Ahad, 2 November 2008

Katakan "Tak Nak!" Kepada Poligami? (Bahagian 2)

RUJUKAN: http://journaldaie.com/2008/10/katakan-tak-nak-kepada-poligami.html

Walaupun sesuatu tu macam pahit je nak diperkatakan.. apatah lagi nak dihebohkan.. tapi demi agama (nak melawan Islam LibeRal yang kecoh bab anti poligami ni..) kene juga share isu ni..
ni artikel copy paste. KEbenaran adalah SesUatu yAng MemeRdekakaN.. SedaNGkan mEraHsiakan kEbenAran akan MemBelengGu jiWa.. So BeBaskaN diri Dari BeleNGGu.. Be HoNEST..! HoNESTY=trUtH=FrEEdoM

Poligami - satu perkataan yang konstroversi. Perkataan penuh emosi terutama kepada golongan perempuan. Penulis akui, poligami adalah perkara yang agak berat untuk dibincangkan. Perbincangan ini selaluinya akan disertai emosi. Namun dalam perbincangan ilmiah, emosi bukanlah dalil untuk menerima atau menolak sesuatu perkara. Perbincangan perlulah dilakukan secara objektif. Jika emosi hendak dimasukkan, perlulah dalil diutamakan terlebih dahulu barulah emosi disertakan. Bukannya menolak emosi, cuma meletakkan emosi ditempat yang sepatutnya.

SATU KEJUJURAN

Secara jujur, kita tidak tahu mengapa Allah S.W.T membenarkan poligami. Kadangkala apabila ditanya, "Mengapa dalam Islam ada poligami?" lantas Muslim akan menjawab kerana ini dan itu. Terus terang penulis memberitahu, penulis tidak tahu.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui" - Al-Baqarah 2:169

Kita lebih mudah memberi mengeluarkan jawapan yang kita tidak pasti daripada mengatakan "Kerana Allah S.W.T membenarkannya/lebih mengetahui". Kebanyakan kita melihat poligami adalah satu perkara yang buruk.

Ramai yang membenci, sikit yang berfikir.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu" - Al-Baqarah 2:216

"SAYA NAMPAK POLIGAMI BAWA KEBURUKAN SAJA!"

Mungkin ramai yang berfikir, "Jika benar poligami ada membawa kebaikan, mengapa saya lihat sebaliknya?" Seorang suami sanggup memukul isteri kerana hendak berpoligami, sanggup menceraikan isteri kerana dihalang untuk berkahwin lagi satu, sanggup mengabaikan anak kerana inginkan isteri muda. Mengapa perkara sebegini berlaku?

Anda perlu akui, berita yang enak dibaca adalah berita yang sensasi. Surat khabar sering memaparkan berita-berita sebegini, drama-drama sering menunjukan buruknya poligami. Penulis berikan analogi - Katakan penulis memandu pulang ke rumah di Ampang, daripada MMU Cyberjaya. Dalam perjalanan, penulis terlibat dalam kemalangan (Nauzubillah). Penulis tercampak keluar daripada kereta dan badan penulis digilis lori. Berita kematian penulis dijamin keluar disurat khabar keesokan hari - "Penulis Journal Daie Mati Terbunuh!"Tetapi jika penulis memandu daripada MMU Cyberjaya ke rumah dengan selamat, adakah akan keluar tajuk berita - "Penulis Journal Daie Selamat Sampai Ke Rumah". Tentu tidak.

Tahukah anda terdapat ramai lelaki yang berpoligami hidup aman damai bersama isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat? Rakan penulis mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama dan isteri kedua bagaikan rakan karib. Malah mereka bertiga (rakan penulis dan isteri pertama & kedua) tinggal sebumbung. Jadi jika akan mengatakan poligami membawa keburukan kerana melihat berita yang dipaparkan, hujah anda tertolak. Bagaimana kesimpulan dibuat tanpa melihat skop keseluruhan?

APA YANG DAPAT DIFIKIRKAN

Penulis memang tidak tahu mengapa Allah S.W.T membenarkan poligami. Tetapi hikmah yang dapat difikirkan disebalik kebenaran ini tidak salah untuk dibincang dan dikongsi. Allah mencipta lelaki dan perempuan sama, tetapi berbeza keupayaan dan tanggungjawab. Lelaki dan perempuan berbeza dari sudut fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Jika fakta ini diterima, maka perbincangan poligami akan lebih objektif. Berikut berkemungkinan hikmah disebalik poligami.

1. Secara fitrah, lelaki lebih bersifat poligami. Semasa seorang lelaki mencintai seorang perempuan sepenuh hati, dia masih boleh mencintai seorang lagi perempuan juga sepenuh hati. Berbeza dengan perempuan yang secara fitrah lebih bersifat monogami. Seorang perempuan akan menutup hatinya apabila mencintai seorang lelaki. Namun perlu diingatkan, fitrah boleh diubah akibat faktor luaran.

2. Secara purata, perempuan hidup lebih lama daripada lelaki. Daripada faktor kesihatan, kebanyakan lelaki mati lebih awal daripada perempuan [1]. Semasa peperangan, lelaki lebih banyak terbunuh daripada perempuan. Maka purata hidup perempuan adalah lebih daripada lelaki. Lelaki akan berkurangan, perempuan akan berlebihan. Lebih banyak isteri kematian suami.

3. Walaupun secara purata jumlah lelaki adalah lebih daripada perempuan di dunia, atas beberapa sebab [2] jumlah perempuan di dunia menjadi lebih ramai daripada lelaki. Di USA, perempuan melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. Di New York, perempuan melebihi lelaki sebanyak 1 juta. Malah 1/3 daripada lelaki di New York mengamalkan homosexual. Secara keseluruhan di USA terdapat 25 juta lelaki mengamalkan homosexual. Di Britain perempuan melebihi lelaki sebanyak 4 juta, manakala di German sebanyak 5 juta dan di Rusia sebanyak 9 juta.

4. Melarang lelaki berkahwin lebih daripada satu adalah tidak praktikal. Walaupun seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, masih terdapat hampir 30 juta perempuan tidak dapat berkahwin di USA. Ini tidak termasuk jumlah penghuni penjara mereka yang majoritinya adalah lelaki. Bagaimana pula di Britain, German dan Rusia?

5. Jika anda mempunyai kakak atau adik perempuan yang tinggal di USA dan masih belum berkahwin (kerana jumlah lelaki kurang), mereka mempunyai tiga pilihan sahaja. Mereka boleh berkahwin dengan lelaki yang mempunyai isteri, hidup bujang dengan mengamalkan homosexual atau menjadi 'harta awam'. Perempuan yang mempunyai akal dan menjaga harga diri akan memilih pilihan pertama.

6. Di Barat, adalah kebiasaan seorang lelaki mempunyai hubungan sulit diluar rumah, dimana perempuan simpanan ini menjalani kehidupan memalukan dan tidak dilindungi undang-undang. Namun masyarakat Barat yang sama juga tidak dapat menerima seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang perempuan, dimana perempuan ini hidup dengan bermoral, bermakna, dan dilindungi undang-undang. Bagaikan lebih baik mempunyai hubungan sulit yang hina daripada menjadi isteri kedua yang sah dan mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama.

7. Di Malaysia, walaupun jumlah lelaki dan perempuan adalah lebih kurang sama, tetapi anda tiada pilihan untuk bersetuju, jumlah lelaki adalah kurang daripada perempuan. Penghuni penjara, mat rempit, kemalangan jalan raya, mengamalkan homosexual, AIDS dll adalah punca kepada kekurangan lelaki di Malaysia. Daripada tiga pilihan yang ada (rujuk no.5), adalah lebih mulia seorang perempuan berkahwin dengan lelaki yang sudah berkahwin.

SATU PEREMPUAN EMPAT SUAMI

Ada yang bertanya, mengapa Islam tidak membenarkan seorang perempuan berkahwin lebih daripada satu, sedangkan Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu? Secara ringkas, hikmah yang dapat difikirkan:

1. Islam mementingkan identiti bapa dan ibu kepada seorang anak. Secara psikologi, kanak-kanak yang tidak mengenali ibu bapanya lebih mudah mendapat trauma dan kekacauan hidup. Pada masa dahulu, jika seorang perempuan berkahwin sebanyak empat suami, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu mengetahui siapakah bapanya kerana tiada ujian genetik dapat dilakukan.

2. Secara biologi, adalah mudah bagi seorang lelaki menjalankan tugas sebagai suami kepada beberapa isteri. Si suami dapat menjaga kesemua isteri dan anaknya. Situasi yang sama, seorang perempuan sukar untuk menjalankan tugas sebagai isteri kepada empat orang suami. Kadang-kala ada suri rumah sukar untuk menjaga sebuah rumah tangga. Bagaimana pula jika terdapat empat suami (empat rumah tangga)?

3. Seorang perempuan yang mempunyai lebih daripada seorang suami mempunyai pasangan seksual lebih daripada seorang pada masa yang sama. Perempuan yang mempunyai pasangan seksual lebih daripada seorang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat STD [3]. Ini tidak menjadi masalah jika seorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri.Hikmah yang dikongsi ini adalah mudah untuk dilihat. Tetapi berkemungkinan tidak dapat memuaskan hati semua orang. Mungkin terdapat banyak hikmah mengapa Allah S.W.T membenar dan melarang sesuatu perkara namun kita tidak ketahui atau masih belum diketahui.

KEPADA LELAKI (DIUPDATE)

Kadang-kala lelaki yang ingin berpoligami sering mengatakan ini adalah sunnah dan bagus untuk dipraktikkan. Penulis bersetuju Al-Quran membenarkan poligami dan Nabi Muhammad S.A.W juga turut berpoligami. Tetapi tidak boleh dikatakan seorang lelaki Muslim yang mempunyai lebih daripada seorang isteri adalah lebih bagus daripada lelaki Muslim yang hanya mempunyai seorang isteri.Anda ingin berpoligami atas alasan sunnah, tidak mengapa.
Tetapi adakah sunnah menengking dan mencaci isteri kerana isteri tidak mahu anda berpoligami? Adakah sunnah memukul isteri kerana anda dihalang untuk berpoligami?

Dalam usaha anda mahu melakukan sunnah (berpoligami), anda telah banyak melanggar sunnah-sunnah yang lain.

"Orang yang terbaik di antara kamu ialah yang terbaik untuk isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu untuk isteriku" - Sahih Sunan Ibnu Majah 1608-1977

Poligami memang dibenarkan di dalam Islam.

Tetapi poligami bukanlah bertujuan untuk 'enjoy'.

Poligami membuatkan anda menambah tanggungjawab. Ada kemungkinan tanggungjawab anda kepada isteri masih tidak sempurna.

Jadi bagaimana anda mempunyai keberanian untuk menambah tanggungjawab?

"Barangsiapa mempunyai dua orang isteri lalu ia condong bersama-sama dengan salah seorang di antara keduanya ke atas yang lain (tidak berlaku adil), maka ia datang pada hari qiamat sedangkan salah satu bahunya jatuh" - Sahih Sunan Ibnu Majah 1603-1969, Al-Misykat 3236

Fikirkan dulu secara masak-masak jika anda ingin berpoligami. Adakah anda mampu berlaku adil? Jika anda tidak mampu berlaku adil, adakah anda mampu berusaha untuk berlaku adil? Poligami dibenarkan di dalam Islam, tetapi datang dengan syarat keadilan. Namun Allah S.W.T telah memberi peringatan bahawa adalah sukar untuk seorang suami berlaku adil apabila berpoligami.

Dr Yusuf Al-Qardhawi menulis:Oleh demikian itu ulama mengatakan, "Dimakruhkan bagi orang yang mempunyai isteri yang mampu memelihara dan mencukupi (cukup serba serbi), lalu dia menikah lagi. Kerana hal itu membuka peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram.

Allah S.W.T berfirman:"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung..." - An-Nisa' 129

Adapun orang yang tidak mampu mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khawatir dirinya tidak bisa adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya untuk menikah lagi, Allah S.W.T berfirman:"Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja..." - An-Nisa' 4:3 [4]

SATU KESIMPULAN

Poligami sememangnya dibenarkan di dalam Islam, tidak dinafikan. Namun syarat keadilan mestilah dipatuhi. Janganlah si suami melanggar larangan-larangan yang ditetapkan Islam hanya kerana ingin mempraktik poligami. Diulangi, poligami bukanlah bermakna untuk 'enjoy'. Anda sebenarnya menambah tanggungjawab. Lihatlah hidup dalam prospek yang lebih luas.

Anda mungkin gembira di dunia, tetapi tidak di akhirat. Berapa ramai suami yang gagal menunaikan tanggungjawab kepada isteri? Jika poligami hanya membuatkan anda gagal di dunia dan di akhirat, bukankah itu satu liabiliti kepada anda?Hubungan adalah salah satu faktor kehidupan. Apa guna jika anda mahu menambah hubungan tetapi memutuskan hubungan yang sedia ada?

Kepada perempuan, janganlah terlalu mengikut perasaan. Ada kemungkinan suami anda meminta kebenaran berpoligami dengan baik. Tetapi akibat emosi, anda bergaduh dan meminta diceraikan. Fikirkan nasib anak-anak anda. Jangan lah hidup dengan kepentingan diri sahaja, tetapi fikirkan juga kepentingan anak-anak anda. Anda merasakan jika suami anda berkahwin lebih daripada satu akan membawa situasi buruk (cth-kehilangan kasih sayang), tetapi ada kemungkinan poligami akan membuatkan suami anda lebih sayang kepada anda. Kerana dia berusaha untuk berlaku adil antara isteri, membuatkan dia berusaha untuk lebih menyayangi anda. Allah S.W.T lebih mengetahui.
_______________________________________________________________________________[1] Why Women Live Longer Than Men - Klik[2] Institut National D'etudes Demographiques - Klik[3] STD - Sexual Transmitted Diseases - Klik[4] Dr.Yusuf Al-Qardhawi - Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah (Malaamihu Al Mujtama' Al Muslim Alladzi Nasyuduh) - Klik

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....