Memaparkan catatan dengan label adab pergaulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adab pergaulan. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

Usrahku Sayang

Kali pertama mendapat sms jemputan usrah adalah 6 tahun yang lalu. Ketika itu saya baru menjejakkan kaki di bumi Universiti Sains Malaysia. Ketika itu saya tidak tahu apa makna usrah, dan senior tidak menamakannya usrah. Senior saya memanggilnya 'Student Cycle'. Sebaik mendapat sms itu, saya menjadi gelisah. Apa 'Student Cycle' ni? Program berbasikal ke? Atau program kitar semula barang terpakai? Senior yang sms saya turut sms teman baik saya jadi kami bersama-sama pun hadir pada pertemuan pertama.


Pertemuan pertama adalah di surau blok kami. Aneh. Mengapa di surau sedangkan bukan waktu solat? Saya dan teman saya datang daripada latar belakang sekolah harian dan kami lansung tidak tahu menahu mengenai usrah dan yang sewaktu dengannya. Bermula dengan pertemuan pertama, kami terus mengadakan pertemuan demi pertemuan sehinggalah setahun berlalu. Naqibah yang membimbing usrah kami sangat penyayang dan ceria.Setiap minggu hati saya begitu ternanti-nanti bilakah kami dapat bertemu. Apabila bertemu, naqibah sentiasa ada cerita baru atau permainan baru untuk kami beraktiviti. Naqibah bertanyakan khabar kami dan kami dengan lapang hati tidak ragu-ragu menceritakan masalah kami. Kemudian naqibah akan memberikan pandangan dan nasihat seolah-olah seorang ibu yang memberi nasihat. Ketika itu saya sangat hairan mengapakah manusia asing ini begitu mengambil berat terhadap diri saya? :)

Seringkali saya terfikir betapa bertuahnya saya kerana mempunyai kenangan indah bersama naqibah pertama dahulu. Kini saya sendiri ada ahli-ahli usrah dan kebanyakkan ahli-ahli usrah itu sendiri adalah naqibah-naqibah kepada ahli-ahli usrah mereka.

Usrah mempunyai banyak kelebihan. Kelebihan utama ialah kita mendapat sahabat-sahabat yang sudi memberi nasihat, menegur kesalahan dan berkongsi masalah. Usrah juga sebagai platform (medium/alat) untuk kita menambah ilmu dan kemahiran. Di dalam usrah, perkara asas seperti fardhu ain dan fardhu kifayah ada disentuh. Kita belajar cara memperbaiki bacaan quran dan solat berjemaah.


Kini saya dan ahli usrah saya sudah bekerja dan kami masih berusaha untuk bertemu seperti dahulu. Apabila orang lain bertanya latar belakang kami, mereka hairan kerana kami mengambil bidang yang berbeza namun begitu rapat. Jawapannya adalah usrah, usrah yang menerima kami tanpa membezakan latar belakang kami. Kami bersama atas dasar ukhwahfillah. Alhamdulillah.. Semoga sahabat-sahabat juga merasai kemanisan berusrah. :)

p/s: Halaqah Malaysia ada menganjurkan usrah via skype seminggu sekali. Sekiranya berminat untuk menyertai atau ada rakan lain yang ingin sertai, boleh mendafar di borang keahlian web Halaqah Malaysia ini. :) Inshaallah anda akan dijemput berusrah.

Isnin, 22 Ogos 2011

Bagaikan permata di celahan kaca




Kerinduan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang rela bekorban.
Kecintaan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang penuh kesungguhan.
Ketaatan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang penuh ketenangan.


Hujan lebat. Pandangan hadapan cermin kereta saya kabur. Saya memperlahankan kenderaan. Lansung tidak nampak apa. Sudah tiga kali saya berulang alik dari rumah ke rumah-rumah pelajar. Sudah dua jam saya berkurung di dalam Proton Saga biru ini. Tubuh saya letih kerana bekerja tanpa henti selama dua hari berturut-turut.. Sepanjang siang sebelumnya pula saya sibuk membeli belah bahan-bahan untuk memasak dan peralatan majlis. Pinggan. Mangkuk. Bekas air. Malam itu pula saya pergi mengajar di Kundang. Kemudian saya lansung tidak tidur kerana mengemas bilik. Saya memindahkan satu katil keluar dari bilik saya supaya tetamu-tetamu perempuan boleh bersolat di bilik saya dengan selesa. Sepanjang siang hari berikutnya saya memasak bersama emak untuk menyediakan juadah berbuka puasa istimewa buat lebih 100 orang tetamu kami. Tetamu kami ialah anak-anak murid saya dan keluarga mereka. Memandangkan kapasiti rumah kami yang sederhana ruangnya, hanya anak-anak yang dijemput. Tetapi setiap anak-anak akan diberikan ‘tapau’ untuk dibawa pulang kepada keluarga tersayang.

Saya berhenti di hadapan sebuah flat. Hujan masih lebat. Seorang pelajar perempuan duduk di sebelah saya di dalam kenderaan memerhatikan titisan hujan yang mengalir di cermin kirinya.

“Ini rumah Aishah. Tingkatan empat,”saya bercerita kepada Fatin.

“Ibu Aishah sakit tulang belakang. Semenjak itu Aishah mengambil alih tugas ibunya. Dialah yang memasak untuk adik-adiknya dan menjaga mereka.”saya menyambung cerita.

“Cikgu kenal Aishah sebab cikgu mengajar di masjid secara percuma setiap hari Rabu. Banyak yang cikgu belajar daripada Aishah. Cikgu sayangkan dia kerana mengkagumi kasih sayang dia kepada keluarganya. Adakalanya ketika pelajar lain berbicara tentang kerja sekolah, boyfriend atau masalah-masalah remaja yang lain, Aishah pula bermonolog sendiri ‘Hari ni nak masak apa, balik ni nak tengok apa yang ada.’” Saya menghentikan kata-kata sebaik ternampak kalibat adik-adik Aishah yang begitu ceria melambai saya.

“Pernah satu kali Aishah balik lewat dari sekolah dan tidak sempat memasak lalu dia sms saya meminta tolong belikan nasi bungkus dan ayam goreng. Kebetulan ketika itu saya pula ada mesyuarat di tempat yang jauh. Saya tidak sampai hati nak menolak pesanan Aishah. Jadi say segera balik dan belikan makanan itu. Keesokkannya apabila saya bertemu Aishah barulah saya dapat tahu bahawa makanan itu dibelikan untuk ibunya sedangkan dirinya lansung tidak makan apa-apa pada tengah hari itu.”
Adik-adik Aishah masuk ke dalam kereta saya. Terkial-kial mereka menutup payung yang tersangkut menyebabkan kereta saya basah kerana terlalu lama pintu terbuka.

“Nabil puasa ke ni?”saya mengusik adik kecil

“Puasa!!”Jawab Nabil tegas.

“Ada ponteng-ponteng?”usik saya lagi.

“Tak ada. Penuh semuanya!” Suara Nabil penuh semangat.
Shahrin, abang kepada Nabil ketawa perlahan. Kereta sudah penuh. Aishah dan seorang lagi sahabatnya yang sepatutnya menumpang kereta saya memerhatikan sahaja kami dari jauh. Saya mendail telefon Aishah.

“Nanti cikgu datang semula ya, hehe”. Saya mengakhiri perbualan dengan ketawa kecil. Setiap kali saya menelefon anak-anak murid saya atau sahabat rapat, saya sudah terbiasa akan ketawa kecil di permulaan dan akhir perbualan. Barangkali hati ini terlalu bahagia apabila berbicara bersama mereka yang mendapat tempat di hati saya.

Saya menghantar Nabil, Shahrin dan Fatin ke rumah. Kemudian saya berpatah balik meredah hujan menuju ke flat tadi. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Sebaik tiba di rumah saya pada kali kelima, jam suduh pukul 7 lebih. Sudah hampir waktu berbuka!

Hujan yang lebat. Saya tidak sangka masih ramai tetamu yang tetap bersungguh mahu hadir. Ruangan dalam rumah penuh. Ruangan luar rumah pula sedikit berterabur kerana tempias hujan lebat. Syukur Alhamdulillah, Romlah iaitu sahabat susah senang dan adik saya, Ali yang rajin ada di rumah untuk membantu. Kak Amy, pembantu rumah kami juga datang awal dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mereka semua benar-benar menguatkan diri saya yang semakin lemah ini.

Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Saya menghantar beberapa ‘trip’ pelajar-pelajar pulang ke rumah. Saya turut menghantar Aishah ke rumahnya. Adik-adiknya kelihatan sangat gembira. Mereka begitu teruja dengan ‘tapau’ yang diberikan. Mungkin kecil bagi kita tetapi besar ertinya bagi mereka. Wajah-wajah ceria si kecil ini benar-benar membuatkan naluri saya tersentuh. Sepanjang perjalanan riuh rendah di dalam kereta. Semasa kami sudah hampir samapai ke flat mereka, Aishah bertanya “Cikgu, kenapa cikgu buat jamuan ni?”

Saya ketawa kecil. Bagaimana mahu menjawabnya?

“Ada banyak sebab…”

“Pertama ialah sebab bulan ni pahala berganda-ganda. Cikgu nak pahala berganda-ganda.” Jelas. Jujur.

“Kedua ialah sebab cikgu nak jumpa semua anak-anak murid cikgu, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Jadi cikgu pilih tarikh dalam bulan Ramadhan ni sebab bulan ni paling mulia.” Jelas.

“Ketiga… erm…” Berfikir.

“Sebab.. bulan ni anak-anak murid saya semua baik-baik. Sebab syaitan dah kena ikat. Jadi semua anak-anak murid saya baik-baik.”

Aishah ketawa.

“Ye ke?” Aishah meragui jawapan ketiga saya. Saya menyambutnya dengan ketawa.

Selepas menghantar Aishah dan adik beradiknya pulang, saya pergi sekali lagi menghantar ‘trip’ terakhir pulang ke rumah. Rumah terakhir ialah rumah Hidayah. Hidayah ini di pandangan saya merupakan anak yang sangat baik hati. Selalu dibuli. Selalu disakiti tetapi sangat sukar menyakiti. Selalunya memaafkan sahaja sesiapa pun tanpa dendam. Beliau sangat naïf dan bersih. Selalu juga membuat saya menangis kerana terlalu banyak yang saya belajar dari anak ini yang bernama Hidayah Solehah.

“Dah tapau?” soal saya walaupun sudah nampak Hidayah meriba sebungkus plastik yang sangat besar.

Sungguh besar. Cukup makan satu keluarga!

“Dah! Banyak ni cikgu…”Hidayah tersenyum-senyum.

“Tadi saya hampir tak dapat tapau.” Hidayah cuba membuka cerita.

“Eh kenapa pula, bukankah cikgu dah pesan ambil awal-awal.” Saya teringat semula bahawa saya menugaskan Hidayah membungkus tapau-tapau untuk semua pelajar.

“Saya bungkus-bungkus. Orang lain datang ambil-ambil. Saya tengok mereka semua lebih memerlukan. Jadi saya pun diam-diam sahaja..”sambung Hidayah. Budak ini memang selalu begini! Sering sahaja beralah dalam semua situasi. Hatinya terlalu lembut.

“Kemudian… ”Hidayah menyambung.

“Emak cikgu panggil. Emak cikgu tanya saya dah ambil ke belum. Lepas tu emak cikgu bagi semua ni!” Hidayah menghabiskan ceritanya dengan gembira. Saya membalas dengan senyuman. Saya tahu emak seorang yang sangat cekap matanya. Pasti emak sudah lama perasan tentang Hidayah yang tidak bertapau kerana sibuk menapau untuk sahabat-sahabat lain.

Jam 12 malam/pagi. Saya duduk di sofa yang masih belum disusun ke tempat asal bersama emak. Kami melihat gambar-gambar yang telah diambil sambil bersembang. Post mortem program. Emak memberitahu bahawa emak sangat gembira sebab majlis itu terasa keberkatannya. Emak sempat menghantar tapau untuk beberapa orang sahabatnya dan jiran sebelah rumah kami. Semoga Allah melimpahkan hidayah-Nya kepada kami semua… Alhamdulillah, ramai memuji makanan yang dijamu itu sedap. Tetapi mereka tidak tahu bahawa sepanjang memasak itu, kami berdua (emak dan saya) berzikir dan berdoa semoga Allah memberikan hidayah kepada yang menjamah makanan ini. Subhanallah Alhamdulillah. Lailahaillallah Allahuakbar!

Catatan ini saya titipkan buat pembaca yang dikasihi Allah. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk melihat ke dalam diri insan di sekeliling kita. Tiada manusia yang sempurna. Namun di sebalik ketidak sempurnaan itulah hadirnya insan lain yang melengkapi kelompongan yang ada. Ada orang yang malu dilahirkan miskin dan cacat. Namun ada orang yang kaya dan sihat yang meminjam semangat si miskin dan cacat untuk meneruskan hidup. Bukankah Allah menciptakan semua itu ada tujuan tersurat dan tersirat?

"Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" [Ali-Imran :191]

Rabu, 10 Ogos 2011

Sabar itu indah.....


andai kau merasakan pahit memendam rasa, ketahuilah lebih pahit memendam hati yang dilukai..
andai kau merasakan beratnya menyimpan rahsia, ketahuilah masih byk rahsia Tuhanmu yg kau tak tahu.. maka lapangkanlah dadamu.. He knows best..
andai kau merasakan derita berada di sisinya tanpa dia mengerti gelora di hatimu, ketahuilah bahawa kau sebenarnya tidak tahu isi hatinya..
mungkin dia juga menyimpan rasa yang sama..
cuma masanya mungkin belum sesuai.. kerana kau dan dia pun menyedari bahawa kalian masih belum bersedia..
apa yg penting.. sementara ada peluang ni, hargailah dia sebaiknya sbg seorg sahabat fillah..
krn kita tak tahu adakah esok kita atau dia masih ada di bumi Allah ini...

p/s: ini petikan artikel lama...revise semula...

Selasa, 9 Ogos 2011

Ikhlaskan diriku ya Allah....

Bulan Ramadhan kelas tuisyen berjalan seperti biasa. Pelbagai kaedah yang saya usahakan supaya pelajar-pelajar tidak mengantuk dan tidak exhausted. Untuk kelas si kecil UPSR saya perlu banyak menunjukkan selingan laptop.
"Cikgu, nak tengok video lagi!"kata si kecil.
"Selepas siap latihan ni, baru tengok lagi."
Dia terus membaringkan kepalanya di meja sambil memejam mata. Kasihan... Lalu saya pun memainkan lagu-lagu yang ada di dalam laptop sebagai muzik latar. Dia kembali cergas. :)

Untuk kelas yang mengambil masa zohor dan asar, kami akan break untuk solat. Tunggu punya tunggu, manalah budak ni.. Rupa-rupanya dah tidur di sejadah... Keasihan... Bagilah dia tidur 10-15 minit dulu...

Adakalanya sementara menunggu pelajar form 3 datang ke rumah, saya berbaring di sofa. Apabila pelajar saya tiba, mereka pun join sekali.
"Cikgu, jom kita tidur.. Bestnya....."
Haha..
"Pergi ambil bantal dalam bilik dan duduk di meja!" arah saya. Mereka berlari ke dalam bilik dan mengambil seorang satu bantal. Sambil duduk di meja, mereka meletakkan bantal di antara badan dan meja.
Saya bercerita "Semasa zaman cikgu belajar dulu, cikgu selalu letak bantal begini juga. Cikgu tambah satu lagi bantal di belakang untuk bersandar... Sebab cikgu duduk lama di meja study, hampir 3 jam lebih.. Sakit badan kalau tak ada bantal..."

Adakalanya saya perlu menarik tangan pelajar-pelajar yang malas bersolat sambil mulut memberi semangat.
"Come on, solat-solat! Kita mesti perbaiki diri kita... Solat-solat..."
Budak itu tersenyum-senyum.
"Saya dah baiki diri dah cikgu, sekarang saya dah tutup aurat!"jawabnya.
Saya senyum. Barangkali dia baru memakai tudung.
"Jangan berhenti perbaiki diri, mari solat!"saya menariknya ke toilet.
Dia ketawa.

Cikgu tak larat nak jerit-jerit jadi cikgu banyak senyum-senyum saja..
Silibus dah nak habis. Lagi 2 minggu percubaan PMR dan ujian bulanan form 1 & 2.
Minggu ni dan minggu depan khas untuk latih tubi.
Ya Allah... Limpahkanlah hidayah-Mu dan keberkatan-Mu kepada kami semua.....
Berikanlah kami kekuatan untuk mentaati perintah-Mu...



Isnin, 8 Ogos 2011

Apa nilai tudungmu?

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 8 kita diizinkan Allah untuk berpuasa.
Sehari lagi bertambah.
Bermakna sehari lagi semakin hampir dengan kematian.
Ya Allah, daku ingin mati dalam keadaan yang Kau redhai dan daku juga meredhai-Mu...

Sehari lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Saya terfikir tentang aurat, tentang tudung, tentang pakaian.

Saya mula bertudung semenjak kecil kerana dipakaikan oleh emak.
Namun saya hanya bertudung sepenuhnya semenjak baligh, al maklum sebeb dah ada akaun amalan sendiri.
Memakai tudung itu mudah ibarat memakai baju.
Tetapi memakai tudung yang menepati syariat itu mencabar.
Tudung yang menepati syariat mestilah tidak nipis, tidak bewarna terang, menutup bahagian dada dan tidak menampakkan bentuk badan terutamanya leher dan dada.
Ketika saya bersekolah menengah dahulu, saya pernah sangat teringin hendak memakai tudung singkat berlilit dengan keronsang seperti wanita dewasa lain. Emak tidak membenarkan kerana itu akan mendedahkan bentuk dada. Saya menjadi marah dan berkata "Tunjukkan bukti dalam Al-Quran di mana yang Allah tak bagi? Kakak hanya akan patuh kalau perkara tu betul-betul daripada Allah".
Emak sedih dan berlalu.
Saya mengambil terjemahan Quran dan membelek-belek sehinggalah saya menemui tentang kewajipan bertudung menutup dada di dalam Al-Quran. Saya akur. Saya yakin. Saya taat.

Semasa saya melangkahkan kaki ke alam kampus. Kawan-kawan yang pernah bertudung labuh semasa zaman bersekolah menyangkakan saya budak sekolah agama. Mereka terkejut apabila mengetahui saya budak sekolah harian biasa. Saya juga terkejut kerana mereka yang bertudung singkat ini bekas pelajar sekolah agama. Hati saya sedih dan takut. Kasihan melihat mereka dan takut dengan diri sendiri. Apakah
saya juga akan kembali kepada kejahilan setelah Allah memberi petunjuk?

Hari ini saya lihat tudung sudah menjadi suatu kebiasaan. Sama ada seseorang itu bertudung kerana kefahaman atau ikutan sukar untuk dipastikan. Soal hati hanya Allah yang tahu. Saya tidak berhak menilai iman seseorang. Tugas saya cumalah menyampaikan kefahaman yang benar supaya mereka yang tidak faham menjadi faham. Selebihnya adalah terserah kepada Allah. Hati manusia ini dipegang oleh Allah.

Mengapa saya bertudung?
Saya memakai tudung kerana mematuhi perintah Allah. Tudung saya tidak mengikut era perkembangan fesyen kerana saya mematuhi guide line yang termaktub di dalam Al-Quran.
Tudung yang dipakai kerana semata-mata Allah akan menyebabkan diri pemakai menjadi takut berbuat dosa.
Apabila nak buat salah akan terasa sangat malu. Maka tudung ini menjadi pelindung seseorang daripada berbuat maksiat.
Saya tidak nafikan ada orang bertudung yang berkhalwat. Ada juga yang tidak bertudung tetapi sebaik kena naik mahkamah lekas-lekas bertudung. Kemudian tanggal semuanya semula.Itu urusan mereka dengan Allah. Persoalannya sudahkah kita cuba memberi mereka nasihat? Kalau belum, jangan nak mengutuk mereka sebab nanti di akhirat mereka akan menuntut dari kita hak sebagai saudara seakidah.

Perempuan memanglah suka nampak cantik. Apabila bertudung pun masih tetap nampak cantik.
Walaupun muka macam biasa-biasa, tidak secantik ratu cantik, namun tudung menyebabkan keayuan teserlah.Namun sangatlah mengecewakan seandainya akhlaknya tidak secantik penampilannya.
Akhlak umpama bunga diri. Tiada manusia sukakan perempuan yang laser dan selalu mengutuk orang. Bosan juga apabila mendengar perempuan yang asyik tahu complaint, merungut siang malam pagi petang. Bosan sangat melihat perempuan yang banyak bercakap hal-hal tidak penting. Saya bermuhasabah diri sendiri juga...Semoga Allah memperbaiki diri kita semua. Pada Allah segala kebaikan dan kesempurnann.

Semoga iman ini akan terus teguh untuk mentaati perintah-Mu ya Allah.. Semoga diri ini tidak lagi degil dengan perintah-Mu ya Allah. Semoga hati ini ikhlas menjadikan segala sesuatu dalam kehidupan ini sebagai tanda cinta kepada Penciptanya, Allah ya Rahman....

Rabu, 27 Julai 2011

Keutamaan Berkasih Sayang Sesama Manusia


Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.”


Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. 
Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.”
Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5


Jumaat, 29 April 2011

Ujian wanita si penggoda

Senyum sahaja, walaupun bukan bertujuan untuk memikat pasti sudah ada lelaki yang terpikat. Bersuara sahaja, walaupun bukan bertujuan untuk bermanja pasti sudah ada lelaki yang cair. Bagi wanita yang sememangnya menyukai keadaan ini tentu sekali mereka berasa sangat seronok. Hal lain pula dengan wanita yang bertudung labuh dan menjaga syariat.

“Jika engkau tidak rasa malu, maka buatlah apa saja yang engkau mahu.”
[Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari]

Apabila diusik rakan-rakan dengan nama lelaki lain atau digandingkan dengan mana-mana lelaki lain, terasa bagaikan suatu penghinaan! Semalam seorang sahabat menelefon saya menceritakan situasi yang baru dialaminya. Rakan-rakan setempat kerjanya cuba untuk menggandingkan beliau dengan seorang lelaki dan diusik-usik sehinggakan lelaki itu terperasan sendiri. Akibatnya sahabat saya menjadi sangat-sangat malu untuk berhadapan dengan lelaki tersebut di tempat kerja. Apakah sahabat-sahabat beliau buta? Adakah kami yang bertudung labuh dan menjauhi perhimpunan bercampur gaul lelaki ini begitu terhegeh-hegeh mahukan teman lelaki?? Sekalipun mereka berniat baik namun bukan itu caranya. Bantuan seperti itu tidak ubah seperti suatu penghinaan buat kami, malah penghinaan untuk semua wanita.

Jika sudah berkenan dengan seseorang wanita yang dirasakan sesuai dijadikan teman hidup, merisiklah secara sopan dan rahsia, bukannya dengan mengisytiharkan rasa suka di depan khalayak ramai.

Wanita solehah tidak suka dirinya diusik lelaki di khalayak ramai kerana itu melambangkan seolah wanita itu begitu murah dan tidak ada harga diri.

Malah wanita solehah juga tidak suka dirinya diajak bergurau oleh lelaki yang sudah melamar dirinya kerana lelaki itu tidak berhak menggoda wanita yang belum sah menjadi isterinya.

Sekiranya anda merasakan apa yang saya katakan ini salah, tepuklah dada anda dan bertanyalah iman anda... Apakah masih ada rasa malu dalam diri ?

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.”
[Hadis riwayat Ibn Majah]

Sabtu, 12 Februari 2011

Sombongkah Aku ?


Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

http://www.iluvislam.com

p/s : SMS atau Call berunsur business adalah acceptable =)

Jumaat, 11 Februari 2011

Apakah Makna Sahabat ?

Semua manusia memerlukan sahabat. Tipulah jika ada manusia yang boleh hidup bersendirian tanpa memerlukan sahabat. Seorang isteri adalah sahabat kepada suaminya. Seorang guru adalah sahabat kepada muridnya. Seorang anak adalah sahabat kepada ibu bapanya. Sahabat umpama cermin kepada diri seseorang. Seorang yang penyayang akan disayangi sahabat-sahabatnya. Seorang yang buruk akan dijauhi oleh sahabat-sahabatnya.

Racun dan Penawar.
Ada sahabat yang umpama racun dalam hidup kita. Berada di sisi sahabat ini akan menyakitkan kita. Semakin lama bersama semakin menyakitkan sehinggalah akhirnya kita akan mati.
Ada sahabat yang umpama penawar dalam hidup kita. Berada di sisi sahabat ini akan menyembuhkan luka-luka di hati. Banyak juga kesan parut duka yang menghilang kesan daripada penawar hadirnya seorang sahabat. Ramai yang sudah hampir membunuh diri kembali berjuang untuk hidup sebaik mendapat sahabat yang baik.

Permata dan Kaca.
Sukarnya mencari sahabat yang baik ibarat mencari permata dicelahan kaca. Sungguh sukar hendak dibezakan antara kerlipan kaca dan kerlipan permata. Ada sahabat yang hilangnya tidak berpengganti. Pengorbanannya setulus jiwa tanpa mengharapkan balasan. Ada sahabat yang hadirnya tidak menambah baik dan perginya juga tidak meluakkan apa-apa. Perginya tidak dikenang, hilangnya tidak dirindui dan kembalinya tidak dinanti. Mengapa begini? Kerana manusia seperti dirinya mudah untuk dijumpai di dunia ini. Kita hanya akan mengenang manusia yang sudi bekorban secara luar biasa kerana orang seperti dirinya terlalu sukar dijumpai di dunia ini.

Gunting dalam Lipatan.
Manusia ini sukar diduga. Berubah-ubah mengikut musim. Sekejap kata sayang, sekejap kata benci. Sekejap kata rindu, sekejap kata jemu. Meskipun sudah tidur sebantal, belum pasti mampu mengenali hati budi. Adakalanya orang yang paling dipercayai itulah orang yang paling mengecewakan. Banyak perkara yang tidak disangka ada manusia sanggup lakukan, tetapi dia pula melakukannya. Ramai manusia yang begitu mudah mengucap maaf dan mengulangi kesalahan seolah ucapan maaf itu layak di letak di tapak kaki.

Bekorban Sampai Mati.
Saya membaca kisah persahabatan Abu Bakar r.a dengan Rasulullah s.a.w. Sungguh mengkagumkan pengorbanan Abu Bakar r.a yang sanggup menahan bisa sehingga kejang anggota badannya akibat dipatuk ular ketika meriba kepala Rasulullah saw. Abu Bakar tidak sanggup membangunkan sahabatnya yang tidur kerana keletihan melarikan diri akibat dikejar orang kafir Quraisy. Akhirnya air mata Abu Bakar r.a menitik ke wajah Rasulullah saw telah membangunkan baginda. Inilah ikon sahabat sejati. Sanggup bekorban sampai mati.

Muhasabah.
Adakah saya si racun atau penawar?
Adakah saya ini si kaca atau permata?
Adakah saya menjemukan?
Adakah saya .....
Sejauh manakah saya sudah bekorban untuk sahabat saya?

Saya bermuhasabah bukan kerana saya takut tidak mendapat sahabat baik.
Saya bermuhasabah kerana saya mahu menjadi sahabat yang baik.... kerana saya berharap sangat supaya Allah menemukan saya dengan kerinduan hati saya...... Rasulullah saw dan para sahabat baginda...

Aku sanggup duhai Muhammad.......

Khamis, 13 Januari 2011

Usrah 1 : Bila diri disayangi


Minggu ini Romlah dan Rafeah mula tinggal di Butik Raudah... Ini meja baru yang Lillah dan emak pilih untuk mereka letak laptop... comel... :)

Usrah pertama 2011 pun telah dijalankan.. Lokasi yang dipilih ialah TTDI Shah Alam.. Topik yang dipilih ialah 'bila diri disayangi'...

Sinopsis 'Bila diri disayangi' : Kita akan merasa kuat apabila mengetahui diri kita disayangi. Kita akan menjadi semakin yakin pada diri sendiri apabila mengetahui diri kita disayangi. Disebabkan ingin disayangi, manusia sanggup melakukan pelbagai tindakan yang adakalanya melukakan diri sendiri. Bukankah Allah sebenarnya sentiasa menyayangi kita? Daripada berusaha menjadi kesayangan manusia, lebih baik berusaha menjadi kesayangan Allah...

Selepas usrah, Nini mengajak kami makan di rumahnya...


 Sesi masak memasak... :)

 kemudian shopping di Plaza Alam Sentral.. erm, kedai dah tutup. Semasa on the way balik ke rumah, kami lalu highway Guthrie... Dan tiba-tiba muncul seekor babi hutan di tengah-tengah jalan. Apalagi, demi mengelakkan terlanggar babi tu, saya hampir naik atas divider jalan. hamba Allah yang duduk di sebelah saya pula tak pakai seat belt rupanya, apa lagi dia pun terhentam tangan saya. Mujurlah saya pegang stering cukup kuat.. Jika tidak memang dah jadi arwah kami semua di highway tu bersama seekor babi hutan...

Esoknya, saya demam. Mungkin sebab exhausted sangat minggu ni..hehe..



 Kenapa kita berusrah? Kerana ianya adalah salah satu bentuk dakwah... Dakwah kepada siapa? Kepada diri sendiri dan ahli-ahli usrah.. Dalam usrah, kita boleh berkongsi dan bertanya pendapat dengan lebih telus....


Sudahkah anda memulakan usrah? :)

Ahad, 9 Januari 2011

keikhlasan kasih merubah takdir.....


hasrat hati mahu segera melelapkan mata selepas sepanjang pagi mengajar, tengah hari pergi kenduri dan petang pula melayan sanak saudara yang berkunjung...

saya mengambil sedikit masa mengira akaun perbelanjaan kelas tusyen diikuti akaun peribadi. terasa gerun melihat betapa cepatnya duit sebanyak RM7,000 saya habiskan dalam tiga bulan. menggigil tangan semasa mengira angka-angka jumlah pendapatan dan perbelanjaan. Terdetik di hati seolah saya sudah tidak berlaku adil kepada diri sendiri. saya sepatutnya menggunakan separuh pendapatan bulan lepas untuk pusing modal perniagaan bulan ini. tetapi saya telah ter'sedekah'nya kerana ada orang yang lebih memerlukannya. Argh, sekarang macam mana??? Syaitan yang jahat mula datang berbisik-bisik supaya saya menyesali perbuatan saya.

badan terasa sangat letih. tiba-tiba saya menerima sms tentang salah seorang bekas anak murid saya yang telah minum clorox dan ditahan di wad selama 3 hari. malam sebelumnya kami ada ber'sms' dan saya tidak tahu yang dia telah pun minum clorox pada masa itu....

saya menghubungi pelajar yang melaporkan hal itu kepada saya untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bergegas ke rumah pelajar tersebut yang terletak 1 jam perjalanan jika kita memandu 130km/j.

mujur rumah Romlah tidak jauh dari rumah saya, cuma 10 minit perjalanan (100 km/j). Romlah menemani saya ke rumah pelajar tersebut. Kali terakhir saya ke rumah pelajar itu adalah tahun lepas. dia orang susah, rumahnya adalah yang paling 'low cost' berbanding semua apartmen 'low cost' sekitarnya.

ayahnya meraikan kehadiran kami. ibunya yang baru pulang dari tempat kerja juga kelihatan gembira.  si dia pula terkejut dan agak lama bersalin baju di dalam bilik.

******

sedar-sedar jam sudah pukul 11.30 malam..
"apa sahaja yang kita mahu lakukan, pastikan kita tidak akan menyesal di kemudian hari..."pesan saya mengakhiri perbualan.. saya mahu dia berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan yang sedia ada. saya tidak mahu dia terus dibayangi kenangan silam yang buruk. saya tidak mahu dia terus hidup dalam fantasi yang tidak akan pernah menjadi realiti. saya mahu dia bangun dan sedar diri. saya mahu dia hidup! Hidup seperti orang yang mahu hidup!

saya bergegas menghantar romlah balik. kemudian saya sampai di rumah pada pukul 12.30 malam.

Allah menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya petang tadi.. Bagai terkena pelempang rasa sakitnya...  Hilang segala rasa bersalah kerana terlebih membelanjakan duit untuk anak-anak angkat saya... saya bekerja pun memang untuk membantu mereka. Jika saya tidak sudi bekorban untuk mereka, siapakah lagi yang sudi?
Jika saya tidak sanggup bersakit untuk mereka, siapakah lagi yang sanggup? Jika saya jemu dengan mereka, siapakah sudi berkasih dengan mereka?

Dalam linangan air mata....
' Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri'


Selasa, 28 Disember 2010

i'll stand by you


“Nanti adik carikan duit untuk Kak Romlah…”ucap adik bongsu saya kepada Romlah, sahabat saya yang juga bekerja dengan emak saya.

“Terharunya!”ucap saya… sambil ketawa.

“Kalau facebook ada, akak dah post status ni..”kata Romlah sambil ketawa.

“Nanti adik cari duit dengan mengutip duit-duit yang orang tercicir dalam mesin basuh,”sambung adik lagi.
Berderai ketawa saya dan Romlah.

“Nanti kita kutip ‘brooch-brooch’ dan kita gadaikan… ”sambung adik lagi.

Romlah akan berpindah ke rumah sendiri dan dia perlu membeli barang-barang keperluan. Maka ‘budget’ untuk ‘berfoya-foya’ terpaksa dikorbankan.

Sebulan yang lepas, saya telah berjanji untuk membawa adik saya dan Romlah ke Times Square. Selama sebulan bekerja berhempas pulas dan akhirnya sampailah kepada tarikh yang dijanjikan. Tiba-tiba saya rasa hilang ‘nafsu’ untuk berfoya-foya mengenangkan duit itu lebih baik digunakan untuk benda yang lebih berfaedah. Adik saya yang lain menegur saya.

“Kakak, ada perkara yang duit tak mampu beli. Salah satunya ialah ‘moments’ bersama orang-orang yang disayangi. Kenangan tu tak boleh dibeli. Ianya kena dilakukan sendiri. Apa yang akan membuatkan kita terasa ‘sayang’ pada seseorang walaupun lama berpisah atau jarak semakin jauh? Ianya adalah kenangan indah. Jadi, apalah sangat nilai duit itu jika dibandingkan dengan kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat.. ”kata dia.

Maka saya pun menguatkan hati untuk ‘berfoya’ di Times Square bersama adik bongsu saya dan Romlah. Sayangnya duit ni…. bakhil nya saya!

saya membahagikan pendapatan saya kepada ½ untuk kerja dakwah. 1/4 untuk keluarga dan 1/4 untuk diri sendiri (berfoya +simpanan). Jika saya terfoya lebih, maka sedikit sahajalah yang dapat saya saving….. tapi kali ini saya tidak rasa seperti hendak menghiburkan diri sendiri. Ianya seperti lebih kepada untuk menghiburkan adik dan sahabat saya… apa yang mengembirakan mereka adalah apa yang mengembirakan saya.

“Adik, kami orang dewasa kena cari duit sendiri. Kalau kami tak ada duit, kami tak boleh nak minta-minta. Kalau budak kecil, apabila tak ada duit, boleh minta daripada mak abah.”terang saya.

“Adik pun sedang tak ada duit ni… sebab cuti sekolah, jadi tak dapat duit poket. Tunggu naik sekolah baru dapat duit semula…”komen adik.

“Err.. kalau kak Romlah tak pergi, dan kakak pun tak pergi… erm.. adik.. menangis ke? ” soal saya.

“Mestilah!! Nak pergi juga! Kalau kak Romlah tak pergi, tak nak ajak kak Romlah lagi…”kata adik.
Romlah dan saya ketawa dalam serba salah.

“nanti kita cari duit untuk kak Romlah ya…”sambung adik saya lagi.
Malam ini damai.. Damai yang entah sampai bila tenangnya… Tiga hari ini saya sibuk berpanas mengedar pamphlet di kawasan perumahan sampai rasa macam nak pitam. Saya tidak pernah terfikir yang saya akan melakukan kerja-kerja seperti ini. Emak memberi cadangan supaya saya mengupah seseorang untuk mengedar pamphlet itu tetapi saya berdegil. Pelbagai pengalaman yang saya dapat sepanjang proses mengedar pamphlet tersebut...

Hari ini hari terakhir kelas tusyen sesi 2010. Semalam saya sangat tak sabar nak tunggu hari ini berlalu sebab nak tamatkan tusyen. Tapi selepas 10.30 malam tadi, berakhirnya kelas… rasa macam rindu pada anak-anak muridku.. tadi seorang ibu pelajar saya menelefon untuk mendaftarkan anaknya untuk tahun depan. Salah seorang anaknya akan masuk ke asrama tahun depan bersedih kerana tidak dapat bertemu saya lagi. Jadi si ibu memujuk supaya saya mengajar anaknya pada masa cuti sekolah akan datang…
Malam yang indah. Esok inshaallah kami akan ke Times Square. Saya nak main sebanyak mungkin games kecuali rollercoaster.. tak berani.. huhu..

sabtu lepas seorang sahabat lama saya yang bekerja di luar negara pulang bercuti di Malaysia. banyak yang kami sembangkan sepanjang separuh hari bersama. dia hadir pada masa yang tepat, kerana hanya minggu ini saya agak lapang berbanding hari-hari lain yang padat dengan jadual tusyen. banyak input yang saya dapat sepanjang berbual... Dia banyak memberi saya idea baru untuk saya memajukan perniagaan saya. Dia memberi saya semangat dan cadangan. Dalam perjalanan balik, kami terlajak simpang dan terpaksa lalu jalan jauh untuk ke tempat dia. Mungkin Allah sengaja mahu memberikan kami masa berbual yang lebih. Semoga dia mendapat hidayah Allah... Semoga dia mendapat hidayah Allah.. saya sayangkan dia.... dia sayangkan saya... semoga kasih ini kekal dunia akhirat.... sampai ke syurgaNya....

Di mata saya, dia sudah cukup baik... dalam usia 24 tahun, dia sudah berpendapatan RM4300.. itu satu pencapaian yang baik, tetapi bagi dia, dia mampu dapatkan lebih dari itu. Semenjak dia bekerja, ibu dan ayahnya sudah tidak perlu bekerja... saya masih ingat pada zaman kami bersekolah, dia selalu menangis kerana tidak sampai hati melihat ayahnya yang sakit masih bekerja.

"Khalilah, hidup kamu kalau dicatat sudah boleh buat buku.. pelbagai kisah dalam masa yang singkat.. saya baru tinggalkan kamu sekejap saja, dah macam-macam berlaku" dia menyakat saya. saya tergelak.

"Tunggu 5 bulan lagi, apabila kita bertemu semula... semoga saya tak ada lagi cerita baru.. saya sudah penat..."jawab saya.


Lillah Khalilah dating with my bestfriend.... 5 bulan tak bertemu.. Enhanced by Smiley Central


Sunday at 12:10pm via Mobile Web ·  · 

Khamis, 23 Disember 2010

rindu yang berkunjung =)



Gembira bukan main (sangat gembira) sebaik terdengar suara bekas teman sebilik saya semasa menuntut di USM. Nama dia Hidayah. Walaupun cuma melalui telefon, sudah cukup membuatkan hati saya bagai terawang-awang.... hebat kan?

Tak sangka rupanya saya rindu......
Kesibukan diri dengan urusan harian menyebabkan hendak menaip sms pun menjadi 'tak sempat'. Iyelah, kalau setakat sms 'hai...' je buat apa.. paling-paling pun biarla dapat bersembang satu dua topik 'hot' kan..

tengah hari tadi ada berhenti untuk solat dan makan. kemudian hati terasa nak telefon si dia. sebaik menjawab salam, serentak kami bersuara "apa khabar??"... kemudian serentak kami ketawa....

semenjak kaki ini melangkah keluar dari bumi USM, kami tidak pernah bersua... Dia dengan dunianya dan saya dengan dunia saya. sedangkan sepanjang bersama-sama di bumi USM, kami sudah banyak kali menangis dan bergelak tawa bersama. Jika orang lain sibuk mengelilingi dunia untuk mencari teman susah senang, saya pula sudah bertemu dan berpisah dengan teman yang sanggup susah senang bersama. Bukankah ianya suatu pembaziran jika dibiarkan itu berlaku....bukan setakat pembaziran, malah satu kerugian! dalam dunia perniagaan, perkara yang paling digeruni ialah KERUGIAN. Biar tak untung, tapi jangan rugi!


Jujur saya cakap, susah nak cari manusia yang baik di dunia ni... Banyak penipu di dunia ini.. Banyak juga orang yang zalim.... sangat banyak yang tak ada perikemanusiaan...


Jadi walau anda jahat macam mana sekalipun, jika ada bertemu dengan sahabat yang baik, tolong jangan punahkan atau hancurkan atau rosakkan hubungan tersebut....

Apabila buka facebook, asyik-asyik status fairuz naik atas sekali... fairuz selalu post status yang membuatkan kita berfikir-fikir... Hm.. mood dia selalu berubah dan begitulah status dia... Selalunya saya dan romlah akan cuba meneka-neka apakah kisah di sebalik status itu... saya, fairuz dan romlah adalah geng semasa di USM. Ada seorang lagi ahli geng iaitu nini. Inilah 4 orang geng yang selalu berempat dengan 4 personaliti yang berbeza. Nini selalu menyakat romlah. saya pula selalu menyakat nini. fairuz pula cuma menggelengkan kepala dan mengeluh melihat perangai kami.



Semakin menulis semakin rindu pada mereka... sekarang ini apabila terkenang detik-detik lalu terkadang tergelak sendiri... Banyak sangat kenangan... daripada kenangan sedih hinggalah kenangan lucu...

:)

2010 dah berlalu................. 2011 bakal mencecah usia 24 tahun............ dunia semakin mencabar dan menarik.... ada beberapa berita baik yang baru diterima... seronoknya.. Alhamdulillah...

moga tahun depan lebih baik drpd sblm2 ni =)

moga sahabat2 ku yang sudah pergi ke sana sini berjaya mencapai impian mereka =)

moga semua pembaca turut sama mencapai impian anda =)

Khamis, 16 Disember 2010

'in relationship' yang sebenar.....

Ada yang Januari 2010 masih bujang... tapi Disember 2010 sudah menjadi suami/ isteri orang...
Ada yang Januari 2010 menganggur.... tapi Disember 2010 sudah bekerja...
Ada yang Januari 2010 sakit... tapi Disember 2010 dah sihat walafiat..
Ada yang Januari 2010 berdua... tapi Disember 2010 dah bertiga (dapat anak)..

Alhamdulillah...

Melimpah ruah rezeki yang Allah kurniakan... Gembirakah kita melihat orang lain gembira? Atau sebenarnya terdapat rasa cemburu, marah atau tidak suka dengan kegembiraan mereka?

Ada sesetengah orang akan bersedih melihat orang lain gembira. Ada antaranya mula menjauhi orang lain  kerana cemburu dan sedih melihat kejayaan orang tersebut. Mereka mencari kawan yang sama-sama senasib malang seperti mereka. Mereka juga saling sekat menyekat sahabat/ keluarga mereka daripada mengecapi kebahagiaan. Prinsip yang dipegang ialah 'jika aku tak dapat, dia pun tak boleh dapat'.

Ada juga manusia yang akan menyalahkan orang sekeliling apabila dirinya menderita. Dia tidak mahu melihat orang lain gembira kerana dirinya menderita. Dia lebih suka jika temannya itu sama-sama menderita dengan dirinya.... 'Kita akan terus bersama susah bersama'....

Jika anda berfikiran seperti di atas, anda sebenarnya sedang menipu diri sendiri. Anda sebenarnya tidak pernah mempunyai sahabat mahupun keluarga. Anda hidup dalam dunia anda sendiri yang mementingkan diri sendiri. Semua keburukan yang anda nampak pada orang lain bukanlah kerana orang lain itu 'buruk' tetapi kerana diri anda yang sebenarnya 'buruk' menyebabkan anda berasa terancam.....

Sabda Nabi saw :
Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya dan yang teranggap bagi tiap orang apa yang ia niatkan. Maka siapa yang berhijrah semata-mata kerana taat kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya, maka hijrah itu diterima oleh Allah dan Rasulullah SAW-Nya. Dan siapa yang hijrah kerana kerana keuntungan duniawi yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya (HR. Bukhari dan Muslim).

Apakah niat anda dalam bersahabat?
Soalan yang lebih utama, apakah niat anda terhadap  keluarga anda?


Tahun 2010 ini banyak mengajar saya erti 'kekeluargaan' dan 'persahabatan'...
Ianya adalah ikatan yang sangat istimewa dan kukuh....
Kebahagiaan hidup tersimpul rapat dengan dua ikatan ini...

Ikatan yang tersimpul atas dasar 'kasih sayang sejati' akan membuatkan kita benar-benar ikhlas untuk melihat orang yang disayangi bahagia, berjaya dan gembira. Kita gembira melihat mereka gembira.. Kita membantu untuk mengembirakan mereka... Kegembiraan yang kita zahirkan adalah yang benar-benar lahir daripada hati kita...

Ikatan istimewa ini juga menyebabkan kita bukan sahaja akan berusaha memperbaiki diri kita, malah kita juga akan sama-sama berusaha untuk memperbaiki  keadaan ahli keluarga dan sahabat kita. Maka akan terasalah 'susah sama susah' dan 'senang sama senang'. Kita tidak mungkin dapat tersenyum apabila mereka bersedih, jadi kita berusaha untuk membuatkan mereka tersenyum.

Ujian pasti akan datang menguji keteguhan ikatan ini... Namun, selagi 'keikhlasan' menjadi dasar ikatan ini, inshaallah, ujian yang berat terasa ringan.....


Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

-Hadith Riwayat Muslim-

Ahad, 22 Ogos 2010

Sakinah Rahmah Mawaddah



Pagi
_____

Hari Sabtu. Hari sekolah ganti. :)
Saya suka sekolah maka hati sangat gembira apabila ke sekolah... Syukur ya Allah :)
Kelas-kelas lain yang saya masuk pun tak ramai sangat. Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan menanda kertas jawapan kesemua kelas form 1. Tinggal paper percubaan PMR sahaja yang belum disemak.. Anak-anak murid saya excited nak tengok markah mereka :)
Alhamdulillah ramai dapat A. Syukur ya Allah.. :)


Kelas saya,kelas paling hujung.. seorang sahaja yang hadir :)
Sempat bersembang dengan dia.
"Cikgu, saya tak sekolah masa form 1 dan form 2. Saya baru masuk Julai haritu.."kata dia.

Sebelum ini dia tinggal dengan tuk dia, jadi dia tidak disekolahkan. Kini dia tinggal dengan ibu ayahnya, baru masuk sekolah..

"Kamu sanggup tak kalau stay back every day selepas sekolah? Cikgu ajar kamu.. Kalau kamu tak dapat cemerlang pun takpe, yang penting lulus.. Kalaupun tak semua subjek lulus, sekurang-kurangnya ada yang lulus.. paling penting subjek bahasa.."pujuk saya.

Berseri wajah si comel ni.. Jangan putus asa ya sayang :)



Tengah hari __________

Balik dari sekolah, emak sudah bersiap sedia hendak masak. Hari ni semua ahli keluarga saya akan berkumpul semasa berbuka puasa.

Maka semua anak yang di utara dan selatan perlu pulang ke rumah. Amin dari UTP Perak drive seorang diri malam semalam balik ke rumah. Kemudian pagi tadi dia ke Melaka ambil Hafiz di MFA.

Ali pula sedang jadi fasilitator tamrin di masjid pun balik sekejap sebelum berlari ke program semula. Kata Ali, tutorial dia bertimbun jadi dia akan direct balik ke UM selepas tamat tamrin.

Fadilah pula dah ada di rumah semenjak Jumaat. Fadilah dan Romlah menyumbangkan saya pen merah untuk menyemak kertas anak-anak murid saya. Terima kasih kepada all of u! Love u all very much!


Thanks romlah sebab semasa saya terlena semasa menanda kertas, Romlah tolong menanda.. :)


Bahagianya.. Syukur ya Allah..

Saya paling suka apabila adik-adik saya sampai rumah dan tersenyum sambil mengucap lembut "kakak..."

serius, saya cair.. :) :)

dan apabila mereka salam dan cium tangan saya, saya memang cair..

ketika saya tiada di rumah tetapi mereka hendak balik ke tempat masing-masing, mereka akan kirimkan mesej "kakak.. x sempat nak say bubye kat akak so sms je la hoho :)"

Syukur Ya Allah...
Kerana menghadirkan saya insan-insan yang sangat memahami diri saya, sangat membantu diri saya dan sangat sayangkan diri saya...



Malam ________

Tiba-tiba dua orang si kecil terjah masuk bilik saya. Terkejut saya. Rupa-rupanya mummy (my second mother) sampai.. Ini dua budak kecik memang tak makan saman. Habis satu rumah dia nak explore! :)
"Eh..eh, this is girl's room.. boy cannot come in.."pujuk saya.

tapi dia masuk juga.. hehe.. serius, big sister surely would miss both of u a lot sayang :)

Semasa berbuka puasa tu, meriah.. Syukur ya Allah.. hati saya bahagia melihat wajah-wajah orang yang saya sayang berkumpul.. Wajah mak berseri.. Wajah abah berseri.. Wajah mummy berseri.. wajah amin.. wajah hafiz.. wajah ali.. wajah fadilah.. wajah Wafi (yang asik main PS).. wajah si comel wasif.. wajah baby(kucing saya)... Wajah Romlah sahabat baik saya...

Kami semua sibuk dengan urusan masing-masing. Abah nampak penat tapi asyik senyum-senyum je. Mummy kata abah tak tidur semalaman. Patutlah mata dah merah.. Amin pulak nampak letih sangat dan berpeluh-peluh semasa makan. Ali pulak kelam kabut sebab perlu rushing ke masjid semula kerana perlu handle program. Romlah pun nampak letih sebab tadi dah masak-masak. Romlah buat puding roti karamel pagi tu. Petang tu sambung memasak-masak lagi.

Kami berusaha sungguh-sungguh mencuri masa untuk duduk makan berbuka bersama. Keluarga adalah nadi kepada perjuangan kami. Maka sesibuk mana sekalipun, keluarga tetap akan menjadi keutamaan.. Apabila stress dengan pelbagai masalah, hati akan kembali tenang apabila kembali bersama dengan keluarga..

Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Itu fitrah. Dalam hidup ini kita pasti ada kelompongan (lubang) kelemahan yang perlu di isi. Maka menjadi tanggungjawab setiap ahli keluarga untuk saling melengkapi. Kalau ingin mencari kesempurnaan, percayalah tak akan bertemu kesempurnaan itu.

Usah menunggu orang lain mengisi kelompongan itu tetapi cubalah mencari kelebihan yang ada pada diri ahli keluarga kita dan fikirkan serta usahakan supaya lubang-lubang itu boleh ditutup. Contohnya jika kita rasakan ada anak yang degil, usah sekadar menyalahkan si anak. Lihat kembali ke dalam diri kita. Adakah kita juga sebenarnya hamba Allah yang degil, yang culas dalam ibadah, yang dibelenggu maksiat? Adakah kita betul peduli kepada si anak hingga kita berdoa saban malam untuk dia? Adakah kita betul peduli kepada si anak hingga kita bersusah payah menjaga makan minumnya daripada makanan syubhah? Adakah sudah kita tunaikan hak-hak kita kepada dia?

Andai ingin menjadi lelaki yang terbaik, jadilah seorang suami yang paling baik terhadap isterinya kerana sabda Nabi saw orang yang terbaik akhlaknya ialah orang yang melayani isterinya dengan baik.

Andai ingin menjadi perempuan yang terbaik, jadilah isteri yang bersyukur dengan segala pemberian suami walaupun sekecil-kecil peberian dan bersabar dalam ketaatan. Bak kata nenek saya, isteri tetap isteri maka biarlah di dunia kita sabar sedikit supaya mendapat syurga Allah.

Anak-anak memerlukan ibu ayah mereka. Kedua-duanya memainkan peranan besar. Wahai ayah dan ibu, sebolehnya rahsiakanlah segala taufan yang melanda hubungan kalian daripada anak-anak. Anak-anak tidak perlu melihat ibunya terseksa kerana perangai ayahnya. Anak-anak tidak perlu melihat ayahnya terseksa kerana perangai ibunya.
Wahai ayah ibu, usah kalian lukai hati anak-anak itu..


Apa yang penting ialah kita belajar bersyukur dan menghargai mereka yang kita ada. Jangan dikhianati dan disakiti mereka yang jujur bekorban dan kasihkan kita kerana barangkali setelah mereka meninggalkan kita, kita tak akan bertemu dengan insan seperti mereka lagi. Jika benar kita sayangkan seseorang, kita akan rela bekorban apa sahaja demi kesayangan kita itu. Untuk bekorban itu ianya tidak mudah melainkan setelah cinta Allah bersemi di hati..

Maka semaikanlah cinta kalian kepada Ya Latiff..
Akan tumbuhlah pohonan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan dalam tautan cinta sesama manusia...

Syukur Ya Allah.. Sungguh diri ini bersyukur padaMu...
Bahagianya :)

Ya Allah.. aku hambaMu.. andainya dapat aku menulis bukti-bukti cintaMu padaku, nescaya tak tertulis.. Sungguh aku merinduiMu.. maka jadikanlah aku anak yang Kau cintai dan rindui.. jadikanlah aku wanita yang Kau rindui dan cintai...


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ahad, 8 Ogos 2010

Doa dan titis air mata yang mendamba KasihMu Ya Rahim..

Kasih ini bukan kerana kepentingan
Kasih ini bukan kerana keduniaan
Kasih ini bukan kerana pandangan
Kasih ini bukan keterpaksaan
Kekalkanlah kasih ini Ya Allah....



Mana satu nak pilih ni?

Kalau nak pilih semua, yang mana satu harus didahulukan?

Allah Ya Rabbi.. help me..

Seorang sahabat baik yang beragama Buddha dari Singapura ingin balik Malaysia dan bertemu dengan saya pada hari Sabtu atau Ahad. Dan dia sangat kenal saya dan jadual saya yang memang padat. "Its ok lillah, you dont have to squeeze your time, i understand.."
Walaupun dia dah cakap macam tu, ofcourse saya berat hati nak sia-siakan dia.. Apatah lagi niat bersahabat kami sudah ke tahap saling bertukar buku dan perkongsian pendapat berkaitan akidah. Ada tuntutan untuk terus di follow up!

Seorang sahabat baik dari Pahang yang suatu masa dahulu sudah banyak bekorban untuk saya mahu bertemu kerana katanya terlalu rindu.. Betapa hati saya berbunga ingin menyambutnya, ingin sungguh menyambutnya dengan membawanya ke tempat yang dia paling suka... betapa bahagianya hati! saya juga rindu!


Seorang sahabat baik yang baru saya kenali dalam sebuah lorong perjuangan mengucapkan kata-kata rindu yang tak putus. Katanya Ramadhan nanti dia mahu berkunjung ke rumah saya. Sahabat ini merindukan tazkirah sebenarnya. Jiwanya mencari pengisian. Barangkali kerana mulut saya yang asyik berceloteh menyebabkan jiwanya terisi.. Sebaik emak tahu hal ini,Jumaat itu emak pergi menjemputnya dari tempat pengajiannya. (Dan dia bawa kawannya yang teringin nak jumpa saya sekali, malunya saya...bimbang indah khabar dari rupa)


Jumaat petang selepas balik kerja, saya ke KLIA kerana menghantar surat-surat yang dikirim oleh pelajar-pelajar saya untuk sahabat saya bawa ke Gaza. Ketika di sana, saya dipertemukan dengan seorang kenalan yang turut sama menjadi sukarelawan AMANI tetapi belum pernah bersua dengan saya.
"Tak sangka jumpa di sini pula,"kata dia.
"Inshaallah lepas ni kita jumpa di Patani pula ya,"saya mengusik dia.

Saya cuma menghabiskan masa 10 minit bersama para sukarelawan Viva Gaza dan terpaksa segera pulang untuk menyambut tetamu saya..

___________________________________________________________
Semua itu mahu berlaku pada hari SABTU!

Dan pada hari Jumaat, saya dimaklumkan bahawa "Sabtu bersekolah, cuti ganti Deepavali."


Ya Allah, permudahkanlah..

Semua pun saya sayang.. Semua pun saya mahu.. Termasuklah pergi kerja (sekolah) tu pun saya suka! Saya ni cikgu yang ke sekolah untuk berhibur. Kerana hiburan saya adalah anak-anak murid saya... Mendidik mereka umpama suatu games yang sangat mendamaikan hati..



"Teacher! Lagi sepuluh minit baru masa teacher! Sekarang waktu rehat!"tegur seorang pelajar yang terkejut melihat saya sudah berada di dalam kelas. Bungkusan makanan di tangannya segera di masukkan ke dalam poket.

"Makan, makan.. tak apa, saya saja datang awal.. makan-makan.."kata saya. Sementara menunggu mereka masuk saya akan berbual dengan pelajar-pelajar lain.


Ada sesetengah pelajar tak nak keluar rehat sebab bimbang masuk kelas saya lewat. Apabila ditanya mengapa, jawapan mereka kerana nak dengar saya bercerita.

Hari ini hari Sabtu. Hanya 3 orang pelajar kelas saya yang hadir. Pelajar kelas lain yang saya turut ajar adalah tak sampai 10 orang.



"teacher, teacher.. berceritalah.. ataupun teacher bagi lagi teka-teki!!"cadang pelajar saya.

Tergelak saya dibuatnya. Win-win situation.. Teacher mengajar half time, dan teacher akan bercerita the other half time. Ok, semua setuju. Good.

(Sesi bercerita = sesi amar makruf nahi mungkar = motivasi = pengisian= sharing pengalaman)


******

Balik kerja, penatnya rasa.. tapi sangat bahagia dan puas!
Emak dan dua orang tetamu yang ada di rumah sudah siap masak lunch tu.. (sweet sour ikan apa tak tahu, tuna flakes my favourite,udang masak lemak yang kuah hijau tu, ikan dori celup tepung)

Lepas makan, solat dan mandi kami bersiap untuk keluar beli tiket..

Mak dan hafiz ke UM melawat adik saya,Ali. maka saya dan 2 tetamu ke jalan Duta untuk beli tiket.. Tapi tak ada tiket Plusliner di situ.. Maka kami pun disuruh menuju ke Bukit Jalil... Di sana tak ada elektrik maka kami disuruh pula menuju ke Stesen KTM berhampiran masjid negara.. Dan setelah puas mereka beratur di kaunter Plusliner, system break down.. Dan diarah pula ke bahagian Nice di tingkat atas.. Namun tetap tak berjaya mendapatkan tiket tu.

Saya lihat wajah mereka sudah berubah cemas.

Satu sahaja jalan penyelesaiannya.

"Biar akak hantar kamu balik sana.."kata saya. Sebenarnya saya memang sudah ada bertimbun tugasan yang hendak disiapkan pada hari cuti yang 1 hari iaitu Ahad. Semoga dengan saya mempermudahkan urusan mereka, Allah mempermudahkan urusan saya..

Mereka adalah tetamu Allah untuk saya.. Saya perlu menghargai mereka dengan baik.

"Kak.. malu, sebab datang aritu mak akak dah jemput. Balik akak pulak hantar. Lagipun akak seorang diri pula,"kata salah seorang.

"eh akak kan ada driver, my brother.. nanti akak minta tolong dia, inshaAllah boleh, kalau dia ada memang selalunya dia yang jadi driver akak ke sana ke mari.."terang saya.

"Kami belanja akak..kami belanja akak.. akak nak makan apa??"soal mereka bertubi-tubi. Saya tergelak sambil berlalu meninggalkan mereka (saje nak menyakat mereka).


Sebagai menghiburkan hati mereka supaya kembali tenang, saya membawa mereka bersolat di hotel yang berhampiran KL central. Suraunya cantik dan selesa, Subhanallah.. Salah seorang sahabat yang ada itu anak orang susah dan baru sekali pernah tidur di hotel (ketika first time jumpa dia, kami tidur sebilik). Semasa dia bersembahyang saya dapat dengar esakan tagisan dia. Saya tahu pelbagai ranjau yang dia lalui dalam hidup ini sehingga akhirnya dia ada di sini, di sebelah saya.

Air mata saya turut mengalir perlahan tatkala tangan menadah doa. Ampunkan aku ya Allah andai pernah aku merungut.. ampunkan aku ya Allah andai pernah aku marah.. Ampunkan aku ya Allah andai pernah aku kurang bersabar.. Ampunkan aku ya Allah andai pernah ada yang lebih aku rindui daripada Mu... Sungguh, aku meminta untuk sentiasa dalam cintaMu dan rinduMu yang berpanjangan selamanya...

Singgah kedai beli beras seperti yang dipesan emak. Kemudian kami tiba di rumah hampir pukul 10 malam.. Pinggang saya agak sakit dan mata memang dah tak larat nak celik. Sepanjang perjalanan daripada petang tadi sampailah malam ni, saya gunakan masa bersama di dalam kereta untuk saling berkongsi dengan mereka. Pelbagai topik yang menyentuh hati yang mungkin tidak mampu dibualkan di khalayak umum turut disentuh. Niat saya supaya kami semua jelas dengan destinasi perjalanan sebuah kehidupan ini iaitu mencapai redha Ilahi.

"Malam ni jangan tidur, kita sembang puas-puas!"pinta mereka. Saya dah tak larat lalu perlahan-lahan mengundur diri meninggalkan emak dan mereka.
"Eh esok kan cuti,"usik mak.
"Kakak tak cuti.. Kakak nak pergi perak..tata"saya berlalu. Serius ngantuk sungguh.


Sebelum tidur, saya bermuhasabah.. Apa yang berlaku kepada sahabat-sahabat saya yang ingin bertemu saya pada hari Sabtu ini? Diam je.. Saya hampir lupa tentang mereka semua kerana terlalu sibuk melayan tetamu dua orang ni. Saya tersenyum damai. Sungguh Allah mempermudahkan, Allah memilih yang terbaik untuk saya...

Dan Allah memilih 2 orang tetamu ini untuk bersama dengan saya..

Mengapa mereka terpilih? Pastinya ada sesuatu kelebihan yang Allah berikan kepada mereka sehingga mereka terpilih. Subhanallah..
___________________________________________________________

Ahad. Alhamdulillah... Allah mengizinkan saya untuk bangun lebih awal daripada alarm handphone saya! Segala letih semalam sudah hilang tidak berbaki.. Damai dapat sujud dalam solat taubat, tahajud dan istikharah... Sungguh Allah itu Maha Penyayang...
Semoga Allah melimpahkan rahmat dah hidayahNya kepada seluruh manusia..
Berilah hidayah kepada kami ya Allah....!
Berilah kami cintaMu yang abadi......!



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....