Selasa, 31 Mac 2009

seminar dakwah - semua org boleh berdakwah ! :)

catatan oleh cik motmot kesayanganku sempena seminar dakwah anjuran PPM-PMC-PIUsm..


click here for her blog


Kelmarin, 28032009, PPMUSM telah meganjurkan sebuah talk sempena maulud Nabi. Talk kali ni disampaikan oleh Bro Shah Kirit Kakular Govindji dan tajuknya tentang Dakwah Dlm Konteks Masyarakat Majmuk.


Di sini, saya nak ceritakan sedikit sepanjang program kelmarin…


Didahului dgn…


Mlm sebelumnya saya dah jnji nak pergi skali ngn cik lillah aka cikmot untuk program ptg tu, tp at last saya minta dia pergi dulu. Sbbnya saya ada masalah skit.huhu. then, masa naik bas,ttba nmpak kelibat seseorang yg sangat dikenali.cikmot la tu.hehe.rupa2nya dia lum smpai sana lg. agak risau sbb takut tak ada peserta yang dtg, tp bila sampai ja kat sana, Alhamdulillah, ada juga peserta yg dtg. Dan kesemuanya lebih kurang 40 org, termasuk ahli PPM dan juga PMC (penang medical centre).


Seterusnya…


Lebih kurang pukul 3 pm, Bro Shah sampai. Rahimie aka paklang selaku pengerusi kali ni. Malam tu, lillah mntk tlg paklang ganti dia jdi pengerusi. Nasib baik dia nak jadi pengerusi, kalau tak, terpaksalah cikmot yg jdi pengerusi.hehe


Bermulanya…


Bermulanya talk petang tu oleh Bro Shah. Tajuk yg beliau smpaikan ialah “Dakwah Dlm Konteks Masyarakat Majmuk”. Di sini, saya masukkan sedikit point2 yang smpat saya salin.huhu..


Dakwah dari segi bahasa ialah jemput atau panggil,dari segi istilah pula, suatu perjuangan dalam menyebarkan message.


Perkataan islah atau dakwah, tetap sma cuma ada sedikit perbezaannya. Islah lebih sesuai dalam kelompok muslim kesemuanya tetapi dakwah pula lebih sesuai bagi dakwah kepada kelompok non-muslim. Tapi maksud sebenar kedua-duanya tetap sama.


Terdapat beberapa persoalan yg ditanya, antaranya…


Pertama, berkaitan dengan perbezaan bahasa yang perlu digunakan utk berdakwah kepada non-muslim. Pada zaman Rasulullah, Baginda bukan hanya berdakwah kepada orang Arab sahaja, malah kepada golongan bukan Arab juga. Contoh yang diberi ialah Bilal b Rabah. Kedua, bagaimana nak berdakwah sbb saya tak pandai. Nanti bila pandai baru lah berdakwah. Jawapan yg diberi Bro Shah ialah..kalau nak tunggu pandai, sampai mati pun tak. Terdapat hadis yg menyatakan, “sampaikanlah walaupun hanya satu ayat sahaja”.


Kemudian ditanya lagi, nanti kalau mereka (non-muslim) tanya soalan, taktau nak jawab. Kemudian Bro Shah memberikan pandangannya, jwapan yang boleh dijawab jika berada dlm situasi sebegini..tiada seorang pun yang tahu menjawab semua soalan.

Cakap lah, soalan awak cukup bagus, tapi saya x tahu jawapannya. Nnti bila saya dah dapat jawapannya saya akan kembali pada awak. Then, kita balik lah mencari jawapan kepada soalan tadi tu. Jika ditanya lagi dan kali ni pun xtau nak jawab.

Cakap kat dia sekali lagi..soalan awak kali ini pn sangat bagus sampai saya pun tdak tahu jawapannya. Nanti saya akan mencari jawapan tu dan akan kembalik pada awak. Sekali lagi, baliklah mencari jawapan kepada soalan tadi. Masa Bro Shah ceritakan semua ni, semua peserta yang hadir ketawa, cikmot ketawa, fairuz, asma, semua la.hehe.

kemudian, Bro Shah tambah lagi, kemungkinan orang yang bertanya tadi tu akan terbuka hatinya untuk masuk Islam disebabkan kejujuran kita dalam menjawab soalan tadi walaupun kita tak tahu. “bukan kepandaian kita dalam berkata-kata yang membuatkan orang tertarik dgn Islam…” Dapat pengajarannya kan. Tak susah pun nak bercakap jujur.

Cuba bayangkan kalau kita main goreng atau tipu masa jawab tadi, tak ke nanti kita sendiri yang bermasalah, tak yah pening-pening nak jawab kalau kita mmg tak tahu jawapannya, kan senang bgtahu ja yg kita tak tahu. Tapi jgn la sbb tak tahu, malas pula nk mencari jawapan, kena la rajin sikit, buka buku ke, tanya kawan-kawan yang lebih arif ke, ustaz ustzah pun ada, tak pun masa tgh online tu, cari la masa sekejap utk cari jawapan kepada persoalan2 ni. Zaman sekarang kan canggih, jd gunakan teknologi sebaiknya. Tapi kna igt, kalau nk cari dlm internet, kna pastikan sumber yg diperoleh tu dulu, tkut maklumat yg kita dapat tu salah..


Bersambung lagi…


Next, Bro Shah cerita pula tentang beberapa cara berdakwah. Dakwah dgn akhlak, dakwah dgn lisan, dakwah dgn kitab, dakwah dgn hikmah. Ni antara yg smpat saya salin, ada lagi sbnarnya tp tak sempat.hehe. kenal Shaikh Ahmad Deedat? Beliau ni dikatakan pengasas kepada “comparative religion”, tp dalam dunia moden sekarang la. Actually Nabi Muhammad saw dah lama dah memperkenalkan dialog antara Islam-Kristian ni.


Next…


Kita cerita sikit tentang bible dan al-quran. Mostly Christians believe in holy trinity (father, son and the holy ghost). Tapi kebanyakan paderi2 sendiri tidak mempercayai konsep trinity ni, tapi mereka percaya Nabi Isa itu adalah ketiga-tiganya. Mereka memaksa diri memahami hal itu walaupun sebenarnya mereka tidak memahaminya dengan sepenuhnya. actually dalam bible, tidak terdapat konsep trinity ni tapi dalam al-quran ada disebut dalam surah An-Nisaa’ : ayat 171.

“ ….sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah yang disampaikanNya kepada Maryam, dan dgn tiupan roh dariNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya dan jgn lah kamu menyatakan: (Tuhan itu) tiga, berhentilah dari ucapan itu….” [4:171]


Dalam bible juga terdapat hal2 yg misteri seperti konsep trinity td, tp dalam al-quran langsung tidak terdapat apa2 yang misteri, semuanya jelas. Saya sbnarnya tidak begitu tahu sangat soal2 ni, jadi kalau sahabat2 menegtahuinya, mohon beri tambahan ye..


Kemudian…


Dibincangkan pula berkaitan soalan-soalan yang diajukan oleh non-muslim kepada muslim. Di sini ada antara soalan-soalan mereka.

Pertamanya, boleh ke Tuhan Islam buat satu batu yang cukup besar dan berat sehinggakan Tuhan sendiri tak boleh angkat?

Kedua, dalam Islam tak boleh makan babi, jadi kenapa Tuhan cipta babi?

Ketiga, adakah Tuhan Islam ni adil?

Dan kalau adil, kenapa ada yang dilahirkan dalam keadaan Islam ada pula yang dilahirkan dalam keadaan bukan Islam?

Yang keempat pula, kenapa Islam sembah batu besar (kaabah)?

seterusnya kelima, bukan kah Islam itu kejam bila sembelih binatang?tak kasihan kah Islam pada binatang tu?

Dan yang terakhir, berkaitan dgn bab poligami. Kenapa Islam benarkan lelaki kahwin 4, dan wanita hanya 1?

Dalm bab ni paling panjang dibincangkan.

Ini antara persoalan-persoalan yg pernah diajukan oleh non-muslim kepada muslim. Tapi kat sini, saya tak catat kan kot tentang kesemua jawapan kepada persoalan-persoalan ni. Panjang sgt. Mungkin kalau ada yang nak tahu, boleh lah bertanya..

Terakhirnya…


Setelah habis dibincangkan kesemua persoalan-persoalan tadi, maka berakhirlah talk petang tu. Semua peserta boleh bersurai, tetapi sebelum itu, diadakan sedikit jamuan petang. Waa…sedapnya dapat makan kuih.suka2.tambah2 cikmot, dia pun suka gak.hehe.


Kembali pulang…

Setelah selesai solat asar, beberapa org kemas smua barang2, yang ada masa tu, cikmot lillah, ayuni, qayyum, saiful dan saya sendiri. Yang lain2 semuanya dah balik berehat, ada pula yang sempat pergi pasar malam (kak na ngn kak wa).hehe. yang terakhir tinggal kami berempat, hujan lebat pulak masa tu, payung lak ada 1 ja (payung hijau yg comel mcm tuannya.hehe) jadi terpaksa berkongsi payung yg satu tu, bagi pada cikmot sbb dia x sihat, dan qayyum sbb dia bwk laptop (tp dua2 degil xmo guna payung,ish3 xsedar2 yang kamu tu x sihat.hehe). 2 org lagi, main hujan sepanjang perjalanan sebab bas dah xda masa tu.

Best….sepanjang perjalanan tu, mcm2 yang kami sembang, borak. Yela, bkn senang nak jumpa dgn adik2 tu. Kalau dgn cikmot ni xpe, tiap2 hari boleh jumpa, sampai dah jemu tgk muka.hehe. kemudia kami berpisah kat padang palapes tu sbb ayuni nak pegi print, and qayyum temankan dia. Jadi saya dan lillah jln berdua-duaan sja la..



Actually saya agak tak stabil hari tu, tak sangka lillah perasan pulak. Nangis saya bila dah sampai bilik, sbb teringat kata2 lillah masa tu. Terasa bersalah.. berjalan lah kami dan akhirnya sampai bilik. Alhamdulillah..


Akhir kata

Alhamdulillah, bersyukur sangat diberi kesempatan utk sertai talk ni. Banyak yang saya dapat, yang saya belajar. Ini lah yang saya cari, peluang-peluang untuk menambah-baikkan diri. Syukur padaNya…

Kepada sahabat-sahabat, jika ada tersalah dalam artikel yang saya tulis ni,mohon sahabat perbetulkan, dan jika perlu, tambahlah apa yang patut ditambah..

"Allah yang Maha Pengasih pasti memberikan kemudahan"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s: wah... catatan yg sgt details... tangkiu vry much motmot... bestnya ada asistan tlg wat laporan utk cikmot.. bahagianya... alhamdulillah.. hehe

1 lg,nnti cikmot import koleksi soklan2 non muslim tu byk2 utk motmot. :)

Isnin, 30 Mac 2009

Kenapa bila masuk Islam, dah tak boleh keluar lagi ????

Soalan:

Kenapa, bila seseorang itu masuk Islam, dia dah tak boleh keluar lagi?

Jawapan:

Apabila soalan ini ditanya, kita perlu juga lihat konteks soalan ini. cth: mengapa soalan ini ditanya, apa isu yg berkaitan dgn soalan ini.

Adakalanya soalan ini ditanya disebabkan isu hukuman hudud. kadang2 disebabkan isu lina joy. dan bbrp isu lain... Setiap isu ini mempunyai cara penjelasan yg agak berbeza.

Tetapi secara umum, kita boleh gunakan penjelasan berikut:


1. Tiada paksaan dalam agama.


Dalam Islam, kita tak boleh paksa sesiapa untuk memeluk Islam. Tanggungjawab kita adalah hanya menjelaskan kebenaran kepada golongan bukan Islam. Setelah kebenaran dijelaskan, keputusan adalah terletak kepada non-muslim tersebut samaada hendak memeluk Islam atau tidak. Kita tak boleh sama sekali memaksa org itu memeluk Islam.

Firman Allah: "Tiada paksaan dalam agama; sesungguhnya telah jelas (berbeza) kebenaran daripada kesesatan.." (al-baqarah 2:256)


2. Kontrak


Kalau kita ambil contoh, seseorang yg hendak menganggotai tentera perlu menandatangani kontrak. Dia tidak dipaksa untuk menjadi anggota tentera. Dia tidak dipaksa menandatangani kontrak tersebut. Tetapi setelah menandatangani kontrak tersebut, dia tak boleh lagi keluar daripada menjadi seorang tentera.

Seorang muslim juga begitu. Dia tidak dipaksa untuk memeluk Islam. Dia tidak dipaksa untuk melafazkan 2 kalimah syahadah. Tetapi setelah melafazkan syahadah dengan rela hati setelah menyaksikan kebenaran Islam, dia telah berkontrak utk tidak akan keluar dari Islam.



wallahua'lam...

rujukan yahoo grup AM

Ahad, 29 Mac 2009

pasrah segalanya


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200


lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)

p/s: dedicate to those that i care... :)

tanya ibu dan ayah

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan

Tanyalah... pada ayah ibu...
Bila kau tidak tahu...

Tanya pada ayah
Mengapakah kita
Mesti mentaati
Allah yang maha esa


Tanya pada ibu
Mengapa kita mesti menjadi
Seorang anak yang sholeh



Oh adik tanya - tanyalah..
Tentu kata ayah kerana Allahlah
Yang menciptakan kita
Dan alam ini

Tentu kata ibu
Hanya anak yang sholeh
Penyejuk hati ayah dan ibu



Taatlah kepada Allah
Amalkan segala hukum perintah-Nya
Jaga hubungan sesama kita
Berakhlak mulia di mana jua

Taat pada ayah ibu
Jagalah hatinya
Hiburkanlah mereka
Ingatlah susah payahnya
Balas semua jasa mereka

Redha Allah
Redha ayah ibu
Kebahagiaan dunia akhirat


p/s: lagu favrot masa budak2 dlu .. sebab mak slalu pasang dlm kreta.. skrg ni bila dah besar2 ni dgr smula, rasa syahdu nya... (rindunya kat mak abah..hum...)


Sabtu, 28 Mac 2009

anting-anting simbol salib


masa skolah dlu2...
lillah ditemukan dengan seorang sahabat..
anak kacukan.. ibunya mualaf.. hidupnya ketandusan didikan agama..
tidak pernah bersolat.. tidak tahu membaca Al-quran..
dan setiap hari memakai skirt ke sekolah dengan anting2 simbol salib...

kali pertama bertemu, lillah sangka dia kristian.. tapi rupa2nya islam...
kali pertama kami bertemu, dia hanya pandang lillah sebelah mata.. sebolehnya dia menjauhkan diri.. tapi disebabkan lillah ni memang tak faham bahasa.. lagi orang menjauh, lagi lah gatal nak mendekat.. hehe..

ketika kelas pendidikan islam, dia duduk di sebelah lillah..ustazah menulis ayat hafazan di blackboard.. saya menyalin.. dia pun menyalin juga.. tapi kan... kesian sangat kat dia.. dia tak tau apa yang dia salin.. so memang tak boleh nak baca tulisan dia.. macam bentuk simbol2.. :'-( kesian..kesian sgt!!

"Awak.. tlg bacakan utk saya.."dia minta bantuan saya.. dia menulis dgn tulisan rumi ayat hafazan tu.. dan dia menghafalnya... wahhhhhhhhh.... saya terharu.. suatu usaha yang mengkagumkan..

ni yg buat saya sayang kat dia ni...

kami terus berkawan.. dia ni kaki bisnes.. dalam kelas bukannya belajar, tapi bisnes mcm2.. seronok sy tengok mcm2 katalog yg dia bawa.. dia mmg seorang promoter yg bagus.. hm.. sukanya sy tgk cara dia yg comel2 berani tu.. :)

bila time test, sy selalu score A.. subjek Pendidikan Islam memang dapat full marks.. masa tu dia tanya, camana awak boleh dpt camni.. ntah la.. saya study, saya jawab, score!! krn dia berminat, sy pun buatlah skema jawapan utk dia.. kalau soklan mcm ni, kne jwb camni.. dan kami selalu stdy sama2.. bila stdy dgn sy, kenela ikut cara saya.. mula2... kita baca doa penerang hati..
"kenapa baca doa ni?"
"supaya hati ni mudah nak terima ilmu.."jawab saya..
actually kan, bila kita minta hati ni diterangkan.. kita sebenarnya sdg meminta hidayah...

masa terus berlalu..
namun lillah masih x ckup kuat utk menegur anting2 bebentuk salib tu... hum...
lillah tak mau buat dia tersinggung.. tak mau buat dia kecik hati.. dia tak salah, dia jahil...
bagaimana cara terbaik nak tegur dia?
lillah tak mau disebabkan cara teguran yg tak berhikmah ni, dia menjauh dan terus bertambah lemas dalam kejahilan.. lillah tak mau disebabkan cara teguran yg salah tu, dia menutup hati dari dakwah2 org yg mahu memberi nasihat pada dia...
ya Allah... berilah diriku ruang utk ku sentuh hati sahabat yg aku sgt2 sayang ni...... :'-(

dalam sembang2, sentuh sikit2 tentang family...
dia ni slalu berperang dgn mak dia.. selitkan tazkirah2.. redha Allah terletak pd redha mak ayah.. walau seburuk manapun mak ayah kita, kita tetap kne sayangkan deorang.. x bleh benci2...

dalam sembang2, sentuh ttg keyakinan pd Allah.. yakin dgn pertolongan Allah.. redha dan berlapang dada dgn takdir Allah... sabar dengan ujian Allah.. sentiasa bersangka baik dengan Allah..

one day.. dia tanya tentang solat.. dia nak solat, tapi dia tak reti bacaan2.. masa tu ada PAFA.. dia takut sebab dia memang tak solat sebelum ni... dan dia mula rasa berdosa... hum.. petanda yg baik!! petanda hati mula menerima percikan hidayah!!

kami makin rapat... dan jadi besfren... masa SPM dah nak dkt sgt2.. sy tekad utk tegur jugak anting2 simbol salib kesayangan dia tu.. tapi sebelum tu mmg banyak kali saya doa minta kekuatan...
masa tu kami berdua dlm kelas.. tgh stdy addmath..
"awak..."
"ye"
"awak..."
"ye"
"awak...."
"Khalilah?!!"
"saya..."
dia meletakkan pen di tangan dan memandang saya..
"saya ada nak ckp ssuatu.. dah lama sy nak ckp... tp x terckp..."
"ckpla"
"nnti awk marah..."
"ckpla"
"kalau sy ckp... awk jgn marah tau"
"hm..."
"sy cuma nk ckp ssuatu.. kalau awk nk dgr, dgrla.. kalau x nk dgr, please jgn bencikan saya...dah lama sy nk ckp tp x dpt.." (sy dah nk nangis masa ni... huhu.. kwn saya tu muka dia dah berubah.. dia mcm kesian kat sy..)
"awak...." dia memujuk...
"awak tau x... bila org islam yg buat dosa tapi ada iman dlm hati dia.. lepas dia masuk neraka, dia akn masuk syurga tau.. syaratnya ialah dia mesti ada iman dlm hati.. walau sekecik zarah iman tu.."
dia khusyuk mendengar.... terketar2 diri ni rasa... she is someone that i care & i love.. i dont want to hurt her..
"dan... bila kita mengaku beriman pada Allah.. kita tak boleh memakai sesuatu yg melambangkan kita agama lain..." saya memberi isyarat ke telinganya.. dia mengangguk faham..
lama dia diam... huhu.. sedang menganalisa apa yg sy sampaikan..

"Awak...."sy memegang bahu dia... isk2
dia ketawa..
"saya okeyla!" kami sambung stdy semula...

slps spm saya pergi ke matrik... tiap 2 minggu dia hantar surat.. paling2 lama pun sebulan mesti ada satu surat.. padahal sms memang tiap2 hari.. dia tak mahu belajar, dia nak kerja.. penuh dinding saya bertampal surat2 dia.. comel2 surat 2 tu.. ada sailormoon, ada chibi maroko chan dan macm2 watak comic... hehe.. sukanya!
"eh... korang ni bercinta ke? cepat tulis surat utk aku pulak! aku ni takde org hantar surat!" usik rumet matrik saya.

saya lost contact dgn kwn tu semasa masuk usm ni .. tu pun sbb hilang no dia.. tapi baru2 ni sy terserempak dgn classmates lama sy.. ada harapan buat jejak kasih ni..

walau di mana dia berada, doa sy tetap mengiringi dia... dia dah banyak mengajar saya tentang hidup ni.. sayang sangat2 pada dia.... :)

"Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. sekiranya kamu berkeras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu."
(Ali imran :159)

Khamis, 26 Mac 2009

i'm alone and sad.... jeles dgn org len... :'-(


lillah dapat sms dari seorang pembaca blog.. rasanya perlu untuk lillah share dgn pembaca2 lain sms kami.. moga2 bermanfaat dunia akhirat utk kita semua.. insya'Allah..

pagi tu ada photo session dengan coursemet.. sepanjang perjalanan ke dataran bintang, sms masuk tak berhenti2.. dah mcm rutin setiap pagi.. selalunya lillah balas msg2 yg sgt 2 penting je.. yg lain tu lewat malam baru reply.. antara sms yg masuk tu dari cik D.. salah seorang pembaca blog ni..

sms D : Assalammualaikum. Lillah, D ni.. lillah, susah btl nk dpt kwn yg sekapala dgn kta kan?
(masa ni sy pandang besfren sy yg sdg duduk di sebelah dan menunjukkan sms tu... susah ke cik na? cik na mengangguk..)

sms lillah: Wa'alaikumussalam.. Ye.. Mmg susah..

sms D : Lillah.. D jeles ngn lillah.. byk bsfrnd kat sna.. lillah kuat, sntiasa rasa bahagia.. D xda bstfrend kat tmpt D blajar skrg.. mudah btl terasa hati ngan kwn2

(masa ni tgh teman cik na beli sarapan.. cik na nak makan karipap..terfikir masa tu.. lillah kuat? tengah demam selsema ni.. )

sms lillah : D ramah x dgn org len? suka tolong org sblm dia minta tlg? mudah memahami org lain x? mudah beralah & bekorban utk org lain x? adakah D seorg yg emosional, sgt sensitif, baran, manja? cuba muhasabah diri...


sms D: Mcmmana kita nak jd smua tu Lillah?
(pagi yg sejuk.. kepala terasa pening2.. hum.. xda idea.. teringat pada kata2 seorang adik, Qayyum semasa meeting 2 hari lepas.. Setiap kali meeting kami akan share kata2 hikmat, words of wisdom.. lillah suka kata2 Qayyum)

sms lillah: Allah x akan mengubah nasib kita slagi kita x beusaha mengubah diri kita.. kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu... :)

sms D : kalau kta nak ubah diri, nk jd ramah ngan org, nk tlg org, suma 2 perlu belajr ka? plu baca bku cra nk communicate ngan org?
(lillah sendiri pun baca mcm2 buku utk self improvement.. pernah juga baca buku ttg teknik2 handle people in love and business.. kita kene sentiasa memperbaiki diri kita kpd yg lebih baik.. sebab lillah mahu memberi yg terbaik pd semua org yg lillah deal..)

sms lillah: Smua org perlu belajar utk tau sesuatu.. Sgt sikit yg mmg dh tau tanpa belajar..

sms D :kalau kta wat silap, kta trkasar ckp cthnya, kta plu minta maaf..? plu ungkapkan kemaafan bg stiap ksalahan?
(hum.. masa ni sdg transfer notes dari laptop cikna ke pandrive lillah.. tanya pendapat cik na ttg soalan D.. cik na kata kalau dia, dia prefer minta maaf walau apapun yg blaku)

sms lillah: minta maaf sgt2 ptg.. tu tanda kta sedar kta salah.. dan dpt la skit sejukkan hati dia.. tpulang pd dia nk maafkan atau tak..

sms D:kalau org yg jenis biasa ja sakitkan hati org, jd bila kita dah wat silap kat dia, plu juga ka? kalau tiap hari kita wat silap, kdg2 kta terbuat, baru kita sedarkan, tiap2 hari la kne minta maaf juga? Lillah.. bukankah susah tu?

(masa ni lillah dah balik bilik.. ada kawn datang bermalam di bilik semalam.. kesian dia sebab awal2 pagi lillah dah pergi kelas terpaksa tinggalkan dia.. tp dah sediakan breakfast utk dia sblm pergi pagi tadi..)

sms lillah : org yg berakal x mengulangi kesilapan.. Dia berusaha mjd lebih baik pd stiap hari...kita x mampu ubah diri org lain.. tp diri kita boleh berubah utk mengubah org lain...

sms D : insya'Allah.. terima kasih Lillah.. Lillah tinggalkan sdkt tzkirah utk D..


sms lillah : Alhamdulillah :)

“Adalah seorang mu’min itu
dengan
mu’min yang lainnya
ibarat sebuah bangunan,
satu bahagian
menguatkan
bahagian yang lainnya.”
(Hadis Muttafaqun ‘alayh daripada Abu Musa al-Asy’ari, al-Lu’lu’ wal Marjan, 1670)


bila hajat tidak kesampaian... betapa sakitnya melwan takdir... :'-(


dalam hidup ni banyak kali kita diuji dengan sesuatu yang tidak selari dengan kehendak kita.. kita nak kan Utara.. Allah beri Selatan.. Kita nak jugak Utara!!! Allah tetap juga beri.. Selatan...
Kita sedih sebab kita rasa yang Utara tu adalah yang terbaik..dan kita dah bersungguh2 mendapatkan Utara.. tapi yang dapat Selatan juga... betapa sakit melawan takdir Allah..

:'-(

check niat kita semula...


adakah niat kita masih ikhlas utk Allah seperti di awal2 kerja atau niat sudah terpesong ketika di tengah2 kerja?


hum... make it straight again..
luruskan niat kembali.. melakukan segala sesuatu hanya untuk Nya..


"Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

(Muhammad:7)


kita hanya mampu berusaha.. asbab kejayaan adalah usaha... hakikatnya sama ada berjaya atau tidak terletak padaNya...



"Jika Allah swt menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu maka apakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah swt? Dan ingatlah, kepada Allahlah jua orang yang beriman itu berserah diri."

(Ali-Imran : 160)



walau apa jua ketentuan yang Allah bagi.. yakinlah itulah yang terbaik..


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah : 216)


:)

Rabu, 25 Mac 2009

Bible tu corrupted. Tapi kenapa kita gunakannya untuk buktikan Islam itu benar?


1. Ada ke org guna bible utk prove Islam benar?

Sebenarnya kita x perlukan bible utk prove Islam benar.


2. Bible

Dalam bible, ada di antara kandungannya yang selari dengan ajaran Tuhan yg asal dan ada juga yang bercanggah. Secara kesuluruhan, kita x terima ia sebagai word of God kerana terdapat percampuran di antara yg benar dan yg salah. Jadi bagaimana cara kita menilai mana satu ajaran yg betul dan mana satu yg salah? Caranya adalah kita compare dgn al-Quran - kitab yg authentic, x dicemari oleh tangan2 manusia. Yg similar tu benar la. yg bercanggah tu salah.


Sbg cth, kalau kita nk check jwpn seorang student yg duduk dlm 1 exam, kita x compare dgn jwpn student lain. sbb jwpn student lain mungkin mengandungi kesalahan juga. Kita compare jawapan dia dengan skema jawapan yg dibuat oleh pembuat soalan itu sendiri. dari situ kita tau jwpn mana yg benar dan jwpn mana yg salah.

Katakanlah : "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (Ali Imran 3:64)

3. Cross-examine the witness!

Dalam mana2 perbicaraan di mahkamah, kedua2 belah pihak (pendakwa dan pembela etc.) akan mengemukakan saksi2 masing2. Kedua2 belah pihak tidak hanya menyoal saksi2 mereka sendiri. Mereka juga menyoal dan menyelidik saksi2 dari pihak yg bertentangan. They cross-examine the witnesses.

Adakalanya kenyataan2 yg dibuat oleh saksi pihak yg bertentangan dpt digunakan utk memenangkan pihaknya sendiri. Adakalanya saksi tersebut disoal utk menghilangkan kredibiliti saksi tsbt - cth, utk membuktikan adanya percanggahan dlm kenyataan saksi atau utk membuktikan saksi tsbut adalah seorang penipu dan x boleh dipercayai. Lalu kenyataan drp saksi tersebut x boleh diterimapakai.



Dlm kes ini, saksi bg org2 Islam adalah al-Quran dan saksi bg org2 kristian adalah bible. Kita mengemukakan bukti2 drp al-Quran disamping kita cross-examine the bible. Kita bkn sekadar mengemukakan ayat2 drp al-Quran utk membuktikan bahawa dosa x diwarisi, Jesus bkn anak Tuhan, Jesus bkn Tuhan, Jesus x disalib etc., malah kita juga mengemukakan ayat2 daripada bible yg membuktikan perkara yg sama. We cross-examine the bible. Selain itu, kita mempertikaikan kredibiliti bible dengan mengemukakan percanggahan2 dan kesalahan2 yg terdapat di dalamnya. Dengan ini, kita juga membuktikan bahawa bible x layak utk menjadi saksi dlm perbahasan 'kes' tersebut.

Wallahua'lam...

artikel diambil dari (yahoo grup AM)

p/s: faith is not blind.. seek the truth & you'll find peace :)

adik2 PPMUSM yg terlibat mengurusetia 'Seminar dakwah sempena maulidur rasul : seminar perbandingan agama' by bro shah kirit yg akan diadakan pd 28 Mac ni.. jom daftar! details program click sni

moga segala gerak kerja kita dipermudahkanNya & diterima sbg ibadah yg ikhlas.. amin... :)

Selasa, 24 Mac 2009

soalan yang sama tetapi jawapan yang berbeza!


Setiap manusia ada potensi dalam diri masing-masing.. dan mereka cenderung memberi komitmen terbaik berdasarkan potensi mereka. secara psikologinya apabila kita mengutuk atau merendahkan seseorang yang cenderung kepada sesuatu bidang, automatik ini akan menjatuhkan semangat seseorang dalam bidang tersebut.. memang benar terdapat orang yang bangkit lebih bersemangat bila dihina, tetapi bila ada campur tangan tentang urusan agama, semangat mereka selalunya akan sangat-sangat down..

menjadi seorang pemimpin, seorang pendidik atau seorang pendakwah...
mahu atau tidak, kita kena belajar berbahasa.. belajar membina ayat-ayat positif.. belajar komunikasi berkesan.. belajar menggunakan ayat berbeza tetapi maksud yang sama.. etc..


bahasa bukan setakat melambangkan peribadi kita, malah mencerminkan organisasi kita juga.. termasuklah agama kita..
apa yang penting ialah kita bercakap dalam bahasa yang difahami oleh mereka yang ingin kita ajak kepada kebaikan...
so kita perlu tahu dan ambil kira dengan siapa kita bercakap dan berfikirlah sebelum bercakap..

jangan kerana kelemahan kita yang tidak tahu bahasa yang sesuai, ada hati yang ingin mendekati menjadi jauh.. betapa rugi!! (sebab setiap individu adalah aset yang boleh digilap utk menjadi daie, insya'Allah!)

Ibnu Mas’ud r.a berkata,
“Tidaklah sekali-kali kamu berbicara
kepada sebahagian manusia dengan
kata-kata yang tidak sampai kepada otak mereka
kecuali hal itu hanya akan menjadi fitnah atas sebahagian mereka”
[Riwayat Bukhari, mauquf hingga Ibnu Mas’ud]


Dalam perkara ini, kita perlu mengikuti apa yang dicontohkan kepada kita oleh Nabi SAW.

Baginda sering menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang berbeza-beza, mengikut keadaan orang yang bertanya.
  • keadaan 1
Dari AbduLLah bin Mas’ud ra., dia berkata,
“Saya bertanya kepada RasuluLLah,
“Amal manakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Solat tepat pada waktunya.”
Kemudian saya bertanya lagi,
“Lalu setelah itu?”

RasuluLLah menjawab,
“Berbuat baik kepada kedua orang tua.”

“Lalu apa lagi setelah itu?”
Tanyaku lagi.

RasuluLLah menjawab,
“Jihad di jalan Allah.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

  • keadaan 2
Seorang lelaki dari Khas’am berkata,
“Saya datang menemui RasuluLLah yang saat itu berada di tengah-tengah sejumlah sahabatnya.

Saya berkata,
“Bukankah engkau yang mengaku sebagai utusan Allah?”

RasuluLLah menjawab,
“Ya.”

Saya berkata,
“Amal apakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Iman kepada Allah.”

“Lalu setelah itu apa?”,
Tanyaku lebih lanjut.

“Menyambung silaturrahmi,”
jawab RasuluLLah.

“Lalu setelah itu?”,
aku bertanya lebih lanjut.

“Kemudian menyuruh kepada kebajikan dan melarang kemungkaran,”
jawab RasuluLLah.”

[Riwayat Bukhari]

  • keadaan 3
Daripada AbduLLah bin Umar,
dia menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada RasuluLLah lalu bertanya,
“Amal Islam apakah yang paling baik?”

RasuluLLah menjawab,
“Memberi makanan,
mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal
ataupun yang belum engkau kenal.”

[Riwayat Bukhari]

  • keadaan 4
Daripada Abu Musa,
dia berkata,
RasuluLLah ditanya,
“Islam manakah yang paling baik wahai RasuluLLah?”

RasuluLLah menjawab,
“Orang yang menjadikan orang Muslim lainnya selamat
daripada kejahatan lisan dan tangannya.”

[Riwayat Bukhari]

p/s: bahasa dari hati yang didasari iman mampu mencairkan hati-hati yang keras.. insya'Allah.. :)

Isnin, 23 Mac 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE






Tatkala kita di khayalkan oleh Filem Bollywood yang memaparkan aksi cinta sampah, istana-istana besar orang kaya India, hero yang tak pernah kalah bergaduh dan tarian maha seksi bollywood setiap 20 minit filem berlangsung.

Namun keadaan ini berbeza tatkala menonton filem Slumdog Millionaire, yang jelas memaparkan realiti dan tragedi sebenar yang menimpa masyarakat India.

Jelas tatkala British telah keluar meninggalkan India, namun hagemoni ekonomi kapitalisme yang memberi kemewahan kepada penjajah serta tuan tanah dan menindas masyarakat bawahan masih menghantui mereka.

Malah setelah India dikurniakan Gandhi, Rani Laxmibai dan Bharat Singh namun sikap hasad, perkauman, kelas masyarakat serta persengketaan atas nama agama masih bermaharajalela di India.

Slumdog Millionaire jelas menggambarkan apa sebenarnya berlaku di Sebalik Taj Mahal yang tersergam mewah. Yakni penderitaan seluruh masyarakat bawahan yang melarat, pembunuhan atas nama kebencian, anak gadis kecil yang dipaksa menjual dara, kesengsaraan kanak-kanak di India yang dibutakan mata dan dipotong kaki serta dipaksa meminta sedekah.

Jelas darah dan air mata masyarakat tertindas terpapar di dalam Slumdog Millionaire. Kisah tragedi malang sebuah Negara yang masih belum berakhir.
Tahniah juga kepada A R Rahman, sebagai composer yang menghasilkan lagu-lagu dalam filem tersebut yang memenangi Oskar. Memang sepatut dan selayaknya.

Terima kasih kepada Isteriku yang sudi bersama-sama menonton filem ini. Selepas ini ada 3 lagi filem yang perlu kita selesaikan Gandhi Is My Father, Changeling dan Mangal Pandey. Moga bermanafaat.

Selamat menonton Slumdog Millionaire.

SEKIAN
rujukan : blog abang nuar

Ahad, 22 Mac 2009

andai ada yang perlu bekorban, siapakah dia?

lillah suka quote ni...

andai ada 10 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 9 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 9 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 8 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 8 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 7 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 7 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 6 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 6 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 5 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 5 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 4 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 4 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 3 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 3 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 2 tu.. biarlah aku orgnya...
andai ada 2 org.. dan seorg perlu bekorban demi yg 1 tu.. biarlah aku orgnya...



dan dalam amalan yg baik & buruk, setiap amalan walau sebesar zarah akan tetap dibalas.. semoga setiap pengorbanan yang dilakukan terpelihara keikhlasannya..
luruskan niat hanya untuk Allah dan Rasulullah saw... insya'Allah Dia sendiri yang akan memelihara urusan hambaNya yang berniat untuk mendapatkannya...

:')

Daripada Amirul Mukmin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab ra katanya:

"Aku mendengar Rasullulah SAW bersabda :

Bahawasanya segala amalan itu adalah itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niat.

Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan RasulNya.

Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehnya atau kerana perempuan yang ingin dikahwinkannya,

maka hijrah itu adalah kepada apa yang dia niatkan ."

Hadis ini diiriwayatkan oleh kedua-dua Imam Muhaddithin iaitu Abu Abdullah bin Muhammad bin Ismail bin Ibrhaim bin al-Mughiirah bin Bardzbah al-Bukhari dan Abu Husain Muslim bin al- Hujaij bin Muslim al-Qusairi al-Nasaburi didalam kitab sahih kedua-duanya, yang mana ia merupakan kitab yang paling sahih.

p/s: berikan hidupmu untuk Nya.. insya'Allah hidupmu takkan disia-siakan..

Khamis, 19 Mac 2009

pengajaran hidup dgn manusia...

dah nak 3 tahun di USM... dah nk 1 thn memegang jawatan NYDP2 ni? dah berapa banyak improvment & achievement yg dicapai oleh diri ni? apakah pelajaran & pengajaran hidup yg diri ni dapat sepanjang sidang ini?

(ni last pitcure yg diambil dlm makmal.. lepas ni ntah bila ada pluang dapat masuk makmal lagi..)

banyak sangat pengalaman suka duka sepanjang kerja dalam jemaah ni.. b
ila ditambah, ditolak, di darab, di bahagi, di kamirkan dan dibezakan... etc.. didapati jumlah suka lebih dari duka .. sebabnya sense of value untuk suka tu jauh lebih besar berbanding duka.. abah slalu kata: sometimes facing hardwork for 6 month just for a day result.. sometimes facing hardwork for days just for 5 minutes cheer.. alhamdulillah... bahagianya rasa.. :) (ni last pitcure dgn kak ilah.. sama2 kami berdua bertungkuslumus membersihkan radas dgn acetone sblm hantar kunci loker..)

antara yg boleh disimpulkan sbg pengajaran hidup dalam berdepan dgn manusia.. (berdasarkan gerak kerja sesama manusia yg berbeza2)
  1. u can work with people more successfully by engaging their feelings than by convincing their reason.. if u want to interest people, make them think.. if u want to inspire people, make them feel.. (gambar kenangan : antara barisan exco dan peserta KPP.. serta adik2 madrasah al-aminiah)
  2. one machine can do the work of 50 ordinary people.. no machine can do the work of one extraordinary person.. thus be extraordinary.. :) (gambar kenangan : gerai konvo + lawatan STB >> kami le pemantau.. chef.. jurujual.. aktivis.. naqibah.. runners.. urusetia...papejelah..)

  3. i would rather be surrounded by smart people than have a huge budget.. smart people will get u there faster.. money has a fixed value. people can have unlimited value.. (gambar kenangan : MT PPMUSM ~ S.U.Eksekutif..ding, YDP..saiful, NYDP1..zaidi)
  4. in hiring people, look for 3 qualities: integrity, intelligence & energy. but, if they don't have the first, the other will kill u.. intelligence is useful. energy is valuable.. integrity is essential.. (gambar kenangan : SU.Organisasi, Exco ADIk & Exco KAmpus)
diri ini masih lagi sedang belajar & akan terus belajar.. hidup utk belajar.. masih banyak ilmu & pengalaman baru yg perlu diterokai.. masih banyak peluang & ruang yg harus diterokai dalam usaha mengoptimumkan keupayaan diri ni.. moga sahabat2 terus prihatin dgn kedaifan diri patik.... selalu terasa seperti budak kecil yang baru nak bertatih.. jalan2 jatuh.. bangun balik.. jalan2 lagi.. jatuh lagi.. nangis skit.. bangun balik.. hehe :)
(gambar kenangan : si comel ni masa dlm bas tadi dgn braninya mengajak kakak yg tak dikenali ini utk bermain dgn nya.. sgt ramah dia ni..)

moga hidup & mati diri ini dapat dimanfaatkan demi memartabatkan Islam yg dicintai ini.. amin...

p/s: i'm a human.. there's no human's behavior that alien to me.. :p

Isnin, 16 Mac 2009

penggunaan perkataan Allah oleh non muslim ;)

firdaus mengutarakan beberapa perkara pokok (asas) yang seharusnya diberi perhatian dalam menjelaskan kefahaman kita dalam melihat isu ini..

ni copy paste dari blog dia (his blog)

1. Aspek hukum

Dari segi hukum, jelas sekali Islam tidak melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh golongan non-muslim. Ini dapat di lihat dalam dalil-dalil berikut:

Dan jika kamu bertanya kepada mereka tentang siapakah yang telah menciptakan langit, bumi, serta menundukkan matahari dan bulan pasti mereka akan menjawab, “Allah.”

(al-Ankanbut 61)


“Katakanlah, “Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi, siapakah yang mampu (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, siapakah yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Mereka akan menjawab, “Allah.” Katakanlah, “Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya).””

(Yunus 31)


Ini menunjukkan bahawa kaum musyrikin makkah telah pun menggunakan perkataan ‘Allah’. Tetapi misi RasuluLLah bukanlah untuk melarang mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ ini, tetapi untuk membawa mereka kepada Tauhid.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengurus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thoghut.”

(an-Nahl 16:36)

Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui apa-apa larangan daripada Rasul SAW bagi orang-orang musyrik menggunakannya.

Al-Quran juga menerangkan bahawa orang-orang Kristian pada zaman Nabi Muhammad SAW. juga menyembah Allah.


“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.”

(an-Nisa’ 4:171)


“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu." Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.”

(Al-Maidah 5:72)


“Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."”

(Ali Imran 3:64)

Tetapi sekali lagi kita lihat tiada larangan ke atas mereka untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ namun sebaliknya Nabi SAW menyeru mereka kepada tauhid.

Di sini juga dapat dilihat bahawa mereka tidak mentauhidkan Allah, iaitu dengan menyembah tuhan-tuhan ciptaan mereka serta memberikan sifat-sifat yang tidak sepatutnya dan selayaknya bagi Allah.

Ini sekaligus menolak pandangan pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa non-muslim dilarang untuk menggunakan perkataan Allah kerana mereka melakukan syirik dengan menyembah tuhan-tuhan selain Allah serta memberikan sifat-sifat yang tidak selayaknya bagiNya.

Maka jelaslah bahawa menurut Islam tiada larangan bagi bukan Islam daripada menggunakan perkataan ‘Allah.’

Ketua Pengarah JAKIM telah memberi kenyataan dalam media bahawa kitab-kitab orang kristian tidak pernah menggunakan nama Allah di mana-mana negara di seluruh dunia.

Kenyataan ini tidak benar.

Orang-orang arab kristian telah lama menggunakan nama ‘Allah’. Bible arab juga menggunakan perkataan ‘Allah’. Malah, jika dibuka muka surat pertama daripada Bible Bahasa Arab pada Book of Genesis, chapter 1, terdapat 17 perkataan 'Allah'! Ini baru muka surat pertama!




Sebahagian daripada muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.

Perkara ini digunakan sebagai ‘selling point’ oleh seorang pendakwah terkenal, iaitu Sheikh Fadel Soliman bagi menarik golongan non-muslim di barat untuk menerima Islam.


Sheikh Fadel Soliman menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible

sebagai 'selling point' dalam dakwahnya.


Petikan dokumentari "The Fog is Lifting" yang menunjukkan perkataan 'Allah'

muncul sebanyak 17 kali di muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.

2. Kemaslahatan umat Islam

Perkara yang menjadi persoalan sekarang adalah samaada jika dibenarkan pihak non-muslim menggunakan perkataan Allah dalam Bible dan penulisan mereka yang lain, ia boleh mengancam akidah umat Islam atau tidak.

Jadi di sinilah timbulnya isu samaada wajar diteruskan larangan itu atau tidak. Maka isu ini bukanlah isu hukum tetapi sebaliknya adalah isu menjaga kemaslahatan umat Islam.

Banyak pihak yang bimbang bahawa terdapatnya agenda tersembunyi pihak Kristian di sebalik tuntutan mereka ini. Ramai juga yang khuatir ia akan membawa kekeliruan terhadap umat Islam seterusnya menjejaskan akidah mereka.

Namun, semasa awal isu ini timbul, iaitu sekitar Disember 2006, saya memberikan reaksi yang berbeza. Saya lebih melihat isu ini dari perspektif dakwah. Lalu saya berpendapat bahawa non-muslim perlu dibenarkan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’.

Saya tidak berniat mengulas panjang di sini. Sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya di forum abumeow@yahoogroups yang dikendalikan oleh rakan-rakan saya. Sila klik di sini untuk membaca perbahasan tersebut.

Bagi saya, kalaupun pandangan saya tidak tepat, sekurang-kurangnya saya telah pun membuka mata masyarakat untuk melihat isu ini dari perspektif yang berbeza.

3. Pemerkasaan akidah vs penguatkuasaan undang-undang

Saya juga telah menyebutkan tentang kepentingan pemerkasaan akidah berbanding undang-undang. Alhamdulillah, baru-baru ini bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga ada menulis perkara yang sama dalam artikel beliau.

Ramai orang berpendapat bahawa sekiranya diadakan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad, kita akan dapat membendung gejala ini. Mungkin ia benar. Tetapi kita jangan lupa bahawa mereka boleh murtad secara senyap-senyap. Mereka juga boleh murtad di luar negara.

Begitu juga halnya dalam isu ini. Kita boleh menghalang mereka daripada menggunakan perkataan 'Allah'. Namun, itu tidak bermakna ia boleh menghilangkan ancaman terhadap akidah umat Islam.

Itulah sebabnya kita perlu melihat Islam secara keseluruhan, bukan hanya sebahagian-sebahagian. Undang-undang bukanlah segala-galanya. Kita perlu ingat bahawa Islam juga merangkumi aspek-aspek lain yang tidak boleh kita abaikan.

Selain itu, kita juga harus bijak menilai keutamaan atau awlawiyaat dalam perkara ini.

Ramai orang melihat undang-undang merupakan perkara yang lebih besar atau utama daripada pemerkasaan akidah. Ini kerana undang-undang dilaksanakan di peringkat negara manakala akidah pula adalah di peringkat individu.

Akan tetapi, akidah adalah asas (foundation) kepada umat Islam. Oleh demikian, akidah adalah perkara yang lebih utama. Apalah gunanya sebuah bangunan yang besar, tinggi dan tersergam indah kalau asasnya lemah. Bangunan tersebut boleh runtuh pada bila-bila masa.

Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui mana-mana kitab yang ditulis oleh para ulama’ Islam yang memulai perbahasan mereka dengan topic undang-undang melainkan kitab yang dikhususkan untuk membahaskan tentang topic tersebut. Kebanyakannya bermula dengan kitab/bab ilmu atau iman. Kitab-kitab fiqh pula biasanya dimulai dengan bab Thaharah (bersuci) yang menjadi syarat bagi solat, dan bukan persoalan hudud. Ini kerana solat adalah salah satu daripada rukun Islam, manakala bab undang-undang tidak terkandung dalam rukun Islam mahupun rukun iman.

Oleh demikian, kita hendaklah mengutamakan persoalan akidah TANPA memandang remeh terhadap isu undang-undang.

Tetapi malangnya tumpuan masyarakat lebih kepada melindungi akidah umat Islam dengan perlindungan undang-undang dan bukannya dengan pemerkasaan akidah. Inilah seharusnya menjadi perkara yang patut kita bimbang.

Penyelesaian yang didapati daripada undang-undang adalah bersifat sementara (temporary) manakala kekuatan akidah adalah merupakan kubu pertahanan yang kekal. Dalam merawat sesuatu penyakit, kita seharusnya ‘address’ punca (cause) penyakit tersebut dan bukanlah symptom.


p/s: thank Q very much firdaus... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....