"Argh!! tertekan! Tertekan bila masuk bilik Lillah!"tiba-tiba Kak Wahid memusingkan mukanya ke arah dinding. Saya tersentak. Kenapa? Apa berlaku?
"Kenapa kak??"soal saya.
"Tu.. tu.. Hamba Allah yang berdosa... tertekannya rasa.."keluh Kak Wahid. Ohh.. hehe. Saya menampal sekeping kertas A4 putih yang tertulis dengan tulisan bersaiz besar "SIAPA AKU? HAMBA ALLAH YANG BERDOSA" di dinding bilik. Ada sekeping kertas lagi tertulis "APA YANG AKU MAHU? ALLAH".
Saya sengaja menampal soalan-soalan dan jawapan itu di dinding supaya saya sentiasa dalam keadaan sedar diri. Saya tinggal sendirian di rumah, dan tiada sesiapa untuk memperingatkan saya tentang dua persoalan utama itu. Tenang setiap kali terpandang kalimah 'Allah' itu.. Tidak sangka pula ianya memberi kesan kepada tetamu-tetamu yang bertandang ke rumah saya.
Semalam adalah hari terakhir saya di rumah sewa yang comel itu. Sahabat-sahabat rapat tiba-tiba datang bermalam bersama pada malam terakhir. Bak kata kak Wahid, "Marilah Mt semua berkumpul, meraikan Lillah yang dah nak meninggalkan Penang.."
kak Wahid post di facebook :
siapa kita??Hamba Allah yang Berdosa
fairuz pula post di blog dia :
Alhamdulilah.. Syukur Alhamdulilah ke hadrat Illahi.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi..Kadang-kadang Apabila kita sering merancang tetapi akhirnya tidak jadi di tengah jalan. Perkara biasa, apabila manusia yang serba kekurangan dan kelemahan di samping kebatasan yang sangat terbatas apabila merancang pasti ada sahaja yang tidak sesuai. Tetapi, SubhanaALLAH.. apabila hadir Perancang Dan Sebaik-sebaik Perancang adalah DIA swt, semua yang terjadi memberi hikmah terbesar buat kita semua. Dan itulah yang terjadi buat kami 5 sahabat semua.. Alhamdulilah..
Hadiah istimewa yang ALLAH beri kepada kita semua, hargailah sebaik mungkin. Setiap orang dapat 'hadiah' masing-masing bukan. Oleh itu, fikir lah dan renungilah sebaik mungkin. Jangan biarkan dirimu kembali di pujuk rayu oleh syaitan yang licik dan juga nafsu yang tiada pernah kenal erti puas. Wahai sahabat, Alhamdulilah atas usia yang DIA beri kepada kita. Ku lihat kalian semakin meniti kedewasaan. Dan malam itu kita berbincang dan akhirnya kita dapat merumuskan tujuan hidup kita yang sebenarnya iaitu - REDHA ALLAH. Oleh itu, kuatkan hatimu, kuatkan langkahmu, pertahankan prinsip itu demi mencari kebahagian yang ALLAH redhai. =)
Siapakah aku??
Aku hamba ALLAH yang BERDOSA !!!
Kita tidak pernah lari melakukan kesilapan dan keputusan yang bodoh. Manusia. Kita manusia. Kita lemah dan kita tidak berdaya..Melainkan DIA YANG MAHA BERKUASA. KepadaNYA sahaja kita pohon kekuatan dan petunjuk agar kita di pandu olehNYA menuju kepada keredhanNYA. Mahu jadi orang yang lebih dari semalam..lebih beriman, lebih berilmu, lebih bersabar, lebih tabah, lebih berjaga-jaga ( warak), lebih khusyuk dan lebih fokus. InsyaALLAH.
Alhamdulilah.. Alhamdulilah.. Terima kasih ALLAH atas segala tarbiyah yang KAU kirimkan buat ku dan sahabat-sahabatku... Alhamdulilah.. =)
Asma komen di facebook :
siapa aku?? hamba ALLAH yang berdosa...................
siapa aku?? hamba ALLAH yang berdosa...................
lillah..:')
Alhamdulillah.. terima kasih sahabat-sahabatku.. Saya sangat menghargai kalian.. Saya menyayangi kalian kerana Allah.. Moga kita semua istiqamah di jalan dakwah ini.. Niatkan pada yang Esa. Luruskanlah kata hatimu.. Jika niat kita betul dari awalnya, amalan kita takkan sia-sia.. InshaAllah..
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
orang doakan agar perancangan kita selari dengan perancanganNYA.. semoga lillah dan sahabat-sahabat bahagia dan ceria-ceria selalu. Ujian tanda kasih sayangNYA dan juga tanda ALLAH nak bgi hadiah istimewa kat kita.. =) Kepada sahabat-sahabatku.. Tetapkan di hati dan kuatkan langkah menuju kredhaanNYA.. Jangan seskali patah balik atau berhenti di tngh jalan. Inilah perjuangan kita.. Perjuangan takkan berhenti sehinggalah nadi yang terakhir.. Salam ukhwah buat semua.. :)
BalasPadamRedhamu dalam membuat sesuatu akan redha Allah pada dirimu. Ikhlasmu dalam sesuatu akan diterima ikhlas itu. Biar seribu mengutuk tindakkanmu, biar seribu mengganggu, biar seribu tak mahu mendengar ceritamu tetapi Allah tetap bersamamu, Allah tetap mendengar rintihanmu, Allah akan tetap memeliharamu jika jalanmu mendapat REDHA dariNya.....Ya Rabb..Engkau teguhkan pendirian mereka yang menyintai Mu ya Rabb.. Ya Rahman pandang kami dengan kasihmu....Ya Rahim kesihani kami sebagimana Engkau mengasihani Kekasih-kekasihMu....Jangan ada kemurkaan dariMu....ya Rabbal Alamin....
BalasPadambukan tertekan kerana ape...tertekan coz, kalu nak buat benda2 lagha tak jd terus, takut tambah dosa, bagus letak tu, tp tertekan..huhu....ape2 pun tu ingatan untk kita...
BalasPadamluv u all..
salam...
BalasPadamsalam ziarah kembali dan salam kenal...saye pernah buka blog nie 2tahun yang lepas di daerah lautan biru negeri kecintaan Tganu dan hari nie baru terbuka semula di daerah hijau pertanian coz semalam ader terbaca dalam simpanan...huhu...
terima kaseh...ada something yang saya dapat...
siape aku???
hamba Allah yang berdosa...