam dengan perlindungan undang-undang dan bukannya dengan pemerkasaan akidah. Inilah seharusnya menjadi perkara yang patut kita bimbang.

Penyelesaian yang didapati daripada undang-undang adalah bersifat sementara (temporary) manakala kekuatan akidah adalah merupakan kubu pertahanan yang kekal. Dalam merawat sesuatu penyakit, kita seharusnya ‘address’ punca (cause) penyakit tersebut dan bukanlah symptom.


p/s: thank Q very much firdaus... :)

11 ulasan:

  1. ish.. kopi pes tanpa kebenaran..

    dh la x kopi pes dgn kucing skali. :p

    pastu apsal perenggan nmpk cam rapat2? hilang unsur2 'taysir' dlm penulisan sy..

    :p

    BalasPadam
  2. ops.. kat mana yer nk amik borg kebnrn tu?

    saje x mo amik kucing owg len.. sian kat tuan dia... :p

    ooh.. masa edit ada pragraph tu.. tp masa publish ilang plak.. maybe dia nk unsur2 wasatiyah space kot..

    hehe

    (srius.. dah edit tp ilang gak prgraph tu.. thats way jd coloful, supya bezakn each prgrph..comel la tu.. wane wani..)

    :p

    BalasPadam
  3. Soalan: Kafir Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain baca kitab mereka dalam bahasa Arab kah ?

    BalasPadam
  4. Jawapan:

    :)

    mereka baca ikut situasi & tujuan mereka... (tak kisahla bahasa apapun.. semuanya bergantung pd niat mreka)

    kita semua sepakat mengatakan ada agenda di sebalik alih bahasa ini...
    dlm hal ni, kita perlu melihat dari pelbagai aspek dan jangka masa panjang.... dan kita harus ada strategi dlm melihat isu ini... sekalipun non muslim tak menggunakan perkataan Allah, ini tak bermakna agenda mereka terhenti di sini.. setakat ini kes murtad adalah disebbkn lemahnya akidah dan bukannya disebabkan penggunaan perkataan Allah oleh non muslim... kita harus menerima kenyataan bhwa kita x akn mampu selamanya berlindung d bwh penguatkuasaan undang2...

    wallahua'lam...

    jom kita sama2 smart in dakwah :)

    BalasPadam
  5. Bukan masaalah undang-undang tetapi masaalah pegangan yang betul yang mesti dipertahankan yakni Allah Yang Maha Esa. Jika ada sembahan lain itu bukan Allah tetapi hamba Allah. Baru sikafir tahu bahawa mereka tidak menyembah Allah. Ini juga alat dakwah. Al-Kafiruun....

    "Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata [terhadap rahmat Allah]. (15)" Az-Zukhruf

    Kes Murtad bermula di sini. Kerana Allah diterima sebagai Tuhan yang bersekutu dgan hamba-hambaNya. Bukan sahaja bersekutu utk disembah tetapi bersekutu dalam hal lain.

    Smart in dakwah and firm in dakwah is a different thing altogether. Quran dan Nabi pun tegas/firm. "Aku tidak sembah apa yang kamu sembah." Apatu kalau bukan ALLAH ?

    No doubt you cannot stop them from calling Allah is my God, but, you can argue with them.

    :{

    BalasPadam
  6. One more thing. Bila Allah menyatakan dalam Quran;

    "Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" (84) Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" (85) Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ’Arsy yang besar?" (86) Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" (87) Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari [azab] -Nya, jika kamu mengetahui?" (88) Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "[Kalau demikian], maka dari jalan manakah kamu ditipu?" (89) Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. (90) Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan [yang lain] beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu, (91) - Al-Mukminun

    Bukan bermakna Allah mengakui sikafir bertuhankanNya.

    Itu adalah jengkelan Allah kepada sikafir bahawa kamu sebenarnya tidak menyembah Allah tetapi menyembah benda lain. Kita sebagai orang Islam mesti tegas sebagaimana Allah tegas dalam Al-Quran.

    BalasPadam
  7. setuju..
    kita tegas dlm akidah kita.. itulah mksud ayat dr surah alkafirun tu..
    mknanya, dlm keimanan dan sembahan kita thdp Allah, kita x bleh cmpur aduk. tp, baca ayat tu smpai abis.... "lakum dinukum waliyadin..." ...bg kamu agama kamu, bagi aku agama aku.

    tp skali lagi, ia x mjdi dalil utk melarang mereka menggunakan nama Allah.

    syirik ada bbrp mksud.

    1) sembah Allah tp dlm masa sembah tuhan2 lain.
    2) x sembah Allah dan sembah tuhan2 lain.

    dua2 ni pun syirik…

    so, mmg ada org kafir yg x sembah Allah. so, apa yg kite perlu buat adlh membawa dia kpd Allah. mcm mana nk seru kpd Allah, klu kita larang dia guna pkataan Allah?

    kna tgk konteks ayat tu…

    tgk alquran secara keseluruhan. x bleh sebahagian2... baru bleh kuar hukum.

    cara dia ni hanya quote sbhg2. tp x tgk quran scr keseluruhan…

    ye.. kita tegas dlm akidah. meaning, umat islam msti menjauhi syirik…

    tp tu x bmkna kita menunjukkan al-quran melarang nonmuslim guna pkataan Allah…

    misi nabi adlh utk membetulkn umat drp syirik kpd tauhid. drp sembah Allah dan dlm masa sama sembah tuhan2 lain kpd sembah Allah semata2. dgn kata lain, misi nabi bkn utk melarang nonmuslim guna pkataan Allah, tp membawa mereka kembali kpd tauhid…

    ayat2 quran jelas skali menunjukkan pkr ni. esp ayat2 yg merujuk kpd kristian…

    tu sbb ulama di seluruh dunia x pnh mengharamkn nonmuslim menggunakan pkataan Allah. yg menjadi isu hanyalah tauhid…

    BalasPadam
  8. Baca semula, yang membaca tu yang sebenarnya membaca sekerat-sekerat.

    "No doubt you cannot stop them from calling Allah is my God, but, you can argue with them." (Komen lalu)

    Dengan kuasa kita mengharamkan penggunaaan. Itulah kelebihan kuasa. Dan, kuasa adalah amanah.

    Bagi mereka yang tak berkuasa selama hal itu benar dan bukan dosa hendaklah menghormati. Bukannya mewujudkan was-was dengan keputusan Ulil Amri spt Artikel. Inilah pemecah-belah.

    Sila karangkan satu artikel untuk membuktikan orang-orang Kafir yang tidak berbahasa Arab hendak bertuhankan Allah, faham apa itu Allah dan mereka yakin Allah Tuhan mereka.

    BalasPadam
  9. hm… :)

    kalau ckp soal kuasa, ni bkn lg soal nas… ni soal siyasah syar'iyah…

    2ndly, isunya di sini, bleh atau x guna pkataan Allah…
    dr segi hukum, confirm boleh… xde 1 pun ulama, dlm mana2 kitab melarang nonmuslim guna pkataan Allah. kalau ada, msti la dh lama nonmuslims dia negara2 arab x dbenarkn guna pkataan Allah. tp ini x berlaku…

    hm...

    dlm kitab2 & khazanah Islam penuh dgn pertembungan2 pndpt masing2… yg mengeluarkn pndapat masing2… tp mereka x berpecahbelah pun... sbb mrk fhm fiqh ikhtilaf…

    sama2 kita terus belajar lagi ye..

    btw.. jemput dtg seminar dakwah weken ni kat usm.. meh2 kita stdy sama2…

    :)

    BalasPadam
  10. Kalau orang yang membaca Quran itu sedar Allah yang aku sembah tidak sama dengan Allah yang disembah oleh sang kafir dia tidak akan meminta nas lagi. Bukan soal siyasah ini soal amanah bila berkuasa. Yang tak berkuasa jangan mengunjing atau jadi agen pemecah belah.

    Lagi... Dulu sikafir jijik memanggil nama Allah ni. Apa lagi meletak nama Allah dalam kitab bukan bahasa Arab mereka. Ulama tak perlu nak melarang sebagaimana kepartian, demokrasi dsbnya juga tidak penah dilarang. Pemecah belah juga tidak dilarang. Tak dilarang itu kerana dia bukan isu waktu tu, bukan makna dia boleh dibuat !.

    Senang chek...

    Dulu sikafir getik dengar nama Allah ni tolak yahudi dan kristian Arab je. Itupun dia kata Allah aku dengan Allah kamu lain bila bercakap sesama kristian dan yahudi yang bukan Arab. Kafir lain lagi teruklah. Baca sejarah.... Baca buku Missionaries....Baca Quran betul-betul....

    "BERHIKMAH BIAR BERTEMPAT, TEGAS DALAM BERHIKMAH"

    BalasPadam
  11. http://coretanfisabilillah.blogspot.com/2010/01/why-non-muslim-cannot-use-word-allah.html

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....