Allah cinta pada orang berzikir
Allah cinta pada orang berfikir
Allah cinta pada orang yang taat
Allah cinta pada orang bertaubat
Allah cinta pada orang yang jujur
Allah cinta pada orang bersyukur
Allah cinta pada orang dermawan
Allah cinta pada orang yang sabar
hidup di dunia hanyalah sebentar
setiap perbuatan kan mendapat balasan
hidup di dunia hanyalah sejenak
setiap pertaubatan kan mendapat ampunan
Allah ya Allah
Allah ya Rahman
Allah ya Allah
Allah ya Rahim
Allah cinta pada orang berfikir
Allah cinta pada orang yang taat
Allah cinta pada orang bertaubat
Allah cinta pada orang yang jujur
Allah cinta pada orang bersyukur
Allah cinta pada orang dermawan
Allah cinta pada orang yang sabar
hidup di dunia hanyalah sebentar
setiap perbuatan kan mendapat balasan
hidup di dunia hanyalah sejenak
setiap pertaubatan kan mendapat ampunan
Allah ya Allah
Allah ya Rahman
Allah ya Allah
Allah ya Rahim
Adakah kita lupa bahawa manusia yang dilahirkan ke muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah rezeki, jodoh dan ajalnya?
Apakah kita lupa bahawa kita wajib melaksanakan kewajipan terhadap Allah semata-mata kerana mahukan kasih sayang Allah, walau bagaimana susahnya kewajipan itu.
Sesungguhnya kita mestilah merancang dan mentadbir kehidupan kita dengan mengambil kira segala perundangan dan peraturan Allah swt. Kemudian sekiranya berlaku penzaliman dan kekejaman ke atas kita sedangkan kita taat terhadap undang-undang Allah maka kita anggaplah itu sebagai qada' dan qadar dari Allah dan daripadaNyalah kita memohon kesabaran dan memohon petunjuk...
p/s: ribuan terima kasih kepada makyang dan sahabat2 yang menjaga saya dengan penuh kasih sayang.. (badan macam nak demam. jika esok convo dalam keadaan demam, saya bercadang untuk tidur dalam dewan, mesti best.. hehe)
p/s/s : mahu sebut banyak2 "Alhamdulillah". mahu menjadi hamba yang bersyukur. tak mahu complaint. mahu sebut banyak2 "Astagfirullah". mahu jadi hamba yang suci. mahu sebut banyak2 "Lailahaillallah". mahu dekat padaNya!
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)