sumber : cita pemuda
Hebat mana pun ciptaan manusia pasti ada kelemahan, itu adalah kepastian..
3,235 CCTV diselaras banteras jenayah
PUTRAJAYA 5 Mac - Sebanyak 3,235 kamera litar tertutup (CCTV) sedia ada termasuk yang akan dipasang di seluruh negara bakal diselaraskan untuk tujuan membanteras jenayah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dimuktamadkan menerusi perbincangan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pengangkutan hari ini dalam sasaran mengurangkan 20 peratus kadar jenayah jalanan.
Katanya, 388 daripada 1,525 CCTV baru itu akan difokuskan di empat negeri 'panas' melibatkan 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Sebelum ini, pemasangan 1,710 CCTV dilakukan untuk pelbagai tujuan antaranya berfungsi sebagai pemantau trafik atau menjaga keselamatan premis.
"Berikutan keputusan hari ini, Ketua Setiausaha kementerian bersama pihak polis akan bertanggungjawab dalam penyelarasan ini di peringkat negara dan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kemajuan Inisiatif Program Bandar Selamat: CCTV di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin menyeru sektor swasta yang kini telah mengaplikasi penggunaan CCTV di premis mereka untuk tampil bekerjasama dalam perkongsian maklumat.
"Saya menyeru pihak swasta untuk datang ke kementerian memberikan perkongsian pintar berkenaan perkara-perkara tambahan dalam memastikan kawasan perumahan atau premis mereka selamat," katanya.
Menurut Hishammuddin, mesyuarat penyelarasan itu turut memutuskan untuk membenarkan pihak PDRM mengakses CCTV berkenaan yang akan diintegrasi di semua balai polis seluruh negara.
"Oleh itu pemasangan CCTV baru akan lebih bertumpu di kawasan-kawasan panas yang kerap berlaku jenayah," katanya.
Ditanya mengenai amaran yang dikeluarkan Singapura semalam bahawa sekumpulan pengganas merancang untuk menyerang kapal-kapal tangki di Selat Melaka yang merupakan laluan perkapalan tersibuk di dunia, Hishammuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama rakan sejawatannya dari republik itu tidak lama lagi.
"Menteri Dalam Negeri Singapura akan membuat lawatan ke negara ini dan kita akan membincangkan berkenaan itu lebih lanjut di samping beberapa isu jenayah merentasi sempadan," katanya.
Dipetik http://www.utusan.com.my/
tapi pernahkah anda berfikir sejauh manakah CCTV dapat menjaga kehidupan anda? Adakah anda yakin dengan ciptaan moden ini dapat menjaga keluarga anda?
Dimana kelemahan CCTV?
CCTV hanya bertindak sebagai bukti dan tidak dapat menyelamatkan nyawa seseorang ketika dalam bahaya. Lainlah kalau CCTV sesebuah tempat mempunyai penjaga yang menjaga 24 jam untuk memantau kamera tersebut.
Objek yang dirakam harus dianalisis dari semasa ke semasa sekurang-kurangnya setiap tahun untuk mengekspos ‘blind spot’ dan memperbetulkan secepat mungkin. Tanpa analisis kemungkinan sistem kita akan dieksploitasi dari semasa ke semasa tanpa kita menyedarinya.
Kelemahan CCTV terakhir adalah CCTV hanya alat, ia tak dapat membezakan antara yang baik dan buruk, semua dia cedok,he. Jadi bagi citapemuda, CCTV bukan langkah terbaik untuk menjegah jenayah.
Cadangan penambahbaikan, salutkan hati manusia dengan sifat ketaqwaan, mengambil inisiatif menampal nota2 peringatan tentang kehebatan Allah yang mana melebihi kekuatan teknologi. Menggunakan teknologi tak salah tapi pengharapan yang terlalu tinggi kepada benda tu secara tak langsung mengajar penjenayah hanya takut kepada CCTV, jika takda CCTV maka jenayah akan menjadi-jadi. Kesan jangka panjang amat membimbangkan.. jadi fikir2kan..
p/S: Allah Maha Melihat.. Di hari pengadilan kelak, segala amalan kita akan dipertontonkan kembali kepada kita. Pada masa itu tangan, kaki dan kulit berbicara.. malah setiap helai bulu roma juga boleh petah berbicara.. Astagfirullah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)