tahukah kamu siapakah orang yang mendustakan agama??
Itulah orang yang mengherdik anak yatim...
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin...
tahukah kamu neraka Wail untuk siapa???
untuk mereka yang lalai dalam solatnya... dan orang yang riya'... serta mereka yang enggan membayar zakat...
Itulah orang yang mengherdik anak yatim...
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin...
tahukah kamu neraka Wail untuk siapa???
untuk mereka yang lalai dalam solatnya... dan orang yang riya'... serta mereka yang enggan membayar zakat...
catatan:
menggigil tubuh membaca ayat-ayat Allah dalam surah Al-Maa'uun ayat 1-7..
sungguh rasa diri ini lalai dan berdosa..
tatkala membaca ayat 4-5 tentang ancaman kepada orang yang lalai dalam solatnya, air mata turun laju..
bagaimanakah solatku? Ya Allah... Kau tahu hamba daif ini tak sempurna... Maka sempurnakanlah solatku, hidupku dan matiku .. kerana hanya Engkau yang Maha Sempurna..
memang sukar memperoleh khusyuk dalam solat..
ia merupakan anugerah Allah kpd mukmin sejati yg bersungguh-sungguh mencapainya... banyak kelebihan dan keistimewaan bagi org yang telah memperolehi khusyukdalam solat..
di antara kelebihan itu ialah:
- terpelihara drpd mungkar
ini kerana hatinya sudah khusyuk dan membesarkan Allah..
Orang yang membesarkan Allah dalam hatinya akan takut melakukan dosa..
Allah ada menyebut orang yang solatnya khusyuk akan tercegah dari perbuatan maksiat..
"Sesungguhnya solat itu boleh mencegah seseorang itu daripada perkara yang fahsya, daripada dosa-dosa besar dan daripada dosa-dosa kecil."
- mendapat ketenangan
susah untuk merasai khusyuk kecuali dengan keizinan Allah..
lantaran orang yang telah khusyuk patut bersyukur kepada Allah dan terus menerus menjaga kehusyukan itu..
orang yang khusyuk disebut orang yang berjaya kerana dia telah berhasil menyempurnakan solat sebagaimana yang Allah kehendaki...
Allah menyebutnya di dalam ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Sungguh telah memperolehi kemenangan orang-orang yang beriman,
iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya"
iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya"
- berakhlak mulia
dan bersopan santun dengan manusia...
khusyuk ialah lambang seseorang yang bersopan santun, yang beribadah dengan penuh
penumpuan dan dengan rendah hati..
buah daripada ibadah yang khusyuk itu sendiri melahirkan akhlak yang mulia..
orang yang khusyuk solatnya, akan berkahlak mulia dengan Allah dan manusia...
Dia berkasih sayang sesama manusia dan memiliki sfat-sifat mulia seperti penyabar,
pemurah, pemaaf dan penyantun... insya'Allah..
- sentiasa tenang dan bahagia
dia bahagia dengan Allah, tenang dengan apa sahaja yang berlaku padanya kerana sedar
hakikat dirinya serta mengetahui segala yang berlaku adalah kehendak Allah..
sikap tenang dan hati yang suci beribadah itu membuahkan khusyuk. seterusnya sikap itu menjadi pakaiannya kerana sentiasa mengusahakan khusyuk ketika solat dan di luar solat..
- memperolehi janji daripada Allah
Allah juga menjanjikan ketenangan, kemenangan dan kesucian buat orang yang khusyuk..
Seterusnya Allah menjanjikan nikmat balasan syurga di akhirat kelak...
untuk menikmati keistimewaan dan kelebihan itu berusahalah memperoleh khusyuk dalam solat, bahkan khusyuk ketika di luar solat..
p/s:
terpaksa jaga hati di luar solat supaya masa nak solat tu hati mudah nak khusyuk... ada 1 hati je.. hati yang sama nak guna di luar dan dalam solat... berhati-hati menjaga hati...
salam..
BalasPadamlillah...
cmne ye nk jga hati..
sbb kadang2 rasa sgt berat nk solat
lillah doakan hati sy cepat sembuh
ya Allah...
BalasPadambersihkanlah hati kami..
khusyukkanlah hati kami..
ikhlaskanlah hati kami..
tawadhukkanlah hati kami..
tenangkanlah hati kami..
terangkanlah hati kami..
lapangkanlah hati kami..
peliharalah hati kami..
hanya kepadaMu tempat kami meminta & mengharap...
amin ya rabbal Alamin..