Memaparkan catatan dengan label rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumahtangga. Papar semua catatan

Selasa, 29 April 2014

Ambil Masa Buat Perubahan Demi Kebahagiaan Rumahtangga



Kehidupan akan sentiasa berubah dan terus berubah. Secara positifnya ianya adalah suatu perkembangan. Perkahwinan, mengandung, membesarkan anak dan seterusnya merupakan fasa-fasa yang berturutan dalam sesebuah kehidupan. Setiap fasa merupakan suatu cabaran.Semasa bujang, kita cuma terlibat dengan keluarga sendiri sahaja. Selepas berkahwin, kita berkongsi hidup (dan segala barang seperti katil,bilik,almari, tandas, bumbung) dengan seorang manusia yang pastinya mempunyai kehendak berbeza dengan kita. 2 jiwa, walau serasi macam mana sekalipun tetap mempunyai perbezaan.


Fasa mengandung merupakan fasa perubahan yang bukan sahaja mencabar untuk isteri malah suami. Suami bukan sahaja terpaksa berdikari seperti bujang malah adakalanya perlu membantu melayan kerenah isteri yang kurang sihat, beremosi dan membantu menguruskan hal-hal isteri.

Apabila anak lahir, seringkali suami akan rasa seperti perhatian isteri kepadanya berkurang kerana sibuk menguruskan anak terutamanya pada tahun pertama kelahiran anak.

Perubahan demi perubahan ini perlulah mendapat kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Jika sebelah pihak menolak untuk berubah, sebelah pihak lagi akan terbeban memikul tanggungjawab yang semakin berat. Perselisihan faham mudah berlaku apabila pasangan berada dalam keadaan tertekan.

Solusinya, kedua-dua pihak perlu bersedia untuk berubah dan bersedia menerima perubahan dalam kehidupan. Perubahan perbelanjaan hidup, perubahan pembahagian masa dan perubahan cara layanan sesama pasangan. Perubahan ini umpama bonggol kehidupan, ia tidak menghalang perjalanan, ia cuma memperlahankan perjalanan. Apabila sampai kepada bonggol, perlahankan kenderaan dan tekan minyak. Selepas melepasi bonggol teruskan perjalanan semula. Begitulah kehidupan, berilah masa untuk perubahan. Berilah masa untuk pasangan berubah. Berilah masa juga kepada diri untuk berubah. Alah bisa, tegal biasa... Semoga dipermudahkan Allah segala urusan kita.... 

Selasa, 22 Oktober 2013

Isu Jodoh Lambat Sedangkan Diri Sudah Berubah Ke Arah Lebih Baik


  • C

    Em...actually kte de sesuatu nk tye kt awk..aser awk sorng je yg bole bg pndpt sewajarnya... Kte single lg..n of coz ble da umur nk msuk 27, mst parent akn tye da ad calon sume kn..honestly kte memang xde spe2...last time kte couple, 4 years ago, n it was a really big mistake kte..kte ckp big mistake sbb kte couple dgn org yg beragama, study in egypt..tp kte rs byk zina hati yg kte bt..i mean of coz la ad rndu sume..n kdng2 bla chatting mst kdng2 solat jd xtntu arh..mmg kte akui kte yg brsalah..not my ex bf..n at last kami putus, myb sbb ble ad prob, jaoh n ssh nk slesaikan prob tu...
  • C

    Lps tu kte lngsng xde hbungan dgn spe2.. slh 1 reasonnya sbb kte tkot kte akn jd mcm dl, asyik brcnta smpai lupa Allah.now kte byk berserah kpd Allah..bg kte biarla Allah yg mnentukan jdoh kte..kte kwn dgn sume org, tp just as a friend, tiada prsaan lngsng kt mna2 guys..
  • C

    Tp kte skarng mcm buntu, parent kte da bersuara psl jdoh, n ble kte ckp kte serahkan pada Allah tntukn jdoh kta, my dad said kakak ni trlalu berserah sgt, kne usaha jgk..knl2, kwn2 sume.i mean couple etc..tp kte cm xsuke sbb bkn ke bnde2 tu sume mnjurus ke zina hati..? Kte lbeh berusaha mcm prbnyakkn solat, bc alquran, bt solat hjt..mcm tu je.
  • C

    Soalan kte, ckup ke klu kte just bt solat2 sunat, bc alquran, n berusaha dkt kn dri kpd Allah, tnpa berusaha utk knl org sna sni ..brkwan n sume..honestly kte xtaw ape bntuk usaha mndekatkan jdoh yg disarankan oleh islam..kte mngaku, kte msih lg di thp belajar..byk lg yg kte xtaw..kte pn xtaw nk tanya pada siapa...just yg kte nmpk khalilah je...
  • C

    Mnta maaf ye kalau soalan kte menyerabutkan khalila..kte hrp sgt khalila blh bntu kte..
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    Waslm...., jodoh ni hak milik Allah... ia dah ditetapkan Allah semenjak dalam perut mak... cepat atau lambat perkara kedua, yang penting jodoh tetap ada. Jika tidak bertemu di dunia, Inshaallah ada di syurga. Di syurga tiada orang bujang.. Tindakan yang perlu Su buat ialah pasang niat untuk berkahwin supaya mendapat redha Allah. Kedua , perbaiki hati, ibadah, akhlak dan hubungan dengan semua makhluk. Jodoh ni kadang2 terhalang kerana dosa-dosa kita... jadi perbanyakkan taubat.... taubat tu maksudnya jangan buat lagi dosa-dosa silam... dosa lalai solat... dosa lalai tangungjawab...dan lain-lain.... Inshaallah sambil kita perbaiki diri, Allah perbaiki peribadi pasangan kita.. Inshaallah. ....
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    Perbanyakkn solat sunat mohon doa daripada Allah....
    Doa mohon Allah gerakkan hatinya supaya mencari kita...
    perbanyakkan sedekah..
    mcm2 cara....
    kesimpulannya jadi orang baik
    Orang soleh ada aura...ada magnet....membuat hati yg baik tertarik
    Moga dipermudahkan jodoh....keep in touch
    Take care....
  • C

    Trima ksih awk..for ur advice
    Awk pon take care ye..
    Kte akn cube bt pe yg awk advice tu..thank u very much;)


Sabtu, 19 Oktober 2013

Dunia Baru Seorang Isteri

Hujan lebat di luar. Semalam hujan lebat sepanjang hari. Hari ini pula hujan turun di petang hari. Suami tiada di rumah kerana ada urusan kerja. Bertemankan laptop, ilham turun mencurah seperti hujan yang turun.

:) Alhamdulillah... Begitu banyak perkara yang berlaku dan tidak sempat untuk dicoretkan di sini.
Inshaallah semoga coretan ini akan terus bermanfaat untuk kita bersama dunia akhirat...


Penjaga yang 'asing' 
Kalau sewaktu zaman bujang, emak dan abah adalah orang yang selalu menjaga diri ini. Ke mana sahaja hendak pergi perlu diminta izin daripada emak dan abah. Jika mahu membeli barang juga perlu berbincang dengan emak dan abah. Kalau gembira dan kalau sedih, emak dan abah menjadi orang pertama yang menjadi rujukan.

Tayangan video di majlis pernikahan kami 17 Ogos 2013

Kini segalanya berubah. Manusia yang paling berhak terhadap diri sendiri bukan lagi abah dan emak sebaliknya seorang 'lelaki' bernama suami. Semasa zaman bujang, sangat jarang berbual dengan lelaki, kini bangun tidur ada lelaki tidur di sebelah. Betapa dunia berubah 360 darjah, saya jadi lupa pada perkara yang saya suka dan saya biasa. Semuanya lebih tertumpu kepada 'apa yang dia suka dan biasa'. Begitulah hati seorang isteri, selagi boleh mahu menunaikan semua hajat di hati suami. Namun sedar diri cuma manusia biasa. Hendak keluar rumah perlu minta izin, selalunya suami bukan sahaja berikan keizinan malah turut menemani. Hendak ke tandas perlu bagitahu (kalau di luar rumah), selalunya suami akan mencari kalau isteri tak nampak depan mata. Jika sakit perlu bagitahu (kalau tidak nanti muka masam suami salah faham). Semasa bujang, diri ini biasa menyendiri dan sangat sukakan privasi. Kini hampir 24 jam berteman suami, pastinya agak sukar menyesuaikan diri pada permulaan. Semasa bujang, diri ini tidak biasa buat kerja-kerja rumah dan ada pembantu rumah, sangat jarang ke dapur dan segala aktiviti rumahtangga begitu jauh ketinggalan. Kini suami sangat berharap isterinya ini cuba sedaya boleh menjaga makan minumnya. Ada masanya lauk termasin, tercair, termanis dan terpahit. Apabila suami tertegur, isteri pula cepat merajuk. Akhirnya suami belajar menahan diri daripada memberi komen, sedap ke atau tidak sedap diam-diam sahaja. Isteri juga belajar menahan diri daripada terlalu cepat terasa hati dan tebalkan hati. :)

Selebat-lebat hujan di luar, lebat lagi hujan dalam hati.... kalau suami marah dan kalau isteri merajuk...
Alhamdulillah selalunya kalau suami marah pun tidak lama...
Kalau isteri merajuk pun tidak lama....
Yang penting ada yang memujuk....:)

Bak kata suami "Nak jadi suami ni persediaan utamanya adalah menjadi pemaaf. Walau apa sekalipun dosa isteri pada suami, kalau suami boleh maafkan, isteri itu sudah selamat dunia akhirat."
Terima kasih kanda.....Semoga Allah memberkatimu dunia dan akhirat...



Pasangan Cerminan Diri Sendiri
Suami adalah penjaga isteri.. pelindung isteri... suami tidak semestinya sempurna namun jika kita yakin pada ketentuan Ilahi, Allah sentiasa memberikan sesuatu yang terbaik kepada kita. Tiada sesuatu pun ciptaan Allah sia-sia. Ini janji Allah dalam Quran. Allah menciptakan setiap sesuatu berpasang-pasangan. Siang berpasangan malam, terang berpasangan gelap, bumi berpasangan langit dan segala macam pasangan lagi.
Sebelum kahwin diri ini tidak terasa pun 'kesunyian' bersendirian kerana dikelilingi kawan-kawan, keluarga dan kesibukan kerja. Tatkala diri dilamar dan perjalanan takdir menentukan bahawa diri ini sudah sampai masanya menjadi isteri orang lain. Setelah kahwin, baru berkenalan dengan suami dan terkejut bercampur gembira kerana kami mempunyai banyak persamaan. Kami ketawa bersama sambil bercerita tentang diri dan keluarga masing-masing. Kami berterus terang tentang kelebihan dan kelemahan diri. Ini bukan masanya hendak mencela keaiban masing-masing sebaliknya masa untuk bekerjasama saling memperbaiki diri, saling memperbaiki pasangan, saling menutup kelemahan, saling mengukuhkan kekuatan dan saling mencintai..... ya, saling mencintai!

... belajar mencintai.... kerana kami tidak kenal sebelum berkahwin... jadi kami baru belajar bercinta... belajar memikat,... belajar menggoda.. belajar merindu.. dan belajar ucap 'I love you'.

Alhamdulillah selesai baca dalam masa 2 jam!  Selesai baca, suami bertanya "Ada tak kesalahan yang kanda dah buat? Banyak tak?"  Saya jawab "Kanda kena baca sendiri. Dinda baca untuk semak kesalahan sendiri sahaja. :) "

Ketika tinggal sebumbung, segala kelemahan teserlah. Segala macam rahsia terbuka. Ada perkara yang diri sendiri sudah sedia maklum kerana diri sendiri ada 5 orang adik lelaki. Sepatutnya diri sendiri sudah masak dengan perangai lelaki. Namun manusia itu berbeza, diciptakan Allah sungguh unik. Ditambah hadirnya syaitan yang cemburu melihat kebahagiaan suami isteri sering sahaja menambah-nambah keburukan dan kehodohan pasangan di mata pasangan. Akhirnya suami isteri saling makan hati.

Alhamdulillah sudah dua bulan kami menjadi suami isteri. Perjalanan kami entah berapa lagi masih berbaki. Setiap kali ternampak keaiban suami, cepat-cepat muhasabah diri dan beristigfar. Adakalanya ia ujian untuk si isteri supaya lebih dekat kepada Allah dan supaya selalu mendoakan suaminya. Apabila memasak, jampi-jampi dengan doa yang panjang lebar dan diulang-ulang... Suami juga begitu. Apabila suami ternampak keaiban isteri, segeralah beristigfar dan berdoa untuk isteri.

Suatu hari nanti... Mungkin isteri mati dulu, atau mungkin suami mati dulu... atau mungkin mati serentak berdua... Semoga yang hidup dapat mendoakan yang telah mati.. Semoga sebelum mati, ada zuriat yang soleh solehah mendoakan kami hingga ke syurga Allah...


Nota : Kandungan berusia sebulan lebih, kesihatan ibu tidak berapa baik. Setiap dua minggu perlu pergi bertemu doktor untuk diperiksa. Rekod kesihatan lama yang menunjukkan saya ada 'slip disc' di tulang belakang membuatkan doktor dan jururawat mengambil langkah berwaspada. Pertambahan berat badan mungkin menyebabkan kesakitan. Alhamdulillah... walaupun badan rasa lemah, hati rasa bahagia... Rasa bahagia kerana ada terbaca ayat Quran bahawa Allah menceritakan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan sewaktu hamil. Rasa bahagia kerana apabila badan sakit-sakit ada peluang dosa terampun dan dinaikkan darjat. Rasa bahagia kerana seluruh makhluk di langit dan bumi mendoakan keampunan untuk ibu...Terima kasih kanda... Terima kasih Allah.. Alhamdulillah... Semoga Allah letakkan kita sentiasa dalam redha-Nya...





Khamis, 14 Jun 2012

Bagaimana Cara Bercinta ?




Jatuh cinta itu perkara biasa. Apabila sudah terjatuh yang begini, sukarlah untuk bangun berdiri dalam keaadaan tegak. Masakan tidak kerana fikiran sudah angau. Tutup mata tetapi masih terbayang-bayang. Tutup telinga tetapi masih terdengar-dengar. Dunia dirasakan begitu indah berbunga-bunga. Hari-hari tersenyum sendirian. Syok sendiri.

 Itu kalau mencintai seseorang.

Jika membenci seseorang pula? Mulailah apa sahaja yang diperbuatnya menjadi sakit dan buruk di mata kita. Setiap kali namanya kedengaran, mulailah rasa menyampah di hati kita. Jika boleh tidak mahu lansung bertegur. Sedangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tidak mustahil orang yang paling kita cintai akan berubah menjadi orang yang kita paling benci. Lihat sahaja kisah rumahtangga artis-artis yang berkahwin gah bak puteri raja semata-mata kerana lambang cinta.Masing-masing saling memuja dan memuji pasangan seolah begitu sempurna. Hakikatnya mana ada manusia yang sempurna segala-galanya. Rumah tangga mana yang tidak akan diuji ombak. Maka selepas berkahwin, rasa cinta semakin pudar apabila keburukan pasangan mula terdedah. Lebih menyedihkan sekiranya jodoh tidak berpanjangan dan diakhiri penceraian. Pasangan suami isteri mulai saling membenci dan memburuk-burukkan satu sama lain. Kasihan anak-anak, kebingungan dan tersepit di antara ibu dan bapa.

Tidak mustahil orang yang paling kita benci akan berubah menjadi orang yang paling kita cintai. Kita mungkin membenci seseorang kerana terlalu melihatkan keburukan seseorang dan tidak mengetahui kebaikan dirinya. Tetapi apabila mengetahui kebaikan dirinya yang adakalanya sangat sukar untuk ditemui pada insan lain, maka kita akan serta merta berubah hati.

Kesimpulannya, jika mencintai seseorang beserdahanalah dan jika membenci seseorang juga beserdahanalah. Satu lagi, janganlah sombong sangat dan menghina orang lain sesuka hati. Orang yang meludah ke langit, kelak ludahnya terkena muka sendiri.
Fahamkah maksud saya? :)

Di dalam hidup ini, tiada manusia yang sempurna. Semua manusia belajar untuk menjadi sempurna. Belajar.. Belajar.. Dan belajar.. Orang yang paling hampir dengan kesempurnaan adalah orang yang sentiasa memperbaiki diri. Untuk perbaiki diri, perlulah bersedia mendengar teguran kesilapan. Inshaallah :)

Ahad, 19 Jun 2011

Formula praktikal rumah tangga harmoni


Minggu ini saya pulun menghabiskan buku ini. Inilah buku nipis yang sarat dengan nasihat lembut yang membuka mata hati. Saya berikan 5 bintang untuk buku ini! Sebenarnya emak membelikan buku ini khas untuk saya tahun lepas lagi tetapi baru sekarang saya membacanya... Pada mulanya saya lansung tiada 'mood' untuk membacanya. Namun disebabkan ingin membantu seorang sahabat, saya pun terbacalah buku ini... Saya membacanya dengan tujuan untuk mencari ilham apabila memberi nasihat kepada sahabat saya..
Kepada sesiapa yang sedang mencari formula praktikal mengekalkan keharmonian rumah tangga atau bakal rumah tangga, silalah baca buku ini....
cute smileys hug emoticon

Rabu, 2 Mac 2011

Bersedia untuk berkahwin?



Soalan di facebook:

salam akak...

ada kawan sy tanya...

mcm mana nak tau kita dh sedia atau x utk kawen? tanda2 yg obvious la...hm..sebab kalau ikut hukum nikah tu kan ada banyak..wajib, sunat, makruh dsb..cmna kita nk tau kita masuk kategori yg mana?

cth kalau wajib-ada keinginan utk kawin n kemampuan..

kalau perempuan cmna nk tau dia dh ready ke belum? keinginan utk kawen tu smua org ada kan...cuma dr segi kemampuan tu cmna kita nk ukur? spesifik kpd perempuan...

sy xtau cmna nk jawab soklan dia..nk tnya ust td...tp segan sebab dlm kelas tu ramai lelaki...hehe




Jawapan saya :

cuba tanya dia:-

-adakah dia sudah bersedia untuk melayani seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk mentaati seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?

-adakah dia bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan ibu mertuanya melebihi ibunya sendiri?

-adakah dia bersedia mengasihi ibu mertuanya dan sanggup bekorban demi beliau?

-adakah dia bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suaminya yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kesakitan?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suaminya meminta dia berbuat demikian?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?

-adakah dia bersedia untuk kehilangan seorang suami dan terus memberi didikan dan kasih sayang secukupnya kepada zuriat suaminya?

adakah dia sudi menerima semua tanggungjawab itu?

jika ya, berkahwinlah.. kerana dirimu inshaALLAH akan menjadi isteri dan ibu yang solehah......

semoga ini dapat membantu...

Khamis, 20 Januari 2011

bukan salah sesiapa... cuma ianya adalah takdir... kehendak Dia...

lillah :
realiti kehidupan...
sebagai seorang yng bertuhankan Allah
kita yakin setiap apa saja yang berlaku semuanya adalah takdir
yang telah ditetapkan oleh Allah
bukan salah si dia

fairuz :
yaa

lillah :
bukan salah kita

lillah :
bukan salah sapa-sapa
semua tu berlaku sebab Allah dah takdirkan....
Allah yang menggerakkan hati A untuk sakiti kita
bukannya A yang berkuasa nak sakiti kita
tapi Allah pilih A untuk sakiti kita
jadi jangan kita dendam benci marah A
sebab yang menentukan semua tu adlah Allah

fairuz :
yakinlah.. apa yang diberiNYA tidak sia2...pasti ada hikmah....


lillah :
tak semestinya A yg sakiti kita
sesiapa saja bole sakiti kita
kalau Allah mahu
mungkin org yg paling kita sayang
yg paling kita percaya
yg kita anggp x akn sakiti kita
bole akhirnya sakiti kita jika Allah mahu

aisyah :
mmm..

lillah :
sbb itu apa saja perkara yg menimpa kita
kita kena sentiasa ingat
semua itu adalah ats kehendak Allah
Allah telah mentakdirkn semua tu untuk kita
mahu marah pada siapa ?
pada Allah?
amboi2... Allah ciptakan kita seketul jantung yang sgt efisien tak penah behenti bekerja
semenjak dari kita belom lahir
sampaila kita mati
tak penah sekalipun jantung ambil cuti
siapa yg menciptakan jantung tu?
Allah bukan?
berapa harga jantung kita?
kalau kita mahu berkira dgn Allah

fairuz :
betul2....

lillah :
adakah kita mampu bayar harga jantung kita?
jantung berdegup semenjak kita masih janin...
sebelum tangan kita terbentuk..
sebelum kaki kita terbentuk..
jantung dah mula berdegup..
bila kita lahir ke dunia
kita makan
main
tidur
tapi jantung tak berhenti2 bekerja
sehinggakan saintis kata itulah mesin terhebat di dunia
sbab warranty lifetime
tak tertanding mesin2 lain

fairuz :
subhanaALLAH....

lillah :
pressure = tekanan yg ada dalam jantung sgt2 laju..
kalau mesin biasa, dalam tekanan yg tinggi, akn cepat rosak..
ini baru jantung yg 1
belum lain2 nikmat Allah yg lain...

nurul :
;0

lillah :
sbb itulah, kalau kita kenal diri kita

nurul :
klu dlm sains pun ada explain ttg ni

lillah :
kita akan knl Pencipta kita
kalau kenal Pencipta kita
kita tak akan stress
tak akan depress
tak akan risau
tak akan susah hati
duit dicuri orang
kita tetap tenang sbb tau tu mmg bukan rezeki kita
barangkali Allah ambil duit tu sbb nak ganti dgn yg lebih banyak duitnya
kekasih dicuri orang

fairuz :
ya betul!!!

lillah :
kita tetap tenang sbb tau tu mmg bukan jodoh kita
barangkali Allah ambil dia sbb nak ganti dgn yg lebih baik dari dia

nurul :
hmm

lillah :
kena buang kerja
kita tetap tenang sbb tau tu mmg bukan rezki kita
barangkali Allah nak ganti dgn pekerjaan yg lebih baik dari tu
org kesayangan diambil Allah
kita tetap tenang sbb tau Allah sayang dia

fairuz :
subhanaALLAH....

lillah :
dia mungkin sdg bahagia menikmati nikmat syurga dalm kubur
kalau kita rasa dia sedang diseksa dlm kubur, bersyukurlah sbb kita masih hidup
barangkali Allah sengaja biar kita hidup
supaya kita dapat kirim pahala pada dia
supaya dapat kirim doa keselamatan utk dia
jadi pokok pangkalnya semua takdir Allah itu adalah
yg terbaik utk kita semua...
kita beriman pada Dia
kita yakin sepenuh hati pada Dia
yakin Dia tak akan sia-siakan kita
biarlah 1 dunia tunggang langgang terbalik
tapi selagi kita berpegang teguh pada DIa
tak ada apa-apa yang mampu mencalarkan walau sdikitpun pada kulit kita

wallahualam


fairuz :
Dalam hati ada ALLAH...
usah bimbang..usah khuatir..

p/s : ini adalah sebahagian petikan daripada usrah muslimah online facebook =)
jika ada muslimat lain yang berminat nak join, boleh PM facebook lillah....

Ahad, 22 Ogos 2010

Sakinah Rahmah Mawaddah



Pagi
_____

Hari Sabtu. Hari sekolah ganti. :)
Saya suka sekolah maka hati sangat gembira apabila ke sekolah... Syukur ya Allah :)
Kelas-kelas lain yang saya masuk pun tak ramai sangat. Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan menanda kertas jawapan kesemua kelas form 1. Tinggal paper percubaan PMR sahaja yang belum disemak.. Anak-anak murid saya excited nak tengok markah mereka :)
Alhamdulillah ramai dapat A. Syukur ya Allah.. :)


Kelas saya,kelas paling hujung.. seorang sahaja yang hadir :)
Sempat bersembang dengan dia.
"Cikgu, saya tak sekolah masa form 1 dan form 2. Saya baru masuk Julai haritu.."kata dia.

Sebelum ini dia tinggal dengan tuk dia, jadi dia tidak disekolahkan. Kini dia tinggal dengan ibu ayahnya, baru masuk sekolah..

"Kamu sanggup tak kalau stay back every day selepas sekolah? Cikgu ajar kamu.. Kalau kamu tak dapat cemerlang pun takpe, yang penting lulus.. Kalaupun tak semua subjek lulus, sekurang-kurangnya ada yang lulus.. paling penting subjek bahasa.."pujuk saya.

Berseri wajah si comel ni.. Jangan putus asa ya sayang :)



Tengah hari __________

Balik dari sekolah, emak sudah bersiap sedia hendak masak. Hari ni semua ahli keluarga saya akan berkumpul semasa berbuka puasa.

Maka semua anak yang di utara dan selatan perlu pulang ke rumah. Amin dari UTP Perak drive seorang diri malam semalam balik ke rumah. Kemudian pagi tadi dia ke Melaka ambil Hafiz di MFA.

Ali pula sedang jadi fasilitator tamrin di masjid pun balik sekejap sebelum berlari ke program semula. Kata Ali, tutorial dia bertimbun jadi dia akan direct balik ke UM selepas tamat tamrin.

Fadilah pula dah ada di rumah semenjak Jumaat. Fadilah dan Romlah menyumbangkan saya pen merah untuk menyemak kertas anak-anak murid saya. Terima kasih kepada all of u! Love u all very much!


Thanks romlah sebab semasa saya terlena semasa menanda kertas, Romlah tolong menanda.. :)


Bahagianya.. Syukur ya Allah..

Saya paling suka apabila adik-adik saya sampai rumah dan tersenyum sambil mengucap lembut "kakak..."

serius, saya cair.. :) :)

dan apabila mereka salam dan cium tangan saya, saya memang cair..

ketika saya tiada di rumah tetapi mereka hendak balik ke tempat masing-masing, mereka akan kirimkan mesej "kakak.. x sempat nak say bubye kat akak so sms je la hoho :)"

Syukur Ya Allah...
Kerana menghadirkan saya insan-insan yang sangat memahami diri saya, sangat membantu diri saya dan sangat sayangkan diri saya...



Malam ________

Tiba-tiba dua orang si kecil terjah masuk bilik saya. Terkejut saya. Rupa-rupanya mummy (my second mother) sampai.. Ini dua budak kecik memang tak makan saman. Habis satu rumah dia nak explore! :)
"Eh..eh, this is girl's room.. boy cannot come in.."pujuk saya.

tapi dia masuk juga.. hehe.. serius, big sister surely would miss both of u a lot sayang :)

Semasa berbuka puasa tu, meriah.. Syukur ya Allah.. hati saya bahagia melihat wajah-wajah orang yang saya sayang berkumpul.. Wajah mak berseri.. Wajah abah berseri.. Wajah mummy berseri.. wajah amin.. wajah hafiz.. wajah ali.. wajah fadilah.. wajah Wafi (yang asik main PS).. wajah si comel wasif.. wajah baby(kucing saya)... Wajah Romlah sahabat baik saya...

Kami semua sibuk dengan urusan masing-masing. Abah nampak penat tapi asyik senyum-senyum je. Mummy kata abah tak tidur semalaman. Patutlah mata dah merah.. Amin pulak nampak letih sangat dan berpeluh-peluh semasa makan. Ali pulak kelam kabut sebab perlu rushing ke masjid semula kerana perlu handle program. Romlah pun nampak letih sebab tadi dah masak-masak. Romlah buat puding roti karamel pagi tu. Petang tu sambung memasak-masak lagi.

Kami berusaha sungguh-sungguh mencuri masa untuk duduk makan berbuka bersama. Keluarga adalah nadi kepada perjuangan kami. Maka sesibuk mana sekalipun, keluarga tetap akan menjadi keutamaan.. Apabila stress dengan pelbagai masalah, hati akan kembali tenang apabila kembali bersama dengan keluarga..

Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Itu fitrah. Dalam hidup ini kita pasti ada kelompongan (lubang) kelemahan yang perlu di isi. Maka menjadi tanggungjawab setiap ahli keluarga untuk saling melengkapi. Kalau ingin mencari kesempurnaan, percayalah tak akan bertemu kesempurnaan itu.

Usah menunggu orang lain mengisi kelompongan itu tetapi cubalah mencari kelebihan yang ada pada diri ahli keluarga kita dan fikirkan serta usahakan supaya lubang-lubang itu boleh ditutup. Contohnya jika kita rasakan ada anak yang degil, usah sekadar menyalahkan si anak. Lihat kembali ke dalam diri kita. Adakah kita juga sebenarnya hamba Allah yang degil, yang culas dalam ibadah, yang dibelenggu maksiat? Adakah kita betul peduli kepada si anak hingga kita berdoa saban malam untuk dia? Adakah kita betul peduli kepada si anak hingga kita bersusah payah menjaga makan minumnya daripada makanan syubhah? Adakah sudah kita tunaikan hak-hak kita kepada dia?

Andai ingin menjadi lelaki yang terbaik, jadilah seorang suami yang paling baik terhadap isterinya kerana sabda Nabi saw orang yang terbaik akhlaknya ialah orang yang melayani isterinya dengan baik.

Andai ingin menjadi perempuan yang terbaik, jadilah isteri yang bersyukur dengan segala pemberian suami walaupun sekecil-kecil peberian dan bersabar dalam ketaatan. Bak kata nenek saya, isteri tetap isteri maka biarlah di dunia kita sabar sedikit supaya mendapat syurga Allah.

Anak-anak memerlukan ibu ayah mereka. Kedua-duanya memainkan peranan besar. Wahai ayah dan ibu, sebolehnya rahsiakanlah segala taufan yang melanda hubungan kalian daripada anak-anak. Anak-anak tidak perlu melihat ibunya terseksa kerana perangai ayahnya. Anak-anak tidak perlu melihat ayahnya terseksa kerana perangai ibunya.
Wahai ayah ibu, usah kalian lukai hati anak-anak itu..


Apa yang penting ialah kita belajar bersyukur dan menghargai mereka yang kita ada. Jangan dikhianati dan disakiti mereka yang jujur bekorban dan kasihkan kita kerana barangkali setelah mereka meninggalkan kita, kita tak akan bertemu dengan insan seperti mereka lagi. Jika benar kita sayangkan seseorang, kita akan rela bekorban apa sahaja demi kesayangan kita itu. Untuk bekorban itu ianya tidak mudah melainkan setelah cinta Allah bersemi di hati..

Maka semaikanlah cinta kalian kepada Ya Latiff..
Akan tumbuhlah pohonan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan dalam tautan cinta sesama manusia...

Syukur Ya Allah.. Sungguh diri ini bersyukur padaMu...
Bahagianya :)

Ya Allah.. aku hambaMu.. andainya dapat aku menulis bukti-bukti cintaMu padaku, nescaya tak tertulis.. Sungguh aku merinduiMu.. maka jadikanlah aku anak yang Kau cintai dan rindui.. jadikanlah aku wanita yang Kau rindui dan cintai...


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 6 Ogos 2010

perkahwinan suatu perkongsian....


Berkahwin itu suatu perintah daripada Allah Ya Rahim.
Allah tidak pernah menjanjikan perkahwinan seseorang itu akan 'happily ever after' seperti dalam buku dongeng.
Allah tidak pernah menjanjikan perkahwinan seseorang itu akan menjadi puncak kemenangan dalam hidup seperti dalam filem hindustan.
Allah tidak pernah menjanjikan pasangan kamu itu adalah sempurna sifatnya seperti bidadari dan wildan di syurgaNya.

Maka berkahwinlah kamu hanya kerana mentaati perintahNya.
Laksanakanlah tanggungjawabmu dengan sebaik-baiknya kerana mentaati perintahNya.
Hargailah pasanganmu kerana si dialah yang telah Allah pilihkan untuk kamu.
Kekalkanlah cintamu hanya padaNya.


*******


hadis Rasullullah mendengar Aisyah bercerita tentang kisah 11 orang quraiys bersama suami mereka..

Mereka berdua berbual tentang kisah 11 wanita Jahiliah, cerita Aisyah sebagai santapan telinga suaminya.

Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.

Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.

Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya.

Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.

Wanita keempat berkata: Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.

Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.

Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.

Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.

Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.

Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.

Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.

Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.

Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in. Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.

Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak lelaki Abu Zar’in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.

Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.

Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.

Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar’in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.

Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda kepadaku: Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.

Aisyah radhiyallahu ‘anha membalas: Bahkan engkau lebih baik dari Abu Zar’in.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau”

[Riwayat al-Tirmidhi]

betapalah dalam kesibukan baginda berdakwah dan memikirkan masalah umat, masih lagi mampu bersabar menadah telinga mendengar aisyah berceloteh tentang 11 wanita quraisy yg tak ada kene mengene langsung dengan hidup baginda… bahkan baginda sempat pula memberi komen yg cukup romantis ke atas bebelan aisyah sehingga menggembirakan hati isterinya…

maka kaum lelaki, belajar lah bersabar mendengar... ;)

di bawah ni ada something yang menerangkan tentang konsep bahagia..click to play.. it is one of my favourite !




p/s : Subhanallah...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 22 Julai 2010

Mencetak Jundullah... Bermula daripada ibu yang solehah..




Sebahagian besar pemimpin yang terkemuka dalam Islam dilahirkan dalam keadaan yatim dan memiliki ibu yang solehah. Nabi Muhammad saw. , Imam Syafie dan Syeikh Abdul Kadir Jailani adalah di antara orang-orang yang tidak pernah mengenal erti kasih sayang seorang ayah sejak kecil. Malah Nabi Muhammad saw tidak pernah sekalipun melihat wajah ayahnya Abdullah, kerana bapa baginda meninggal ketika baginda masih dalam kandungan ibunya lagi. Siti Aminah, ibunya pula ialah seorang wanita yang terkenal baik akhlak dan terpelihara keturunannya daripada maksiat zina.

Kematian bapa yang menjadi ketua keluarga menyebabkan si ibu terpaksa mengambil alih kedua-dua tugas, iaitu tugas sebagai bapa dan tugasnya yang telah sedia ada, sebagai ibu. Makin beratlah tanggungjawab seorang wanita mendidik anak tanpa suami.

Tetapi lihatlah bagaimana ibu-ibu solehah ini mendidik anaknya sehingga menjadi manusia yang terkenal di langit dan terkenal di bumi. Ibu Imam Syafie, misalnya , menghantar anaknya Imam Syafie semasa kecil untuk belajar agama kepada beberapa orang guru hingga memakan masa beberapa tahun. Entah bagaimana semasa menuntut ilmu itu Imam Syafie sempat juga mengumpul harta. Maka beliau membawa sama harta yang didapatinya itu pulang. Apabila melihat keadaan ini, timbullah kemarahan ibunya, sehingga tidak dibenarkan Imam Syafie masuk ke dalam rumah disebabkan beliau disuruh menuntut ilmu bukannya mengumpul harta. Terpaksalah Imam Syafie membuat khemah di luar rumah, membahagi-bahagikan harta yang dimilikinya kepada orang ramai. Lama juga untuk beliau menghabiskan harta itu. Sepanjang masa itu beliau tinggal di luar rumah, setelah habis harta itu barulah dibenarkan oleh ibunya masuk ke rumah.

Syeikh Abdul Kadir Jailani, seorang wali Allah yang terkenal , ibunya adalah seorang wanita yang solehah. Diceritakan dalam kitab, beliau wanita yang tidak pernah melihat lelaki ajnabi, tidak pernah mengumpat atau bercakap kosong, tidak pernah mendengar perkataan yang sia-sia, tidak pernah melangkah kaki ke tempat maksiat. Beliau wanita suci yang telah mencapai makam waliyullah.

Lihat bagaimana berkesannya beliau mendidik anaknya Syeikh Abdul Kadir Jailani. Ketika masih kanak-kanak lagi, beliau pernah dirompak semasa dalam perjalanan untuk pergi berguru. Bila ditanya oleh perompak apa yang dia ada, terus terang dia memberitahu di dalam kasutnya ada wang 40 dirham. Berkali-kali ditanya oleh perompak itu, itulah jawapan Syeikh Abdul Kadir Jailani. Bila perompak itu mendapati kata-katanya benar , maka masing-masing rasa tersindir dengan keikhlasan dan keberanian seorang anak kecil yang berkata benar. Hasilnya, perompak itu bertaubat. Itulah kesan didikan ibu solehah sehingga anak yang dididiknya berjiwa besar dan takut untuk berbohong walaupun nyawanya terancam.

Keadaan anak-anak yang yatim menyebabkan ia tidak punya tempat bermanja dan bergantung. Tidak seperti orang lain yang punya bapa, tentulah makan minum bapa yang menyediakannya. Tetapi bagi anak yatim, lelaki pula, apabila ketiadaan bapa merekalah yang akan menjadi bapa kepada keluarganya. Mereka akan cepat matang, lebih cepat berdikari dan sudah mula memikirkan tanggungjawab untuk menguruskan keluarga. Tidak bergantung kepada orang lain. Ini akan menjadikan ianya seorang yang kuat jiwanya.

Dengan dipimpin pula oleh ibu yang solehah yang selalu mendidik dan mengasuh anak-anaknya kepada Allah dan akhirat, maka pergantungan hati anak itu akan diletakkan kepada Allah. Rasulullah saw kecil-kecil lagi sudah memikul tugas menjaga kambing untuk membantu keluarga bapa saudaranya, Abu Talib. Bila letih dan dahaga, baginda minum air zam-zam. Baginda tidak suka meminta-minta walaupun dalam kelaparan. Sebaliknya sanggup bertahan dalam derita daripada mengemis kepada orang.

Inilah tarbiah yang diberi Allah. Iaitu ditarbiah secara lansung oleh Allah melalui kesusahan hidup, kekurangan kasih sayang, tidak ada tempat bergantung dan terpaksa memikirkan sendiri bebanan hidup yang dilaluinya. Itu semua adalah proses yang menjadikan mereka cepat matang, dekat dengan Tuhan dan kuat jiwa.

Keturunan yang baik akan melahirkan benih yang baik juga. Pernah Saidina Umar Ibnu Khattab berjalan di satu subuh menghampiri sebuah rumah yang buruk. Beliau mendekati dinding rumah kerana kesejukan. Tiba-tiba terdengar oleh beliau perbualan di antara seorang ibu dengan anak perempuannya. Si ibu menyuruh anaknya menambah air ke dalam susu yang hendak dijual. Tetapi anaknya itu tidak mahu berbuat demikian kerana katanya walaupun manusia tidak dapat melihat perbuatan mereka tetapi Allah tetap melihat. Saidina Umar yang mendengar perbualan itu tertarik dengan akhlak, kejujuran dan ketaqwaan anak perempuan itu, lalu kemudiannya beliau menghantar rombongan meminang anak perempuan tadi untuk dikahwinkan dengan anaknya.

Hasil daripada perkongsian itu lahirlah cucu Saidina Umar yang bernama Abdul Aziz. Apabila Abdul Aziz berkahwin, maka lahirlah Umar bin Abdul Aziz, cicit kepada Saidina Umar yang mewarisi ketokohan daripada kepimpinan yang mirip Saidina Umar Al-Khattab sendiri. Umar Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang disayangi rakyat kerana keadilannya, adalah lahir daripada benih-benih orang soleh dan ibu yang solehah.

Sebaliknya seorang anak yang dibesarkan dalam belaian manja dan penuh kasih sayang dari ibu dan ayah akan susah untuk membuang sifat manja apabila mereka besar nanti. Biasanya, mereka yang selalu bergantung kepada ibu dan ayah akan sukar untuk menjadi orang yang kuat jiwanya dan lambat matang.

Bagi orang yang mahu melahirkan anak yang kuat jiwanya dan banyak bergantung kepada Allah, maka si bapa mestilah jarang berada di rumah ataupun anak tidak terlalu rapat dengan ayah. Tujuannya, untuk menjaga siasah bapa itu supaya apabila anak itu bersalah, ibu boleh menakut-nakutkan anaknya dengan menyebut –nyebut nama ayahnya. Misalnya, kalau anak nakal, maka ibu akan berkata, “Jangan buat begitu, nanti kalau ayah balik ibu beritahu ayah.” Bagi ayah yang punya siasah diri, apabila ibu menyebut akan ayahnya, itu sudah cukup membuat si anak jadi takut untuk membuat kerenah, sebab takut dihukum oleh ayahnya.

Ayah yang jarang berada di rumah dan renggang dengan anak akan menyebabkan anaknya cepat matang. Bukanlah renggang dan jarang berjumpa atau lansung ayah tidak memberi kasih sayang kepada anak, tetapi pertemuan sesekali dengan anak itu lebih bermakna.

Oleh itu untuk melahirkan pemimpin besar Islam mestilah bermula daripada keturunan yang baik, ibu yang solehah, bapa yang jarang bersama anaknya (atau yatim) barulah jiwa anak itu akan dapat berkembang secara merdeka jiwanya dari dunia tetapi terikat kuat dengan akhirat.
Sebaliknya jika seorang anak itu memiliki ibu yang tidak solehah, yatim pula, keadaannya akan jadi sebaliknya, di mana anak itu semakin rosak kerana kurang perhatian dan kasih sayang. Dan ibu itu juga tidak dapat memandu anaknya ke arah menjadi anak yang baik dan soleh. Ini lebih buruk akibatnya, nasib anak itu akan dua kali yatim, yatim di dunia dan yatim di akhirat. Yatim di akhirat ertinya neraka. Sedangkan neraka adalah tempat yang paling malang dan hina bagi sesiapa yang menjadi penghuninya.

rujukan : Konsep Pembentukan Wanita, Isteri & Ibu Solehah - susunan : Fadhilah A. Ali, & Muhammad A.Shahbudin - terbitan Jahabersa.


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 17 Julai 2010

Bangkit Islam Bangkit !


Ya Allah…
Aku akan mengahwini pemuda yang Kau cintai…
Seorang pemuda yang soleh dan memberikan jiwa raganya untukMu….
Dia berjuang demi cintanya padaMu…
Dan aku juga berjuang demi cintaku padaMu….
Aku akan tetap teruskan perjuangan ini sekalipun dia tiada di sisiku….
Cukuplah Engkau untukku…

Izinkanlah dia menggapai impiannya…
Izinkanlah aku menjadi pendokongnya…
Aku sayangkan dia ya Allah namun Kau lebih penyayang…
Hanya padaMu tempat aku bergantung…

Aku mahu membantu dia dan perjuangannya dengan segenap jiwa ragaku…
Aku mahu menjaga dirinya dan ibu bapanya seperti keluargaku sendiri....
Andai berkesempatan, aku mesti mendidik anak-anak kami untuk menjadi pejuang…
Aku mesti menjadi kuat supaya suami dan anak-anakku kuat…
Aku akan tersenyum andai suami atau anak-anakku syahid…
Aku akan bersujud syukur dan mengucap lafaz “Alhamdulillah…”

Andai…
Aku yang pergi terlebih dahulu meninggalkan mereka, Kaulah sebaik-baik pemelihara… Peliharalah mereka…..
Aku manusia yang punya hati dan cinta…
Namun kedua-duanya sudah kuserah padaNya…

Bangkit Islam Bangkit!


Ya Allah… seberapa banyak pahala yang aku dapat sepanjang perjalanan hidupku, sedekahkanlah pahala-pahala itu kepada emak dan abah... Semoga mereka berbahagia dunia akhirat…

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Do My Best!
Do My Very Best!


10 Julai 2010
Nilam Puri, UM, Kelantan

Rabu, 16 Jun 2010

Bantulah dia menjadi isteri solehah


Pahit hendak menuturkan semua ini. Apatah lagi ianya terjadi dihadapan mata sendiri dan di kalangan orang-orang yang disayangi. Astagfirullah..

"Dia sudah sangat kurus. Rasa nak menangis tengok dia. Memang nampak sangat dia terseksa. Kami sendiri tak dapat nak contact dia sebab suami dia ambil handphone dia. Suami dia pula selalu akan tutup handphone bila ke rumah isteri kedua. Rumah isteri pertama tu, tv pun tak ada siaran sebab suami tak bayar. "sahabat saya memberitahu tentang seorang kenalan kami.

Astagfirullah. Saya pernah bertandang ke rumah isteri yang teraniaya itu, dan sungguh pada saat saya melangkah ke teratak itu hati ini bagai diramas-ramas. Mereka hidup dalam keadaan miskin. Namun si isteri berusaha segigih boleh menyorokkan segala yang tidak indah, wajahnya ceria menerima saya sebagai tetamunya.

"Kakak tu dengan kamu, telus tak? Maksudnya dia ada cerita tak masalah dia?"soal saya.

"Tak, jiran dia yang ceritakan. Kakak tu suka pendam, tak bagi tahu apa-apa. Tapi tengok je keadaan dia, memang tahu sangat dia terseksa."sambungnya lagi.

"Kalau begitu, kita kena sama-sama doakan dia supaya dia menjadi isteri solehah yang mendapat syurga Allah. Kita kena bantu dia untuk terus kuat, terus bertahan dan terus menerus melaksanakan ketaatan pada suaminya. Allah mungkin menarik satu nikmat daripada dia, tetapi Allah mungkin memberi dia satu nikmat lain yang kita tidak tahu. Semoga nikmat yang Allah berikan itu adalah nikmat bahagia yang kekal dunia akhirat. Biarlah orang lain melihat dia terseksa dan mendoakan dia sedangkan dia pula merasa bahagia. Tak ada apa lagi yang seorang isteri perlukan untuk ke syurga melainkan keredhaan suaminya."jawab saya.

Mungkin ada para pembaca yang tidak bersetuju dengan pandangan saya. Tetapi renungkanlah dengan mata hati, suami itu walau sejahat manapun dia tetap tidaklah lebih jahat daripada Firauan. Dan kita sedia maklum yang kita bukanlah berkahwin dengan seorang Nabi. Barangkali keburukan-keburukan si suami itu menyebabkan keringnya rasa cinta kepada suami. Maka daripada tawar menjadilah pahit yang teramat untuk mentaati suami itu. Ingatlah bahawa kita mentaati suami kerana mentaati Allah, dan bukannya kerana dia seorang suami. Selagi mana perintah suami itu tidak bercanggah dengan perintah Allah, taatilah dia. Selagi mana mampu kita pertahankan rumahtangga daripada roboh, pertahankanlah. Mohonlah kekuatan daripada Allah di malam hari. Bangkitlah bermunajat di malam hari mencari cinta Ilahi.

Ramai isteri yang hidup berstatus isteri orang tetapi dibiarkan sendiri seolah menjanda. Suaminya seolah terlupa bahawa isterinya itu seorang manusia. Boleh sahaja si isteri itu mahu menuntut haknya, namun terdapat isteri-isteri yang memilih jalan bersabar. Usah bimbang, isteri-isteri ini tidak bodoh tetapi mereka inilah insan-insan terpilih yang Allah sayang, lalu diujinya bertalu-talu agar mereka semakin mendekati pintu syurga Allah.

Saya pernah melihat seorang isteri yang berpuluh tahun bersabar tatkala tersepit diantara ibu bapa sendiri dan suami. Setiap kali ibu bapanya berperang dengan suaminya, dialah yang menjadi mangsa keadaan. Pada saat itu saya lihat anak-anak mereka turut terkesan daripada peristiwa tersebut hinggakan saya sangka rumahtangga mereka akan terbelah akhirnya. Tetapi setelah hampir mencecah dua puluh tahun, saya mahu mengucapkan tahniah kepada isteri tersebut. Anak-anaknya merupakan antara anak-anak yang terbaik di zaman ini. Itulah berkat kesabaran si isteri yang cekal dan sabar sedangkan kalau dahulu dia ingin melarikan diri dan meninggalkan keluarga, tiada sesiapa pun yang menghalang.

Dalam satu kes lagi, seorang isteri yang telah dikahwin paksa oleh bapanya sedangkan wanita itu sudah punya pilihan hati. Demi mentaati bapanya, wanita itu menerima suaminya dan memberi sepenuh ketaatan. Dia hidup bersama suaminya dalam keadaan susah. Hidup bertambah susah apabila suaminya berkahwin lagi. Wanita itu yang sememangnya sudah terdidik dengan agama terus bersabar dan mendidik anak-anaknya hinggalah suaminya meninggal dunia. Sangkaannya dia akan hidup susah tetapi Allah memberkati wanita itu dengan hidup yang berkat dan anak-anak yang soleh solehah.

Terlalu banyak contoh-contoh isteri solehah di dunia ini yang boleh dijadikan tauladan. Masyarakat mungkin tidak tahu kerana mereka tidak terkehadapan berkongsi rasa. Namun amat penting untuk kita semua sebagai wanita muslimah memahami apakah tujuan kita berkahwin. Kita berkahwin kerana Allah, kerana mentaati perintahNya. Ya, ketaatan kita sepenuhnya kepada suami tetapi pergantungan kita perlulah sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Dia yang berkuasa mencampakkan kebahagiaan itu ke dalam hati hamba-hambaNya yang dikehendakiNya. Ingatlah, berbaloi bersabar sekejap demi syurga yang kekal abadi.


“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”.

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”

Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung

Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

[Al-Mu'minun :111-116]

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 14 Jun 2010

diantara 2 : cinta Allah vs cinta suami


Apabila berlaku pertembungan antara cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia, cinta kepada Allah yang wajib dimenangkan.

Misalnya seorang isteri yang mencintai suaminya, tiba-tiba si suami melarang si isteri melakukan ketaatan kepada Allah dalam hal menutup aurat. Walhal menutup aurat itu tuntutan Allah. Maka kecintaan si isteri kepada Allah akan mendorong untuk menutup aurat walaupun dia terpaksa kehilangan suaminya. Demi kecintaan kepada Allah, cinta kepada suaminya sanggup dikorbankan. Sebaliknya jika dia menurutkan kehendak suaminya itu, cintanya kepada Allah dikira pura-pura dan cinta kepada suaminya itu pula bersumberkan nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apa lagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah mencintai Allah, cinta yang lain menjadi kecil dan rendah padanya.

Ini cumalah salah satu daripada beribu-ribu contoh yang kita semua sedia maklum. Biarlah ketaatan kepada suami itu menjadi asbab untuk seorang isteri itu masuk ke syurga Allah. Semoga berkat ketaatan isteri ini kepada Allah, dikuniakan pula anak-anak yang turut sama mentaati Allah.

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 2 April 2010

Akan terasa lebih mudah dan ringan jika semuanya kita cintai krn Allah



“Wanita itu adalah aurat (harus ditutupi), bila ia ia keluar dari rumahnya, maka syaitan akan mengesankannya begitu cantik (di mata lelaki yang bukan mahramnya).”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Orang-orang Arab mengungkapkan fenomena ini dengan berkata:


Setiap yang terlarang itu menarik (memikat).


Dahulu, tatkala hubungan antara anda dengannya terlarang dalam agama, maka syaitan berusaha sekuat tenaga untuk mengaburi pandangan dan akal anda, sehingga anda hanyut oleh badai asmara. Kerana anda hanyut dalam badai asmara haram, maka mata anda menjadi buta dan telinga anda menjadi tuli, sehingga andapun berkata:

Cinta itu buta.


Dalam pepatah arab dinyatakan:


Cintamu kepada sesuatu, menjadikanmu buta dan tuli.



Akan tetapi setelah hubungan antara anda berdua telah halal, maka spontan syaitan menyibuk dan berpaling tadah. Syaitan tidak lagi membentangkan tabir di mata anda, syaitan malah berusaha membendung badai asmara yang telah menggelora dalam jiwa anda. Saat itulah, anda mulai menemukan jati diri pasangan anda seperti apa adanya. Saat itu anda mulai menyedari bahawa hubungan dengan pasangan anda tidak hanya sebatas urusan paras wajah, kedudukan sosial, harta benda. Anda mulai menyedari bahawa hubungan suami-isteri ternyata lebih luas dari sekadar paras wajah atau kedudukan dan harta kekayaan. Terlebih lagi, syaitan telah berbalik arah, dan berusaha sekuat tenaga untuk memisahkan antara anda berdua dengan perceraian:



“Maka mereka mempelajari dari Harut dan Marut (nama dua setan) itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan (memisahkan) antara seorang (suami) dari istrinya.”
( Al Baqarah: 102)


Mungkin anda bertanya, lalu bagaimana saya harus bersikap?

Bersikaplah sewajarnya dan sentiasa gunakan naluri sihat dan hati nurani anda. Dengan demikian, tabir asmara tidak menjadikan pandangan anda kabur dan anda tidak mudah hanyut oleh bualan dusta dan janji-janji palsu.


Mungkin anda kembali bertanya: Bila demikian adanya, siapakah yang sebenarnya layak untuk mendapatkan cinta suci saya? Kepada siapakah saya harus menambatkan tali cinta saya?
Semaklah jawapannya dari Rasulullah saw bersabda:


“Biasanya, seorang wanita itu dinikahi karena empat alasan: karena harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan karena agamanya. Hendaknya engkau menikahi wanita yang taat beragama, niscaya engkau akan bahagia dan beruntung.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Dan pada hadis lain baginda bersabda:


“Bila ada seorang yang agama dan akhlaqnya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Bila tidak, niscaya akan terjadi kekacauan dan kerosakan besar di muka bumi.”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Cinta yang tumbuh kerana iman, amal soleh, dan akhlak yang mulia, akan sentiasa bersemi. Tidak akan lekang kerana sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana hujan, dan tidak akan putus walaupun ajal telah menjemput.



“Orang-orang yang (semasa di dunia) saling mencintai pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
(Qs. Az Zukhruf: 67)


Saudaraku! Cintailah kekasihmu kerana iman, amal soleh serta akhlaknya, agar cintamu abadi. Tidakkah anda mendambakan cinta yang senantiasa menghiasi dirimu walaupun anda telah masuk ke dalam alam kubur dan kelak dibangkitkan di hari kiamat? Tidakkah anda mengharapkan agar kekasihmu sentiasa setia dan mencintaimu walaupun engkau telah tua dan bahkan telah menghuni liang lahat?
Rasulullah saw bersabda:


“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, niscaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak diceburkan ke dalam kobaran api.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Saudaraku! hanya cinta yang bersemi kerana iman dan akhlak yang mulialah yang suci dan sejati. Cinta ini akan abadi, tak lekang diterpa angin atau sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana titisan air hujan.


Yahya bin Mu’az berkata:
“Cinta kerana Allah tidak akan bertambah hanya kerana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu, dan tidak akan berkurang kerana ia berlaku kasar kepadamu.”

Yang demikian itu kerana cinta anda tumbuh bersemi karena adanya iman, amal sholeh dan akhlaq mulia, sehingga bila iman orang yang anda cintai tidak bertambah, maka cinta andapun tidak akan bertambah. Dan sebaliknya, bila iman orang yang anda cintai berkurang, maka cinta andapun turut berkurang. Anda cinta kepadanya bukan kerana benda, pangkat kedudukan atau wajah yang rupawan, akan tetapi kerana ia beriman dan berakhlak mulia. Inilah cinta suci yang abadi saudaraku.


edit cut paste from Sweet oF iSlaM

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....