Selasa, 2 Ogos 2011
Mendamba Status Wanita Solehah
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.
source : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/03/12/ciri-ciri-wanita-solehah/
p/s:Ramadhan kali ni terasa begitu berbeza dari yg sblm2 ni...Semoga perbezaan ini adalah suatu improvement utk diri saya... Bila list out things to improve, berderet senarainya... Inshaallah walaupun sedikit atau lambat, inshaallah saya akan usahakan memperbaiki kelemahan2 ni.. Semoga bila sampai ajal nanti, Allah meredhai usaha ini...
Apa yg baik utk iman kita, kita manfaatkan..
Apa yg memudaratkan iman kita, kita hindarkan....
~3 Ramadhan
Khamis, 8 Julai 2010
Jika kamu tak malu, saya tetap akan malu!

mak pesan "kakak, jaga syariat.."
kejap-kejap mak ulang lagi.
"kakak, jaga syariat..."
erm.. inshaallah mak..
Sesungguhnya diri ini gerun pada kemurkaanMu..
Kasihanilah diri ini ya Allah.....
Sampai destinasi sebelum subuh.. Masa masuk bilik hotel.. ahah.. rasa pelik sebab duduk seorang diri sedangkan bilik tu besar. Selepas subuh baca Quran dan terjemahan... Rasa damai..
Saya tak perlu takut, Allah ada menemani saya!
bukannya saya takut hantu, tapi takut timbul fitnah..
Ini dunia realiti.. saya bekerja dikelilingi kaum adam. saya tahu mereka ini baik-baik orangnya.
Terngiang-ngiang di telinga pesanan emak "kakak, jaga syariat..."
Ya Allah....
this is my dream job.. peliharalah diri ini daripada fitnah...
Ya Allah....
This is the things that i do for You, maka lindungilah diri ini.. hanya padaMu pergantunganku..
Semasa lunch saya bertanya kepada seorang senior "Slot saya nanti nak buat macam mana?"
"Apa-apa pun boleh. Masa tu nanti yang ada hanya Khalilah dan pelajar-pelajar perempuan.."terang beliau.
Menurut Pengurus, ini kali pertama mereka adakan slot pengisian pelajar perempuan sewaktu solat Jumaat. Dan saya incharge untuk itu. Sebelum ini mereka tiada trainer muslimat, jadi apabila waktu kecemasan yang melibatkan muslimat terpaksalah muslimin juga handle.. sebab itulah kali ini mereka berharap ada muslimat sebagai trainer.
Sewaktu test audio dalam dewan, mereka memasang lagu dan seorang senior lelaki memberikan saya mikrofon. Saya melarikan diri ke hujung dewan.
"Khalilah ni pemalu, macam mana boleh jadi motivator?"dia pelik.
Berkali-kali mereka mengatakan yang saya pemalu dan mereka hairan bagaimana saya boleh berada di sini.
"Hm.. mungkin nanti bila dia dapat mikrofon, tak nak lepas dah.."dia membuat andaian.
Saya cuma senyum je.. :)
last word saya semasa interview isnin lepas..
Saya soal : Mengapa saya berminat untuk menjadi motivator?
Saya jawab : Kerana saya mahu berkongsi hidup ini bersama manusia lain. Saya mahu terus menerus berada dalam jalan yang mana hati ini akan dicuci dan mencuci. Sebelum ini saya sering terlibat dengan program-program motivasi secara percuma. Kini saya amat berharap diberi peluang untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Masih banyak yang perlu saya belajar daripada mereka yang lebih mahir dan berpengalaman. Kerana itulah saya berharap saya diberi peluang untuk bersama dengan pihak tuan dalam usaha murni ini.
Dan Alhamdulillah saya berjaya dalam interview ini.
Prinsip saya :
apabila saya perlu malu, saya akan malu. apabila saya perlu berani, saya akan berani.
Malu bukanlah suatu perkara yang melemahkan tetapi suatu kekuatan yang melindungi diri saya. Malu itu adalah benteng mengekang nafsu. Dan dengan sifat malu itulah sebahagian daripada iman itu lengkap.
Seandainya saya bersendirian, saya masih tetap akan berasa malu..
kerana sebenarnya saya malu pada Allah...
(HR. Abu Daud)
Rasulullah pernah memberikan nasihat kepada para sahabatnya,
“Hendaklah kalian merasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.”
Para sahabat menimpali,
“Allhamdulilah kami sudah merasa malu kepada Allah.”
Rasulullah lalu menyatakan,
“Tidak, kalian belum merasa malu. Orang yang betul-betul mersa malu kepada Allah hendaklah menjaga kepala berikut isinya (pikiranya), menjaga perut berikut isinya (makanan), dan hendaklah mengingat mati dan bencana, siapa yang menginginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, berarti telah betul-betul mempunyai rasa malu kepada Allah.”
(HR. At-Tirmidzi).
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Jumaat, 9 April 2010
jangan dikesali hidup ini!

kebiasaannya apabila saya online YM, pasti akan ada sahabat-sahabat yang buzz untuk berkongsi masalah bertanyakan pendapat. Kebanyakkan mereka adalah pembaca blog coretan ini yang saya sendiri tidak pernah bertemu. Namun kebelakangan ini saya jarang online disebabkan sibuk dengan urusan lain.. Hanya email sahaja yang sempat saya layan.. itupun adakalanya mengambil masa sebelum saya dapat reply.. maaf sangat-sangat... saya tetap menghargai kalian kerana sudi memberi saya peluang untuk membantu dan apa yang paling penting ialah saya memang mahu membantu... jadi jangan segan-segan.. kalau saya tak online, boleh email di kha_lillah@yahoo.com.sg
petang tadi ada seorang adik berkongsi sesuatu dengan saya. mungkin ada manfaat yang boleh diambil dari perkongsian ini.. moga bermanfaat dunia akhirat.. amin.
adik : nak minta pendapat akak...
adik : boleh tak?...
lillah: silakan
adik : akak tau kan saya pernah putus tunang dulu... ada cerita tak kenapa boleh putus?
lillah: takde kot
lillah: just bagi tau yang putus dan ada orang baru
adik : okeh... hurmm...
lillah: ???
adik : tak.. bekas tunang saya tu dah ada tunang lain... dia nak nikah bulan 7 ni kot insya
ALLAH...
adik : saya dapat rasakan yang mak dan adik-adik dia pandang saya yang bersalah dalam hal kami putus tunang ni...
adik : kami putus dulu sebab tunang saya tuduh saya mcm2...
adik : contohnya tuduh saya tidur dengan lelaki lain...
lillah: astagfirullah...
adik : dia buruk-burukkan family saya tapi..
adik : saya tak pernah cerita perkara-perkara tu pada mak dia
adik : dan saya rasa sekarang ni macam mak dan adik-adik dia pandang saya yang bersalah dalam hal ni.. contohnya yang saya ni tak setia.. akak faham tak?
lillah: faham dik...
lillah: kalau adik yakin apa yang adik buat betul..
lillah: dan Allah tahu itu betul
lillah: biarlah satu dunia kata adik salah pun
lillah: adik tetap betul..
lillah: dan..
lillah: alhamdulillah...
lillah: Allah selamatkn adik dari lelaki itu
lillah: semoga adik akan dijodohkan dengn lelaki yang lebih baik
lillah: yang soleh
lillah: yang menyayangi adik kerana Allah
lillah: yang bersedia untuk mendidik & melindungi adik
lillah: serta membahagiakn adik di dunia akhirat
lillah: tak ada apa yang perlu adik kesalkan
lillah: sebab adik tak kerugian apa2
lillah: adik patut banyakkan bersyukur pada Allah..
lillah: sebab memelihara adik.
lillah: selamatkan adik...
lillah: tentang pandangan serong family dia
lillah: biarlah dia nak burukkan mcm mana pun
lillah: Allah tahu kebenarannya
lillah: dan Allah boleh tunjukkan kebenaran tu bila-bila masa yang Dia kehendaki
lillah: kalau tak di dunia ni Allah tunjukkan kebenaran
lillah: di akhirat pasti Allah tunjukkan
lillah: yakin!
lillah: dan Allah dah berjanji akan membalas setiap amalan kebaikan dan amalan kejahatan
lillah: dgn seadil-adilnya..
lillah: tak ada sesuatu yang terlepas..
lillah: jadi.. dlm tempoh ini, dekatkan diri dengan Allah..
lillah: banyakkan sebut Alhamdulillah
lillah: banykkan sebut astagfirullah..
lillah: jangan mengeluh
lillah: jangan berputus asa
lillah: sebab Allah tak suka orang yang berputus asa
lillah: Allah menguji hambaNya sebab nak tahu siapakah diantara hambaNya yang beriman
lillah: jadi bila kita bersabar, kita redha
lillah: dengan taqdir Allah
lillah: bila kita bertaubat
lillah: Allah akan menaikkan darjat kita
lillah: setiap musibah yang datang ada 2 faktor..
lillah: 1. sebab perbuatan kita sendiri.. maksudnya kifarat dosa.. penghapus dosa2.. jadi banyakkan bertaubat
lillah: 2. sebab Allah nak tingkatkan darjat kita.. supaya lebih hampir dgn Allah...
lillah: ingat janji Allah itu benar
lillah: lelaki yg baik utk perempuan yg baik
lillah: mintalah pada Allah untuk Allah pilihkan lelaki yang baik untuk kita
lillah: pandangan kita selalu tertipu
lillah: tetapi pandangan Allah Maha Luas.. Allah mampu melihat ke dalam hati-hati hambaNya
lillah: dan Allah jualah yg berkuasa menggerakkn hati-hati itu
lillah: untuk saling bertaut
lillah: mintalah pada Dia...
lillah: kita tidak tahu siapa jodoh kita
lillah: pastinya jodoh kita juga mengharapkn wanita yang baik
lillah: jadi jagalah diri baik-baik
lillah: supaya kita dapat memberi yang terbaik pada suami kita yg sah
adik : terima kasih kak.....
lillah: sama2 dik..
adik: mendalam maksud nasihat akak 2...
lillah: moga mendapat jodoh yang baik..
lillah: amin
adik : terima kasih jugak sebab sudi bagi nasihat pd saya….
adik: amiin ya ALLAH....
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.
Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”
(HR. al-Bukhari)
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Isnin, 16 Mac 2009
penggunaan perkataan Allah oleh non muslim ;)
firdaus mengutarakan beberapa perkara pokok (asas) yang seharusnya diberi perhatian dalam menjelaskan kefahaman kita dalam melihat isu ini..
ni copy paste dari blog dia (his blog)
1. Aspek hukum
Dari segi hukum, jelas sekali Islam tidak melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh golongan non-muslim. Ini dapat di lihat dalam dalil-dalil berikut:
“Dan jika kamu bertanya kepada mereka tentang siapakah yang telah menciptakan langit, bumi, serta menundukkan matahari dan bulan pasti mereka akan menjawab, “Allah.””
(al-Ankanbut 61)
“Katakanlah, “Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi, siapakah yang mampu (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, siapakah yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Mereka akan menjawab, “Allah.” Katakanlah, “Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya).””
(Yunus 31)
Ini menunjukkan bahawa kaum musyrikin makkah telah pun menggunakan perkataan ‘Allah’. Tetapi misi RasuluLLah bukanlah untuk melarang mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ ini, tetapi untuk membawa mereka kepada Tauhid.
“Dan sesungguhnya Kami telah mengurus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thoghut.””
(an-Nahl 16:36)
Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui apa-apa larangan daripada Rasul SAW bagi orang-orang musyrik menggunakannya.
Al-Quran juga menerangkan bahawa orang-orang Kristian pada zaman Nabi Muhammad SAW. juga menyembah Allah.
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.”
(an-Nisa’ 4:171)
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu." Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.”
(Al-Maidah 5:72)
“Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."”
(Ali Imran 3:64)
Tetapi sekali lagi kita lihat tiada larangan ke atas mereka untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ namun sebaliknya Nabi SAW menyeru mereka kepada tauhid.
Di sini juga dapat dilihat bahawa mereka tidak mentauhidkan Allah, iaitu dengan menyembah tuhan-tuhan ciptaan mereka serta memberikan sifat-sifat yang tidak sepatutnya dan selayaknya bagi Allah.
Ini sekaligus menolak pandangan pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa non-muslim dilarang untuk menggunakan perkataan Allah kerana mereka melakukan syirik dengan menyembah tuhan-tuhan selain Allah serta memberikan sifat-sifat yang tidak selayaknya bagiNya.
Maka jelaslah bahawa menurut Islam tiada larangan bagi bukan Islam daripada menggunakan perkataan ‘Allah.’
Ketua Pengarah JAKIM telah memberi kenyataan dalam media bahawa kitab-kitab orang kristian tidak pernah menggunakan nama Allah di mana-mana negara di seluruh dunia.
Kenyataan ini tidak benar.
Orang-orang arab kristian telah lama menggunakan nama ‘Allah’. Bible arab juga menggunakan perkataan ‘Allah’. Malah, jika dibuka muka surat pertama daripada Bible Bahasa Arab pada Book of Genesis, chapter 1, terdapat 17 perkataan 'Allah'! Ini baru muka surat pertama!

Sebahagian daripada muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.
Perkara ini digunakan sebagai ‘selling point’ oleh seorang pendakwah terkenal, iaitu Sheikh Fadel Soliman bagi menarik golongan non-muslim di barat untuk menerima Islam.
Sheikh Fadel Soliman menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible
sebagai 'selling point' dalam dakwahnya.
Petikan dokumentari "The Fog is Lifting" yang menunjukkan perkataan 'Allah'
muncul sebanyak 17 kali di muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.
2. Kemaslahatan umat Islam
Perkara yang menjadi persoalan sekarang adalah samaada jika dibenarkan pihak non-muslim menggunakan perkataan Allah dalam Bible dan penulisan mereka yang lain, ia boleh mengancam akidah umat Islam atau tidak.
Jadi di sinilah timbulnya isu samaada wajar diteruskan larangan itu atau tidak. Maka isu ini bukanlah isu hukum tetapi sebaliknya adalah isu menjaga kemaslahatan umat Islam.
Banyak pihak yang bimbang bahawa terdapatnya agenda tersembunyi pihak Kristian di sebalik tuntutan mereka ini. Ramai juga yang khuatir ia akan membawa kekeliruan terhadap umat Islam seterusnya menjejaskan akidah mereka.
Namun, semasa awal isu ini timbul, iaitu sekitar Disember 2006, saya memberikan reaksi yang berbeza. Saya lebih melihat isu ini dari perspektif dakwah. Lalu saya berpendapat bahawa non-muslim perlu dibenarkan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’.
Saya tidak berniat mengulas panjang di sini. Sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya di forum abumeow@yahoogroups yang dikendalikan oleh rakan-rakan saya. Sila klik di sini untuk membaca perbahasan tersebut.
Bagi saya, kalaupun pandangan saya tidak tepat, sekurang-kurangnya saya telah pun membuka mata masyarakat untuk melihat isu ini dari perspektif yang berbeza.
3. Pemerkasaan akidah vs penguatkuasaan undang-undang
Saya juga telah menyebutkan tentang kepentingan pemerkasaan akidah berbanding undang-undang. Alhamdulillah, baru-baru ini bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga ada menulis perkara yang sama dalam artikel beliau.
Ramai orang berpendapat bahawa sekiranya diadakan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad, kita akan dapat membendung gejala ini. Mungkin ia benar. Tetapi kita jangan lupa bahawa mereka boleh murtad secara senyap-senyap. Mereka juga boleh murtad di luar negara.
Begitu juga halnya dalam isu ini. Kita boleh menghalang mereka daripada menggunakan perkataan 'Allah'. Namun, itu tidak bermakna ia boleh menghilangkan ancaman terhadap akidah umat Islam.
Itulah sebabnya kita perlu melihat Islam secara keseluruhan, bukan hanya sebahagian-sebahagian. Undang-undang bukanlah segala-galanya. Kita perlu ingat bahawa Islam juga merangkumi aspek-aspek lain yang tidak boleh kita abaikan.
Selain itu, kita juga harus bijak menilai keutamaan atau awlawiyaat dalam perkara ini.
Ramai orang melihat undang-undang merupakan perkara yang lebih besar atau utama daripada pemerkasaan akidah. Ini kerana undang-undang dilaksanakan di peringkat negara manakala akidah pula adalah di peringkat individu.
Akan tetapi, akidah adalah asas (foundation) kepada umat Islam. Oleh demikian, akidah adalah perkara yang lebih utama. Apalah gunanya sebuah bangunan yang besar, tinggi dan tersergam indah kalau asasnya lemah. Bangunan tersebut boleh runtuh pada bila-bila masa.
Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui mana-mana kitab yang ditulis oleh para ulama’ Islam yang memulai perbahasan mereka dengan topic undang-undang melainkan kitab yang dikhususkan untuk membahaskan tentang topic tersebut. Kebanyakannya bermula dengan kitab/bab ilmu atau iman. Kitab-kitab fiqh pula biasanya dimulai dengan bab Thaharah (bersuci) yang menjadi syarat bagi solat, dan bukan persoalan hudud. Ini kerana solat adalah salah satu daripada rukun Islam, manakala bab undang-undang tidak terkandung dalam rukun Islam mahupun rukun iman.
Oleh demikian, kita hendaklah mengutamakan persoalan akidah TANPA memandang remeh terhadap isu undang-undang.
Tetapi malangnya tumpuan masyarakat lebih kepada melindungi akidah umat Islam dengan perlindungan undang-undang dan bukannya dengan pemerkasaan akidah. Inilah seharusnya menjadi perkara yang patut kita bimbang.
Penyelesaian yang didapati daripada undang-undang adalah bersifat sementara (temporary) manakala kekuatan akidah adalah merupakan kubu pertahanan yang kekal. Dalam merawat sesuatu penyakit, kita seharusnya ‘address’ punca (cause) penyakit tersebut dan bukanlah symptom.
Isnin, 9 Mac 2009
berapa banyak harta yg nak diinfaqkan?

dan bila kita berusaha bersungguh2.. insya'Allah rezeki yg dtg juga melimpah..
sedangkan untuk hidup.. kita tak perlu pun mewah2.. asalkan ada makan, pakai, tempat tinggal dan keperluan2 lain dah cukup...
so.. Allah memberi panduan..
"Mereka bertanya kepadamu berapa banyak harta yang hendak diinfaqkan. Katakanlah, apa yang lebih (dari) keperluan." {Al-Baqarah :219}
persoalannya antara NAK atau TAK NAK je...
mak pesan "mak tak halang anak2 mak nak pusing satu dunia mencari kekayaan.. tapi pastikan kekayaan tu di 'convert' utk dibawa ke akhirat.. jika tak.. segala tu jadi sia2..."
so.... mari kita berazam utk bekerja bersungguh2.. majukan perniagaan kita... supaya dapat keluarkan zakat yg besar.. dapat selalu bersedekah... dapat tolong ramai orang... dan dapat berdikari...
(ada sedikit beri sedikit.. jgn tunggu banyak baru nak bagi.. sbb.. kita tak tau mungkin nasib kita yg akan datang tak sama dgn yg sekarang.. )
sama2 renung2kan... :)
Jumaat, 16 Januari 2009
lafaz yg tersimpan..
sensitif itu penting.. tetapi biarlah bertempat.. sifat marah itu perlu tetapi perlu dikawal.. emosi itu seringkali memenangkan nafsu amarah menjadikan kita dengan tak sengaja melafaz kata-kata yang tajam menikam saudara2 kita yang lain.. terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata?
seandainya maaf itu mampu melupuskan kenangan silam alangkah bagusnya.. tetapi maaf itu cumalah satu perkataan yang mendamaikan 2 pihak. meskipun luka sembuh parut tetap ada..
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]
kita sama2 berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.. kita saling memerlukan antara satu sama lain. ingatlah, setiap org dari kita telah mengorbankan sesuatu yg beharga yg ada pada diri mereka untuk bersama dengan kita di jalan ini. terbalaskah segala jasa dan budi baik mereka itu?
mereka bersengkang mata di malam hari, menahan lapar, bekorban hati dan perasaan demi agama ini.. sudah terbalaskah jasa mereka? mereka tak pernah meminta balasan.. mereka tak peduli langsung kalau mereka terus di sakiti.. cuma.. adakah kita yg tak berhati perut ini mampu utk hidup dalam medan dakwah ini tanpa mereka? mampukah kita menegakkan agama ini sendirian tanpa saudara kita yang lain?
siapa kita? siapa mereka?
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh
dan berkata:
"Sesungguhnya aku termasuk
dari kalangan orang-orang Muslim (yang menyerah diri)?"”
(Fussilat 41:33)
wahai sahabat fillah yang dikasihi.. fitnah itu sangatlah dahsyat.. semenjak dari dahulu lagi fitnah2 digunakan oleh musuh2 islam utk menghancurkan agama ini.. fitnah jugalah yang memecah belahkan umat bertuah ini.. jadi, mengapa tatkala sesuatu berita yg dtg itu tidak kita periksa dulu dgn mencari bukti2 sahih.. dan kemudian baru mengeluarkan perkataan..dan penilaian..?
we must know our real enemy..
and we must know we are muslim.. org Islam yg beriman berkasih sayang sesama mereka.. marah mereka bukan krn benci.. tetapi krn sayang.. bila kita marah krn sayang, yg dimarahi tu tak rasa jauh hati sebaliknya akan tersedar dan menginsafi dirinya..insya'Allah.. krn marah dalam keadaan sayang tak pernah sama dengan marah dalam keadaan benci..
bukan intan permata bukan paras rupa yg menjadi nilaian dalam memilih teman2 seperjuangan..
tetapi ketulusan hati dan kesanggupan untuk setia bersusah senang bersama2 adalah nilaian dalam menentukan teman berjuang.. harga sebuah jalinan ukhwah dapat dinilai tatkala hati diuji.. pada masa itulah baru kita akan tahu siapa kita di sisi dia dan siapa dia di sisi kita..
sebuah perjuangan memerlukan pengorbanan..
memerlukan keikhlasan..
memerlukan keazaman..
memerlukan kesabaran..
memerlukan kekuatan..
dari dalam dan luar..
agar bila diuji ia bukannya suatu halangan untuk kita berputus asa sebaliknya semakin utuh ukhwah yang dibina itu..
“Adalah seorang mu’min itu
dengan
mu’min yang lainnya
ibarat sebuah bangunan,
satu bahagian
menguatkan
bahagian yang lainnya.”
(Hadis Muttafaqun ‘alayh daripada Abu Musa al-Asy’ari, al-Lu’lu’ wal Marjan, 1670)
ketahuilah sahabatku.. aku memerlukan mu melebihi apa yang kau sangka.. kembalilah krn masih byk amanah yg perlu kita laksanakan..
p/s: artikel ni x ditujukn direct kpd 1 individu ttp ditulis stlh beberapa rentetan peristiwa blaku.. moga ia dapat menjadi muhasabah kpd yg membacanya.. tmasuk yg mnulisnye.. agar ukhwah yg dibina ini membawa kita hingga ke syurga..
Wallahu’alam.
Sabtu, 27 Disember 2008
maafkanlah kesalahannya..
Bila hati sudah terguris, mudahkah kita untuk memaafkan? Bila perasaan telah disakiti, mampukah kita melupakannya? Bila kawan sekerja tidak menyelesaikan kerja kumpulan seperti yang anda harapkan, mampukah anda bersabar? Bila anak nakal atau murid tidak dengar cakap,apakah kita mampu menahan marah? Bila jiran mengumpat dan menghina kita, apakah kita mampu untuk bertenang dan tidak
berdendam? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain, ertinya kita belum memiliki hati yang benar-benar bersih. Kita belum menjadi seorang pemaaf.
Bagaimana mahu melunakkan hati agar kita dapat berlapang dada dengan melupakan kesalahan orang lain seterusnya memaafkan orang lain?
Sama-sama kita merenungi perkara di bawah:
- Kalau kita susah memaafkan orang lain itu tandanya kita ada sifat ego sombong yang dimurkai Allah. Seolah-olah kita ini ‘tuan’ orang lain maka kita mahu supaya orang lain menuruti kemahuan dan kehendak kita. Apabila mereka tidak menjadi seperti yang kita mahu, kita pun marah dan berdendam supaya dia menerima balasannya.
- Setiap orang a
da kelemahan dan kekurangan termasuklah kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula bersalah dengan orang. Apakah kita boleh menjamin yang kita tidak akan buat salah dan silap? Kalau kita mahu orang memaafkan kita pastinya orang lain mahu kemaafan dari kita. - Kalau kita masih susah melupakannya, ingatlah bahawa segala yang terjadi itu bukanah hakikatnya dengan izin Allah jua? Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari Allah. Dia mahu lihat apakah kita menerimanya dengan sebaik-baiknya . bila kita tetap marah-marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, ertinya kita sedang marah pada Allah umpama kita berkata “Allah tak patut buat aku begini..”
- Kita seringkali salah dalam mentafsir tindakan seseorang. Kadang-ka
dang kita ingat dia bergurau rupa-rupanya dia serius . Kadang-kadang kita ingat dia faham rupa-rupanya sebaliknya. Mudah sangat berlakunya salah faham dalam sesebuah komunikasi. Kadang-kadang orang marah pada kita, kita sangkakan dia membenci kita, tetapi rupa-rupanya dia sayangkan kita. Kadang-kadang orang lain menolak pelawaan kita untuk keluar bersama menyebabkan kita berkecil hati, sedangkan kita tidak tahu rupa-rupanya orang tu ada masalah lain yang ditanggung. Mengapakah tidak kita cuba menyelami isi hati dia? - Setiap orang tidak tahu penghujung hidupnya. Adakah baik penghujung hidupnya atau buruk penghujung hidupnya. Apabila berdepan dengan orang yang kita rasa cukup jahat dia ni.. tahap maksimum jahatnya dia ni.. pujuk diri kita untuk bersangka baik dengan si dia. Runtuhkan rasa benci dan binalah rasa simpati. Doakanlah untuk dia. Berlaku baiklah dengan dia. Kerana hati dia Allah yang pegang, andai Allah mahu dia jadi baik, dengan mudah dia boleh brubah. Mungkin dia pernah sangat-sangat menyakiti anda.. tetapi tidak mustahil dia juga boleh menjadi orang yang paling membahagiakan anda.
Bersatu
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
Isnin, 15 Disember 2008
racun dan penawar penyakit umat Islam
Apabila kita melihat kembali lembaran sejarah silam kehidupan orang Islam selama lebih 1350 tahun yang lalu, maka kita dapat lihat betapa gemilangnya umat Islam ketika itu. Sedih sekali apabila kita mengalihkan pandangan dari lembaran sejarah tersebut dan cuba pula memerhatikan keadaan umat Islam hari ini maka kita akan nampak bahawa umat Islam hari ini dihimpit dan dipijak. Umat Islam seakan jasad yang sedang bertarung melawan pedihnya sakaratul maut. Tidak cukup dengan serangan zahir bertubi-tubi golongan anti Islam yang membunuh kekuatan negara Islam, umat Islam dijangkiti pula dengan virus-virus Yahudi yang mencacatkan akidah umat Islam. Kecacatan semakin parah hinggakan umat Islam kehilangan jati diri dan hampir tidak dapat dibezakan jati diri mereka berbanding orang bukan Islam. Golongan yang 'Islam' hanya pada kad pengenalan telah mempersendakan prinsip agama Islam yang suci. Mereka mengkritik setiap amalan agama sehingga mereka berkata bahawa syariat yang suci itu tidak lagi sesuai diamalkan. Syariat-syariat ini adalah sia-sia dan tidak berguna lagi pada pandangan mereka. Orang yang anti Islam pula bertepuk tangan dan bersorak gembira melihat anak-anak muda harapan agama yang berjaya dirosakkan pemikirannya.
Mereka berjaya mencucuk jarum beracun ke dalam urat-urat muda mudi Islam hingga rosak akhlak dan pemikiran mereka. Besar harapan mereka agar anak-anak muda yang sudah dirosakkan itu sendirilah yang akan
merobek-robekkan agama mereka sendiri. Sungguh menghairankan satu kaum yang dahulunya telah menyirami dunia, mengapa pada hari ini mereka sendiri kedahagaan? Kaum yang suatu ketika dahulu pernah mengajar dunia tentang erti sebenar tamadun dan peraturan hidup kini seolah mereka sendiri hidup tanpa tamadun dan peraturan hidup. Pelbagai jenis ubat sudah dicuba oleh pemimpin-pemimpin bagi mengubati penyakit umat ini namun semakin diubati, semakin parah penyakitnya. Keadaan yang semakin kritikal ini memberi suatu tuntutan kepada kita untuk bangkit dan merupakan suatu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan jika kita memilih untuk berdiam diri. Seandainya masih ada pihak yang boleh bersenang-senang pada saat ini, tunggu sahajalah apabila anak mereka sendiri pulang ke rumah memakai tanda salib di leher.
Walaubagaimanapun, sebelum kita memulakan sebarang tindakan, kita wajib mengenal pasti penyakit akar umbi umat hari ini. Kesilapan mentafsir penyakit sebenar mengakibatkan rawatan yang diberi bukan sahaja sia-sia malah akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Pelbagai tafsiran telah di ketengahkan hasil dari analisa pelbagai pihak sama ada mereka yang benar-benar jujur hendak memperbaiki umat atau pun sekadar merungut dan mencela zaman tanpa sebarang usaha memperbaikinya. Hakikatnya, kegagalan mengubati penyakit umat ini adalah kerana beberapa penyakit yang kononnya dikatakan sebagai punca kejatuhan kita, bukanlah penyakit yang sebenar, tetapi hanyalah gejala sampingan atau simptom-simptom yang hadir akibat penyakit sebenar. Jelaslah di sini betapa sia-sianya usaha yang dilaksanakan untuk mengubati penyakit tatkala penyakit sebenar gagal didiognosa.
Kita mendakwa bahawa syariat Islam adalah undang-undang Allah yang syumul yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu mengapa kita masih berdegil mahu mengkaji penyakit umat hanya menggunakan akal manusia yang cetek ini?. Sepatutnya dalam mengenal pasti penyakit umat ini, kita merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan mengetahui cara rawatan bersumberkan ilham dan hidayah dari rujukan tersebut. Apabila Al-Quran sendiri merupakan perlembagaan hidup kita hingga ke hari kiamat, maka mengapa kita tidak mahu merujuk kembali kepada Al-Quran tatkala pada saat genting ini? Mengapa masih ada umat Islam yang masih terus berfalsafah dan mengemukakan pelbagai teori untuk masyarakat mendengarnya sedangkan nyata falsafah dan teorinya bertentangan dari Al-Quran?
Di dalam surah An-Nur ayat 55, Allah telah menyatakan bahawa pemerintahan dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini adalah untuk orang mukmin.
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan ) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman …” (An-Nur : 55)
Allah juga telah memberi jaminan bahawa orang mukmin sentiasa akan menguasai orang kafir dan mereka (orang kafir) tidak akan mempunyai pembantu seperti yang dinyatakan dalam firmanNya :
“Dan sekiranya orang-orang kafir itu memerangi kamu pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah) kemudian mereka tidak beroleh pelindung dan tidak (pula) penolong.” (Al-Fath : 22)
Allah juga telah berjanji untuk membantu orang-orang yang beriman. Persoalannya adakah kita yang kononnya jujur untuk mengislah umat ini benar-benar beriman atau hanya sekadar di bibir imannya.
“…Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Ruum : 47)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali’ Imran : 139)
“.. Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.” (Al-Munaafiquun : 8)
Dengan merenung firman-firman Allah di atas, dapatlah kita membuat satu kesimpulan bahawa keimanan merupakan tunjang kekuatan, ketinggian dan kemenangan umat Islam. Sekiranya mereka yang mengakui ingin terlibat dalam usaha pengislahan umat ini benar-benar beriman dengan sepenuh hati kepada Allah dan berniat melakukan usaha agama ini kerana sunnah Rasulullah saw tercinta, maka kejayaan adalah milik mereka,Insya’Allah. Sebaliknya jika mereka yang mengerjakan usaha pengislahan umat ini mengabaikan hubungan mereka dengan Allah dan memandang enteng sunnah Rasulullah, mereka sebenarnya bukan sahaja sedang mensia-siakan diri mereka malah mungkin sedang merosakkan umat tanpa mereka sedari, nauzubillah.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran.” (Al-Asr : 1-3)
Wahai saudaraku, andai benar kita telah kehilangan hakikat Islam yang merupakan kunci kebahagiaan dunia dan akhirat maka kita wajib mengetahui punca-punca yang menyebabkan roh Islam tersebut terkeluar dari jasad kita. Lalu menjadikan kita bagai jasad tidak bernyawa. Kita juga perlu tahu
cara-cara agar nikmat yang hilang itu dapat dikembalikan.
Merenungi ayat 110 dalam surah Ali Imran menjelaskan betapa tinggi penghormatan yang diberikan kepada umat Rasulullah saw iaitu gelaran sebaik-baik umat. Apakah ada penghormatan yang lebih besar daripada penghormatan yang diberikan oleh Raja sekalian saja? Namun adalah suatu perkara yang cukup bodoh seandainya kita sekadar berbangga kerana lahir sebagai umat Islam tanpa merenungi ayat tersebut sepenuhnya. Di dalam ayat itu telah dinyatakan bahawa keutamaan umat Muhammad saw adalah kerana umat ini telah diberikan satu tugas yang cukup mulia iaitu menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada keburukan. Nah, tugas yang dahulu dipikul oleh para rasul dan nabi kini diserahkan kepada umat Nabi Muhammad saw.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran : 104)
Dalam ayat di atas telah dinyatakan bahawa kejayaan adalah bagi mereka yang melakukan kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan.
Dalam sebuah hadith Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apabila umat-umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amar ma’ruf dan nahi ‘anil mungkar, mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah swt.” (Hadis Riwayat Hakim Tarmizi)
Imam Ghazali rah. Telah menjelaskan kepentingan dan keperluan usaha dakwah ini seperti berikut : “Tidak syak lagi bahawa amar ma’ruf dan nahi ‘anil mungkar adalah satu rukun agama yang besar. Malahan setiap bahagian daripada agama ada kaitan dengannya. Justeru untuk menyempurnakan usaha tersebut Allah swt telah mengutuskan kesemua nabi dan rasul a.s. Sekiranya tugas amar ma’ruf dan nahi ‘anil mungkar tidak diberi perhatian dan ditinggalkan terus dari segi ilmu dan amalan maka pasti nubuwah (kenabian) tidak akan berguna lagi. Kesan daripada itu, sifat amanah, yang menjadi sifat utama kemuliaan manusia akan pupus dan binasa, sifat malas (untuk beribadat) akan tersebar, jalan-jalan kesesatan dan penyelewengan akan terbuka luas, kejahilan akan berleluasa di ala mini, semua urusan akan mengalami kerosakan, perpecahan antara satu sama lain akan berlaku, masyarakat akan rosak dan makhluk keseluruhannya akan binasa. Kerosakan dan kebinasaan ini akan terbukti semasa berlaku perhimpunan di padang mahsyar apabila kesemua orang dihadapkan dan dihisab di hadapan Allah swt.”
Sungguh memilukan melihat umat Islam hari ini yang bercerai berai dan saling mencerca antara satu sama lain. Kerakusan manusia dalam mengumpul harta dan kuasa menjadikan mereka berlaku zalim dan hilang perikemanusiaan. Sungguh susah untuk mencari mereka yang benar-benar mukmin yang sanggup menerima cacian dan makian dalam usaha menunjukkan jalan yang benar.
Imam Ghazali rah turut berkata “sekiranya ada mana-mana lelaki mukmin yang berusaha untuk memperbaiki kerosakan dan kebinasaan, berusaha menghidupkan sunnah dan sanggup berdiri untuk memikul beban usaha dakwah yang diberkati, dengan menyinsing lengan turun ke medan dan menghidupkan sunnah-sunnah maka pastilah dia merupakan orang yang paling istimewa di kalangan manusia dan memiliki peribadi yang paling unggul.”
Wahai saudaraku, keadaan umat kita pada hari ini yang sedang kritikal dengan pelbagai isu dan masalah seharusnya menyedarkan kita kepentingan dan keperluan kerja dakwah ini. Ingatlah bahawa umat Islam seumpama satu badan, sekiranya satu anggota sakit, maka seluruh badan akan terasa sakitnya. Seandainya ada yang berpendapat bahawa kerja dakwah ini adalah kerja ulama sahaja, ingatlah bahawa Islam ada hak yang wajib kita tunaikan iaitu memelihara kesucian agama ini. Dalam sebuah hadis memperingatkan kepada kita :
“Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pengembala dan setiap kamu akan ditanya tentang apa-apa yang kamu gembalakan. Maka ketua kepada orang ramai adalah pengembala dan dia akan ditanya tentang mereka, seorang lelaki adalah pengembala bagi ahli rumahnya dan dia akan ditanya tentang mereka, seorang perempuan adalah pengembala kepada rumah suaminya serta anak-anaknya dan dia akan ditanya tentang mereka. Seorang hamba adalah pengembala terhadap harta tuannya dan dia akan ditanya tentang harta itu. Jadi setiap daripada kamu adalah pengembala dan akan ditanya tentang apa-apa yang kamu gembalakan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seringkali kita merasakan bahawa kita sendiri tidak beramal dengan perkara-perkara yang baik dan kita juga bukanlah ahli dalam bidang agama maka kita merasakan kita tidak layak untuk menasihati orang lain. Sedarlah bahawa kerja dakwah ini bukanlah salah satu bidang yang ditawarkan di pusat pengajian dan kerja dakwah ini bukanlah sebuah profesion untuk golongan tertentu. Kerja dakwah ini telahpun diperintahkan Allah swt untuk kita yang mengakui diri adalah hambaNya. Sepatutnya kita memulakan kerja dakwah ini dengan menganggap ianya adalah kerana perintah Allah swt dan insya’Allah dengan keikhlasan ini akan menjadi penyebab kepada kemantapan, keteguhan dan istiqamah kita. Ya Allah..
izinkanlah diri kami, keluarga kami dan keturunan kami untuk berada di jalan dakwah yang Engkau cintai ini.. Amin..
Sabtu, 22 November 2008
menyanyi & muzik

ingat lagi artikel berkaitan cat stevens yang kembali aktif menyanyi setelah sekian lama menyepi? ini ada sedikit bahan yg lillah harap dapat dikongsi bersama.. berkaitan status hukum 'nyanyian' dlm islam..
:-)
Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri omong kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.
Dalam hadis diterangkan: "Dari Aisyah r.a, bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)
Dan diriwayatkan pula: "Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh kerana itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah)
"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam Ghazali dalam Ihya'nya [27] setelah membawakan beberapa hadis tentang bernyanyinya dua orang gadis itu, permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya: kerana kamu, aku melihat hai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini; dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian Ghazali berkata: bahawa hadis-hadis ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahawa nyanyian dan permainan, bukanlah haram. Dan dari situ juga menunjukkan dibolehkannya bermacam-macam permainan:
1. Bermain anggar sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Habasyah.
2. Permainan boleh dilakukan di masjid.
3. Sabda Nabi kepada orang-orang Habasyah: keranamu aku melihat hai Bani Arfidah, adalah suatu perintah dan anjuran untuk bermain. Oleh kerana itu bagaimana mungkin permainan itu diharamkannya?
4. Dilarangnya Abubakar dan Umar dengan alasan, bahawa hari itu adalah hari raya dan hari gembira, sedang bernyanyi adalah salah satu daripada jalan untuk bergembira.
5. Berdirinya Nabi yang begitu lama sambil menyaksikan dan mendengarkan nyanyian yang disetujui Aisyah, adalah cukup sebagai bukti, bahawa metode yang baik untuk menghaluskan budi perempuan dan anak-anak dengan cara menyaksikan permainan adalah lebih baik daripada kekasaran ruhud dan berkekurangan dalam suasana terhalang dan dihalang.
6. Perkataan Nabi kepada Aisyah yang didahului dengan kalimat bertanya: senangkah kamu untuk melihat?
7. Perkenan untuk menyanyi dan memukul rebana dari dua anak gadis itu dan seterusnya, seperti yang dituturkan al-Ghazali dalam Kitabus Sama' (fasal mendengar). Dan dari beberapa sahabat dan tabi'in diriwayatkan, bahawa mereka itu pernah mendengarkan nyanyian, sedang mereka tidak menganggapnya suatu perbuatan dosa.
Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian."
Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."
Banyak sekali nyanyian-nyanyian dan muzik yang disertai dengan perbuatan berlebih-lebihan, minum-minum arak dan perbuatan-perbuatan haram. Itulah yang kemudian oleh ulama-ulama dianggapnya haram atau makruh.
Sebahagian mereka ada yang ;nengatakan: bahawa sesungguhnya nyanyian itu termasuk lahwul hadis (omongan yang dapat melalaikan) sebagai yang dimaksud dalam firman Allah:
“Di antara manusia ada yang membeli omongan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disedari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina.” (Luqman: 6)
Ibnu Hazm berkata: "Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya boleh menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, iaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Oleh kerana itu jika dia membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang ramai dan dijadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah s.w.t. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang boleh dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah."
Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahawa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.
“Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan.” (Yunus: 32)
Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik --termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan, seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekadar melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.
Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah nyanyian ini, iaitu:
1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Oleh kerana itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang supaya minum arak, misalnya, maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram, dan si pendengarnya pun haram juga. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu.
2. Mungkin subyek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam, tetapi cara menyanyikan yang dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada I;ngkungan haram, misalnya lenggang gaya dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.
3. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal sampai pun dalam beribadah, maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur, padahal waktu itu sendiri adalah berarti hidup!
Tidak dapat diragukan lagi, bahawa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah dapat menghabiskan waktu untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan yang berlebih-lebihan, melainkan di balik itu ada suatu kewajiban yang terbuang."
4. Tinggal ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya sendiri, iaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya, maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus, demi melindungi hatinya, agamanya dan budi luhurnya. Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira.
5. Di antara yang sudah disepakati, bahawa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, iaitu sebagaimana sabda beliau:
"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu boleh dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)
Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya, tetapi apa yang dimaksud dirombak jiwanya dan rohnya. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya, jiwa kera dan rohnya roh babi.
