Selasa, 21 Oktober 2008

when my exboyfriend + my bestfriend = :'-(


lillah menerima 1 soalan dari seorang sahabat.. persoalan tentang camana nak mengubat hati yang terluka. terluka sebab kawan baiknya sendiri menjadi kekasih pada ex boyfriendnya. disebabkan kes tu, hubungan persahabatan terputus. dan walaupun kawannya cuba berbaik, tapi still dia tak dapat nak terima.. sebab? jauh di sudut hati masih menaruh sayang pada ex boyfriend nya..


:-) wahai sahabatku sayang..

hidup kita ni singkat sangat.. masa pun terlalu pendek. umur kita tak tahu la panjang ke pendek.. sebab tu kalau kita terluka, cepat-cepat ubat luka tu.. kalau kita nak menangis, menangislah sepuasnya lepastu senyum balik. :-D. kalau kita nak merajuk, merajuk la sekejap.pergi jauh dari orang ramai dan berfikir secara rasional.kemudian dengan semangat baru kembali pada mereka yang kita tinggalkan tu..


wahai sahabatku sayang..

tak semua orang yang kita cintai akan mencintai kita.. tapi kan.. bertuahnya kalau sebelum kita mencintai orang tu, dia mencintai kita dulu..

tak semua orang yang kita kasihi akan mengasihi kita..

tapi kan.. akan ada orang yang mengasihi kita walaupun kita tak pernah mengasihi dia..

kadang-kadang dialah teman kita bergaduh.. kadang-kadang dialah musuh ketat kita.. tapi kan.. tak mustahil dialah orang yang paling menyayangi kita..


jadi..

maafkanlah kawan awak tu..

mungkin dia memang bersalah kerana merampas hati yang pernah menyayangi awak..

tapi kan..

dia mungkin orang yang paling menyayangi awak..

dia mungkin orang yang paling mengenali awak..

dan mungkin dia menyayangi awak lebih dari ex boyfriend awak sayang pada awak..


dan..

mungkin kalau awak kehilangan sahabat seperti dia..

awak takkan jumpa lagi sahabat seperti dia..

walaupun yang patah akan tumbuh..

yang hilang akan berganti.

tapi yang tumbuh tu pucuk baru, tak sama dengan yang lama..

yang berganti tu yang baru jugak, tak sama dengan yang lama..


yakinlah wahai sahabatku..


jangan digadai sebuah persahabatan hanya kerana soal cinta manusia. sebabnya, kita kene yakin dengan ketentuan Allah.. kita ada Allah.. Dia dah tentukan soal rezeki, jodoh dan maut.. kalau benarlah awak sayangkan boyfriend awak tu, biarkan dia bahagia. Tak kisahlah sesiapapun, kalau benar kita sayangkan seseorang, tentulah yang kita mahukan ialah dia bahagia.. betul tak?


wahai sahabatku sayang.. :-)

mungkin kita bukanlah orang terbaik yang dapat membahagiakan orang kesayangan kita.. so Allah jauh-jauhkan kita dari dia.. mungkin si pengganti tu yang dapat membahagiakan dia.. sebab kita tak tahu..

betapa mungkin dia terseksa sepanjang dia di sisi kita..

lepaskanlah dia..

sebab Allah mahu memberi yang terbaik untuk setiap hambaNya..

untuk awak..

untuk dia (ex boyfriend awak)..

dan untuk sahabat baik awak..


tapi kan.. Dont worry.. akan ada orang lain yang akan dapat membahagiakan awak.. Allah tu adil. Awak baik.. Insya'Allah akan dapat yang baik.. mungkin lebih baik dari si dia tu.. so.. bersangka baik lah dengan Allah..


"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah :216


last sekali...

Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...


senyumlah.. :-)



1 ulasan:

  1. memahami menjiwai mencintai, berbuat tanpa cinta berbuat kerana terpaksa

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....