Selasa, 14 Oktober 2008

hadiah TERBAIK utk seOrg SahABat~


Sambil membawa kain yang banyak yang baru diangkat dari jemuran, tiba-tiba nak masuk bilik tak boleh. Rupa-rupanya roomet saya sedang memunggah barang di belakang pintu. Kenapa dayah? Tiba-tiba sebuah kotak kecil yang dah kemek sikit diberikan. Berseri-seri wajah dayah.. Awat dayah?? Apa ni??
“Ni benda kesayangan dayah dari matrik..hehe..nak bagi pada lillah..”senyum lebar dayah..
Wa..terharunyer…!! :’-D Terharu bukan sebab dapat hadiah. Tapi sebab mendapat kepercayaan menyimpan barang kesayangan orang lain…
Sahabat-sahabat yang disayangi, apa hadiah terbaik yang dapat seorang teman berikan pada temannya?
Soalan di hantar ke pada YM kawan2 saya..
Roomet saya special sikit, tanya direct..

Jawapan:
1. My dearie roomet Hidayah : “Kawan seperti air kosong yang menghilangkan dahaga kawannya. Walaupun dia mungkin tak dipandang bila ada yang lebih baik.. tapi sebenarnya dialah yang terbaik untuk kita. Ye la kan, antara air sirap dan air kosong.. kan lebih sihat air kosong. Dan lillah.. air kosong ni dia boleh je jadi air lain ikut yang orang tu nak bancuh.. kalau kawan dia nak teh, dia boleh jadi air teh.. kalau kawan dia nak air limau, dia bole jadi air limau..”
KOMEN LILLAH : terima kasih dayah..lillah nak jadi air kosong untuk dayah. Sebab dayah dah selalu jadi air kosong utk orang lain…inilah insan yang paling kenal perangai lillah, yang baik dan yang buruk. Hm..kisah awal bagaimana menjadi roomet? Kami bertemu di sebuah program,Kem Anak Soleh (KASEH). Masa tu lillah jadi ketua modul @ fasilitator dayah jadi fasilitator.balik program tu pada suatu hari ada orang telah menampal lirik lagu ‘sebuah pertemuan’ kumpulan UNIC di soft board lillah.. then tak lama lepas tu lillah kuar ke pasar malam dengan coursemet dan dia pun ada sekali. Dia jiran kepada coursemet lillah. Masa tu dia tanya nak tak jadi roomet..;-)

2. fiverose_87 (10/14/2008 5:56:36 PM): memberi seblum dia meminta
KOMEN LILLAH : terima kasih fairuz.. ni la kawan yang paling banyak tau rahsia & kisah hidup lillah. Dialah kawan bekerja (my Setiausaha Organisasi PPM)..kawan ketawa.. kawan menangis.. kawan main2.. Lillah harap lillah dapat memberi yang terbaik kepada fairuz.. lillah harap lillah dapt memahami isi hati fairuz.. lillah harap lillah dapat menjadi kekuatan untuk fairuz terus teguh di jalan yang kita pilih ini,jalan Allah..

3. mohd izzuddin (10/14/2008 6:01:15 PM): untuk umum...adlah doa… tp...lillah kne tgk shbt tu cmna dlu...laki atau ppuan...ap kgemarn dia n ap yg dia xske...yg pnting ssuatu yg mmberi stu nilai etestika dan terbaik kpd dia... hadiah adlah suatu perhargaan kn?
KOMEN LILLAH : ye betul tu din, hadiah adalah suatu penghargaan.. si din ni setiausaha eksekutif PPM.. Geng MT PPMUSM la.. yang paling otai..hahaha.. lillah really appreciate segala komitmen yang din bagi! Jiayou gambateh! Teruskan memfollow up anak2 buah kita yang brothers yer~

4. Nur Erina Ismail (10/14/2008 6:39:25 PM): duu'a = doa
KOMEN LILLAH: ni senior yang dirindui..kak erina ni dlu pegang NYDP2..sekarang tempat dia lillah pula pegang..Rindunyer kat akak.. (bila kita nak makan sama2 lagi? Macam dulu2?)Banyak yang di share dengan kakak ni..Orangnya comel dan sukakan yang comel2..hehe..

5. fareez sr (10/14/2008 6:23:27 PM): sy hargai persahabatn yg diberi..slalu ad bila dia susah.. bila dia susah je..bila dia gembira..kita perlu lupakan dia sementara waktu kerna.. susah nk memahami org pada waktu begitu.. lebih kurang la.. xperlu hadiah.. cukup kte ambik berat pasal dia.. banyak bg nasihat. tp yg penting.. bila dia perlukan kita, kita harus slalu ad.. tu la makna kawan sejati.. bg fareez susah nk jmpa kawan sejati ni sebnarnya.. cukup kalu kita angap dia kawan je..tiada istilah kawan sehidup semati ke, kawan karib ke.. bagi fareez.. kawan tu untuk semua.tiada perbezaan.. yg membezakanya adalah terletak pd dri kte sendiri... bgaimana kte menerima seseorg yg bernamaa kawan...
KOMEN LILLAH : ni my junior, one of my exco.. yang istimewa tentang fareez ialah dia sangat care dengan kawan-kawan dia. Susah jumpa lelaki yang sangat care tentang makan minum demam kawan lelaki lain..(lelaki yang care tentang perempuan tu biasa la..faham2).. dan dia juga one of my great teman sekerja, always full of spirit and commitment. Jiayou gambateh fareez! Akak still ingat masa program MBM haritu, masa akak tengah down.. adik2 bangun memberi semangat!
6. maslinaayu_shaharuddin (10/14/2008 6:03:14 PM): teguran yg membina.. ke lilah mmg nak hadiah dalam bentuk fizikal? klu xpun... bg buku ker (fizikal).. nsht(spiritual)… mcm lilah slalu buat kt akak....sgt mbntu...
KOMEN LILLAH : ni my dearie kakak kesayangan.. yang mak sendiri pun dah buat mcm anak sendiri..yang lillah pun dah pergi rumah kak mas buat macam rumah sendiri..huhu.. kakak yang sangat tegas dan penyayang. Kakak yang banyak push lillah untuk jangan give up.. kakak yang ada kucing bernama comel.. rindu kucing kak mas.. kakak yang sangat kuat tautan hati dengan lillah. Bila lillah sakit, dia tetiba je akan call atau datang bilik..wa..Subhanallah..
7. firdaus roar (10/15/2008 4:49:40 PM):kucing? for me... ilmu n nasihat... i appreciate ilmu.. i appreciate nasihat..4 me tu la yg plg bhrga. nk kasi pengalaman, xbleh.. tu sbb sy suka bg buku kt org as hadiah
KOMEN LILLAH : kucing?? best2.. well, this brother dia ada banyak ilmu, nasihat & pengalaman.. dan suka kucing. ni kawan bloggers, 'meow' yang berdakwah. Extraordinary person..

8. sebenarnya tanya pada ramai orang.. tapi ramai yang tak tau nak jawab apa.. tak apalah.. lillah pun nak jawab jugalah..
menjadi seorang sahabat.. lebih dari sekadar menjadi seorang pendengar dan seorang teman di sisi..dia perlu belajar bekorban jika dia tidak mahu sahabatnya tekorban.. Sahabat yg ikhlas menerima sahabatnya seadanya tanpa syarat..dia menyayangi sahabatnya & mahu yg terbaik utk sahabatnya..dia akn tetap mengembirakannya, memberi nasihat, bekorban walaupun sahabatnya tidak sedar atau tidak tahu..dia tak jemu meskipun masa terus berlalu.. krn dia tahu Allah yg memegang hati sahabtnya itu.. dan dia tetap terus berdoa tanpa jemu agar sahabatnya akan sedar akhirnya walaupun masa tu dia dah tak ada lagi.. hanya kerana dia sayangkan sahabatnya itu ikhlas kerana Allah.. :'-)

So.. bagi saya, hadiah terbaik ialah pengorbanan. mengorbankan sesuatu yang kita paling sayang.. sebab yang paling kita sayang tentulah sesuatu yang paling bermakna buat kita..

kata Saidina Ali kwj. : sesungguhnya shbt yg jujur ialh yg slalu bersamamu, yg bersedia mengorbankan dirinya utkmu. & org yg apabila zmn berganti, tidak memutuskan hbgn dgnmu,
skalipun bercerai dgnmu, rasa persahabatan ttp utkmu.

Kata Imam Syafie : Jika seseorang tak dapat menjaga nama baikmu kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dan jangan banyak menaruh belas kepadanya. Banyak orang lain
yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran untuk kekasih, meskipun memerlukan upaya yang kuat. Tak semua orang yang kau cintai mencintaimu, dan sikap ramahmu kadang dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang dulunya menjadi rahsia.

2 ulasan:

  1. camner dgn phrpn suatu pshbtn yg dsisihkan??

    BalasPadam
  2. ulang balik: Kata Imam Syafie : Jika seseorang tak dapat menjaga nama baikmu kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dan jangan banyak menaruh belas kepadanya. Banyak orang lain
    yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran untuk kekasih, meskipun memerlukan upaya yang kuat. Tak semua orang yang kau cintai mencintaimu, dan sikap ramahmu kadang dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang dulunya menjadi rahsia.


    P/s : Hanya mereka yang MEMBERI akan MENERIMA.. hanya mereka yg menyayangi akan disayangi.. hanya mereka yang mengasihi akan dikasihi.. dan.. mereka yang melukai akan dilukai.. mereka yang menyakiti akan disakiti... muhasabah diri kita kembali? adakah kita pernah melukai seseorang? meskipun dia secara lisannya memaafkan kita, namun jauh di sudut hatinya ada parut yg mungkin x hilang.. selagi parut itu masih ada, selagi itulah kita berhutang pada sahabt tu.. Keredhaan Allah dtgnya dgn keredhaan manusia..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....