Khamis, 2 Oktober 2008

LiFe CyCLe


Alhamdulillah.. dah besar adik-adik saya.. lanang-lanang (anak teruna in bahasa Jawa). Balik kampung dah tak boleh naik satu kereta, dah tak muat.. so naiklah 2 kereta.. dalam adik beradik, dah 3 orang ada lesen.. Balik dari kampung saya naik toyota unser bersama 2 orang adik lelaki saya.. dah lama saya tak berbual dengan bebudak ni, masing-masing sibuk dengan pengajian masing-masing. Dan banyak perubahan pada diri mereka, sama ada fizikal mahupun pemikiran mereka. Sekarang ni mereka dah boleh dibawa berbincang, dah boleh dijadikan tempat meminta pendapat dan dah boleh jadi tempat share problem..Alhamdulillah..
“kakak dah tahun akhir..”mak mengulang beberapa kali ketika kami berkemas nak balik kampung.
“iye.. anak mak dah besar, nak kerja dah..”sambut saya. Masa bergambar family, mak paling kecil, comel je..anak-anak semua telah mengalahkan ketinggian maknya.. but mak still yang paling powerful kepada kami.. walaupun kadang-kadang ‘order’ mak pada kami tu tak masuk akal, tapi ‘mom always right’.. dan anak-anak kene taat(selagi tak bertentangan syariat) :-D
Raya kali ni ziarah saudara mara sepupu mak abah dan keluarga angkat nenek.. kebanyakkannya tua-tua dah.. bila salam dan peluk nak balik , mereka menangis.. teringat arwah toknek, dulu bila dia salam dan peluk, toknek akan kata “tahun depan tak jumpa dah..” tapi tahun depan tu jumpa lagi, sehinggalah saya sekolah menengah..
Hidup kita ada life cycle.. macam butterfly.. macam frog.. kita bermula dari bayi, then jadi kanak-kanak, remaja,dewasa dan tua.. dan sebagai orang Islam,kita meyakini yang permulaan kita dari alam roh, dan akhir perjalanan kita sama ada syurga atau neraka. Walau macam mana best sekalipun tempoh muda kita, kita akan tua juga.. walaumacam mana sihat sekalipun kita, akan mati juga.. walau macam mana tak mahu mati pun, mesti kene mati juga.. izrail intai kita 5 kali sehari..
This is the fact.
Disebabkan kita semua akan merasai mati sekali sahaja seumur hidup ni, kita kena sedar 1 perkara penting iaitu segala-gala apa sahaja yang kita buat di dunia ni dalam satu tempoh yang entah berapa lama itulah yang menjadi penentu untuk suatu kehidupan yang tak ada mati-mati.. tak ada tua-tua..
So, antara 2 persediaan.. nak jadi kaya sementara atau nak jadi kaya selama-lamanya.. mana satu pilihan hati? Antara cantik sementara dan cantik selama-lamanya.. mana satu pilihan hati? Antara bersenang-senang sementara dan bersenang-senang selama-lamanya.. mana satu pilihan hati?
Dunia adalah penjara orang beriman..Akhirat adalah penjara orang tak beriman..
Mana satu pilihan hati?
Sekarang 21 tahun.. muda lagi. Sihat lagi. Entah sempat ke tak nak tua. So, pergunakan diri sepuas-puasnya untuk agama Allah. (.. But how many eyes are close like birds in a cage??)
Wahai Allah.. berilah diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku peluang untuk hidup dan mati sebagai kekasihMu..Jadikanlah zahir dan batin kami seperti yang Kau cintai..Kurniakan kami kemanisan cintaMu sehingga kami tidak memandang cinta dunia dan makhluk.. amin ya Rabb…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....