Ahad, 26 Oktober 2008

the black doggy & the grey cat


dua malam lepas kami (geng/team main2 lillah) telah dikejutkan dgn 1 perkara yang sangat mengejutkan dan dahsyat.. huh..apakah??


salah seorang dari kawan lillah ni diserang seekor kucing kelabu. habis lengannya calar balar, bengkak-bengkak dan ada kesan koyak-koyak di lengan dan tangannya..berdarah.. malam tu juga dia dibawa ke hospital dengan ambulans. Dapat la injections.. Seram.. kesian sangat kat dia..


Masa tu rasa hairan sangat, kenapa la kucing ni tetiba mengamuk. kawan tu tak buat apa pun tapi tetiba kena serang.. hairan dan pelik.. habislah nasib kucing tu.. felo pun dah kata akan ambil tindakan terhadap kucing tu.. Ya Allah..... !
(**tak mau letak gambar kucing sebenar)

Andai kucing tu akan dibunuh.. hm.. takpelah, dia tak masuk neraka pun.. takde siksa kubur.. Kucing oh kucing.. hm.. Tapi mesti lillah menangis juga bila dia mati.. dan mesti rindu juga kat dia nanti.. tak pelah, segala ketentuan Allah sure adalah yg terbaik walaupun sometimes sedihnyer ketentuan tu..


Semenjak kes tu, tak nampak dah si kelabu tu.. sedih..rindu.. dan tiba2 petang tadi terserempak dgn si kelabu tergolek atas tar jalan. dah mati ke? cara baring macam dah mati je.. slow2 lillah & roomet pergi dekat dgn si kelabu. tiba2 dia buka mata, bertempiaran kami lari. Hidup lagi!!


Happy! Syukur sangat he still alives!


Malam tadi masa nak pergi buang sampah (lillah duduk aras 6~ tinggi wei..) tiba-tiba terkejut ada anjing hitam besar tengah lepak sebelah tong sampah.. Hitam je semuanya, biji mata pun hitam.. Terkejut sangat. pandai dia naik lif ye.. atau rajin dia naik tangga kan.. bagus2.. cuma bimbang letak kasut di luar bilik. kene bawa masuk dalam bilik.. nak pergi toilet pun macam takut sikit..


Tapi kan.. doggy tu tak buat salah apapun.. dia duduk je situ.. tak kacau orang lain.. dia diam je.. soleh je.. kenapa la yang lillah pergi lari bila nampak dia?? dia tak buat salah pun..


Inilah sifat manusia..

sometimes kita berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang kadang-kadang kita pun pelik sebab susah nak duga perangai seseorang.

Hari ni mood dia lain.. esok lain.. dan kadang-kadang dia macam baik sangat-sangat..

tiba-tiba pulak dia transform jadi macam incredible hulk (perangai)..

macam kes kucing tadi la. biasanya dia duduk comel2 tepi tangga bunyi miau..miau..

tetiba dia mengamuk gigit dan panjat lengan..


dan reaksi kita?

walaupun lepas kes malam tu, si comel tu dah normal balik.. tapi still rasa fobia tu kita rasa.. macam tu juga dengan kawan-kawan kita..

bila kita marah (bila kita transform jadi incredible hulk)..

becareful sangat2 sebab maybe ada kata2 kita yang kita tak dapat tarik balik.. yang akan buat hati yang terluka berparut selamanya..

Walaupun yang kita marah tu cuma sekali je, time lain kita cukup bersopan, still kita kena ingat yang...

untuk melupakan sesuatu mengambil tempoh seumur hidup..

so, janganlah menguji kesabaran insan lain.. sebaliknya ujilah kesabaran diri sendiri supaya kita menjadi lebih kuat dan hebat!..


Satu lagi yang kita kene ingat,

dalam hidup ni kita selalu menilai seseorang kawan melalui first impression..

bila kita tengok kawan kita tu 'macam' teruk je..

kita terus menjauhkan diri dari dia.. sedangkan dia tak bersalah pun..

macam kes doggy tadi.

In relationship.. sama ada in family members, team workers, or among friends, it depends on us..

we choose to make it success or sebaliknya.

Alangkah baiknya kalau kita boleh beri dia peluang..

at least a chance utk kawan kita tu..

beri sedikit ruang dalam hati kita untuk kita kenal hati budi dia..

siapa tahu, dia mungkin akan jadi one of the best kawan yang kita pernah ada..


~~~~~`~~~~` last sekali nak wish kepada penggerak2 biro ADIK yang baru memulakan gerak kerja program KASEH.. all the best semua! luruskan niat kerana Allah.. moga sedikit sumbangan kalian akan membawa erti yang besar pada diri dan insan2 lain..amin.. Ya Allah, satukan lah hati kami.. eratkanlah tautan hati kami.. berilah hidayah pada kami.. amin Ya Rabb.. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....