Jumaat, 30 Oktober 2009

DOSA bergambar dengan BUKAN MAHRAM....?


Soalan:

salam.. ada satu soalan..

1.apa hukum kalau lelaki dan wanita(yg bukan muhrim) bergambar berduaan dlm stu foto...

2.mcm mana nak elak.??- musykil2 tq

Jawapan :

w'salam.. {eh..macam ada 2 soalan la..takpe2..}

*sedikit kompius - lillah rasa maksud soalan ni ialah lelaki yang bukan mahram iaitu lelaki yang halal dinikahi..(^,~)v


1. hukum lelaki & wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu foto

a) Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita...

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan ustaz atau sesiapa sahaja.. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau nenek anda..

hal ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan hati-hati mereka yang terlibat.. boleh dari tak ada rasa apa-apa terus rasa macam2..
{syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. hukum mendekati zina itu haram}

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

b) Malu lah untuk buat dosa...

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]

c) Dosa membuat fitnah itu besar... jadi mengapa memfitnah diri sendiri?

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al-Baqarah : 191

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Al-Buruj : 10


2. cara mengelakkan..

1. jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. so orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..

2. imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..

3. tolaklah pelawaan dengan baik... minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. janganlah pulak lepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. hilang respect dia..

4. berdoalah... kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...

Wallahualam... moga membantu... (^,~)v

p/s : teringat masa zaman wajib ada formal dinner.. sebelum ke majlis tu, lillah akan inform kawan2 perempuan lillah yang lillah tak nak bergambar dengan lelaki bukan mahram.. (sambil tu nak nasihatkan mereka supaya janganlah buat macam tu).. dan bila sampai sana, tak adalah yang mengganggu sebab kawan2 akan membantu mengelakkan hal itu dari berlaku.. yang lelaki2 tu pun tak kecik hati sebab kawan lillah yang menolak, lillah diam aje (diam tanda stuju)... :p sekarang ni kalau habis je dinner, lillah akan jadi antara orang first cabut lari... pergilah toilet ke.. teman nenek merehatkan diri ke.. kemaskan barang di tempat lain ke.. berbuatlah apa sahaja untuk menyelamatkan diri.. Allah tahu niat kita.

Selasa, 27 Oktober 2009

perjalanan mencari ** happiness **

khas for yati yg jauh d mata tp dekat di hati..... dan

lillah nak dedicate this notes utk adik2 yg dsayangi.. sahabat2 yg dikasihi..
{ubat rindu sbb x dpt ketemu.. huhu}

berbahagialah sebagai tanda syukur kerna punya nikmat iman & islam....

hidup ni ibarat satu pejalanan yg panjang.. dan tak sunyi dari ujian2 yg sometimes membosankan, melemaskan, menjemukan dan menyerabutkan..

kadang2 kita berusaha segigih2 nya.. tapi nothing change..
kita cuba berusaha settel kan masalah.. tapi x settel2 masalah tu..
kita cuba buat macam2.. tapi semua macam ibarat mencurah air ke daun keladi..

finally we almost give up.. {sad mood}

fikirkanlah...

Allah the Mighty.. Berkuasa buat apa je kan.. kalau Dia nak kita selesaikan masalah dgn mudah, *TING!* Mudahlah ia..

takde sapa dpt halang kalau Allah dah nak bagi..

{rezeki & jodoh Allah dah tetapkan}

tapi skrg ni Allah bagi kita dgn cara yg susah2... sebab Dia nak kita LALUI kesusahan itu..


nape???

sebab Allah nak test kita.. sabar tak dengan kesusahan tu?

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa
Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja
dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan pada Kami?"


(Al-Mu'minun : 115)

so dalam menghadapi turun naik hidup ini...
hendaknya kukuh kn lah tembok kesabaran...
usah menunggu2 untuk membahagiakan diri..
sebab belum pasti setelah keinginan dicapai, bahagia akan kunjung..

bahagia itu bukan di penghujung pejalanan tetapi disepanjang pejalanan.... (-,^)/

Isnin, 26 Oktober 2009

BEDAH BUKU DAN FILEM SUDAH KEMBALI !!!

assalamualaikum, kpd sahabat2.

berita baik buat kita yang x sempat tuk bedah buku yang berlambak kat bilik or maner2 perpustakaan dan kedai2 buku.

BEDAH BUKU DAN FILEM SUDAH KEMBALI !!!


jika minggu lepas kita berjaya membedah buku Bilal Bin Rabah dengan bantuan saudara saiful

dan bedah filem Gadoh dengan bantuan saudara zaidi



insyaAllah minggu ini kita akan adakan aktiviti bedah buku dan filem:

hari : selasa
tarikh: 27 oct 2009
pukul : 5.30 petang
tempat : cafe bakti, lokasi spesifik berdepan dengan kedai buah-buahan

tajuk filem : Lagi-lagi Senario by FADHILAH


tajuk buku : Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi Ancaman Kepada Ummah by Zahari

semoga sahabat2 dipermudahkanNYA untuk turut serta berdiskusi bersama kami.
marilah sama-sama kita mengembalikan kegemilangan para ilmuwan Islam. InsyaAllah.



sebarang persoalan blh hubungi ABEL : 019-4499940

*** blog bedah buku masih dalam penyelenggaraan, jadi buat sementara waktu, apa2 maklumat ttg bedah buku akan diupdatekan di blog ini. -->

p/s: abel ialah timbalan bendahari Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPMUSM)

Sabtu, 24 Oktober 2009

status kelapa ditebuk tupai


Begitu hinakah sebiji kelapa yang sudah ditebuk tupai? Tidak… kelapa itu tidak hina.. tupai itu juga tidak bersalah.. perumpamaan itu diguna pakai untuk menggambarkan perempuan yang sudah hilang daranya.. hinakah perempuan yang memakai status kelapa yang sudah ditebuk tupai?
“Kalau dahulu yang bertudung litup tu insya’Allah selamat… sekarang ni, err.. tak berani nak bagi ‘guarantee’…” ucap seorang teman.

“aku takut nak cari bini.. takut tersalah pilih… kang kalau dah kantoi.. ish, menyesal tak sudah!!” rungutnya lagi.

Wajah saya berkerut. Dua orang lagi kawan yang menemani saya hanya diam membisu.
“Siapa yang kantoi?? Awak terkantoi?? Nauzzubillah…”saya meletakkan tangan di meja.

Mukanya berubah menjadi merah.
“bukan!! Ish.. maksud aku… kalau dah kahwin baru tau bini tu tak suci, tak ke nahas…!” terang lelaki itu.

Saya ketawa melihat mukanya yang panik.
“tenang-tenang… janganlah cakap kuat-kuat.. habis semua orang pandang sini..”pujuk saya.
Kelihatan mata-mata lain memerhatikan kami dari jauh. Saya tunduk dan meneguk teh ais sambil tersenyum. Dia ikut sama meneguk teh ais.
“hum.. kalaupun bini tu dah tak dara… tapi dia dah bertaubat.. ‘okeyl’ah tu..”sambung saya lagi.

“apa yang ‘okey’ nya??”sambung dia pula.

“ ‘okay’ ‘means’ tak ada masalah.. sebab apa yang penting dia dah bertaubat..”terang saya lagi.

“apa yang ‘okey’ nya? Dia dah jadi bekas orang lain.. geli.. jijik.. hina!”dia memaki.

Wajah saya mula serius..
“awak ni.. awak mesti nak kahwin dengan perempuan yang baik kan…?” soal saya. Dia diam.. diam tanda setuju!

“Adakah ukuran perempuan yang baik tu terletak pada dara dia??” soal saya lagi.

“mestilah.. siapa nak ibu kepada anak-anak mereka bekas pelacur,”sambung nya lagi.

“kalaupun dia bekas pelacur, tetapi kemudian dia bertaubat dengan sungguh-sungguh.. dia tinggalkan kehidupan silam dia.. dia mulakan hidup yang baru… dia dah bukan lagi wanita yang jahat.. dia seorang wanita yang baik..”sambung saya lagi.

“alah.. banyak lagi la bunga di dunia ni..”balas dia dengan nada protes.

“tak banyak yang baik… ”sambung saya pula.

“wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. ”balas dia lagi. Saya tersenyum lebar sambil mengangguk..

“betul tu.. bukannya wanita dara untuk lelaki teruna..!”sambung saya lagi.

“ceh..”protes dia lagi. Saya tergelak kecil.

“kalau nak cari perempuan yang baik, mestilah kita nilai pada kebaikan yang ada pada diri dia.. kalau kita rasa dia baik, insya’Allah dia orang yang baik..
dan kalau dah kahwin baru dapat tahu kisah silam dia..
diam-diam ajelah..
selagi tak ada sesiapa buka mulut, selagi itulah rahsia selamat.. yang penting dapat isteri seorang yang baik..
Islam ajar kita untuk tutup aib diri kita dan orang lain. islam ajar kita untuk mengasihi orang lain macam diri sendiri..
islam ajar kita menjadi pemaaf, bagi peluang pada orang lain.. islam ajar kita untuk saling memahami keadaan orang lain.. ”

“kesiannya suami dia..”wajahnya ditarik.

“kita tak layak mengukur ‘baik’ atau jahat seseorang tu.. kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka.. tak semua orang lahir dalam keluarga yang terdidik agamanya.. dan berilah mereka peluang untuk membina keluarga baru yang ada didikan dan bimbingan agama.. Allah meletakkan kayu ukur ‘takwa’ yang membezakan taraf hamba-hambanya.. takwa tu takut pada Allah..”

Dia diam.

“beruntung kalau seorang suami dapat seorang isteri yang takutkan Allah.. isteri itu akan setia menjaga dirinya walaupun suami dia tak ada di sisi.
Beruntung seorang isteri yang mendapat seorang suami yang takutkan Allah.. isteri itu akan mendapat suami yang sentiasa membimbing dirinya untuk mendekati Allah kerana suami tu sedar dia bertanggung jawab membimbing isterinya..
semua orang berdosa kecuali Nabi yang maksum.
Awak pun tak terlepas.. saya pun sama..
tapi orang yang bertaubat, ibarat orang yang suci bersih dari dosa yang pernah dilakukan.. itulah orang-orang yang baik… kalaupun awak tak mahu berkahwin dengan mereka, jangan hina mereka..
bencilah perbuatan dosa mereka, bukan diri mereka… sebab awak sendiri pun tak tahu kesudahan diri awak.. entah kita sempat bertaubat atau tidak di penghujung umur...” terang saya panjang lebar.
saya tak pasti dia boleh terima dengan pandangan saya ini.. tetapi saya berharap dia fikir-fikirkanlah pandangan yang saya beri itu...

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri..

Al-Baqarah : 222

Khamis, 22 Oktober 2009

dakwah sosial di sg petani, kedah... *catatan buat kalian..

Sebaik bangun dari tidur, kepala terasa berat dan badan terasa panas.
Tekak pula pedih, simptom-simptom demam. Tiba-tiba semangat saya yang berkobar-kobar untuk pergi ke program pagi ini luntur.
Namun apabila mengenangkan tiada sahabat MT lain yang akan menyelaras peserta-peserta untuk program ini, digagahkan juga diri ini untuk bangun.

Sebaik tiba tempat menunggu bas Indah Kembara, sudah ada dua orang peserta menunggu. Bilangan asal yang berminat menyertai program ini seramai 18 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Dalam tempoh sehari sebelum program, cuma tinggal 11 orang peserta sahaja.

Dan pada pagi ini cuma 6 orang peserta perempuan, dan dua orang peserta lelaki yang akan menyertai program pada sesi petang.

Seorang pelajar SUKSIS meng ‘sms’ saya meminta kami menunggunya hingga pukul 8pagi. Katanya dia mahu mendaftar kehadiran SUKSIS dan kemudian mengikut program kami.

Malangnya dia gagal mendapat persetujuan sarjan untuk meninggalkan tempat mereka berkawad.

Abang Shamsul yang memandu van untuk ke lokasi kelihatan agak terkejut melihat semua peserta adalah perempuan. Ketika di dalam van saya masih lagi menerima ‘sms’ dia yang masih lagi berharap dia berkesempatan untuk menyertai program ini.

Kami sampai di Sungai Petani dalam pukul 9.30pagi dan menginap di Masjid Ibrahim. Kami disambut baik seorang wakil masjid dan abang Salman. Setelah abang Amir tiba, kami diberikan sedikit taklimat untuk memperjelaskan konsep sebenar ‘SOSIAL’.Kemudian kami telah dibawa ke Taman Jubli Perak untuk meninjau tempat yang agak popular dalam kalangan mereka yang ‘berdating’. Kami disuruh membuat diskusi ringkas dan berlatih bersembang agar tidak kelu apabila membuat program lapangan sebenar.

Kami telah digabungkan dengan kumpulan dari Merbuk dan beberapa orang penggerak Landas dari Sungai Petani. Kini bilangan kami menjadi ramai. Semua yang hadir kelihatan sangat bersemangat telah membakar semangat saya yang padam sebelum ini.

Kami dibawa ke stesen bas Sungai Petani untuk melihat zon-zon yang menjadi tempat adik-adik remaja kita menghidu gam, minum arak dan melepak. Ketika meronda, kami terserempak dengan seorang pelajar yang masih beruniform sekolah

Ponteng! Wajah adik itu agak cemas dengan kehadiran kami.

Kemudian kami dibawa melihat kawasan di sebelah sebuah sungai yang sangat busuk dan kotor. Kawasan tersebut kelihatan lengang dan lapang. Dulu tempat tersebut menjadi ‘port’ adik-adik kita berkumpul menghidu gam dan melepak. Namun setelah tempat duduk di kawasan tersebut di runtuhkan, adik-adik itu telah berhijrah ke tempat lain.

Di manakah mereka membawa diri?

Di manakah harus kami cari adik-adik itu?

Siapakah yang akan datang menemui adik-adik itu untuk diberi nasihat agar mereka yang dahagakan kasih sayang itu sedar dan berubah menjadi baik?

Lokasi seterusnya ialah bangunan kosong yang menjadi istana saudara kita yang tercicir dari dunia kita yang pantas berlari.

Di bangunan 8 tingkat itu kami temui jarum, pil, pakaian, tilam dan sedikit barang-barang peribadi yang jelas menunjukkan bangunan usang itu berpenghuni.

Saya sebak membayangkan betapa ada insan lain yang bergelap di bangunan ini sambil melayan khayal sementara saya di dunia saya yang penuh dengan kasih sayang dan kecemerlangan hidup.


Adik-adik PPM kelihatan begitu bersemangat meneroka mencari jejak yang ditinggalkan tuan rumah. Lawatan realiti ini bagus untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mereka dalam bergerak kerja untuk masyarakat.

Kami meneruskan perjalanan ke Central Square yang menjadi tempat masyarakat setempat berkunjung untuk membeli belah dan berhibur. Kami dibawa ke tingkat teratas iaitu tingkat ‘karaoke’, permainan video dan pawagam.Huh.. saya teruja setelah sekian lama tidak ke tempat seperti ini.

Dulu ketika zaman sekolah, lepas keluar keputusan peperiksaan emak akan beri saguhati. Saya dan adik-adik saya akan datang menghabiskan RM10 di tempat seperti ini.

Tetapi rasanya tempat saya bermain dulu lagi banyak permainanya berbanding di sini. Dan setiap kali saya dan adik-adik ke sini, emak abah ikut sama. Mereka duduk menunggu kami main macam body ‘guard’.
Saya tiba-tiba bingung, apa yang saya nak buat di sini?

Sudahlah penampilan saya sangat luar biasa dari semua pengunjung ( bertudung labuh dan ber T-shirt labuh ke lutut).

Banyak mata memandang, wah.. menjadi perhatian, tak sukanya :-( Saya ‘stop’ masuk tempat macam ni semenjak mula terlibat dengan kerja mendidik insan di sekolah menengah.

Masa tu selalu pokai, sedangkan tempat ni menelan banyak duit. Kerja dakwah, kalau duit tak keluar dari poket sendiri, macam mana nak buat usaha dakwah.. Masa tu rasanya sia-sia habiskan duit di tempat macam ni.Kiranya saya tak adalah pandang serong pada tempat ni kecuali karaoke dan pawagam, yang tu memang mak tak izinkan langsung.

Bila dah masuk matrikulasi, kawan-kawan selalu ajak ke tempat macam ni.. Tapi saya ni jenis tegas.
“Sorry.. its forbidden for me to step in cinema, lets go to other places..” kata-kata ini diucapkan pada mereka..dan selalunya kami beralih ke bowling..

Abang Amir bertanya “Tau tak nak buat apa di sini?”
Saya menjawab jujur “Tak.”
Abang Amir menjawab “Bersembang. Bersembang dengan sesiapa sahaja.”

Bersembang? Saya faham.. maksudnya korek maklumat.. kembali kepada objektif program, bertemu dan berkongsi dengan adik-adik yang dahagakan kasih sayang. Dengan muka yang tak malu, kami menegur mereka yang kami jumpa. Kemudian bersembang sedikit. Rata-rata semua nampak kami cepat-cepat bangun ke tempat lain. Adik-adik PPM saya kelihatan malu-malu dan agak tertekan dengan reaksi mereka.

“Tak boleh la kak.. kami tak tahu nak bersembang..”salah seorang dari mereka kelihatan berputus asa.

“Boleh.. mari ikut kakak, ” saya memujuk. Tidak lama kemudian datang sekumpulan ramaja perempuan, dalam 7 orang bersama seorang lelaki.

“Assalammualaikum dik..”
dengan selamba saya menghulurkan tangan kepada adik-adik perempuan. Mereka terkejut.. Yelah, di tempat macam ni, ada ke orang bagi salam?

Kalau saya jadi adik-adik tu pun saya terkejut juga. Sambil sembang sambil korek maklumat. Mereka kelihatan resah. Mata mereka memeriksa kami dari hujung kaki hingga ke kepala.
“Hm.. kalau nak datang sini, berapa agaknya ‘budget’ yang perlu kita sediakan?”
Ececeh.. saya buat-buat muka berminat dengan tempat ni. Si lelaki dengan tersenyum menjawab, “RM7 kak..”

“Oo.. berapa games dapat main tu?” saya meneruskan.
Dengan penuh bangga si adik menjawab “Tujuh.” Saya mengangguk, semakin berminat, “Oh, satu games Rm1 ye dik..”. Si adik mengangguk.Harga masa zaman saya dulu 50sen untuk setiap games.. Seorang remaja perempuan kelihatan marah dengan saya.
“Akak ni datang sini ada program ke?”
Suaranya tinggi dan kasar. Wajahnya kelihatan menyampah pada kami. Hahaha, saya ni kalau orang tu tak nak pada saya, lagilah akan saya berusaha mendekati..
“Akak datang sini nak jalan-jalan.. Hari ni kan Pulau Pinang cuti.. Akak tak pernah sampai sini, ni lah first time dik..” saya menyambung sambil senyum. Berkurang sedikit kerut di wajah adik perempuan itu. Barangkali berpuas hati dengan jawapan saya.

“Em dik.. Kat sini kan, mana lagi tempat yang best-best ye?” Saya menyambung. Sambil bersembang, saya melengahkan mereka dari masuk ke tempat games.

“Tak tau, saya pun jarang ke sini..” jawab dia. Hm, boleh percaya ke? Tadi semasa mereka masuk, mereka macam dah biasa dengan tempat ni.

Selepas berpisah dari adik-adik ini, saya dan adik-adik PPM meronda mencari kedai-kedai yang mempromosi budaya sonsang. Kami masuk keluar banyak kedai namun tidak menjumpai apa-apa tanda budaya sonsang.. Ataupun mungkin kami yang tak tau tanda-tanda budaya sonsang.. Nampak sangat yang saya ni tak peka dengan penyakit masyarakat..
“Kak, tumpang tanya..” biasalah kan, kalau tak tahu baik bertanya..

“Di mana kedai-kedai yang jual barang-barang brutal?” soal saya.
Kakak tu terkejut. Dia menunjukkan beberapa kedai. Semua kedai tu saya dah masuk tadi. Tapi tak ada apa-apa yang saya jumpa boleh dikategorikan brutal di situ. Sebab kalau saya mengikut adik saya bershopping, dia bawa je saya masuk tengok barang di situ. Barang-barangnya agak mahal dan berkualiti.
“Kenapa akak kata kedai tu brutal?”

“Sebab penjual dia pun brutal..”jawab kakak tu sambil ketawa.

Yeke? Penjual tu brutal? La.. kalau ini dah masuk kategori brutal, adik saya pun kalau kakak tu tengok, kira brutal juga la ye? Dan kawan-kawan sekolah saya semua pun brutal la ye? Entah-entah saya pun brutal?
“Tak.. lillah baik,”seorang teman memujuk. Hm.. tiba-tiba terasa rindu sangat pada 3 orang adik lelaki saya.

Beberapa kali lagi kami terserempak dengan adik-adik perempuan tadi tetapi mereka masih menunjukkan rasa tidak suka pada kami. Tetapi saya masih belum berputus asa. Adik-adik PPM saya kelihatan penat.

Selepas bersolat zohor di surau tiba-tiba seseorang menegur. Adik-adik tadi menegur. Suatu permulaan yang baik! ;-)

Ketika makan tengah hari, meja kami bertentang dengan meja makan adik-adik tu. Mereka melambai sambil tersenyum. Makanan di sini agak mahal. Hati saya kuat mengatakan yang adik-adik tersebut tak akan mampu makan di sini kalau duit dah habis di tempat main tadi.

Hm.. inilah masalahnya. Adik-adik ni datang sini tanpa pengawasan ibu bapa. Mereka guna duit tanpa kawalan. Semua duit dihabiskan ke games dan karaoke, apa yang tinggal untuk makan?

Mereka masih belum matang untuk menerima kebebasan seperti ini. Masa ni terasa nak sangat ucapkan terima kasih pada mak sebab ‘control’ habis-habisan semasa membesarkan saya. Dalam adik beradik saya, saya seorang je yang bersekolah harian biasa, adik-adik saya semua ke asrama. Kemana saya pergi, memang mak akan hantar dan ambil. Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan, mak akan hantar dan ambil dengan kawan-kawan sekali.

Kesannya, kawan-kawan saya rapat dengan mak saya.. asyik nak mak saya je, jeles! Kata sahaja nak ke mana, mak akan bawa.. Kawan-kawan saya suka sebab sure bila lunch time tiba, mak yang bayar.. selamat duit kami :-)..

Itulah pengorbanan yang mak terpaksa lakukan untuk membesarkan saya dalam masyarakat yang dahagakan santapan jiwa. Mak tak mahu saya jauh dari mereka yang nakal kerana mak kata, kita perlu dekati mereka, ambil hati mereka dan nasihat mereka.. hasil pengorbanan mak, walaupun saya dikelilingi mereka yang brutal-brutal, tapi saya tak brutal.. sebab saya ada prinsip dalam pakaian, tingkah laku dan percakapan..

Simple je prinsip saya, apa yang Allah suka, saya akan buat. So, tak nampak lah macam brutal, nampak macam solehah je.. hahaha

“Adik dah makan?” Saya sengaja lalu di sebelah meja mereka.

“Nak makan macam mana, duit pun tak ada!”. Garangya.. Dah lapar, tak dapat makan..

“Kakak nak belanja ke?” Seorang lagi mengusik sambil ketawa.
Saya pun ketawa. Boleh je nak belanja adik-adik ni, tapi sambil mereka makan, memang saya akan bagi tazkirah bab duit la..
“Habis biasanya adik tak makan la bila datang sini?”soal saya dengan muka simpati. Adik-adik menggeleng. Saya memegang bahu adik perempuan yang garang.

“Berlapar je la?”sambung saya..Adik-adik mengangguk sambil senyum..

“Kesiannya, bila nak makan?”soal saya lagi.

“Balik rumah nanti,” suara adik perempuan yang garang tadi sudah semakin manja..

“Ish, boleh slim nanti, akak pun nak cubala next time,”saya bergurau. Mereka ketawa.
Kemudian datang sekumpulan remaja lelaki.. oh rupa-rupanya mereka sedang menunggu boyfriend masing-masing.. Boyfriend akan belanja makan.. Adik-adik ppm saya mengajak saya pergi meronda, terbantut hasrat nak bersembang dengan adik-adik tu. Dan ketika meronda, terserempak dengan ustaz Kamaruddin. Tersentuh hati melihat pendekatan ustaz yang ramah dan penuh kasih sayang terhadap tiga orang adik remaja yang duduk di tangga.. Dan sebaik mendapat pelua ng oleh ustaz, saya pun bersembang dengan adik-adik. Dua orang form 5 dan seorang form1.


“Lepas habis form 5 ni nak ke mana dik?”soal saya sambil senyum. Mereka tersipu-sipu.

“Tak tau la kak..” jawab si adik.. saya cuba meneka, mesti result tak berapa baik..

“Adik.. kakak cadangkan adik masuk form6.. ramai kawan-kawan kakak yang tak boleh nak skor di SPM boleh skor STPM. Yang penting diri kita. Kita kena baiki kesilapan kita. Kita kena ada semangat untuk berusaha gigih untuk berjaya.” Saya bercakap penuh semangat. Kelihatan mata si adik terkebil-kebil terkejut.Tangan saya memegang lengan mereka.

“Dik.. belum percubaan lagi kan..?”soal saya lagi. Mereka menggeleng.


“Masih ada peluang untuk adik uasahakan yang terbaik! Jangan putus asa dik.. Selagi ada masa, selagi itulah ada peluang untuk kita bagi yang terbaik dik..kakak dulu masa percubaab SPM, kakak fail addmath. Kemudian kakak pulun study sungguh-sungguh.. Dan Alhamdulillah dapat A1 masa SPM..”
Wajah adik-adik berseri-seri mendengar cerita saya.. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tak berapa stabil datang dan duduk di belakang adik-adik perempuan. Dalam keadaan mamai, si lelaki memberi tazkirah ‘jangan pakai seksi’..

Apa kes dia ni? Kami kehairanan? Rupa-rupanya dia datang sebab ternampak ustaz dengan kami.. dan mungkin dia cakap macam tu sebab nak ambil hati ustaz..
wah..
saya sangat terharu melihat sudah wujud tautan hati antara lelaki yang tak stabil ni dengan ustaz..
Insya’Allah, kalau ustaz dah dapat hati si lelaki ni, ada peluang untuk ustaz nasihatkan dia.. Dan tak mustahil lelaki ni akan berubah menjadi lelaki soleh… Amin Ya Allah…

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Rasa penat sangat. Demam saya semakin kuat. Saya duduk di kafe menunggu solat asar.

Dua ‘couple’ adik-adik tadi sedang bersembang. Hati saya nak sangat pergi kepada mereka. Rasa tak puas hati sebab still tak dapat nak sentuh hati mereka.. entah bila lagi dapat jumpa adik-adik ni..

Dengan muka tak malu, saya terus pergi duduk di meja sebelah adik-adik tu. Kacau orang dating, hahaha.. ;-) Yang lelaki tu, seorang 18 tahun, seorang 15 tahun. Yang 18 tahun tu warnakan rambut oren sikit dan macam mengantuk je.. yang 15 tahun tu smoking sambil main asap bulat-bulat.. menarik.. ;-0

Yang perempuan berumur 15 tahun.

Alhamdulillah, masa menjadi fasilitator dulu, banyak games yang saya belajar.
Dan saya gunakan sebagai modal bersembang dengan adik berempat ni..
Alhamdulillah, meja kami meriah. Tanpa saya sedari adik-adik tu bergerak rapat dengan saya hinggakan seorang adik tu duduk atas lutut saya.
Yang lain berdiri sambil memegang bahu kawan di depan. Mereka kelihatan gembira. Saya tentulah lebih-lebih lagi gembira. Muncul dua orang perempuan datang dan beberapa kali menarik yang lelaki untuk mengikut mereka. Tetapi kena marah dengan si lelaki.

“Kak.. sambung-sambung!” si adik lelaki begitu berminat dengan games saya.

Selepas habis games, saya seperti biasa, memberi nasihat.. ala-ala wasiat.. dan mata si adik bergenang air mata. Masa peluk sebelum berpisah, sekali lagi nasihat diberikan..
“Dik.. walaupun lepas ni kita tak jumpa lagi.. adik ingatlah nasihat akak ye.. Walaupun kita sendirian, Allah ada dengan kita.. doa pada Dia, Dia mendengar..” my last word..
Si adik memeluk saya kuat dan lama. Mereka mencium tangan saya.. La, terasa tua pulak! Tapi entahlah, adik-adik junior PPM saya pun suka cium tangan walaupun dah bagitau tak perlu, segan kakak… ;p

Selepas kami berpisah, seorang peserta memberitahu
“Adik tadi macam nak cakap sesuatu.. Kalau kawan-kawan dia tak ada, mesti dia akan cakap sesuatu.. dia macam ada masalah..”

Petang tu sebelum maghrib, kami berkumpul di Taman Jubli Perak untuk buat analisis turun lapangan sepanjang siang. Group lelaki dari USM dah sampai, Saiful, Abrar, Meor dan Rahimie.
Malam tu, kami makan sambil berbincang dengan Ustaz Kamaruddin Kassim.. Ustaz belanja kami makan, Alhamdulillah, semoga ustaz dimurahkan rezeki dan diberkati rezeki..amin..
Kemudian kami meneruskan misi mencari kupu-kupu dan musang-musang malam.. Mula-mula jumpa ‘ustaz hidu gam’ . Dia ni bekas pelajar Mesir.. dan kini di sini..




“Awat hang jadi macam ni.. hari tu tengok dah elok, awat hari ni dah macam ni?”
Ustaz memeluk lelaki tu.. Terharunya saya masa tu. Agak kagum dan terpesona seketika. Dan sedih juga melihat hidup lelaki tu.. Tapi saya tetap yakin, lelaki tu masih ada peluang untuk berubah. Dan dia mungkin boleh berubah menjadi lebih baik dari semua lelaki yang ada di situ, insya’Allah.. hidayah itu milik Allah tersayang ;-D

Ustaz memujuk lelaki itu untuk berhenti menghidu gam.. Dalam keadaan khayal dia menjawab setiap kata-kata ustaz.
“Hang ada ilmu..”suara ustaz lembut sambil memeluk dia.

“Ilmu tanpa amal sia-sia”jawab dia.
Saya rasa nak menangis waktu tu..tapi tahan-tahan..
Sebak mengenangkan betapa gelap dunia dia dibandingkan dunia sebelum dia menagih. Alangkah sedih jika dia tak sempat kembali ke pangkal jalan..

alangkah kecewa bila setelah dia semakin pulih, dia kembali kepada tabiat lama.. Tapi saya yakin, ustaz tak akan putus asa.. Insya’Allah..

Hati manusia itu Allah yang pegang.. Seorang da’ie yang ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan.. menerima tanpa syarat.. dan mengharapkan agar insan itu sedar, walaupun masa tu da’ie tu dah tak ada lagi.. :’-)


Ustaz bertanya mahu tak lelaki tu beri kuliah pada mereka yang hidu gam.. dan malam tu kami mendengar kuliah ramadahan ‘oleh ustaz hidu gam’.. dari niat puasa hingga perkara membatalkan puasa. Ketika peserta lelaki sedang khusyuk, saya dan peserta perempuan berenam duduk jauh sedikit di bawah lampu. Datang dua orang remaja nak bersembang.. baru 17 tahun..

kata dia, dia lari dari rumah. Dulu dia tinggal di perak. Hati saya meronta-ronta rindukan adik-adik saya..Kemudian kami bergerak bertemu dengan couple-couple yang hangat berdating. Pendekatan ustaz yang santai dan berhikmah memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik mendekati kupu-kupu ini.
Keesokkan harinya, suasana agak kecoh sedikit gara-gara cubaan mencuri oleh seorang adik remaja yang kami bawa balik tidur di masjid.

Ujian untuk si abang dan ujian dari si adik.. si abang masih bersabar dan menerima si adik. Saya yakin, jauh di sudut hati adik tu, dia dapat merasakan yang abang-abang ni menyayangi mereka tanpa mengharapkan apa-apa dari mereka.. dan abang-abang ni bersedia menerima mereka walaupun senakal mana mereka..

Alhamdulillah ya Allah.. ;-)

Ustaz memujuk si adik untuk bersekolah semula. Tetapi si adik tak mahu..
Sebelum balik, slot abang nizam.. adik-adik tadi sedang tidur di belakang kami.
“Siapa yang nak peduli tentang mereka?”

“Mereka anak-anak jalanan.. Mereka dipaksa untuk mengejar kehidupan yang mereka tak mampu miliki..”

“Masyarakat perlu mengubah perspektif terhadap mereka. Dalam Islam, kita ada budaya menjaga tepi kain orang. Anak jiran buat salah, kita anggap macam anak sendiri, dan kita tegur..Ke mana harus anak-anak ni pergi? Hari ni, kita jumpa mereka, kita ambil dan bawa mereka tidur di masjid.. tetapi waktu biasa, mereka akan dihalau oleh orang..”
Betul kata abang nizam. Tak ramai yang ada kesedaran untuk menyayangi mereka yang dahagakan kasih sayang ni.. kesiannya adik-adik ni.. :’-(
“Kalau bukan kita, siapa?”
“Kalau bukan sekarang, bila?”
“Kalau bukan di sini, dimana?”

Ada tiga target aktivis:
  • Kita kena jadi catalyst (pemangkin) yang ada element peneroka, pemimpin. Catalyst dia tak tunggu-tunggu, dia akan membuka jalan..
  • Multuplier effect, snowbowling effect.. membesarkan bilangan penggerak.. menambahkan jumlah mereka yang sedar dan bergerak kerja bersama-sama
  • Change.. berubah.. kita kena buat sesuatu yang menghasilkan perubahan.. perubahan pandangan masyarakat, keluarga dan qariah masjid… etc
Sebelum balik, setiap peserta membuat azam baru.. Walaupun tempoh program ni singkat, banyak yang saya belajar.. Ustaz berjuang mendidik insan, bukan sahaja insan yang sedang lemas terdidik, malah kami yang baru hendak belajar menjadi da’ie pun terdidik sama.. Kita belajar subjek kehidupan, decision of life, tentang nilai insan, erti kasih dan makna pengorbanan.. Berapakah nilai insan? Tidak ternilai..
Apakah erti kasih? Menerima tanpa syarat. Apakah erti pengorbanan? Memberi sepenuh hati tanpa mengharap balasan.


Ya Allah.. Jadikanlah kami penawar dalam ummat mu agar kami dapat berkongsi kasih sayangMu dengan adik-adik kami ini.. Berilah hidayah kepada kami semua Ya Allah.. Peliharalah kami Ya Allah...

p/s: ini adalah artikel lama yang saya post semula ;)

Rabu, 21 Oktober 2009

'belajar' kerana menghagai cinta Pencipta

"kakak dalam dilema antara 2 pilihan.."kata saya..
"kakak dah ada jawapannya.."sambung mak saya. wajah saya berkerut. Ha?? belum bagitau pun apa pilihan saya, mak pulak dah ada jawapan..

"last week mak abah dah discuz.. kakak kne sambung stdy.."jawab mak..


SAMBUNG???

"kenapa tak discuz dulu dengan kakak sebelum buat keputusan??" saya mula geram.. dalam kebanyakkan hal saya dilayan seperti orang dewasa, boleh dibawa berbincang tetapi kenapa bila soal sambung belajar ni tak berbincang dengan saya dahulu sebelum buat keputusan??

"kakak yang sepatutnya berbincang dengan kami sebelum buat keputusan."kata mak lagi.

"kan kakak dah bagitau mak sebelum ni yang kakak tak nak sambung belajar... kakak tak tahu sebab apa kakak kene sambung belajar. sebab taknak sambung belajar tu kakak tahu.." air mata mula turun ke pipi.. masa tu saya sedang memandu.. merbahaya..

"kakak sepatutnya bincang hal ni dengan abah. pernah kakak tanya dia nak kakak jadi macam mana? "sambung mak lagi.

"nak bincang macam mana? kami nak bertemu tu pun susah.. kalau bertemu pun pada masa-masa yang TAK sesuai nak berbincang.." saya memberi alasan.. abah memang sangat sibuk hinggakan kami sekeluarga hanya dapat bertemu di program-program khas sahaja selalunya.. sebenarnya kalau saya betul-betul nak bincang dengan abah,berbalas email dengan abah pun boleh..

SEBAB APA BELAJAR?


"abah kata kakak tak boleh nak ke mana dengan ijazah ni.. zaman sekarang ni saingan tinggi.."jawab mak lagi.

"belajar tinggi-tinggi, lepastu menyumbang tak banyak manapun.. kakak dah tengok ramai orang yang sambung master then pHD lepastu hanyut macam tu je.. paling mengecewakan hasil kajian mereka itulah yang menindas masyarakat, memusnahkan alam.. yang tak patut lulus, diluluskan hanya sebab mereka paling layak meluluskan projek.. hmmm.."jawab saya..

saya sebolehnya tak mahu sambung belajar kerana saya ingin fokus dalam kerja dakwah yang saya telah ceburi. kalau orang lain belajar full time manakala kerja dakwah sbagai part time di kampus.. saya sebaliknya.. saya bagaikan mempergunakan status mahasiswi supaya saya boleh bergerak dalam kampus..

semenjak 6 bulan terakhir ini saya mula meninjau-ninjau kawasan tempat tinggal saya.. mengumpulkan maklumat kawasan bermasalah (pemetaan sosial)..

makin lama terasa makin besar sebab mengapa saya perlu berada di tempat tinggal saya.. selangor yang ku sayang..

kes remaja zina umpama barah yang semakin hari semakin bertambah.. apa akan jadi pada tamadun manusia ini?
pembangunan lahiriah semata-mata tidak akan mampu mengekalkan ketamadunan manusia.. perangai kebinatangan itu akan menghancurkan tamadun ini..
dan hanya sedikit mereka yang memikirkan soal umat.. lebih sedikit mereka yang bertindak untuk merawat penyakit umat ini...

di manakah saya pula?

KEPUTUSANNYA?


mak diam..

"keputusan dah dibuat.. sama ada kakak ikut cakap abah dan kakak mungkin terluka ataupun abah ikut cakap kakak dan abah mungkin terluka.."sambung mak..

eeee... tak suka betul bila ayat ni keluar.. rasa sakit satu badan bila terkena ayat ni..

"seperti biasa.. seperti sebelum-sebelum ni.. ofcoz kakak akan ikut cakap abah.. hanya sebab he is my father.. dan i need his blessing..sebab redha Allah."terus terang saya menjawab.. air mata turun laju..

mak diam...

"u have no choice..he is your father.."sambung mak.

saya pulak sambung menangis.

TUNTUTLAH ILMU...


kebetulan hari ni hari terakhir Syawal.. emak berpuasa sunat.. kami pergi beraya di rumah pakngah, Dr Ahmad Fuad.. Ketika di sana saya bertemu dengan sepupu saya yang sedang menuntut 'alim' di sri petaling.. saya membelek kitab sahih bukhari dalam bahasa arab.. wow.. ada rasa gerun melihat kitab-kitab syarah yang bertimbun..
bersemangat sepupu saya mahu mengajar saya.. sekarang dia di tahun 6, tahun akhir..

dah lama saya mengidam nak mendalami bahasa arab.. sebab nak mendalami bidang agama ni... teruja!

teringat pesan sifu saya, pendakwah kene kuasai bahasa arab...

"kakak stay sini lah.. nanti kakak boleh ajar juwai bahasa inggeris.. juwai boleh ajar kakak bahasa arab.."cadang makngah saya.. saya cuma tersenyum.. emak ada bagitau pada makngah tentang kelas bimbingan SPM & STPM yang saya kendalikan di hujung minggu..

emak kata nak singgah di rumah pak ngah sekejap je.. tapi sebab tengok saya sedang happy bersembang dengan sepupu saya tentang kitab-kitab hadis menyebabkan emak melewatkan waktu untuk pulang ke rumah.. :-D

sebaik sampai ke rumah, jiwa saya sedikit tenang... saya mula berfikir-fikir untuk sambung belajar di sri petaling.. pengajian 6 tahun lagi..

bila teringat kes sambung Master, jiwa saya jadi kacau semula.. erm.. saya tak pasti abah akan dengan mudahnya mengizinkan saya menyambung di Sri petaling.. tetapi saya berharap, selepas saya tamat Master ni, abah berlembut lah mengizinkan saya ke sana...

adakah patut saya mengharap? **rasanya kalau saya dah ada pendapatan sendiri yang cukup stabil, mak abah mungkin tak kisah sangat kot...

sebelum tidur saya berfikir tentang siapakah pensyarah yang saya dapat sambung di bawahnya.. teringat pula kepada bekas supervisor semasa saya buat final projek.. saya segera email permohonan kepada beliau..

alhamdulillah beliau memberi respon positif..

Kalau inilah apa yang Engkau mahukan ya Allah...

Aku redha...


Tiada apa yang harus diriku bimbangkan.. Aku milikMu.. Hidup dan matiku semuanya untukMu.. Aturkanlah yang terbaik untukku dalam menggapai redhaMu...

selamat belajar!!




Isnin, 19 Oktober 2009

tamrin : kem penggerak masyarakat (KPM) 09/10
















i love u all and that's all u need to know..
bertemu berpisah kerana Allah..

ukhwah fillah abdan abada..

Sabtu, 17 Oktober 2009

bolehkah istikharah kita tersilap ?



Soalan :
assalamualaikum
kakak, apa pendapat kakak tentang istikharah?
bolehkah istikharah kita tersilap?
mind to explain?
thanks kakak

Jawapan :

Bismillah…

Terlebih dahulu akak minta maaf sangat-sangat kepada adik kerana lewat menjawab soalan adik.. akak sangat-sangat sibuk dengan urusan lain.. maaf sekali lagi..

Soalan 1 : pendapat tentang istikharah

1. Jawapan istikharah itu tidak semestinya melalui mimpi
Terus terang akak katakana tak ada satu keterangan pun yang menjelaskan bahawa hasil solat istikharah ialah sebuah mimpi..

2. Istikharah membuka hati seseorang dalam melakukan sesuatu
beberapa orang imam termasuklah Imam Nawawi menyatakan bahawa hasil solat istikharah tu, orang tersebut akan dibukakan hati untuk menerima atau melakukan sesuatu hal..
Ada juga ulama yang menentang pendapat ni..

3. istikharah memberi ketetapan hati melakukan sesuatu yang telah diazamkan.
Antaranya ialah Al- ‘iz ibn Abdis-Salam, Al-Iraqi dan Ibnu Hajar.. Menurut mereka orang yang telah bersolat istikharah hendaklah melakukan perkara yang telah mereka azamkan tanpa mengira samada hati mereka terbuka atau tidak.. kerana sesungguhnya kebaikan ada pada kebaikan yang perkara yang mereka lakukan meskipun hati mereka tidak terbuka..

*untuk lebih jelas sila rujuk kitab Thabaqat Asy-Syafi’iyah oleh Ibnu As-Subki pada jilid 9 halaman 206*

Akak nak tekankan bahawa solat istikharah bukan satu-satunya kaedah pertimbangan yang kita gunakan dalam membuat sesuatu keputusan..

Akak ambil contoh dalam konteks jodoh.. kita tidak boleh hanya pejam mata, solat istikharah dan kemudian menunggu jawapan dari Allah.. Yang ini bukanlah ajaran yang diajar Rasulullah saw..

Kita perlu menggunakan akal kita dalam menimbangkan latar belakang agamanya, paras rupanya, keturunannya dan hartanya.. berilah keutamaan kepada yang beragama supaya kita selamat..

Soalan 2 : bolehkah istikharah kita tersilap?

Istikharah itu tidak tersilap.. tetapi kita yang salah faham terhadap konsep istikharah itulah yang tersilap…  ini kerana sebelum kita istikharah kita kene fikir dan pertimbangkan sesuatu menurut akal yang rasional.. kemudian kita memohon diberi yang terbaik melalui istikharah.. dan tak semua perkara yang kita sukai dan nampak indah itu adalah yang baik untuk kita… bila Allah telah memilih kita menerima kesudahan yang pahit, itu bukanlah bermakna istikharah itu tersilap.. itu membawa makna kepahitan itu adalah yang lebih baik untuk kita pada pandangan Allah…
di sini akak sertakan doa istikharah ini..click pitcure untuk besar.. nampak jelas sikit nanti.. ;)


Wallahualam..

p/s: syukran kpd org yg bagi saya buku yang telah di scan ini.. jazakallah...

Rabu, 14 Oktober 2009

kem penggerak masyarakat (KPM)

Mahasiswa Minda Merdeka Teras Membina Masyarakat Bertamadun ”


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM USM)akan mengadakan sebuah program iaitu Kem Penggerak Masyarakat(KPM) pada ketetapan berikut:


Masa : 16-18 Oktober 2009
Tempat : Balik Pulau,Pulau Pinang
Bayaran : RM10.00 sahaja(fisabilillah)


APA ITU KPM???

PPMUSM mengambil langkah komprehensif dalam mendekatkan golongan mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat sekeliling dengan menganjurkan program Kem Penggerak Masyarakat (KPM) sebagai satu landasan atau wadah dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara golongan mahasiswa dan masyarakat.

Program ini yang dijalankan di kawasan desa dan kawasan pedalaman adalah bertujuan membuka minda serta mendedahkan lagi golongan mahasiswa keadaan kawasan pedalaman bagi memperluaskan pandangan mereka terutama dalam bidang pendidikan serta bidang-bidang utama yang lain.



Disamping itu, penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam program sebegini juga dapat melatih mereka lebih peka dan prihatin dengan isu-isu semasa serta memahami peranan mereka selaku generasi berilmu untuk sama-sama berganding bahu dengan masyarakat setempat dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.



OBJEKTIF KPM

1.Mengembalikan fungsi mahasiswa selaku golongan berilmu dalam membantu dan menyumbangkan idea bernas dalam meningkatkan lagi kualiti sesebuah masyarakat bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

2. Memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

3.Membentuk jati diri dalam kalangan peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan permasalahan masyarakat dan global.

4.Melatih dan meningkatkan kemahiran peserta untuk mendekati dan berkomunikasi dalam masyarakat.


Oleh yang demikian,PPM USM sangat mengalu-alukan penyertaan semua mahasiswa/i untuk menyertai pelbagai program yg telah dirancang pada tarikh berkenaan.


Jadi kami akan membuka kaunter untuk sebarang pembayaran,pertanyaan dan mengenali PPM USM itu sendiri pada ketetapan berikut:


Tarikh:12-15 Oktober 2009

Masa: 9.00 am-5.00 pm

Tempat:Hadapan Foyer Dewan Kuliah K


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh lah hubungi:

saya(NYDP 2 PPMUSM@pemantau KPM)

ISZUWAN(013-7572706)


Pengarah Projek KPM

Zahari(013-9549794)


Timb. Pengarah Projek KPM

Dayah(017-4181598)



Semoga dipermudahkanNYa..

Daripada Mayarakat Kepada Masyarakat...

Isnin, 12 Oktober 2009

peluklah diriku & janganlah kau lepaskan ku dari mu...



debaran hati ini berakhir.. berganti dengan rasa sayangggggg sangat yang memenuhi ruang dada.. rasa sayang sgt2... aduh..
sesak nafas.. pernah rasa??
;)

tak pernah menduga ada jugak manusia2 yang sanggup susah payah mencari saya yang tak ada apa2 ni...
rasa terharu..
rasa terkejut..
rasa gembira..
rasa syukur..
cuma mampu sujud syukur.. rasa 1001 rasa.. oh ya Allah.. i love u so much!!

dlu masa di zaman skola dlu,
nak melihat hamba Allah yang betul2 mantap bertudung kerana Akidah adalah susah sgt2.. masa melepak2 di surau,terserempak dgn 3 orang adik yg alhamdulillah sejuk hati melihat.. bimbangkn akidah mereka akan hanyut dalam deras arus kehidupan mendorong saya utk follow up mereka.. ;)

selepas keluar dari skolah tu.. lost contact..
dan mereka mencari2 saya.. bersusah payah mencari.. sehingga ada ibunya yang risaukan anaknya.. ada yg termimpi2.. hum.. Allah bagi tanda2 yang kita bakal bertemu tu..

akhirnya hasil usaha mereka search saya melalui internet..
jupe smula.. ;)
alhamdulillah..




pertemuan diatur.. hari yang cukup mengembirakan... rasa macam dah maximum 100% tahap happy..

cikgu nurul (sahabat bloggers) yang tak pernah bersua pun nak datang..
dibawanya adik2 sarawak dia... masa tu rasa macam tahap happy ialah 200% (camana ntah bole jadi camnih??)

terharu sungguh dgn kegigihan semua yang ada tu berusaha nak datang rumah lillah.. terharu melihat geng sarawak yang berpanas di tempat bas.. merah pipi cikgu nurul disebabkan panas tengah hari... terharu.. (T_T)


pada saat bertemu dengan adik2 yang dah sekian lama terpisah.. bersaksikan ibu salah seorang adik, wa... rasa macam nak melompat hati ni excited.. senyum lebar.. tak tahu nak cover :D bahagia,,,

rasa terharu melihat cik kurin bertungkus lumus mengemas rumah dan entertain tetamu walopun sebenanye dia tak sihat sangat...terharu2!! ish, suma orang buat saya terharu!!! ahhh... nak nagis.. (dah nangis pon)

muka cik kurin macam happy.. nampak obvious... bila lillah melayan grup sarawak, cik kurin la yang melayan adik2 angkat saya.. tak tahu apa yang dia cerita pada adik2 tuh.. bila saya datang pada mereka, dia terus diam, senyum2.. saje je tak nak bagi saya dengar dia cerita!! ee... sampai hati :P




sangat bermakna pertemuan ini.. masa on the way balik menghantar adik2 pulang ke rumah mereka, saya meluahkan rasa syukur..

"kalau adik2 rasa adik2 mencari akak, kalau adik2 rasa adik2 rindukan akak, kalau adik2 rasa adik2 perlukan akak... ketahuilah akak mencari2 adik2.. akak rindukan adik2.. dan akak memerlukan adik2... akak memerlukan doa adik2 untuk akak teruskan perjuangan akak... "

banyak la saya membebel dalam kereta tu.. puas la mereka mendengarnya..
sempat merangka satu projek.. sempat buat date untuk usrah weekly...
bersiap sedialah.... tanggungjawab yang sedia ada dah cukup banyak..tapi nak jugak tambah satu lagi.. yang ni darurat.. best!!


(mood perang)
stpm da dekat!!! arghhh~~ stdy!! (selaku seorang guru tusyen yg betanggungjwb, anda pelu mantap d subjek tuh walopun anda mulanya x tau pape pun...) gumbira dpt ketemu adik2 ksayangan (ank2 usrah yg tpisah lebih 4 thn~).. fikir2 cmana nk skor tamadun islam dlm 1 bulan?? p/s:jeff ooi yg anti islam pun study TI, saya kene bole skor Ti!!




balik dari rumah adik yang last tu, drive sorang2 ke rumah.. menangis dalam kereta..

segala yang ada dalam hidupku, aku sedar semua adalah milikMu..
aku hanyalah hambaMu yang berdosa... bimbinglah aku ya Allah..
berilah aku peluang kedua ini ya ALlah... tolonglah ya Allah... berilah aku peluang ini sekali lagi... hanyalah padaMu tempat ku mengadu... berilah aku kekuatan dari sisiMu...

(T_T)

p/s: planner dah padat.. duit kene disusun baik2 sebab semua urusan dakwah ni perlu dirancang sebaik2 nya supaya hasilnya dapat mengetuk pintu hati...

khas buat cikgu nurul & adik2 sarawak... jangan insaf datang rumah akak... gembira sgt2 menyambut adik2 dan nurul... sudi2 la datang sni lagi... ~ mak kirim salam pada semua!!

Jumaat, 9 Oktober 2009

Muhasabah sebuah perjalanan yang panjang...



Umur

22tahun..5bulan..beberapa hari.. tempoh ini sangat panjang bagi saya bila dibandingkan dengan amal ibadah saya yang seciput..
ya Allah.. saya mengira-ngira antara celahan memori yang ada, yang mana satukah amalan kebajikan dan yang manakah amalan kejahatan..
kemudian dalam amalan kebajikan, yang mana pula yang saya masih tidak rosakkan..
maksud saya amalan manakah yang masih terpelihara keikhlasannya.. memanglah keikhlasan itu rahsia Allah, tidak salahkan saya menghitung diri sebelum dihitung..
saya tidak mahu pada saat saya celik dari kubur nanti dalam keadaan termangu-mangu. Saya takut saya akan meraung kerugian dan menangis tanpa henti yang sia-sia di Mahsyar nanti.. nauzzubillah…
akhirnya saya menangis sendirian kerana saya sedar saya tidak ada apa-apa untuk saya banggakan di hadapan Allah… akulah hambaMu yang hina ya Allah…. (T-T)

Ilmu

Keobsesan terhadap buku pernah mencengkam hidup saya pada suatu ketika dahulu, zaman sekolah.. hinggakan semua wang saya habis kerana membeli buku. Antara penulis yang paling saya tertawan ialah Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Nawawi dan Prof Hamka.
Buku–buku yang saya pilih kebanyakkan adalah buku tasauf dan sedikit buku idealisma perjuangan.. saya cukup terhutang budi dengan mereka, perkongsian mereka dan semangat juang mereka. Saya mengkagumi semangat juang Zainab Al-Ghazali, Hassan Al-Banna, Maulana Zakaria dan Syed Qutb.. Sebaik menjejakkan kaki ke USM, terasa bagai bulan jatuh ke riba..
hati berbunga-bunga melihat senior-senior mengupas isi-isi buku yang sarat dengan ilmu.. jiwa saya dahaga dan saya masih terus mencari dan mencari… pencarian ini akan berakhir apabila saya menemui sumber ilmu iaitu Allah…
moga Kau sudi menerima kehadiran hambaMu ini…

Keluarga

‘Bukan mudah memelihara iman di celah kekufuran..’ itu bukanlah kata-kata yang ternoktah di situ.. itu adalah cabaran yang menjelaskan betapa mahalnya harga sebuah cinta Allah, harga sebuah iman dan harga sebuah syurga… adakah barang yang mahal itu mampu diperoleh dengan mudah?
Tentu sekali tidak..
saya anak sulung dari 5 orang adik beradik yang dibesarkan di celah kemelut permasalahan umat(yang mengetahui sejarah hidup saya pasti memahami).. saya menyaksikan tangan emak abah membesarkan kami adik beradik.. sungguh payah dan sungguh menjerihkan.. saya melihat emak menangis dan saya melihat abah memberi pelempang kepada kami..
semuanya hanya kerana ingin mendidik kami, menjadikan kami anak yang terdidik.. abah adalah insan yang kami paling hormat dan takut, berkata ‘ah’ lansung tak pernah..
apa jua keputusan ‘muktamad’ abah, tiada sesiapa berani bantah.. mungkin kerana kewibawaan abah menyebabkan kami sangat menghormati abah.. apa yang pasti kami menghormati abah kerana syurga emak di bawah kaki abah.. dan syurga kami pula di bawah kaki emak... aturan yang Allah letakkan sebagai syarat mendapat redhaNya..

emak pernah berkata “izinkan emak masuk ke syurga, dengan menjadi isteri yang taat.. janganlah anak-anak emak menyebabkan abah tidak redha pada mak..”

Emak umpama tali yang menghubungkan antara abah dan kami.. emak ibarat orang tengah yang tidak putus memikirkan teknik dan strategi merapatkan jurang antara abah dan anak-anak.. kata emak, seorang ibu peranannya besar, dia perlulah menjadi juru bicara untuk suaminya pada saat suaminya diam supaya harapan suaminya tertunai.. emak permata dalam hati abah, meruntuhkan ego seorang lelaki dengan kasih sayangnya..

Setelah sekian lama mendidik, anak-anak emak abah seorang demi seorang menjejakkan kaki ke luar rumah..

dan bila kami kembali ke rumah, ‘wajah’ kami berbeza… adakah emak kecewa dengan kami?

Emak kata “Belum lagi.. emak tidak akan putus asa.. selagi emak bernyawa, emak adalah emak.. walau setinggi manapun darjat anak emak, emak akan tetap lebih tinggi darjatnya, sebab itu dengarlah nasihat dari orang tua yang miskin ni…”

Jodoh


Saya dikelilingi teman-teman yang mencari sendiri pasangan masing-masing..
Alasan mereka kerana mereka sudah serasi dengan pasangan masing-masing.. emak dan abah dahulu hanya berkenalan selepas pernikahan.. emak dan abah memberi syarat kepada saya tentang calon bakal menantu mereka sebagai isyarat mereka bersedia menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.. namun kesibukan dengan kerja dakwah membuatkan masa yang berlalu terasa begitu cepat.. fokus saya ditumpahkan pada kerja-kerja dakwah yang ketandusan pejuang yang ada..

akhirnya seorang teman merisik “kalau ana cadangkan seseorang yang enti tak kenal, enti berani? ”
Saya terdiam..
“berani… akak yakin dengan Allah.. yang penting caranya betul dari awal, mengikut syariat.. kalau emak abah setuju, akak terima je..”

Lama saya berfikir adakah saya mampu menerima seseorang yang lansung saya tidak tahu menahu ke dalam hidup saya? Adakah dia mampu menerima saya yang lansung dia tidak tahu menahu ke dalam hidup dia? Ya Allah.. jujur saya takut sebagai seorang manusia biasa… tetapi saya berani kerana saya ada Allah yang berjanji akan memberi yang terbaik kepada saya…

Alhamdulillah..

Apa yang berlaku selepas ini adalah rahsia Allah…

ya Allah, kurniakanlah aku seorang suami yang soleh yang memartabatkan agamaMu, yang membahagiakan diriku dunia akhirat dan yang dapat mendidik anak-anakku untuk menjadi jundullah agamaMu…

Sahabat

Ada kalanya mereka umpama racun yang menyebabkan saya terlantar kesakitan.. ada kalanya mereka umpama penawar yang menyembuhkan sakit yang bertahun saya hidapi… adakalanya mereka bergantung pada saya, adakalanya saya bergantung pada mereka..

Tersenyumlah.. :-)

biarlah saya menjaga perasaan ini agar tautan kasih sayang yang terjalin ini disandarkan kerana Allah semata-mata.. Selagi boleh kalian mendapatkan sesuatu yang beharga pada diri saya, ambillah ia dan manfaatkanlah ia.. Saya mahu jadi orang yang bertakwa meskipun jalan hidup ini akan diumpamakan seperti lorong berduri.. yakinlah, itu tetap lorong yang terbaik…

saya tak sempurna, memerlukan sahabat sebagai cermin agar saya tahu bahagian mana yang hodoh untuk diperbaiki…

Perjuangan

Jangan berhenti kerana hidup ini adalah perjuangan… perjuangan yang paling besar ialah mengekang nafsu sendiri… semua manusia biasa yang bukan para Rasul pastinya pernah melakukan kesilapan.. saya juga tidak terlepas.. apa yang penting ialah bertaubat.. tutup buku lama.. buka buku baru..
Ampunilah diriku ini ya Allah… perbaikilah hidupku ini… jadikanlah tempatku kembali adalah sebaik-baik tempat… :'-)

Harapan

Hidup ini singkat.. keperluannya sedikit.. tanggungjawabnya banyak.. saban hari mulut ini menyeru kepada Allah.. tetapi adakalanya sangat sedikit kesan yang terlihat.. kesabaran… doa… Alhamdulillah.. sekeras-keras batu pun terbentuk lubang dek setitis air yang tak henti-henti menitik… hidayah itu milik Allah…
saya mencoret di blog ini agar ianya kekal.. boleh dibaca berulang kali oleh sesiapa sahaja.. mungkin setelah saya mati nanti, ianya masih lagi kekal..

moga perkongsian ini bermanfaat dunia akhirat…. ;)

Selasa, 6 Oktober 2009

demi sayang....



sejauh mana anda sanggup bekorban demi orang yang anda sayang? saya membelek planner bulanan yang saya tampal di depan meja.. penuh, padat.. test, program PPM, urusan kerja, dan meeting.. follow up projek... padat sungguh hinggakan rasa nak keluar makan pun macam membazir masa..

"orang ada tanggungjawab di sana.." teringat kata-kata fairuz.. dia mengajak lillah ke rumah ibu angkatnya yang second.. sehari sebelum tu kami dah ke rumah keluarga angkat yang pertama.. masa on the way balik dari kampung yang first tu memang bercadang nak singgah tapi tak boleh sebab sedang rush ada meeting.. second day tu pulak rushing untuk pergi usrah..

hati rasa tak tenang.. wajah tok angkat mula terbayang2..
mak pesan "kakak.. ni kuih untuk tok.. once orang dah memberi sayang pada kakak, jangan hampakan mereka..".. mak kirim sebekas kuih raya beraneka jenis untuk tok..

aish, tak tau jalan nk ke rumah tok... sebelum ni pernah try & error ke sana.. sesat2 so tak ingat jalan... humm

budget dah lari.. dah sengkek dah ni semenjak bawa kereta ke USM.. adjust2 sikit belanjawan.. aha!! nak pergi pekan darat, rumah tok angkat!!!

segera sms fairuz
"salam.. kul brape hbs kelas? fre x tonite.? nk ajak p pekan darat.. rasa x tenang x jupa tok"

dan petang tu dalam keadaan kelam kabut bertolak ke pekan darat.. dalam kereta tu betulkan niat..
"lillah pergi ziarah tok kerana Allah.. kalau hanya kerana tok, lebih baik lillah dok study, nak test nih... paper work ke thailand tu tak sentuh lagi.." cakap kat diri sendiri..
"orang nak pergi bukan sebab lillah.. bukan sebab kesian kat lillah! orang pun niat kerana Allah..!"sampuk fairuz..

kami ketawa..



konon takmo bagitau tok nak datang sebab takmo tok susah2 prepare sumting2.. sebaik sampai, rumah 'macam' takde orang.. heh, padan muka.. so pergi rumah kuarga angkat fairuz.. kemudian adik angkat fairuz call cucu tok.. anak tok, menantu tok dan cucu2 pun datang la menjenguk lillah.. makan nasi dua kali, di rumah keluarga fairuz skali, di rumah tok skali... ;) best.. alhamdulillah...

selepas isyak, kami bertolak balik ke usm.. dua jam bertandang ke kampung itu, mengembalikan banyak memori2 silam... terlalu banyak pahit manis yang dilalui di kampung tu..

kembali kepada persoalan : sejauh mana sanggup anda bekorban demi orang yang anda sayang?
saya sanngup korbankan sehabis2nya utk orang yang saya sayang... !! anda juga begitu.. bila kita jujur menyayangi someone kita akan sanggup terbang jauh demi nak melepaskan rindu walau sehari sahaja...
kerana itulah setiap kasih sayang yang terjalin, biarlah bersandarkan kerana Allah... moga setiap detik dalam ibadah yang mendekatkan diri pada Nya..

bak kata fairuz..
"bila kita disempitkan dengan kerja2 duniawi... kita mula mementingkan diri sendiri.. mula menghitung dan mengira mana satu yang memberi kebaikan pada diri sendiri.. pada waktu itulah Allah menguji keikhlasan kita..."

p/s : sampai je ke USM, zaidi hantar jagung yang sudah dia masak.. jagung tu ayah angkat guar lobak saya bagi semasa saya ziarah ke rumah dia... kenduri jagung lah kami semua... alhamdulillah...

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....