Sabtu, 15 Ogos 2009

wanita itu adalah fitnah dunia?


Wahai kakakku.. kenapakah lemah sungguh kaum Hawa itu.. asyik berteman tagisan dan sendu sahaja?

Wahai adikku..
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya...
tetapi di situlah wahai adikku kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki.. menjadi izzah yang paling gah. bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki... kerana sendu rayunya Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun...


Duhai adikku... Lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata..

Namun wahai kakakku... wanita itu fitnah dunia..


Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hambanya?

Wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu..
Cuba adikku nilai... Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal...


kerana andai si lelaki menjaga pandangannya maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..


Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.. kerana di situlah kehormatannya..
bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh...



Tetapi kakakku... kenapa wanita itu menjadi peragaan? tidakkah mereka merasa malu?


Wahai adikku sayang...

Al-Haya (sifat malu) ada dalam diri setiap insan..
wujudnya seiring dengan nafas insani..
dan Al-HAya itulah pakaian iman pada diri wanita itu..
pada diri wanita itu Al-Haya sebagai pembenteng diri.


namun...
bila mana Al-Haya itu lebur .. imannya akan runtuh..

kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid.. merasakan diri belum cukup menarik.. mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi..

namun adikku..
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu..


wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita... pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debuan kilauan pasir..


wahai adikku..
janganlah adik gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan diri mu.. menggugurkan diri... menyembah tanah..
sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya...


kudedikasikan khas buat adik hanis adibah... maafkan akak sebab lambat menjawab persoalan adik... :-)

2 ulasan:

  1. Salam..

    erm...saya malu:(

    er..jzklh atas perkongsian ini.

    p/s: sape bce entri ni, mesti rse mcm akak sndri sdg berckp ngn dier;p

    ^_^

    BalasPadam
  2. wsalm..

    :-) moga perkongsian ni dpt manfaat dunia akhirat bsama...

    p/s: dah mmg yg bckp tu ialah seorg akak...

    :-p

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....