Selasa, 31 Mac 2009

seminar dakwah - semua org boleh berdakwah ! :)

catatan oleh cik motmot kesayanganku sempena seminar dakwah anjuran PPM-PMC-PIUsm..


click here for her blog


Kelmarin, 28032009, PPMUSM telah meganjurkan sebuah talk sempena maulud Nabi. Talk kali ni disampaikan oleh Bro Shah Kirit Kakular Govindji dan tajuknya tentang Dakwah Dlm Konteks Masyarakat Majmuk.


Di sini, saya nak ceritakan sedikit sepanjang program kelmarin…


Didahului dgn…


Mlm sebelumnya saya dah jnji nak pergi skali ngn cik lillah aka cikmot untuk program ptg tu, tp at last saya minta dia pergi dulu. Sbbnya saya ada masalah skit.huhu. then, masa naik bas,ttba nmpak kelibat seseorang yg sangat dikenali.cikmot la tu.hehe.rupa2nya dia lum smpai sana lg. agak risau sbb takut tak ada peserta yang dtg, tp bila sampai ja kat sana, Alhamdulillah, ada juga peserta yg dtg. Dan kesemuanya lebih kurang 40 org, termasuk ahli PPM dan juga PMC (penang medical centre).


Seterusnya…


Lebih kurang pukul 3 pm, Bro Shah sampai. Rahimie aka paklang selaku pengerusi kali ni. Malam tu, lillah mntk tlg paklang ganti dia jdi pengerusi. Nasib baik dia nak jadi pengerusi, kalau tak, terpaksalah cikmot yg jdi pengerusi.hehe


Bermulanya…


Bermulanya talk petang tu oleh Bro Shah. Tajuk yg beliau smpaikan ialah “Dakwah Dlm Konteks Masyarakat Majmuk”. Di sini, saya masukkan sedikit point2 yang smpat saya salin.huhu..


Dakwah dari segi bahasa ialah jemput atau panggil,dari segi istilah pula, suatu perjuangan dalam menyebarkan message.


Perkataan islah atau dakwah, tetap sma cuma ada sedikit perbezaannya. Islah lebih sesuai dalam kelompok muslim kesemuanya tetapi dakwah pula lebih sesuai bagi dakwah kepada kelompok non-muslim. Tapi maksud sebenar kedua-duanya tetap sama.


Terdapat beberapa persoalan yg ditanya, antaranya…


Pertama, berkaitan dengan perbezaan bahasa yang perlu digunakan utk berdakwah kepada non-muslim. Pada zaman Rasulullah, Baginda bukan hanya berdakwah kepada orang Arab sahaja, malah kepada golongan bukan Arab juga. Contoh yang diberi ialah Bilal b Rabah. Kedua, bagaimana nak berdakwah sbb saya tak pandai. Nanti bila pandai baru lah berdakwah. Jawapan yg diberi Bro Shah ialah..kalau nak tunggu pandai, sampai mati pun tak. Terdapat hadis yg menyatakan, “sampaikanlah walaupun hanya satu ayat sahaja”.


Kemudian ditanya lagi, nanti kalau mereka (non-muslim) tanya soalan, taktau nak jawab. Kemudian Bro Shah memberikan pandangannya, jwapan yang boleh dijawab jika berada dlm situasi sebegini..tiada seorang pun yang tahu menjawab semua soalan.

Cakap lah, soalan awak cukup bagus, tapi saya x tahu jawapannya. Nnti bila saya dah dapat jawapannya saya akan kembali pada awak. Then, kita balik lah mencari jawapan kepada soalan tadi tu. Jika ditanya lagi dan kali ni pun xtau nak jawab.

Cakap kat dia sekali lagi..soalan awak kali ini pn sangat bagus sampai saya pun tdak tahu jawapannya. Nanti saya akan mencari jawapan tu dan akan kembalik pada awak. Sekali lagi, baliklah mencari jawapan kepada soalan tadi. Masa Bro Shah ceritakan semua ni, semua peserta yang hadir ketawa, cikmot ketawa, fairuz, asma, semua la.hehe.

kemudian, Bro Shah tambah lagi, kemungkinan orang yang bertanya tadi tu akan terbuka hatinya untuk masuk Islam disebabkan kejujuran kita dalam menjawab soalan tadi walaupun kita tak tahu. “bukan kepandaian kita dalam berkata-kata yang membuatkan orang tertarik dgn Islam…” Dapat pengajarannya kan. Tak susah pun nak bercakap jujur.

Cuba bayangkan kalau kita main goreng atau tipu masa jawab tadi, tak ke nanti kita sendiri yang bermasalah, tak yah pening-pening nak jawab kalau kita mmg tak tahu jawapannya, kan senang bgtahu ja yg kita tak tahu. Tapi jgn la sbb tak tahu, malas pula nk mencari jawapan, kena la rajin sikit, buka buku ke, tanya kawan-kawan yang lebih arif ke, ustaz ustzah pun ada, tak pun masa tgh online tu, cari la masa sekejap utk cari jawapan kepada persoalan2 ni. Zaman sekarang kan canggih, jd gunakan teknologi sebaiknya. Tapi kna igt, kalau nk cari dlm internet, kna pastikan sumber yg diperoleh tu dulu, tkut maklumat yg kita dapat tu salah..


Bersambung lagi…


Next, Bro Shah cerita pula tentang beberapa cara berdakwah. Dakwah dgn akhlak, dakwah dgn lisan, dakwah dgn kitab, dakwah dgn hikmah. Ni antara yg smpat saya salin, ada lagi sbnarnya tp tak sempat.hehe. kenal Shaikh Ahmad Deedat? Beliau ni dikatakan pengasas kepada “comparative religion”, tp dalam dunia moden sekarang la. Actually Nabi Muhammad saw dah lama dah memperkenalkan dialog antara Islam-Kristian ni.


Next…


Kita cerita sikit tentang bible dan al-quran. Mostly Christians believe in holy trinity (father, son and the holy ghost). Tapi kebanyakan paderi2 sendiri tidak mempercayai konsep trinity ni, tapi mereka percaya Nabi Isa itu adalah ketiga-tiganya. Mereka memaksa diri memahami hal itu walaupun sebenarnya mereka tidak memahaminya dengan sepenuhnya. actually dalam bible, tidak terdapat konsep trinity ni tapi dalam al-quran ada disebut dalam surah An-Nisaa’ : ayat 171.

“ ….sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah yang disampaikanNya kepada Maryam, dan dgn tiupan roh dariNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya dan jgn lah kamu menyatakan: (Tuhan itu) tiga, berhentilah dari ucapan itu….” [4:171]


Dalam bible juga terdapat hal2 yg misteri seperti konsep trinity td, tp dalam al-quran langsung tidak terdapat apa2 yang misteri, semuanya jelas. Saya sbnarnya tidak begitu tahu sangat soal2 ni, jadi kalau sahabat2 menegtahuinya, mohon beri tambahan ye..


Kemudian…


Dibincangkan pula berkaitan soalan-soalan yang diajukan oleh non-muslim kepada muslim. Di sini ada antara soalan-soalan mereka.

Pertamanya, boleh ke Tuhan Islam buat satu batu yang cukup besar dan berat sehinggakan Tuhan sendiri tak boleh angkat?

Kedua, dalam Islam tak boleh makan babi, jadi kenapa Tuhan cipta babi?

Ketiga, adakah Tuhan Islam ni adil?

Dan kalau adil, kenapa ada yang dilahirkan dalam keadaan Islam ada pula yang dilahirkan dalam keadaan bukan Islam?

Yang keempat pula, kenapa Islam sembah batu besar (kaabah)?

seterusnya kelima, bukan kah Islam itu kejam bila sembelih binatang?tak kasihan kah Islam pada binatang tu?

Dan yang terakhir, berkaitan dgn bab poligami. Kenapa Islam benarkan lelaki kahwin 4, dan wanita hanya 1?

Dalm bab ni paling panjang dibincangkan.

Ini antara persoalan-persoalan yg pernah diajukan oleh non-muslim kepada muslim. Tapi kat sini, saya tak catat kan kot tentang kesemua jawapan kepada persoalan-persoalan ni. Panjang sgt. Mungkin kalau ada yang nak tahu, boleh lah bertanya..

Terakhirnya…


Setelah habis dibincangkan kesemua persoalan-persoalan tadi, maka berakhirlah talk petang tu. Semua peserta boleh bersurai, tetapi sebelum itu, diadakan sedikit jamuan petang. Waa…sedapnya dapat makan kuih.suka2.tambah2 cikmot, dia pun suka gak.hehe.


Kembali pulang…

Setelah selesai solat asar, beberapa org kemas smua barang2, yang ada masa tu, cikmot lillah, ayuni, qayyum, saiful dan saya sendiri. Yang lain2 semuanya dah balik berehat, ada pula yang sempat pergi pasar malam (kak na ngn kak wa).hehe. yang terakhir tinggal kami berempat, hujan lebat pulak masa tu, payung lak ada 1 ja (payung hijau yg comel mcm tuannya.hehe) jadi terpaksa berkongsi payung yg satu tu, bagi pada cikmot sbb dia x sihat, dan qayyum sbb dia bwk laptop (tp dua2 degil xmo guna payung,ish3 xsedar2 yang kamu tu x sihat.hehe). 2 org lagi, main hujan sepanjang perjalanan sebab bas dah xda masa tu.

Best….sepanjang perjalanan tu, mcm2 yang kami sembang, borak. Yela, bkn senang nak jumpa dgn adik2 tu. Kalau dgn cikmot ni xpe, tiap2 hari boleh jumpa, sampai dah jemu tgk muka.hehe. kemudia kami berpisah kat padang palapes tu sbb ayuni nak pegi print, and qayyum temankan dia. Jadi saya dan lillah jln berdua-duaan sja la..



Actually saya agak tak stabil hari tu, tak sangka lillah perasan pulak. Nangis saya bila dah sampai bilik, sbb teringat kata2 lillah masa tu. Terasa bersalah.. berjalan lah kami dan akhirnya sampai bilik. Alhamdulillah..


Akhir kata

Alhamdulillah, bersyukur sangat diberi kesempatan utk sertai talk ni. Banyak yang saya dapat, yang saya belajar. Ini lah yang saya cari, peluang-peluang untuk menambah-baikkan diri. Syukur padaNya…

Kepada sahabat-sahabat, jika ada tersalah dalam artikel yang saya tulis ni,mohon sahabat perbetulkan, dan jika perlu, tambahlah apa yang patut ditambah..

"Allah yang Maha Pengasih pasti memberikan kemudahan"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s: wah... catatan yg sgt details... tangkiu vry much motmot... bestnya ada asistan tlg wat laporan utk cikmot.. bahagianya... alhamdulillah.. hehe

1 lg,nnti cikmot import koleksi soklan2 non muslim tu byk2 utk motmot. :)

5 ulasan:

  1. eeeee...igtkan culik dari meow,rupanya culik yg org punya.xaci!!!!!!!!!

    ni assistan berbayar tau,nnti org g blik kutip gajinya tau..

    org pun nak culik lah.nak culik gmbo.boleh kan2??

    BalasPadam
  2. very nice blog..banyak artikal dan info yg menarik daripada anda yg saya dapat...tahniah,teruskan perjuangan dakwah anda!..

    p/s:saya amek sikit eh ayat2 dari blog awak.thanks...

    BalasPadam
  3. to aisya:

    eit.. gaji tolak hutang melepak kat bilik lillah... ha.. 1 jam rm 150... dah bape hari lepak sni? stahun lebih kan?? ha.. total negativ...
    kene keje kuat skit tuk baya hutang..
    :p

    to al azhar:
    thankQ.. alhamdulillah..

    p/s: amik ajelah..

    BalasPadam
  4. salam..huhu..bagus2..org setuju ngan cekmot..huhu..gajinya negatif..pantang dtg blk cekmot msti.....hehe (rahsia...)

    Erm..bagusnya talk 2..ruginya x b'kesempatan tok p..huk3..sadissss..tp alhamdulillah, ada gak yg sudi berkongsi =>...

    BalasPadam
  5. ehhhh...apa hutang2 nih.bila masa lak org berhutang.amboi2..kan kalau org x gi bilik cikmot, sapa lagi tetamu comel yg nak berkunjung ke sana..patutnya bersyukur tau..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....