Ahad, 28 Mac 2010

adikku sayang...


“ali.. bangun! bangunla…”saya mengejutkan adik lelaki saya yang sedang tidur.

“Bangun, mandi.. solat maghrib. dah nak masuk waktu ni.. ”saya membebel.. Adik saya duduk sambil menggesek matanya. Adik saya bukan budak kecil, sudah 18 tahun, sedang menunggu tempat ke IPT.

“Mandi..”saya menarik tuala dia dari ampaian dan menarik tangan dia ke toilet. Dalam mamai dia akur masuk ke toilet..

Ketika saya sedang mengambil wudhuk kedengaran suara iqamah.. Oh, jemaah di surau sudah hendak memulakan solat jemaah, nampaknya tidak sempatlah saya menghantar adik saya ke surau.. Sebaik saya keluar dari toilet, hujan turun dengan lebatnya bagai menyimbah rumah kami. Memang gila punya lebatlah…! dengan petir-petir.. Bising!.. dan ditambah alarm rumah jiran kami akibat sensitive gegaran.. saya dan romlah berpandangan..

“pelik, hujan malam ni lain macam lah..”saya memberi komen.
“rumah kita macam kena simbah-simbah..”tambah saya lagi.
“angin kuat kot.. tu yang jadi macam ni..”sampuk romlah..

Selepas solat maghrib saya sibuk ke luar rumah, kelihatan emak sedang sibuk menyelamatkan kucing-kucing kami dari dibasahi hujan.
terdetik di hati, hujan lebat.. diantara keringanan bersolat berjemaah di masjid ialah apabila hujan lebat. TAPI, kereta kan ada.. apa gunanya ada harta tapi tak digunakan untuk Allah?

“mak, pinjam kereta.. nak hantar ali pegi surau jap..”saya meminta izin emak.
“Kunci atas meja emak,”jawab emak.
“Lets go!” adik saya muncul.

Kami menuju ke sebuah surau yang sebenarnya sebuah rumah teres yang diinfakkan sebagai surau. surau KOSONG.. saya terkilan.

“Kak, kita pergi surau yang satu lagi,”adik saya memberi cadangan. Surau satu lagi tu masih dalam pembinaan. Saya tak pernah lihat surau tu beroperasi lagi.

“Ali.. surau ni kosong.. ni bermakna ada tuntutan untuk ali imarahkan surau ni.. lelaki dituntut untuk solat jemaah di rumah Allah.. dan mana boleh biarkan surau ni kosong macam ni…”saya membebel lagi..

adik saya diam.

Entah kenapa tiba-tiba malam ni kami tersesat dekat 10 minit berputar-putar dalam hujan lebat.. Sana sini jalan mati sedangkan saya sudah biasa dengan jalan-jalan ni.. Kenapa jadi macam ni?

“Ya Allah… kami nak sembahyang..”saya menyeru.. ada sedikit cemas.
“ali, kita dah lewat ke? dah isyak ke ni?”soal saya.
“belum rasanya..”jawab ali. Lega..
“Allah nak bagi kita pahala lebih ni, memanjangkan jarak perjalanan ke rumah Allah…”saya cuba menceriakan suasana. Ali tergelak.

Sebaik sampai di surau yang sepatutnya belum beroperasi, surau tu ramai orang.. dan mereka sedang mendirikan saf bersiap sedia untuk bersolat berjemaah. Bahagian luar surau masih tunggang langgang dengan pasir dan zink. dari pagar kawasan luar surau jelas kelihatan yang surau ni masih dalam pembinaan.

“Ramainya! Sukanya! Alhamdulillah..” saya excited.

Selepas drop adik saya di surau, saya balik rumah dan solat isyak.. kemudian ke surau semula.. Saya segan nak solat di surau tu kerana tiada jemaah perempuan dan saya tidak nampak di mana ruang solat perempuan.. Mungkin ruang tu belum siap, I mean kain langsir belum dipasang…

sebaik sampai di surau, kelihatan orang ramai sedang duduk mendengarkan ucapan seseorang. Ada ceramah ke? Saya parking di tempat terlindung dan berniat mahu mencuri dengar isi ceramah..

saya sms adik saya “kakak ada d luar.. nanti kalau dh selesai kuar la.. Kakak ada d bhgn depan kiblat”
dia reply “ada msyuart lantik ajk surau. Kakak xyah tunggu lah. Lama kot nh”
saya : “Ooh takpe nak dengar.. Kakak dengar dari dlm kreta..”
dia : “Sbuk je haha,btw, kita perlukan ajk wanita tp xde sorang pun..mehla msok haha”
saya : “kakak tak pakai socks ni.. kalau nak calonkan nama bole la kot.. err..”

Rasanya lebih sejam jugalah saya menunggu di dalam kereta.. Hujan rintik-rintik. So bolehla saya matikan enjin dan buka tingkap di sebelah. Ramai lah pulak lelaki lalu lalang, rupa-rupanya jemaah dari masjid dan surau-surau lain datang untuk mesyuarat. Saya membatukan diri supaya mereka tidak sedar kewujudan saya yang seolah perisik sedang mengintip. seronok juga mendengar isi-isi mesyuarat tu.. rasa bersyukur.. Alhamdulillah…

Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberi saya peluang untuk menjadi seorang kakak yang menjaga adiknya.. Kakak harap segala pengorbanan yang kakak lakukan ini tidak sia-sia. Kakak mahu lihat adik-adik kakak menjadi hamba yang soleh.. Kakak tak akan penat sedikitpun untuk menjaga adik-adik kakak kerana kakak tahu Allah pasti menghitung dan memberi kakak pahala untuk setiap yang kakak lakukan ini.. Kakak tidak tahu berapa lama tempoh yang masih berbaki ini, kakak berharap kakak dapat memberi yang terbaik dalam tempoh yang Allah beri ini.. Hidayah itu milik Allah.. Moga Allah memberi hidayah pada keluarga kita, dan pada orang yang melihat keluarga kita.. moga kita semua termasuklah para pembaca sekalian diberi hidayah oleh Allah.. amin Ya Mujib..


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....