Suatu sistem pendidikan yang rohnya masih terus mengalir dan memantulkan hidayah pada banyak hati.. ;'-)
sayangku.. bertanyalah "apakah sistem itu??"
First sekali.. Baginda tidak terus meruntuhkan berhala di sekeliling ka'abah.. Sebaliknya baginda meruntuhkan berhala-berhala di dalam hati manusia.. Manusia diajar mengenal Allah.
Second step.. Selepas si manusia mula mengenali sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna. si manusia mulai terpesona dan mula belajar mencintai Allah..
Third step.. Setelah rasa cinta kepada Penciptanya menguasai hati, si hamba mulai bimbang dan sangat takut untuk melukai yang dicintainya.. Si hamba mula belajar untuk takut kepada Allah..
Finally.. bila turun hukum-hukum dalam Islam.. automatic dengan penuh ketaatan tanpa rasa ragu-ragu, si hamba patuh dengan hukum tersebut.
Betapa mantapnya sistem tarbiyah Rasulullah saw.. amalan yang menjadi darah daging semenjak dari zaman nenek moyang dapat dikikis..
1. arak yang sudah menjadi sebati dengan diri dengan mudah di campak.. mereka mampu..
2. hamba-hamba dibebaskan.. orang arab berkulit putih sanggup menurunkan keegoan dengan mensetarafkan diri dengan orang berkulit hitam (bekas hamba) sedangkan amalan hamba abdi sudah mendarah daging dalam masyarakat.. mereka mampu..
3. manusia yang saling bercakaran mcm anjing dan kucing dan berbunuhan sesuka hati menjadi manusia yang mencintai manusia lain seperti dirinya sendiri! Menakjubkan.. Subhanallah.. Suatu sistem pendidikan yang membentuk manusia yang hingga pada saat hujung nyawanya masih memikirkan untuk saudaranya.. meskipun pedih di saat kematian, dalam dahaga yang amat sangat.. still boleh mendahulukan air kepada saudara lain.. hingga akhirnya mereka meninggal dunia dalam keadaan saling mengutamakan satu sama lain..ukhwah inilah yang ingin kita bina.. persaudaraan inilah yang kita dambakan.. mana mungkin kita mampu mencintai saudara lain seperti mana kita mencintai diri sendiri andai Pencipta kita masih belum kita kenal.. kita cinta.. kita takut.. dan kita taat.. :'-D
Sayangku..
Sedih sekali.. sayang seribu kali sayang.. hari ini realitinya kita kehilangan roh beragama.. kita beragama atas dasar keturunan dan ikut-ikutan.. hati-hati buta dari mengenali Allah.. hati-hati kosong dari mencintai Allah.. hati-hati lansung tidak takutkan Allah..
Hukum Allah? Selamba je buat tak tau.. :'-o
Di mana hilangnya roh agama itu??
hari ni orang asyik-asyik suruh kita belajar halal haram.. tapi kan.. sangat sedikit yang suruh kita belajar mengenal Allah.. belajar mencintai Allah..
Bila jumpa ustaz, ustazah or orang-orang alim .. soalan popular :
"Ustazah.. nak tanya.. yang ni haram ke halal??"
Sayangku..
tanyalah.. tanyalah.. tanyalah..
"Macam mana saya nak mencintai Allah??" :'-(
muhammad s.a.w penyebar budaya toleransi dan damai, muhammad s.a.w mencari persamaan dalam perbezaan.....mardhotillah
BalasPadam