Khamis, 9 Oktober 2008

amanah utk kita



Ramai MT yang tak sihat...musim demam.. dan YDP kami pulak sent sms "moga cepat sembuh untuk meneruskan gerak kerja ini.." Rasa macam nak bertambah demam je dapat sms tu..


Jiayou gambateh kawan2ku! cepat2 sihat semua!!




NAS-NAS TENTANG AMANAH
Nas-nas Al-Qur`an



1- Beratnya Memikul Amanah
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia” (Al-Ahzab (33):72).


2- Kewajipan Melaksanakan Amanah
“Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang mempercayai itu menunaikan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al-Barqarah (2):283).


3- Serahkan Amanah Kepada Yang Berhak
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (An-Nisaa’ (4):58).


4- Larangan Berkhianat Terhadap Amanah
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui” (Al-Anfaal (8):27).


5- Amanah Sebagai Sifat Orang Beriman
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu` dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya” (Al-Mu’minun (23):1-11).


Nas-Nas Hadith


1- Penjaga Amanah
“Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya setiap umat itu terdapat seorang penjaga amanah dan orang yang menjaga amanah umat ini ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ahmad Ibnu Hambal).


2- Beratnya Memikul Amanah
“Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT telah berfirman: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menawarkan `amanat’ itu kepada langit dan bumi, namun kesemuanya tidak sanggup menanggungnya. Apakah engkau sanggup menanggungnya dengan segala risikonya? Bertanya Adam: Dan apa yang akan aku dapat kiranya aku sanggup menanggungnya? Berfirman Tuhan: Kiranya engkau sanggup menanggungnya dengan baik, nescaya engkau akan diberi pahala, dan kiranya engkau menyia-nyiakannya, nescaya engkau akan disiksa. Berkata Adam: Aku sanggup menanggungnya dengan segala risikonya. Maka tiadalah lama dia berada di syurga, melainkan sekadar antara shalat yang pertama dan shalat Ashar, maka dia pun telah dikeluarkan syaitan dari syurga itu” (Riwayat Abus-Syaikh).
“Bahawa itu adalah suatu amanah dan ia di hari Qiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul di atas bahunya” (Riwayat Muslim).



3- Amanah Sebagai Syarat Berimannya Seseorang
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad).


4- Amanah Sebagai Pengukur Kemunafikan Seseorang
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal).
“Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh).
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepi kebenaran (menegakkan benang basah) (Riwayat Ahmad).


5- Amanah Sebagai Sumber Rezeki
“Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran” (Riwayat Ad-Dailami).


6- Tempat Letak Amanah Di Pangkal Hati
“Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami dua buah Hadis. Aku telah mengetahui salah satu daripadanya dan aku masih menunggu Hadis yang kedua. Baginda menceritakan kepada kami bahawa: Amanah ditempatkan pada pangkal hati seorang lelaki. Setelah al-Qur`an diturunkan, mereka mula mepelajari dari al-Qur`an begitu juga mereka mula mengetahui dari Sunnah. Seterusnya Baginda menceritakan kepada kami tentang kehilangan amanah dengan bersabda: Seorang lelaki sedang tidur lalu amanah diambil dari hatinya sehingga menampakkan kesannya. Kemudian dia tidur lagi lalu diambil pula amanah dari hatinya sehingga kesannya bengkak seperti melecur kerana terkena bara yang jatuh ke kaki. Kesan tersebut terus membengkak sedangkan tidak ada apa-apa di dalamnya. Seterusnya Baginda mengambil seketul batu kecil lalu menjatuhkannya ke kaki Baginda. Orang ramai kembali meneruskan urusniaga masing-masing. Hampir tidak ada seorang pun yang menunaikan amanah lantas Baginda bersabda: Di kalangan Bani Polan ada seorang lelaki yang sangat amanah. Sehinggalah Baginda berkata kepada seorang lelaki: Alangkah tabahnya! Alangkah jujurnya! Alangkah pintarnya! Sedangkan dihatinya tidak ada iman walaupun sebesar biji sawi. Benar-benar telah datang kepada suatu zaman dan aku tidak peduli kepada sesiapa di antara kalian aku berjual beli. Jika dia orang Islam maka agamanya akan menegahnya mengkhianatiku. Sekiranya dia seorang Nasrani atau Yahudi maka penguasanya akan menegahnya dari mengkhianatiku. Adapun hari ini aku hanya berjual beli dengan si Polan dan si Polan” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad Ibnu Hambal).


7- Amanah Sama Dengan Sedekah
“Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah bersabda: Bendahari Islam yang amanah dan melaksanakan (atau kemungkinan juga Baginda bersabda: menunaikan) apa yang diperintahkan. Dia memberikannya secara sempurna dan berganda serta dalam keadaan senang hati, dia menyerahkan kepada orang yang diperintahkan supaya memberikannya. Maka dia juga dikira sebagai salah seorang yang bersedekah” (Riwayat Bukhari, Muslim, Nasaie, Abu Daud, dan Ahmad Ibnu Hambal).
8- Pahala Untuk Bendahari Yang Amanah
“Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang isteri membelanjakan dari makanan yang terdapat di rumahnya tanpa melakukan kerosakan, maka dia akan mendapat ganjaran dari apa yang telah dibelanjakannya dan suaminya juga beroleh pahala dari apa yang telah diusahakan. Begitu juga Bendahari yang amanah, mendapat pahala samalah seperti mereka tanpa mengurangi sedikitpun pahala dari suami isteri tersebut” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad Ibnu Hambal).


9- Natijah Menyia-nyiakan Amanah
“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya: “Bagaimana mensia-siakannya?” Rasulullah menjawab: “Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya” (Riwayat Al-Bukhari).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....