Rabu, 17 Mac 2010

identiti rumahtangga Muslim


identiti rumahtangga Muslim dapat dikenal melalui ciri-ciri berikut :

1. Rumahtangga yang berpendidikan Islam, teguh, tenang dan damai.
2. Suasana semulajadinya sentiasa riang dan gembira.
3. Rumahtangga yang sentiasa bersih dan selesa.
4. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi perkara-perkara yang haram dan syubhat.
5. Ahli-ahlinya mendirikan sembahyang.
6. Bersih hati pancaindera dan anggota. Menjauhi sifat-sifat tabarruj, bersih dari menunjuk-nunjuk.
7. Memandang tinggi memuliakan dan menghormati agama dan peribadi Muslim.
8. Ahlinya mempunyai kebijaksanaan mentadbir rumahtangga.
9. Pemilihan calon suami atau isteri berteraskan agama Islam.
10. Rumahtangga yang sentiasa menjadi tumpuan kebaikan dan kebajikan.
11. Da'wah terlaksana di dalamnya.

Andainya ciri-ciri tersebut di atas dapat diwujudkan dalam sesebuah rumahtangga bererti rumahtangga itu telah memberikan sahamnya atau telah memainkan peranannya dalam usaha membangunkan ummah seperti yang tersebut dalam Al-Quran :

"Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah."
(Ali-Imran , 3:110)

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu."
(Al-Baqarah , 2:143)

p/s : ini adalah subtopik yang saya ambil dari buku 'Identiti Rumahtangga Muslim' oleh Muhammad Al-Jabari.. buku ni saya pinjam dari emak.

di salah satu page tu ada tulisan tangan

" Untuk sahabat yg dikasihi, semoga menjadi isteri yang solehah seperti Khadijah yg merelakan harta kekayaannya untuk perjuangan suami ke jalan Allah, seperti Az-Zahra yang sentiasa meredhai kemiskinan hidup di samping Ali, semoga Allah memberkatimu seperti Ia memberkati mereka. yg mendoakan kebahagiaanmu. 3/12/1406"

emak kata buku ini hadiah perkahwinan emak abah dari sahabatnya.



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

2 ulasan:

  1. Alhamdulilah...

    Semoga di permudahkanNYA segala urusan dan di perkenankan sgla doa lillah dan sekeluarga..amin.

    :)

    BalasPadam
  2. sukanye.. ameen.. insyaAllah..=)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....