sekarang nak exam.. thesis writing tak siap lagi.. due date dah dekat!!
tak sempat nak turun lapangan menjenguk adik2 kesayangan di pusat games, karaoke, stesen bas, bawah jambatan etc.. :'-( maafkan kakak..
Sekadar sempat tanya khabar mereka melalui Ustd Kamaruddin aje..
Ustaz kata sekarang dah semakin ramai pelapis baru dari adik2 darjah 6 hingga tingkatan 2.. (sebaya adik saya! ish risaunya kakak..)
pelapis apa? pelapis PUNK & BALEN.. apa itu balen? lillah pernah tanya pada seorang kawan yang memang berkawan dengan balen ni.. kata dia balen ni BALANCE or BAKI.. dalam bahasa kasarnya, perempuan yang dah tak suci.. yang memang jadi mangsa lelaki.. yang free.. :'-(
Ya Allah...
mungkin diri ni tak mampu nak menjenguk adik2 tu dalam masa terdekat ni.. tapi harap sangat sahabat2 lain menjenguk mereka.. dan dalam masa yang sama harap sangat kita semua alert dengan family sendiri.. dengan siapa adik2 kita berkawan??
Dialu-alukan untuk ziarah blog rasmi urusetia..
kita wajib Peka.. dan bukan PEKAk dalam soal anak-anak kita ni.. sebab kalau kita tak lakukan sesuatu, siapa yang nak buat kerja ni?!
Kalau kita still tak rasa nak peduli, jangan terkejut jika suatu hari nanti anak-anak kitapun join sama ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Artikel diambil dari blog urusetia.. Bacalah.. Fahamilah.. Hayatilah.. dan do Something!
Atas kesedaran beberapa individu yang komited untuk menangani masalah ini,
satu urusetia telah ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dibawah
kelolaan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan.
Gerak kerja mengangani gejala sosial secara teratur dan intensif ini telah pun bermula sejak bulan januari 2008 diatas kapasiti sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan RAUDHAH (Rumah Upayadaya Dan Harapan Ar-Rahman).
Kini, setelah hasil kerja RAUDHAH sedikit sebanyak membuahkan hasil, kami diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dibawah kelolaan exco yang berkenaan untuk beroperasi sebagai badan rasmi Kerajaan Negeri yang memfokuskan kepada isu ini.
Dengan ini, satu urusetia telah ditubuhkan dengan nama Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah. Kami sangat berharap agar kerja-kerja kemasyarakatan ini tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak kerajaan dan NGO sahaja.
Kerja-kerja menangani gejala sosial ini seharusnya didokong juga oleh pihak-pihak korporat sabagai salah satu tanggungjawab sosial yang mesti dipenuhi.
Merujuk kepada program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) yang sedang giat dilaksanakan di Sungai Petani, Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah mendapati masyarakat Malaysia umumnya masih lagi tidak peka terhadap permasalan sosial yang berlaku di sekeliling mereka. Sikap ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ telah disalah tafsirkan sebagai tidak mahu ambil tahu permasalahan masyarakat.
Latihan Aktivis Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) telah pun dimulakan sejak Februari 2008 oleh RAUDHAH di Bandar Sungai Petani yang dijadikan bandar model yang mana modul untuk program ini sedang dibangunkan dan diperkemaskan dari semasa ke samasa. Apabila modul ini telah berjaya dilaksanakan di Bandar Sungai Petani, ia akan diperkembangkan ke bandar-bandar yang lain.
Setelah Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah ditubuhkan, LANDAS 5 dilaksanakan dibawah Urusetia ini, dan program LANDAS Generasi ke II digerakkan di Alor Setar dan sedang diperkembangkan di Langkawi. LANDAS adalah satu program untuk melatih para aktivis agar dapat memahami dengan lebih mendalam isu-isu gejala sosial di negara ini dengan turun sendiri ke lapangan untuk bergaul dengan mereka yang terjebak dalam masalah ini dan cuba memahami punca mereka terjebak ke dalam kancah gejala kuning ini.
Selain daripada itu, LANDAS dapat menjadi sebuah landasan kajian sosial untuk menghasilkan sebuah panduan bersifat akademik yang menekankan kronologi penularan gejala ini kedalam sesebuah masyarakat dan juga kronologi penglibatan individu kekancah kemaksiatan ini. Dengan ini, LANDAS dapat menyedia dan mengupayakan aktivis lapangan untuk bergerak secara aktif membenteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia masa kini.
Dengan lahirnya golongan penggerak yang aktif dalam isu sosial masyarakat, ini akan mewujudkan beberapa kawasan yang bebas daripada gejala sosial di kalangan komuniti remaja dan belia.
Pada asasnya, permasalah sosial yang berlaku di Sg Petani, gejala sosial yang berlaku dapat dilihat malalui dua perspektif iaitu perspektif mikro dan perspektif makro. Perspektif mikro adalah masalah yang berpunca daripada isu-isu kekeluargaan saperti keluarga yang berpecah belah, masyarakat yang tidak lagi prihatin terhadap orang lain dan hilang rasa malu dalam diri muda-mudi akibat terpengaruh dengan budaya barat. Perspektif makro pula adalah isu-isu pembangunan yang tidak terancang dan merosakkan struktur sosial masyarakat, dasar negara yang tidak mengawal penyebaran hiburan yang melampau dan penguatkuasa yang tidak menjalankan tugas dengan rasa tanggungjawab tetapi hanya manjalankan tugas atas dasar makan gaji.
Punca permasalahan sosial ini mesti dikaji ke peringkat akar umbi untuk kita memahami masalah sebenar.
Diantara akar umbi permasalahan yang dapat kami kenal pasti adalah:
1. Golongan-golongan yang bermasalah ini sebenarnya boleh dikatagorikan sebagai golongan Mustadh’afin atau yang tertindas kerana mereka didesak oleh sistem sosial yang tidak betul yang menyebabkan mereka dinafikan hak untuk hidup lebih selesa dan mendapat pendidikan yang lebih sempurna. Sistem ekonomi kapitalis yang sangat liberal membenarkan sekelompok manusia mengawal sistem ekonomi untuk mengumpul kekayaan (monopoli).
2. Shoping kompleks dan tempat-tempat seumpamanya yang menyediakan tempat melepak sambil berhibur menjadi tempat membiaknya gejala sosial ini. Tempat-tempat seperti ini dibina atas dorongan mahu mencari untung oleh golongan-golongan tertentu yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara semata-mata kerana ringgit. Disinilah semua pengamal-pengamal gejala sosial yang bermacam-macam jenis itu berkumpul dan bertukar-tukar fikiran untuk menghasilkan satu ‘Budaya Syaitan’ yang lebih tulen sehingga timbulnya fahaman-fahaman syaitan seperti Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan Black Metal. Bukan setakat itu sahaja, tempat-tempat hiburan seperti ini juga menjadi tempat mereka mengkader orang lain untuk jadi seperti mereka.
3. Budaya bangsa timur yang pemalu telah terhakis kerana terpengaruh dengan budaya barat yang liberal dan sangat bebas. Keadaan ini menghasilkan satu fenomena dimana mungkar itu menjadi sebuah norma masyarakat yang dianggap biasa dan tidak mencacatkan. Apa yang sangat merunsingkan adalah apabila sesuatu kemungkaran itu menjadi aliran yang dapat diterima sebagai sesuatu nilai yang dirasionalkan dan juga sebagai suatu perkembangan yang neutral.
4. Media memainkan peranan penting dalam penyebaran kesesatan. Filem-filem Hollywood dan Bollywood yang mempromosikan gaya hidup bebas, boros, dan sekular menjadi senjata yang paling ampuh untuk menyesatkan umat Islam. Ditambah pula dengan bahan-bahan cetak pisican yang berbentuk hiburan dan lucah yang berlambak-lambak dipasaran dengan harga yang murah. Pendidikan seks yang diajar dalam majalah-majalah yang mudah didapati dikedai-kedai tanpa pendekatan agama hanya akan menggalakan remaja ingin mencuba melakukan seks.
Terdapat satu jurang interaksi yang sangat besar antara golongan pendakwah dan golongan berpenyakit sosial yang menyebabkan dakwah yang diwarwarkan jarang sekali sampai kepada golongan paling bawah dan terpinggir ini. Golongan-golongan pendakwah jarang-jarang sekali mendekati golongan ini dan berdakwah secara terus kepada mereka. Mereka sebenarnya sangat memerlukan kaunseling keagamaan dan kasih sayang masyarakat.
Sebagai salah satu langkah penyelesaian, Pihak Urusetia bercadang untuk mewujudkan sebuah pusat aktiviti untuk remaja yang menawarkan aktiviti-aktiviti menarik dan sihat kepada para remaja sebagai altenatif kepada aktiviti-aktiviti kurang sihat yang membelenggu remaja pada hari ini.
Diharapkan dengan terbinanya pusat ini, pusat ini dapat menjadi tempat baru untuk remaja ‘melepak’ dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan lagi sihat. Antara aktiviti dan kemudahan yang dirancang untuk disediakan disini adalah alatan ‘indoor games’ seperti catur, carom, dart, dam, snooker dan ping pong. Kemudahan lain yang dirancang adalah bilik komputer, bilik bacaan, bilik perbincangan, dapur untuk aktiviti masakan, dan peralatan sukan yang lain seperti badminton, bola sepak dan sepak takraw.
Oleh itu, kami berpendapat penglibatan daripada pihak korporat adalah sangat diperlukan malahan adalah menjadi tanggungjawab pihak korporat untuk sama-sama terlibat dalam program kemasyarakatan seperti ini. Pihak korporat tidak seharusnya hanya mengaut keuntungan daripada masyarakat tetapi juga memberi pulangan kepada masyarakat dalam bentuk yang pelbagai.
Pihak Urusetia menawarkan kerjasama kepada pihak korporat yang mahu sama-sama terlibat membantu masyarakat dengan menerima apa-apa bentuk tajaan untuk membolehkan sebuah bangunan lama yang telah diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani kepada kami diubahsuai menjadi Pusat Operasi dan Latihan.
Pihak Urusetia LANDAS juga sedang melatih sukarelawan yang komited untuk beroperasi di dua kawasan terpilih iaitu; Flat Paya Nahu Sungai Petani dan Kawasan Tanjung Dawai untuk dijadikan lokasi model pemulihan bersepadu. Pihak Urusetia juga sedang berusaha untuk mengwujudkan pejabat urusetia penyelaras program pemulihan dan pemutihan. Kunjung ziarah rumah ke rumah akan dilakukan oleh kumpulan dakwah lapangan yang telah dilatih kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan masyarakat akan dilakukan.
oleh : Ustaz Kamaruddin KassimPenyelaras Urusetia Menangani Gejala SosialKerajaan Negeri Kedah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah.. kupohon padaMu, izinkanlah diriku & sahabat seperjuangan ku untuk istiqamah mendidik insan...izinkanlah ya Allah.. Amin Ya Rabb.. :'-(