Sabtu, 22 Ogos 2009
~ malam pertama tarawih ~
"masjid mesti penuh.." komen adik lelaki saya, Ali.
"Alhamdulillah.. baguslah.. hari-hari biasa kosong, bila time penuh ni, syukurlah.."balas saya.
Semalam kami berdua ke masjid bersama. Sekarang cuti sekolah, jadi adalah mahram untuk temankan saya ke masjid.. kalau dia tak ada, saya akan tarawih di rumah sahaja..
"parking luar je boleh?" saya bertanya. masjid sesak dengan kereta dan orang ramai.. dah macam pagi raya.. :-)
terasa syahdu sungguh masa tu.. kan bagus kalau solat lima waktu dapat sesesak ini masjidnya.. barulah mantap ukhwah umat Islam..
setelah puas kereta kami melilau akhirnya kami park kereta agak jauh dari masjid..
"erm Ali.. gelap la tempat ni. kakak tak bawa handphone.. kunci kereta nak kakak atau Ali yang pegang? "
"Khusyuknya dia.. tak nak bawa handphone.. "perli adik saya.
saya ketawa kecil.. terhibur.
"hm.. tak tahu solat sini 8 rakaat atau 20.. better kita ikut je sampai habis program di masjid, then baru balik ke kereta." cadang saya.
"Tak kisah..ok je.."jawab Ali.
"hehe.. kalau lepas ni kita dah tak jumpa.. jumpa kat syurga lah ye.. amin.." usik saya lagi.. (muka Ali tak puas hati dengan saya sebab tak bawa handphone)
sampai di pintu masuk makmum lelaki, Ali melambai saya sebagai isyarat kami berpisah
"Jangan nangis.."usik dia lagi.. saya ketawa kecil.. sempat aje dia ni.
Ternyata tempat makmum perempuan pun sesak seperti di luar masjid.. anak-anak kecil yang cute miut pun ramai.. wah... rasa bahagia..
masa imam baca ayat-ayat Quran tu.. rasa syahdu.. rasa nak nangis... rasa 1001 rasa (kiasan je).. terdetik di hati "kalau lah aku dapat memahami maksud ayat-ayat ni..."
sesekali batuk-batuk saya yang tak sembuh-sembuh memecah keheningan malam.. hm.. saya takda H1N1.. harap makmum lain memaafkan saya..
balik dari solat tarawih tu, kami berdua pergi makan di medan makan..
kami bersembang2 tentang macam2..
cepatnya dia membesar.. sekarang dia dah semakin matang..
nasihat yang diberikan menusuk ke hati saya..
happy dapat mendengar perspektif seorang pemuda yang mula melangkah ke alam dewasa..
balik je ke rumah, saya cepat-cepat siapkan tugasan yang belum selesai.. then before tidur.. buka Quran.. membaca-baca.. kemudian baca terjemahannya.. ulang lagi membaca2.. dan akhirnya terlena....
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. bangun awal tau, sahur.. sebelum sahur tu buat lah solat tahajud, tasbih , taubat.. dan hajat..
Wallahua'lam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)