bukannya mudah utk memperolehi khusyuk, jika tidak diusahakan bersungguh-sungguh dengan kesedaran yg mendalam. pada umumnya para ulamak muktabar telah memberi panduan bagaimana langkah-langkah yang perlu dilakukan utk mencapai khusyuk dalam solat.
Kaedah-kaedah khusyuk :
- merasakan bahawa ketika solat berhadapan dengan Kuasa Yang Maha Berkuasa, dan Yang Maha Berkuasa itu sedang memperhatikan segala amal dan tingkah laku kita. ini berdasarkan hadis yg bermaksud : ".. Ihsan itu ialah bahawa engkau hambakan dirimu kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Apabila engkau tidak melihatnya (dan memang tidak akan dapat berbuat demikian), sesungguhnya Dia melihat engkau." (Mutaffiq 'Alaih)
- memahami makna ayat-ayat Quran yang dibaca dalam solat itu, seperti bacaan Al-Fatihah dan surah.
- memahami makna bacaan zikir dan tasbih yang dibaca dalam solat.
Dalam kitabnya Al-Arba'in, Imam Abu Hamid Al-Ghazali mengatakan sebagai berikut :
- hendaklah kamu membaca Allahu Akbar dengan mengingat 'tiada suatupun yang lebih besar daripada Nya'
- hendaklah kamu membaca doa iftitah, dengan perasaan bahawa 'kamu benar-benar menghadapkan seluruh jiwa dan ragamu kepada Allah Maha Pencipta.'
- hendaklah kamu membaca Al-Hamdu Lillah dengan 'penuh rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaan-Nya kepadamu'
- hendaklah kamu membaca Iyyaka Na' budu.. dengan 'perasaan bahawa kamu sangat lemah dan segala urusan itu hanya berada di tangan Allah semata-mata.'
- hendaklah pada setiap membaca zikir itu kamu ingat akan maknanya.
- hendaklah kita memanjangkan rukuk dan sujud
- jangan mempermain-mainkan anggota badan, memperbanyak gerakan dalam solat.
- hendaklah tetap memandanag ke tempat sujud, walaupun seseorang yang solat itu buta matanya, atau sedang melakukan solat di sisi Kaabah. imam Ahmad bin Hambal berkata : "khusyuk dalam solat ialah dengan mengarahkan pandangan mata ke tempat sujud."
- hendaklah menjauhkan diri dari segala perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam solat.
wallahua'lam... sama2 kita berusaha! chaiyook!!
p/s: khas menjawab request from puterinurzahra...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)