Isnin, 17 Ogos 2009

berjalan di jalan dakwah...


"Dan keredhaan Allah adalah lebih benar,
itu adalah keberuntungan yang besar.”
At Taubah :72


"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah.
Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata
dari Allah untukmu "
AzZaariyat: 50


Berdakwah adalah tugas yang besar dan agung iaitu memimpin dunia, mengajar seluruh
manusia kepada sistem Islam, cara hidup Islam dan ajaran yang baik di mana manusia tidak
mungkin bahagia tanpanya...
Tugas ini bukan tugas juz 'iah, bukan separuh-separuh dan bukan
sebahagian-bahagian..



Bukan hanya untuk mencapai tujuan-tujuan terbatas
di dalam jurusan politik,
sosial dan ekonomi sahaja.
Bukan juga hanya untuk satu tempat atau satu daerah tertentu.
Bukan juga terbatas kepada satu bangsa dan tanahair yang tertentu.



Tetapi ia satu tugas agung yang
meliputi setiap aspek kehidupan demi kebaikan
yang paling sempurna dan paling bahagia kepada seluruh manusia dan manusia sejagat,
bahkan bagi seluruh makhluk Allah
kerana sesungguhnya Rasullah saw itu diutus untuk membawa rahmat ke seluruh alam..


"Aliif Laam Miim.
Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
mengatakan kami telah
beriman sedangkan mereka tidak diuji.
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka.
Lantaran itu Allah mesti mengetahui orang-orang yang benar
dan orang-orang yang berdusta”.
Al-Ankabut: 1-3


Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga...
tetapi merupakan satu jalan yang susah dan
panjang...

Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata...


Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat..
Ia memerlukan kemurahan hati...
pemberian dan pengorbanan..
tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan
Allah di waktu yang dikehendakiNya...


Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijah serta hasilnya ketika anda masih hidup..
Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha..
tidak disuruh melihat hasil dan buahnya..


Sesungguhnya apa yang akan ditemui oleh para duat di jalan Allah adalah gangguan dan tekanan
dari golongan taghut dan musuh-musuh Allah yang mahu menghapuskan mereka, memusnahkan
dakwah mereka atau menghalang mereka dari berdakwah...


Itu adalah lumrah yang telah berlaku
berulang kali di zaman ini...


Ya Allah... izinkanlah diriku & saudara2ku untuk istiqamah di jalan Mu...
Peliharalah diri kami dari fitnah dunia..
Sesungguhnya Engkaulah Yang Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kami..
Peliharalah kami... amin ya Rabbal alamin...


2 ulasan:

  1. Dakwah kerja yang paling sukar...
    jalannya berliku...
    sunggh terharu membace entry ni...nnt nak copy paste ley x?

    BalasPadam
  2. Dakwah kerja yang paling mulia..

    silakan...
    moga perkongsian mdpt manfaat dunia akhirat bersama... amin..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....