Ahad, 29 Mac 2009

pasrah segalanya


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200


lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)

p/s: dedicate to those that i care... :)

6 ulasan:

  1. =') smthing i cant say.. but i have to say..

    i hate my self.

    BalasPadam
  2. :'-) sumting i hav to say..
    appreciate urself..
    u r worthy!

    BalasPadam
  3. lillah,

    ana ada benda nak cerita kat lillah..

    sedih..

    rindu sgt2 kat awak.. :(

    BalasPadam
  4. intenet x bape baik....
    email la...

    email ye...

    BalasPadam
  5. i know ALLAH love me so much..
    i know ALLAH want me learn something..
    i Know ALLAH always guide me..
    I know ALLAH never leave me lone..

    i love ALLAH so much..
    thank U ALLAH for everything u give to me.. alhamdulilah..

    BalasPadam
  6. hanya ingin berkongsi dgn insan2 yg b'nama sahabat & juga sbg peringatan pd diri yg lemah ini..

    sebenarya punca kekuatan kita yg sebenar adalah redha..bila kita redha secara automatik kita akan sabar..tapi bukan mudah utk kita jd redha, tp x b'erti mustahil utk kita redha..
    bila apa jua dugaan & cabaran yg menimpa, 1st kena redha, ingat 2 semua dugaan dariNYA..pastu senyum..tarik nafas..bertenang n ckp kat diri sndr: InsyaAllah DIA ada bersama kita & ini semua dugaan dariNYA..

    Sebenarnya bukan mudah utk kita redha..tp bila kita da redha, insyaAllah kita akan merasa 'kemanisan' ujian dariNYA..kita akan rasa semua ujian 2 mudah bagi kita..

    Yg plg x99 penting, banyakkan doa kpdNYA...banyakka doa..mintak dariNYA..bila2 masa, & dimana jua..InsyaAllah DIA Maha Mendengar..kita harus make sure yg kita x jauh dari DIA..banyakkan doa..banyakkan doa..InsyaAllah..InsyaAllah segala2nya akan dipermudahkan..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....