pernahkah kamu merasakan menjadi pelarian di tanah sendiri?
tidak?
pukul 1 pagi 3 Mac 2010..
saya baru terbaca sebuah komen di blog AMANI
"dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
assalamualaikum akh
asif jika kehadiran tidak disenangi
ana juga ada keluarga di daerah narathiwat tetapi ana tidak ingat nama kampungnya..
sekarang telah 3 tahun mereka menjadi pelarian di bumi kelantan
pihak tentera mengugut jika tidak diserahkan abang saudara dan pakcik ana..mereka akan merampas segala harta milik mereka..
syukur mereka diterima di bumi kelantan walau tidak memiliki dokumen pendudukan sah..
yang ana risaukan adalah abang saudara ana yang di bangkok kini keluar masuk lokap..
dah hampir 3 tahun
ana doakan untuk saudara di sana agar dilindungi sentiasa"
apakah yang kamu rasa?
saya ada saudara-saudara lelaki yang ramai.. yang hidup aman damai di bumi Malaysia yang harmoni ini.. tetapi saya takut, saya bimbang.. kedamaian ini membuatkan mereka leka dan alpa dalam melaksanakan tuntutan Allah terhadap mereka.. Saya risau melihat mereka takut bersusah untuk agama.. saya risau melihat mereka hilang sensitiviti terhadap maksiat yang berleluasa..
Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hambaMu yang terpilih untuk berada di jalan Mu...
Jangan butakan mata hati kami..
Bukakanlah mata hati kami...
Berilah taufik dan hidayahMu ya Mujib...
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)