Sabtu, 4 Oktober 2008

hidayah itu milik Allah








“Raudhah pindah balik ke sana?”berkerut wajah makcik tu apabila mak bagi tau yang kami pindah balik ke rumah lama sebab rumah baru undergo renovation.
“Asap colok rumah sebelah.. he.. tak tahan.”sambung makcik tu lagi. Mak melarikan pandangan dari wajah makcik tu..senyuman mak masih terukir seperti awal perbualan tadi.
“bukan apa.. kalau Allah nak turunkan bala, dengan kita-kita sekali terbang sama..”sambung makcik tu lagi. Kali ni mak angkat semula muka dan memegang tangan makcik tu.
“so far jiran ana baik-baik semuanya..berbudi bahasa.. jiran kiri dah pindah, jiran baru.. yang kanan masih yang lama.. dia sedih sebab kami pindah. Bila dapat tau yang rumah ni nak dijual, dia pujuk supaya kami stay.. ”jawab mak.. mak gelak kecil.. dalam hati, saya tau mak sedih dengan kata-kata makcik tu.
Peristiwa ni berlaku semasa kami pergi beraya di rumah orang lain.. keesokkannya di rumah,mak masak banyak sangat..
“Kakak, jom teman mak.. mak nak hantar ke rumah jiran..”wajah mak penat tapi ceria. Masa tu solat jumaat, so brothers semua tak ada. Happy jiran-jiran kami yang non muslim tu terima nasi impit, rendang & kuah kacang.. ada yang mak bersembang lama, mengimbau memori silam.. mak speaking English, jarang dengar mak speaking, comel2..hehe. Ada yang rumah tu kosong, tak ada orang..
“kerja kot.. petang nanti kita datang,”cadang mak.
“Mak jumpa auntie Peng,”cerita mak pada abah masa kami lunch bersama. Auntie Peng ni jiran belakang rumah kami. Dia dah pindah. Rumah dia sedang dilelong. Dulu masa mendiang suami dia ada lagi, dia selalu datang rumah kami. Saje melepak di dapur bersembang dengan mak.. sambil mak memasak.. mak ni jenis yang suka memberi nasihat dan motivasi.. sambil tu Ai Leen (anak auntie Peng)akan main dgn adik bongsu saya,Fadilah. Sekarang fadilah dah form2, AiLeen mesti dah jadi gadis cun.. dia tak ada di sini, dia stay dengan abang-abang dia.. Mendiang ayah Ai Leen sakit kanser.. sedih sangat masa dia meninggal.. wajah sweet uncle tu masih terbayang-bayang, rasa macam ternampak-nampak je dia bawa si comel Doggy dia berjalan petang-petang..
Teringat satu kali tu auntie Peng tanya mak. “Why U pakai tudung dalam rumah?”
Mak gelak.. “Orang Islam perempuan kene tutup aurat dengan orang bukan Islam sama macam dengan lelaki Islam..”jawab mak. Auntie Peng hairan..
“Kenapa? Perempuan sama perempuan pun tak boleh?..”Auntie Peng pening..
“Dengan lelaki tak boleh.. tak boleh lihat dan tak boleh tahu. Bila dah tutup tak boleh tahu bentuk rambut macam mana.. panjang atau pendek.. kalau Peng Nampak rambut ana, Peng tak tahu yang sebenarnya itu rahsia, nanti Peng tak sengaja terbagi tahu pada mana-mana lelaki.. Peng tak salah sebab Peng tak tahu.. tapi tak berjayalah ana nak tutup aurat, sebab lelaki still tahu apa yang ana tutup..”terang mak ikut logic..
“yalah.. yalah.. wa.. U sangat jaga..” auntie Peng mengangguk.
Hubungan antara mak dan auntie Peng sangat rapat. Hari-hari bila saya balik sekolah Ai Leen ada di rumah saya. Dia dan Fadilah berkomunikasi macam ayam dan itik.. tapi boleh main sama..
“Mak,ai leen kata dia nak kencing!”Adik memberitahu. Mak pun bawa Ai Leen ke toilet. Mak dudukkan dia di jamban macam yang mak buat pada adik, dan mak bersihkan Ai Leen seperti yang mak buat pada adik. Mula-mula tu memang Ai Leen terkejut sebab kene air sejuk.. tak diberi tisu. Tapi lama-lama dia dah biasa.. Mak selalu hantar makanan ke rumah2 jiran.. auntie Peng pun semangat juga nak menghantar makanan. Mak tak sampai hati nak menolak sebab beriya-iya dia masak.. yang saya ingat, udang sambal petai dan acar .. semangkuk besar.. Dia kata dia belajar dari orang melayu.. Mak punyalah berdoa minta Allah bagi ilham dan ruang untuk terangkan pada Auntie Peng.. (kami tak makan yang dia bagi tu..)
Hinggalah pada suatu hari mereka bershopping bersama. Auntie Peng nak beli sumi(agar-agar). Mak bagi tau tentang gelatin yang tak halal.masa tu mak bagi tau tentang halalan toyyiban.. semenjak dari tu Auntie peng bertambah rajin bagi kami makanan, tapi snek-snek yang dia dah pernah tanya pada mak boleh makan atau tak.. Alhamdulillah.. :-)
Jiran sebelah kanan kami ni Uncle Lai.. Isterinya yang first meninggal dunia..Then dia pindah dan rumah ni disewa oleh Chinese family,3 anak lelaki dan Bobby,anjing putih yang sangat-sangat kami sayang..Sekarang Uncle Lai dah ada family baru dan pindah sini semula..
Tuan Bobby selalu tak ada.Kerja kami adik beradik ialah memberi Bobby makan.. kalau mak tak sediakan roti putih sandwich, kami akan bagi Bobby roti Gardenia mak.. haha.. dan kadang-kadang kalau ada ayam yang dah tak berapa ok, memang jadi rezeki Bobby..(mak ni selalu masak untuk menjamu orang lain, tapi kalau ayam tu tak ok, Cuma perlu panggil je Bobby).. Bobby ni rajin merayau malam-malam, tapi kalau kami panggil dia akan berlari-lari entah dari mana datang.. kadang-kadang dia tangkap binatang kecil dan sibuk letak depan rumah kami.. nak tunjuk dia pandai..:-D Pernah satu kali dia bawa kepala khinzir balik. Masa tu kami tengah main depan rumah. Bertempiaran kami lari.. Bobby pula tak faham bahasa, pergi kejar kami.. hahaha.. akhirnya dia tinggalkan depan gate kami.
Family tuan Bobby ni ada macam-macam masalah hidup. Selalu dengar dia mengadu pada mak.. tapi masa tu saya bebudak lagi, tak faham.Dia terpaksa pindah keluar..kesedihan tuan Bobby tu menyebabkan Bobby pun sedih.. Bobby tak mau makan.. dia duduk tergolek dia atas tanah yang basah hingga bulu dia kotor. Bila kami panggil dia diam je.. :’-( kami adik beradik menangis kesiankan Bobby..
“Mak..kesian Bobby.. Mak.. janganlah bagi Bobby pindah.. mak.. Pujuklah tuan dia jangan pindah..”kami merengek pada mak.. Mula-mula tu mak layan lah juga kami, lama-lama tak larat juga.. mana taknya, kami dah menangis.. ada yang tak nak makan.. tak keluar main..
“Mak tak boleh buat apa, pergilah doa pada Allah..”
Dan kami berlima buat solat hajat.. Adik kecik yang tak sekolah pun join sama.. Solat hajat supaya Bobby bahagia..
Malam last bersama tuan rumah tu, mak peluk isteri tuan Bobby.. auntie tu menangis.. “Awak sangat baik.. awak orang melayu yang baik..”Kami berlima(budak-budak) Cuma menjadi penonton.. sedih..
“Orang Islam kene baik dengan semua orang..tak kisah agama lain, tapi jiran tetap kene jaga..Dalam Islam, orang bukan islam pun ada hak yang orang islam wajib tunaikan..nanti depan Allah akan disoal..”jawab mak..
Dan pada hari ini, setelah hampir 6 tahun meninggalkan tempat ni, ternyata kemesraan jiran-jiran tetap terasa..Kawan-kawan saya mostly non muslim.. tetapi Alhamdulillah, akhlak mereka dengan kami superb.. saya boleh ke rumah mereka, dan mereka boleh ke rumah saya.. kami bermain melompat longkang, duduk bersandar bersama, pergi keluar bersama dan dalam masa yang sama saya tetap saya.. dengan identity saya.. tudung labuh dan socks. Apa yang membolehkan kami boleh menjadi sebegini rapat? Kerana Islam mengajar saya bahawa
1. Islam agama fitrah~ segala sesuatu syariat ada reasons. Bila diterangkan pada non muslim, mereka boleh accept, walaupun sometimes mulut mereka menafikan.. yang penting kita kene faham dulu agama sendiri. Kita kena push diri belajar.. mereka juga manusia, ada hati.. sentuhlah dari hati , pasti ada hati yang akan tersentuh..
2. Islam itu akhlaknya indah…! Bermanis muka, lemah lembut suaranya.. mengembirakan orang sekeliling.. mendamaikan pihak yang bertelagah.. Indah sungguh.. pasti ramai yang jatuh hati dengan akhlak mulia..
Walaupun mereka masih still belum mengucap syahadah, tapi kami tak akan berputus asa.. sebab kami tahu hidayah itu milik Allah.. Kami sayangkan mereka.. dan kami nak yang terbaik untuk mereka.. biarlah orang yang tak faham nak kata apa.. Allah Maha Melihat. Dia tahu hambanya ini berusaha.. dan Dia tak pernah berjanji untuk mesti memberi hidayah kepada orang yang di dakwah tetapi akan memberi hidayah kepada mereka yang berdakwah… Thank you Allah.. :’-)
Bila memandang kepada seseorang, sama ada dia muslim or non muslim, berilah harapan dalam hati kita yang tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan jadi manusia yang lebih baik.. lebih soleh… jadi dengan tu walau seburuk mana pun akhlak orang tu pada kita, kita akan automatic dapat layan dia dengan akhlak yang baik… semoga dengan akhlak kita yang rela dalam paksa tu dapat membuatkan dia jatuh hati pada Islam..
Ya Allah, aku sayangkan mereka..berilah mereka hidayahMu.. Ya Allah.. aku sayangkan mereka.. andai dengan diri kami dapat menjadi punca hidayah buat mereka, Kau berkatilah kemesraan dan kasih sayang ini.. ya Allah, aku sayangkan mereka.. Aku merayu untuk dipertemukan dengan mereka di syurga.. agar kami dapat bersama-sama mengecapi nikmat mencintaiMu..


(jazakallah Abu Meow utk poster~)
# klik pada pitcure utk besarkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....