Tak ada apa-apa ketakutan yang lebih wajar dibimbangkan daripada khilangan Allah... Selebihnya itu rasanya bukan apa-apa melainkan mainan hidup sahaja...
Maafkan saya sahabat-sahabat, kerana tanpa sengaja 'diam' saya telah membuatkan kalian bimbang.. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi keadaan belum sesuai.
Mari saya kongsikan ucapan-ucapan mereka :
ini dari seorang sahabat seperjuangan, MT PPMUSM :
"salam kak lillah...ok???gembira???chat???dah ade kat rawang...sabar k....x pe ni dugaan kecil dari ALLAH..mana lah tau akak sambg MASTER kat overseas lepas ni..heheh..perancgn ALLAH adlh yg TERBAIK....;) "
ini dari seseorang sahabat rapat yang pernah bersama-sama di kampus dahulu :
"Nak tegur serba salah..taknak bagi lillah sedih, nk nasihat.. rasanya lillah lebih faham dan tahu apa yg harus di buat, cuma dapat bagi kata2 semangat dan saya tahu..sahabat saya ini seorang yang kuat semangat dan kuat antibodinya..:)
Maaf kalau message ini macam kurang tepat waktunya.. tapi orang yakin, ALLAH sentiasa mendengar doa kita. Di tambah pula, doa orang2 yang baik2 dan redha.
Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan semoga ayah lillah sihat dan boleh berkeja semula.
Semoga kalian sekeluarga bersabar dan tabah hadapi ujian ini ya..
maaf kalau buat lillah sedih atau teringat kembali, tapi bila rasa jauh..tidak nampak riak wajah sahabat.. rasa tak tenang.
Maaf sangat2.. maaf kalau mesej ini tidak tepat pada masanya..
Orang tahu, lillah sekarnag dah banyak berubah..lebih kuat, lebih matang, lebih cekap dan lebih tabah juga.. Yakinlah pada diri..Lillah boleh lakukan!!. InsyaALlAH..dgn izinNYA.. semua akan jadi mudah.
Semoga di permudahkanNYA segala urusan lillah sekeluarga..amin2.."
ini dari seorang sahabat yang tidak pernah pun kami bersua:
"kisahkan urwah bin zubair ni salah satu anggota badannya terpaksa dipotong n dalam masa yg sama tu salah seorang anaknya meninggal dunia...
but dia sedikit pun tak berduka hati malah berkata ya ALLAH segala puji bagiMU....jika hari ini ENGKAU mengambil maka sebenarnya dulu ENGKAU telah memberi,jika kini ENGKAU mendatangkan cabaran,maka sesungguhnya ENGKAU telah memberikan keselamatan...
ENGKAU telah kurniakan empat anggota tubuh kepadaku(kaki dang tangan) namun kini ENGKAU hanya mencabut hanya satu dariku....ENGKAU kurnian 4 orang anak kepadaku namun kini engkau hanya mengambil seorang daripadanya....
betapa hebat dugaan ALLAH padanya kan awak..
ni lak kisah ibnu abbas awak
beliau ni kehilangan pandangannya(penglihatan)
jika ALLAH mengambil sinar dari kedua mataku,masih tersisa dihati dan sanubariku cahaya yang lain ...aku masih dianugerahkan hati yang cergas dan akal yang tidak menyimpang sedang lisanku dibuat tajam bagaikan pedang menyambar
moga bantuan yg xseberapa ini dapat membantu awak di samping bantuan ALLAH yg maha ESA..SUBHANALLAH!!!
ketahuila ALLAH tidak menetapkan qadha bagi seseorang hambaNYA,kecuali qadha itu baik baginya...
jagn pernah beralah k....
teruskan dakwah..... if one day awak tau juz sorang yg akan sokong dakwah awak,orang itu adalah sy..."
dan lain-lain lagi...
Usah bimbanglah, saya ok sahaja ni. Masih boleh ketawa dan bergurau senda. Saya memilih tidak mahu bercakap mengenai hal tertentu bukanlah sebab hati ini tidak redha dengan takdir.
Tetapi sebab nak menjaga hati. Mahu beralih arah dari mengadu pada makhluk kepada mahu mengadu pada Allah.. Saya mahu melatih jiwa menjadi hamba. Jiwa hamba tak banyak complaint. Jiwa hamba patuh dan taat pada Pemiliknya. Jiwa hamba berusaha sungguh-sungguh untuk memuaskan keinginan Pemiliknya. Dan itulah yang sedang saya usahakan...
Alhamdulillah, saya bertuah memiliki sahabat-sahabat yang sangat mengambil berat. Pelbagai nasihat yang saya terima. Pelbagai doa yang kalian kirimkan. Alhamdulillah. Moga setiap kebaikan itu diterima juga untuk kalian.. Amin...
Semalam emak telefon, bercerita tentang kenakalan 3 ekor anak kucing di rumah saya yang nakal. Mereka telah menumpahkan minyak masak dari kuali hingga badan mereka berlumuran minyak dan berbau makanan bergoreng. Kemudian topik perbincangan beralih kepada persoalan keluarga dan akhirnya sampai topik tentang diri saya. Saya tidak mahu membuatkan emak bimbangkan diri saya, jadi saya juga mula berahsia daripada emak. Sebolehnya saya mahu berdikari. Emak sudah cukup banyak bekorban untuk keluarganya. Tetapi saya tidak akan membohongi emak. Maka saya menjawab pertanyaan emak dalam nada ceria walaupun isinya sesuatu yang sedih.
"Mak jangan risaulah, kakak dah discuz dengan pihak dari Jabatan Bendahari. Dan kakak dah search info dari internet. Isnin ni kakak akan pergi ke Canselori untuk berbincang dengan mereka. Mak jangan risau tentang kakak, inshaAllah ada beberapa jalan lain yang boleh dicuba. Kakak cuma perlukan sedikit keberanian dan doa yang berterusan dari emak.. Jangan beritahu pada abah dahulu, nanti bila dah selesai semua ini, baru bagitahu..."pesan saya kepada emak.
Emak menjawab dengan tenang.
"Kakak, mak tak risaukan kakak.. Mak tengok kakak ni dari dulu selalu akan dapat jalan yang susah. Tetapi akhirnya kakak tetap berjaya. InshaAllah semua masalah ada penyelesaiannya."
Lega.. Alhamdulillah.. YES!
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [Al-Ankabut: 69]
Ayuh!
Aturkan langkah dengan keyakinan..
Akrabkan hati dengan Allah..
Hati-hati menjaga hati..
Ya Allah... aku menghadapMu dengan hati yang redha padaMu.. redhailah diriku...
Saya tahu lillah mesti akan paste message tu..
BalasPadamSaya tahu.. siapa sahabat saya ini. Dan Sebenarnya ALLAH lebih mengetahui perihal sahabat saya ini. Surah al baqarah 286. ALLAH dah berjanji dalam kalamNYA.
ALL the best wahai sahabat.=)
teruskan perjuanganmu.. ALLAHUKABAR!!
tahu saya akan paste message ni?
BalasPadamhehe.. dalam hidup ni, mencari kawan yang baik adalah satu tuntutan...
menghargai sahabat yang baik adalah satu kemestian...
memiliki sahabat yang baik adalah satu keperluan..
alhamdulillah ^_^