Ahad, 15 Mac 2009

halal-haram-hati

tatkala jiwa tengah kacau, mulalah diri ni meng'explore' koleksi2 lagu dalam laptop.. (banyak lagu tapi most of them orang lain yg masukkan dlm laptop ni, jadi byk yg saya tak pernah dengar..)

dan terjumpa satu lagu ni dari folder adik saya 'hati (xifu)'

masa first time dengar .. wa.. bestnyer.. lagu arab ke? dia cakap apa? x faham..
then search sikit translation .. wow.. orang Malaysia rupanya.. tambah teruja bila dpt tau ni bukan sekadar lagu.. tapi hadis ke 6 dalam dalam himpunan hadis 40 oleh imam Nawawi.. subhanallah..! patutlah setiap susunan perkataan tu sgt2 touching..sgt2 menyentuh hati.. :')


halal-haram-hati

Sesungguhnya yang halal itu jelas
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang

Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya
Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram
Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya

Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah hati.

p/s: Album ini naungan Xifu Naseer & Xifu Mu’adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba’ Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad.)

Apabila semuanya bersatu, pendakwah, Profesional & Artis, terhasillah album yang sungguh membanggakan semua. - http://www.jendelaku.com/iklan%20album.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....