Wahai adikku sayang…
Dalam hidup ini kita cuma ada dua pilihan.. sama ada nak menjadi orang yang berjaya atau orang yang gagal. Kalau kita nak berjaya.. kita kena bersedia mental dan fizikal untuk bersusah payah dalam mengharungi cabaran hidup ni.. kejayaan adalah bagi mereka yang sanggup menangis dalam mendaki ke puncak tertinggi hidupnya.. kita kena jadi orang yang kuat..orang yang tabah.. orang yang rajin.. orang yang tak berputus asa…
Wahai adikku sayang…
Akak menulis surat ini kerana akak mahu berkongsi kisah hidup akak supaya adik-adik menjadi orang yang berjaya.. akak lahir di Kelantan.. akak anak yang ke tujuh dari 11 orang adik beradik.. keluarga akak hidup susah.. keluarga kami bertambah susah semenjak arwah ayah meninggal dunia.. ketika itu akak berada dalam darjah lima.. manakala adik bongsu akak baru empat bulan, masih kecil.. kasihan dia, tak berkesempatan merasai kasih sayang seorang ayah.. disebabkan hidup yang amat susah, emak akak telah menghantar akak dan abang akak ke rumah anak yatim..
pedih rasanya berpisah dari keluarga tersayang.. tambah sedih apabila kehadiran akak di rumah anak yatim tu tidak diterima oleh warga rumah anak yatim.. akak dilayan dengan buruk oleh kawan-kawan dan juga staf di situ.. akak dibuli dengan teruk oleh kawan-kawan akak.. setiap hari yang dilalui tersangatlah sakit..
setiap hari akak menangis dan akak tak tahu ke mana harus akak pergi.. akak terasa hilang tempat bergantung.. akak membenci tempat tersebut dan akak mula berusaha untuk keluar dari tempat tersebut.. ketika itu akak berusaha tak belajar supaya result teruk demi mengelakkan dibenci oleh kawan-kawan.. tetapi result akak tetap agak baik walaupun tak study.. akak tak tahu apa yang akak belajar di sekolah.. akhirnya akak telah merayu kepada emak akak untuk keluar dari rumah anak yatim tersebut. Emak akak sangat marah tetapi akhirnya membawa akak keluar dari ‘neraka’ kecil tersebut..
Untuk beberapa bulan akak tinggal di rumah tanpa bersekolah.. kehidupan yang miskin, anak-anak yang ramai dan menyara keluarga sendirian menyebabkan emak akak sangat tertekan.. akak selalu menjadi tempat emak akak melepaskan marah.. ketika itu akak cuma mampu menangis.. akak tertanya-tanya adakah keluarga kami akan terus berada dalam keadaan susah begini sehingga akak mati? Akak ingin sekali pergi menjengah ke dunia luar untuk melihat apa yang ada di luar sana.. akak ingin sekali membantu keluarga akak.. tetapi akak tak tahu bagaimana..
Apabila akak mula bersekolah di sebuah sekolah harian berhampiran rumah akak, akak berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.. akak mendapat semangat dari guru-guru akak.. ada seorang cikgu akak tu pernah kata yang
‘anak-anak petani, anak-anak nelayan.. pun boleh belajar dan berjaya melanjutkan pelajaran ke university.. ada yang pergi sambung belajar di luar negara..’
Akak sangat teruja dan bersemangat mendengar kata-kata cikgu tu.. Semenjak tu akak selalu berazam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat ke luar negara.. walaupun akak terasa seperti impian tu terlalu tinggi dan jauh, tetapi akak tak peduli..
Kehidupan yang miskin menyebabkan keluarga akak tidak mampu untuk memberi duit supaya akak dapat membeli buku pelajaran.. akak selalu dimarahi oleh abang-abang akak setiap kali akak meminta duit untuk membeli buku.. akak faham mengapa mereka marah, duit itu sedikit.. duit itulah juga yang akan kami adik beradik berkongsi untuk makan minum… rumah kami banyak tempat yang berlubang, bumbung yang bocor.. akak tak pernah membawa kawan-kawan pulang ke rumah akak.. sebab akak takut kawan-kawan akak tidak dapat menerima keadaan keluarga akak.. pada waktu malam, akak tidak boleh berjaga malam untuk belajar sebab mak kata kita kene jimatkan elektrik.. dan bila memasak, kami lebih selesa menggunakan dapur arang kayu untuk jimatkan gas..
Azam yang kuat.. tak berputus asa.. akak mahu menjadi orang yang berjaya.. biarlah tidak berharta.. biarlah tiada paras rupa.. tetapi bila kita berilmu, orang akan menghormati kita.. berkat usaha dan doa, akak mendapat keputusan 6A dalam PMR.. akak sangat-sangat gembira ketika itu.. Ketika borang MRSM keluar, akak tiada duit untuk membeli borang tersebut yang beharga RM10.. akhirnya akak tidak dapat masuk ke asrama.. tak mengapa, akak tak akan berputus asa.. mungkin memang tiada rezeki untuk akak ke asrama..
Ketika di tingkatan empat, akak merupakan pelajar pertama aliran sains tulen yang mengambil subjek akaun. Akak mendapat tentangan dari pihak sekolah ketika akak mengambil subjek akaun sebagai subjek tambahan tetapi akak tetap berusaha merayu supaya akak dapat mengambil akaun dalam SPM.
Syukur Alhamdulillah, akak berjaya dengan cemerlang dalam SPM.. dan paling gembira sebab akak dapat A dalam akaun..
Akak mendapat tawaran matrikulasi Perlis dan tingkatan enam.. jika akak masuk matrikulasi, akak mendapat tawaran aliran akaun.. tetapi keluarga akak tidak mampu menghantar akak ke sana.. kami tiada duit.. jika akak masuk tingkatan enam, akak mendapat tawaran sains tulen.. berbekalkan sedikit semangat dan keberanian, akak memberanikan diri mengembara ke negeri orang seorang diri.. dan akak masuklah matrikulasi Perlis… dalam bidang akaun.. J
Adikku yang disayangi…
Ketika di matrikulasi, akak mendapat biasiswa Rm1000 untuk akak gunakan selama setahun di sana.. dan sungguh akak katakan yang duit itulah sahaja yang akak ada.. Akak sangat berjimat cermat hinggakan kalau akak beli biskut, akak akan kira berapa keping biskut yang akak boleh makan hari ni.. berapa keping yang akak boleh makan esok.. dan setelah duit akak habis, akak berpuasa.. akak tidak memberitahu kesusahan hidup yang akak alami ini pada kawan-kawan dan pada keluarga akak.. setiap kali kawan-kawan akak mengajak akak makan di luar atau pergi berjalan-jalan, akak akan memberi pelbagai alasan .. namun perkara yang sebenanrnya ialah kerana akak tidak ada duit…
Biarlah.. akak datang dari jauh ke sini untuk belajar.. bukan untuk berhibur… biarlah semua ini menjadi rahsia.. asalkan dapat belajar pun akak dah bersyukur.. Terima kasih ya Allah….
Pada suatu hari, matrikulasi dilanda darurat ketiadaan air.. semua pelajar disuruh balik ke rumah.. masa tu akak terpaksa telefon abang akak dan memberitahu keadaan akak.. abang akak sangat marah sebab akak tidak memberitahu kesusahan yang akak alami pada dia awal-awal.. akak bukan suka-suka tak nak bagitau dia.. tetapi akak tahu, abang akak bekerja keras menyara adik beradik akak yang ramai.. mereka lebih memerlukan duit itu berbanding akak..
Wahai adikku sayang…
Tiga tahun yang lalu.. akak melangkahkan kaki ke USM sendirian.. sampai di USM, akak tak tahu mana satu tempat yang akak perlu pergi..orang lain datang bersama keluarga.. akak pula seorang diri mengangkat beg yang berat.. apa yang kelakar ialah, akak tersalah masuk asrama.. akak tersesat dalam asrama lelaki.. sampai sekarang akak tak boleh lupakan.. di USM, akak merupakan batch pertama mengambil bidang ‘International Business’.. dan akak meneruskan perjuangan yang akak dah mulakan.. iaitu untuk terus kuat walaupun sendirian..
Ketika akak di tahun akhir, akak dikehendaki belajar 6 bulan di luar negara.. dan kos pengajian itu perlu ditanggung oleh pelajar sendiri.. dimanalah akak nak cari duit?? Jika akak tidak keluar negara, akak tidak boleh menamatkan pengajian.. sedih.. akak tak tahu ke mana harus akak pergi.. akak tak tahu apa yang perlu akak buat.. akak terasa hidup ini terlalu perit dan sakit… emak akak kata akak tak perlulah habiskan pengajian akak.. biarlah tak ada ijazah pun takpe.. sayangnya cuma tinggal 6 bulan sahaja lagi untul tamat tetapi tergantung di tengah jalan..
Allah Maha Penyanyang… Dia tak pernah meninggalkan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.. masa tu hanya Allah tempat mengadu.. ketika itu akak ditemukan dengan seorang sahabat.. Keluarga sahabat inilah yang menanggung kos akak belajar di luar negara selama 1 semester..
Dan.. akak akan konvo pada Sabtu ni.. pada 15hb Ogos 2009 ini.. Alhamdulillah…
Wahai adikku sayang… Allah itu Maha Pengasih.. Maha Penyayang… Ingat selalu supaya jaga solat lima waktu sehari semalam jangan sekali-kali kita tinggalkan…Banyakkan berdoa kepada Allah.. Ingat Dia selalu… Walaupun kita rasa sesuatu tu mustahil, tetapi ingatlah Allah berkuasa menjadikan yang mustahil itu kenyataan.. sebab itu kita kena sentiasa dekat dengan Allah…
Wahai adikku sayang…
Akak sekarang dah bekerja.. akak bekerja dengan keluarga yang pernah membantu akak belajar dulu… kalau dulu semasa belajar, akak cuma akan balik ke rumah hanya bila cuti raya.. kini semenjak bekerja, setiap bulan akak akan balik ke rumah.. akak gembira dapat membantu emak dan adik-adik akak… akak gembira dapat membaiki rumah akak.. sekarang emak akak tak perlu bersusah payah keluar bekerja.. dah lama emak akak susah.. sekarang biarlah dia rehat.. dah sampai masanya akak pula bersusah untuk emak akak.. bahagianya rasa…
Wahai adikku sayang…
Kejayaan itu adalah bagi mereka yang sanggup menangis dalam mendaki ke puncak tertinggi hidupnya… akak doakan kejayaan adik-adik semua… semoga perkongsian akak ini dapat memberi semangat kepada adik-adik yang lain.. Amin…
lillah memandang wajah adik-adik... "apa perasaan adik2?"
"sedih.."jawab adik-adik...
"nak tak tengok gambar kakak dalam surat ni?"
"nak!!"balas adik-adik..
kemudian tayangan muvi ni dipasang...
lillah bertuah sebab dapat bertemu dgn sahabat ni.. dia umpama permata yang lillah tercari-cari selama ini.. dan lillah berjanji pada diri sendiri :
1. jangan kecewakan diri sendiri
2. jangan kecewakan orang2 yang mengharapkan lillah
insya'Allah.... :'-)
cant say any word at all..:'-)
BalasPadammeremang bulu roma org ...
ya ALLAH,
aku tahu dia sedang berbahagia..
aku tahu dia ceria dan bersyukur..
semoga kau didiklah aku menjadi setabah dia..
didiklah aku menjadi sesabar dia..
didiklah aku menjadi hamba yang sentiasa mengharapMU..
ya ALLAH..
Kadang kala aku hanyut dengan kelekaan duniawi..
kadang kala aku mementingkan diriku..
semoga aku sntiasa mengambil dirinya sebagai anjakan paradigma menjadi yang lebih baik
seperti beliau..
Ya ALLAH..
aku bersyukur kepadaMU..
arrgh.. romlah!! nk nangissss!!!! xpi x lehh.. org tahu romlah sudah berjaya!! romlah mmg spttnya bahagia skrang.. romlah layak dpt segala2nya sekrang.. alhamdulillah..
smoga ALLAH sntiasa merahmatimu sahabatku.. =)
terima kasih sahabat!! sgt2 berterima kasih..
doakan dia cpt sembuh demam.. sabtu ni dia nak konvo.. kalo dia x sihat, kenela kita cari org tlk konvo utk dia.. hehe
BalasPadamBila bertalu rentak dikalbu
Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin keangkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
~cptla sihat kurin syg... cikmot da penat jaga ni.. :p~
da nagis da...sume org wat org nangis...penat da nangis...
BalasPadamto bliza/fairuz:
fairuz jgn jadikan org sbg ukuran..ramai lg org yg baik dr org kat luar sana..
bg org fairuz pun dah cukup baik da..dah solehah..jom kita happy sama2..sbb sahabat2 jgak org blh happy skang..TQ sahabat =)..
to cikmot:
cikmot da la jaga org..org da sht la..cikmot..org mintak maaf sbb da buat cikmot nangis pg tadi..bukan org xmo mandi, tapi org x larat nak berdiri..2 yg org nak tido jer..terasa berat jer kepala ni..
kecian cikmot..x pasal2 nk kena jaga bdk degil ni..sowy cikmot...
k...org dah sihat daaaaaaaaaaaaaaa... horey..da sht..xyah mkn ubat da..bahagia :P..
ha... tau x per...
BalasPadamni first time cikmot jaga org sakit sampai menangis...
risau tau...
ish3..
1 lg.. doktor kte antibiotik tu kne abiskan... dia x kata pun kalo da sihat x yah makan...
k... dah sihat ka.. lum sihat ka... ubat kna makan... bahagia :P..
alah sedeynya...
BalasPadamsedeynya sbb da wat cikmot nangis...
cikmot..
cikmotttttttttttttt.
cikmottttttttttttttttttttttt...
cikmotttttttttttttttttttttttt...
maapkan kurinnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
huk3...sedey...
dah sihat da..dah boley wat keje da hr nie...huhu..bahagiaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
eh lupaaaa..
"alhamdulillahhhhhhhhhhh"...hihi
apa maap2 ni... -_+
BalasPadamish3...
mnada kurin wat salah pun..