Khamis, 9 April 2009

diam tanda mesra... :)


"kekecewaan adalah umpama bonggol jalan, ia memperlahankan perjalanan.. tetapi ia hanya sementara.. selepas bonggol maka anda akan kembali menikmati jalan yang rata kemudiannya.. maka usahlah anda tersekat kerana bonggol, tekan pedal & bergeraklah ke hadapan! "

sms kata-kata ni pada mak.. mak balas mesra.. dia kata fahaaaaam sangat.. sebab di rumah kami ada banyak bonggol jalan.. hehe..

sms pada abah... no respon... hum.. kecewa..

lately ni rindu sangat pada abah.. tak tertahan rasanya... sampai termimpi-mimpi..
dan hari tu masa naik bas ke bandar.. bas penuh.. alhamdulillah kami dapat tempat duduk.. tiba-tiba ada atuk chinese naik.. sangat uzur.. dia pusing kiri kanan tapi tak da sapa2 pedulikan.. tempat duduk saya terlalu belakang, sedangkan atuk tu jauh di depan.. agak susah untuk dia kebelakang..

tiba-tiba seorang lelaki berdiri dan bagi dia tempat duduk tu..
waha... sekali imbas macam abah gaya orang tu.. masa tu tanpa sedar saya sibuk terintai-intai lelaki tu.. teringat kat abah.. rindunya..

abah seorang yang pendiam.. masa baru kahwin dengan mak dia bagitau yang konsep dia 'diam tanda mesra'
.. so.. memang jenis pendiam.. tapi bila mood dia nak buat jokes, memang sakit perut nak gelak..

semenjak saya darjah 2.. (semenjak adik bongsu saya umur 1 tahun), abah mula selalu out station.. masa tu kami stay di perak.. abah kerja di KL.. dan makin lama makin selalu tak berjumpa.. dari 3 hari-->1week--1month.. dan pernah paling lama berpisah 4 bulan rasanya kalau tak silap.. hum..

saya selalu tak faham apa yang dia nak.. kalau dia tak cakap, memang saya gagal nak faham isi hati dia.. tapi mak kata kami banyak persamaan.. selalunya dalam perkara yang spontan.. cthnya cara kami bekerja dan cara kami berfikir.. wallahua'lam...

dengan abah ni, saya selalunya tak ada idea nak sembang.. saya just tanya soalan, dia jawab.. dia tanya saya , sayajawab.. kalau dengan mak, hm.. mak akan buka topik demi topik dari malam ke siang tak akan habis.. see.. mak abah memang berbeza!!

tapi saya selesa dengan cara abah, .. dengan dia saya pun mengamalkan konsep 'diam tanda mesra'.. dengan mak saya kena guna 'ramah tanda mesra'..

masa first year dulu.. ada satu kali tu saya nak pergi masuk hutan utk program persatuan.. saya cuma bagitau mak je.. camana nak bagitau abah, dia selalu takde..

tapi masa lalu sebelah dia ternampak satu benda kecik comel atas meja sebelah dia..
"eit.. apa ni abah?" saya membelek bende comel tu..
dengan wajah tanpa emosi abah menjawab "abah dengar ada orang tu nak masuk hutan. ni untuk elak nyamuk & serangga.. sebab dalam hutan ada banyak nyamuk dan serangga.."

oo.. hm.. siapa yang nak masuk hutan tu kalau bukan saya? thank Q very much abah..

kalau saya tak tegur benda kecik comel tu, mesti dia takkan tegur saya.. sedangkan saya lalu lalang banyak kali sebelah dia masa tu..

ada sekali tu saya merajuk dengan abah.. tapi saya tak berani tunjukkan yang saya merajuk pada dia.. takut dia berkecil hati.. so pendam ajelah.. tapi serius tak boleh nak pandang muka abah masa tu.. dan masa tu kami keluar makan 1 family, dia duduk depan saya... semua orang bersembang sedangkan dia diam je..
masa waiter sampai, saya sibuk nak cake carrot.. malangnya kek tu cuma 1 potong je tinggal... hum.. dan masa sampai order, pelayan tu terlupa kek tu..
abah bangun dan order semula.. terharu sikit.. cair sikit hati.. tapi still merajuk..

masa kek sampai, adik-adik saya macam piranha menyerbu kek tu.. abah potong kek tu kepada 2 bahagian.. 1 bahagian dia bagi pada adik-adik saya untuk share.. saya pun share yang tu juga.. setiap orang dapatlah sesudu.. sedapnya.. saya sangka 1 bahagian lagi tu untuk dia.. sebab sebenarnya kek carrot ni pun favrot abah.. dan juga favrot saya .. (1 persamaan lagi)

tiba-tiba dia tolak piring tu pada saya.. terkejut saya..
"makanlah.."
"eh, abah tak makan?" soal saya.. dia suka kek ni! saya taula..
"makanlah.." kata dia lagi..
saya pun makanlah.. tinggal 1/4 dari saiz asal ptongan kek tu saya tinggalkan.. macam segan nak habiskan semua.. hehe
lama sikit tu.. dia ambil piring tu dan habiskan kek tu dengan sekali suap je..
la... dia nak ke? ingat taknak..
hum... habis cair dah hati saya.. hilang dah merajuk saya tadi... dah boleh senyum ikhlas dah..

saya selalu tak ada idea bila nak sembang dengan dia.. tapi takpelah, dia pun bukan suka bersembang.. yang penting dia nak saya berjaya dengan cemerlang dunia akhirat dan sentiasa sedar di mana bumi dipijak (jangan lupa diri)... mak selalu jadi pengantara antara saya dan abah.. ibarat dua bom atom.. mak jadi penyejuk di tengah-tengah... mak kata kami sama EGO.. abah ni jenis orang yang rasional.. dia bukan jenis yang emosional.. kalau nak pujuk-pujuk, tak payah la nak nangis2.. dia tak terpengaruh..

kalau nak bercakap dengan abah, kene fikir dulu.. kene kaji dulu supaya tak membazir masa dia.. dia busy.. banyak benda nak fikir.. selalunya dia cuma follow up perkembangan anak-anak melalui mak.. so walaupun dia tak jumpa anak-anak, dia tahu setiap perkembangan kami..

walaupun dia selalu takde di sisi saya, tapi pada saat saya perlukan dia, just sms or email him..
alhamdulillah.. biarlah jarak memisahkan kami.. biarlah rindu yang terus membunga ni kekal untuk abah.. takpe, setiap kali teringat kat abah.. hati ni akan automatic berdoa untuk abah.. moga abah sentiasa tenang, bahagia, terpelihara, dilindungi, sihat dan dipermudahkan segala urusan...

so kat sni kita dapat belajar 1 perkara (banyak sebenarnya) bahawa 'sayang' tu bukanlah terletak pada kata-kata.. bukanlah perlu diucap-ucap.. 'sayang' tu adalah suatu pemberian yang lahir dari hati, dan diterima juga dengan hati..

p/s: kemuliaan seorg ayah bukan hanya krn jasa dia.. tapi krn Allah sendiri yg telah memuliakan seorang ayah..

13 ulasan:

  1. terharunya rasa...msti sejuk ja hati,terharu abah lillah kalau dia baca ni..org pn dh terasa nk nangis..

    BalasPadam
  2. anak sulong selalunya perangai sama ngan perangai ayah dia. Sama cm org jugak. Perangai org sama cm ayah org. Cra pemikiran.. same as my father. Ego, taste, kegemaran pun kdg2 sama. hehe.. rindu kat abah jugak.

    rose

    BalasPadam
  3. bukan takat terharu nie..org da nangis da pon..huk3..

    ya Allah,tb2 teringat kat arwah ayah org =(....

    btol 2..ibu bapa adalah insan yg mulia..

    org setuju sgt2 ngan statemnent ni "'sayang' tu bukanlah terletak pada kata-kata.. bukanlah perlu diucap-ucap.. 'sayang' tu adalah suatu pemberian yang lahir dari hati, dan diterima juga dengan hati"...

    BalasPadam
  4. teringat masa lillah cite kat org dulu..ms 2 x jumpa mak lagi..dok t'bayang2 cam mn la mak nie..time 2 kagum sgt2 ngan mak..

    bila baca artikel ni, org t'bayang2 mak n abah lillah..huhu..

    btol2..setuju sgt setuju: "mak jadi penyejuk di tengah-tengah"...hehe..org mmg nmpk pon..mmg mak mampu jd 'pendamai'..huhu..org salute mak =)..

    BalasPadam
  5. salam ziarah & kunujugan..huhuu..nice blog..sy suka..memg la kalo kt ddk berjauhan ngn family rindu sering mggamit..

    BalasPadam
  6. to aisyahumaira :
    malu la kalau abah baca.... hehe :p

    to rose:
    aah.. sama kan.. sama degil.. hehe

    to insankerdil:
    kita share mak abah yer... :)


    to fatahiyyah:
    tula.. jauh2 rindu2an...:)

    BalasPadam
  7. lama akk xsinggah blog ni...aduh, skali singgah...pap, menyentuh hati n perasaan....

    huhu...nak nangis dah ni...
    tingat nak balik kg ni...
    tp xleh...maklumla bz time LM ni....

    lilah...miss u!!

    BalasPadam
  8. terharunya ='(...huk3..
    thanks lillah =)...

    BalasPadam
  9. saya anak sulung gak..same ke ngan bapa saya...
    mungkin sama..garang tapi kuat nangis...hehe..
    bapa penyayang..tapi tak tunjukka..betul3..diam jer..sanggup tolong anak dia w,pun dia sendiri sakit..teringat kat dia..rindu sgt..sayangilah bapa,walid,ayah,abah,papa..ape saje la panggilan..tunjukkan kasih sayang kita pada mereka sebelum kita atau dia yang pergi dahulu..wallahualam..

    BalasPadam
  10. to kak mas..

    kak mas...luv u!!!
    :p

    to insan kerdil...
    yeay dapt tambah sorg lg power puff girl dlm family.. hehe

    :p

    to penguin...
    btul2!! huhu.. nak jd anak yg baik........ nak nak nak jugak!!
    moga ayah akak dimasukkn dlm golongan beriman...
    dia bertuah sbb ada akk utk doakan dia.. :)

    BalasPadam
  11. huhu..so skang da bape org da ahli power puff girl??? =p


    w/pun kita da x mungkin b'sama dia scr fizikal..insyaAllah kita masih blh b'sama dia..kita masih blh doakan dia..kita masih sumbangkan something tok dia..insyaAllah..

    BalasPadam
  12. skrg dah ada 3 la... lillah amik yg blossom.. cici amik bubbles.. romlah amik buttercup...

    wa...

    once again.. power puff girls save the day...

    :p

    BalasPadam
  13. hoho...buttercup pon buttercup lah..huhu..

    yeay..powerpuff girls lets save the day =p...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....