Sabtu, 31 Mei 2008

mendidik suami.. sebelum dan selepas berkahwin



semalam ada kuliah agama untuk staf Frim lagi.. cuma kali ni dibuat ketika waktu solat Jumaat.. ada ustazah datang.. semua audience pun perempuan. saya datang lewat 45 minit sebab ada hal perlu diselesaikan..

namun 45 minit yang baki tu saya gunakan sebaiknya..

kuliah ni tentang hak PeReMpUan.. sekaligus bekalan yang bagus untuk isteri/ibu dan bakal isteri/ibu yang bekerjaya..

intro...
"Jiwa kita memerlukan pengisian. jiwa ibarat botol air yang kosong. tidak bernilai tanpa isinya. Jiwa tanpa isi ini bukan sahaja tak bernilai di dunia sebab hidupnya tak bermakna.. tetapi jiwa ini juga tidak bernilai di pandangan Allah hinggakan boleh dicampak ke dalam neraka.."
Ayat permulaan yang membuatkan saya duduk tak berani pidah tempat duduk.

"kekuatan seorang perempuan solehah lebih dari 15 lelaki tak soleh.. maknanya seorang perempuan solehah boleh menyelamatkan 15 lelaki tak soleh.. tapi perempuan tak solehah boleh merosakkan ribuan lelaki.."sambung ustazah..

"perempuan selalu kata : saya mengharapkan suami mendidik saya... Sepatutnya kita didik diri kita dan diri dia. Gunalah psikologi. orang lelaki besar tanggungjawabanya, itu tak bermakna kita tak boleh didik mereka. Mereka besar tanggungjawab kerana menanggung hukum, nafkah dan dosa. tetapi di samping Adam ada Hawa yang berperanan mendidik suami.. Tapi janganlah sampai suami panggil isteri ustazah.. gunalah hikmah.. psikologi.."

"Pujuk dia..cakap sikit-sikit lama-lama masuk juga. Psiko dia secara lembut.. didik dia.."

"misalnya nak minta duit poket bulanan, minta tu gunalah psiko secara lembut. itu memang hak isteri tetapi kenalah minta dgn hikmah, elakkan suami tersinggung."

panjang nak tulis.. so saya buat sinopsis :
jangan biar lelaki lepas tangan.. jangan berdikari sangat hinggakan suami lepas tangan.semua ni bermula di awal perkahwinan.. biar suami basuh pinggan dia sendiri. biar dia sapu rumah. awal perkahwinan masih ada bau pengantin, dia pun tak jadi nak marah.. sebab kalau tak dibiasakan dia buat sikit-sikit kerja rumah, nanti bila kita dah mengandung dan ada anak, dia tak tahu nak tolong. Sedangkan kita ni dah tak larat nak buat kerja masa tu.. perut dah besar, anak yang ada nak kena mandikan, bagi makan dan nak kena tengok pelajarannya.. yang suami pula balik kerja buat tak tau je. nampak pinggan kotor buat tak tau je. nampak rumah berselerak buat tak nampak je.. Sehari dua mungkin isteri yang bekerja bolehla tahan.. lama-lama bahaya.. hati terluka bimbang boleh menyebabkan derhaka..

next isi penting :
Mas kahwin tu hak isteri. zaman sekarang ni ramai yang tak tahu hukum dan pakai suka hati je guna duit bakal isteri untuk mas kahwin. bakal suami pinjam duit isteri dan ganti semula lepas kahwin. Tak boleh. jatuh cerai. Kongsi duit dengan bakal isteri pun tak boleh.. Dan wang hantaran, sebaik-baiknya biarlah pihak lelaki yang uruskan sekadar yang dia mampu.. biar dia mulakan tanggungjawab dia.. Dia yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk sara family oleh Allah.. bukan oleh datuk bandar ke, menteri ke, raja ke.. Kalau belum kahwin pun dah tak mampu nak bertanggungjawab, lepas kahwin berisiko besar dia tak bertanggungjawab.. bertanggungjawab di sini maknanya dia take care nafkah zahir batin dan dia faham tentang tangungan dia.. ini tak sama dengan memberi kemewahan..

lepas kahwin, suami tak boleh ambil mas kahwin tu.

Suami tak boleh makan harta isteri..ini masalah tauhid dengan Allah.. kalaupun isteri redha, tetapi suami jangan lupa yang Allah akan persoalkan tanggungjawab dia untuk menanggung family.

**Suasana agak tegang dalam dewan. ramai yang bersuara tak bersetuju.. saya pula semakin excited nak dengar. huh.. kat sini semua staf yang bekerja.

seorang wanita mempersoalkan" saya kerja dgn keizinan suami.. takkan tak boleh duit saya suami makan?"
"kamu boleh bagi anak makan duit tu.. tapi bukan suami.. kalau kamu nak belanja makan, kamu boleh bayar untuk diri dan anak.. suami dia kena bayar sendiri"
jawab ustazah..

~## saya agak keliru dgn ayat ustazah. tapi suasana tegang dan ramai yang bersoal jawab, so saya remain silence.. sebab saya pernah dengar sebaik2 sedekah ialah sedekah pada family sendiri.. kena kaji ni!!

Penutup:
Jangan memperhambakan diri pada suami kerana Allah telah mengangkat martabat wanita.. tapi seperti yang dah Nabi saw beritau kita wanita akhir zaman akan diperhambakan dan mengambil alih tanggungjawab lelaki..

Jangan kesiankan suami di dunia sahaja.. kesiankan dia selepas mati nanti.. Tak sia-sia pengorbanan.. hasil pengorbanan ialah anak yang soleh solehah, harta yang paling bernilai di dalam kubur..

"Ustazah.. susahlah nak cari suami yang faham benda ni.. silap2 putus tunang la kalau bagitau dia hal ni" seorang wanita mengomel.

Ustazah memandang saya dan dua orang kawan lagi, kami je yang muda-muda kat situ.. yang lain dah 30an-50an..
"kamu nanti nak kahwin, cari yang takut pada Allah.. Sebab kalau dia takut pada Allah, dia insya'Allah akan tunaikan segala tanggungjawab dia sama ada yang kamu nampak dan yang kamu tak nampak.. sebab dia tahu Allah nampak. dan dia tahu Allah akan soal dia.. "

Persoalannya macam mana nak tau dia ni 'lelaki yang takutkan Allah ke tak?'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya sembang dengan mak semula.. mak kata "Nak lelaki yang takutkan Allah, kena jadi perempuan yang takutkan Allah.. kalau sama-sama di atas niat yang sama, baru boleh bertemu.. Salah satu yang kita boleh lihat, no love before akad.. no such things.. kalau takutkan Allah, kita tak buat benda lagha tu. Sebab sesuatu yang kerana Allah tak boleh dicampur maksiat tu."

Adik saya pun nak dengar sama..budak lelaki pun kena dengar juga.

"Mula-mula persiapkan diri dulu.. bila dah rasa sedia nak kahwin, dah sanggup terima tanggungjawab.. sanggup susah senang bersama2.. then doa minta Allah temukan dengan jodoh. Jumpa terus risik dan kahwin. tak payah nak berkenalan lama-lama. dah kahwin berkenalan lah puas-puas..Tak kisahlah lelaki pinang perempuan atau perempuan pinang lelaki, yang penting niat. selepas akad tu, janganlah nak rasa tersalah pilih ke atau menyesal.. walau sekaya atau sehebat mana si isteri tu dan semiskin mana si suami tu, kalau dah tu jodohnya, sekufu la tu.. di pandangan Allah sama je, sesuai la tu.. saling melengkapi.."

Saya mengusik mak.."lepas tu mak pun jatuh cinta kat abah??"

Adik saya menyampuk .."Cinta boleh dipupuk.. hehe.. ali lambat lagi." Adik saya ni baru form4.

"ye.. kalau mak tak cintakan dia dan sayangkan dia, takkan lah mak sanggup sacrifice duduk dengan dia dan jaga harta dan anak-anak dia.."balas mak.

"manalah tahu mak pertahankan perkahwinan sebab mak sayang kami.. Abah kan selalu tak ada, busy dengan kerja.." saja nak usik mak. nak tau isi hati mak. boleh diambil pengajaran untuk diri sendiri..

"Masalah dalam perkahwinan tu perkara biasa. Allah pun dah kata dunia ni masalah. mak doa pada Allah supaya Dia berkati dan pelihara perkahwinan ini agar perkahwinan ini paling berkat dan paling terpelihara.. untuk dijadikan contoh pada anak-anak dan orang sekeliling.. Ya Allah.. aku kahwin kerana Engkau.. bukan kerana rupa dan harta.. Peliharalah dan berkatilah perkahwinan ini supaya dapat dijadikan punca hidayah pada hambaMu yang lain.." sambung mak lagi..

Hm..Alhamdulillah.. mak memang banyak menolong masalah rumahtangga orang lain..:-)

"Statistik di UK, 40% couple tak kahwin tapi duduk serumah sampai beranak pinak.. menjelang 2010 nanti naik 80%.. sebab mereka takut terikat dengan tanggungjawab dan prosedur bercerai.." sampuk adik saya.

"Alhamdulillah kita Islam, kita tak buat macam tu.. tapi tak pelik ada orang yang mengaku islam buat macam tu..Tak mahu kahwin sebab tak nak pikul tanggungjawab. Tapi yang kahwin pula, tak bertanggungjawab.. Dalam relationship.. kita kena ada saling mempercayai.. kalau sebelum kahwin dah prepare untuk bercerai, baik jangan kahwin. apa maknanya kalau mak tak percaya ayah, ayah tak percaya mak, anak tak percaya ayah, ayah tak percaya anak.. hati tak tenang.. semua try and error.. kita kena saling mempercayai dalam family, but still kena waspada.. rahsia tetap rahsia.. ada yang boleh share dan ada yang tak..Bila nak kahwin, kena bersedia mental fizikal.. sebab ingat! anak-anak tu bukan lahir secara kebetulan. Tu amanah. kalau orang nak amik sofa ni, nak amik rumah ni, ambil jelah.. tu dunia je.. harta mak yang sebenar, five of you!"

lepas tu kami turun bawah untuk breakfast.. the end.

Hm.. isu yang saya kupas dalam blog ni memfokuskan kepada family.. sebab segalanya bermula dari rumah.. dari ibu dan ayah.. dari rezeki yang halal.. dalam membentuk individu-individu ahli masyarakat yang soleh solehah.. moga kita semua menjadi anak, isteri,ibu,suami,ayah~ khalifah yang soleh solehah... amin Ya Allah..

selamat menjadi 'dia yang takutkan Allah..' ;-)

Khamis, 29 Mei 2008

camana nk buang takabur, riak, ujub? :-(



Anonymous has left a new comment on your post "jawapan Iblis tentang anak Adam":

salam lillah,..
bagaimna kita nk membuang sifat takabur, riak, dan merasa diri kita smpurna?? syaitan sentiasa menyuntik racun2 tsbut kpd ank2 adam dan akibatnya dengan adanya psaan takabur, bongkak, riak ia mnyebabkan kita terhalang daripada memperoleh rahmat dan syurganya. boleh lillah jelaskan dengan lbh detail.??
------bluebutterfly----------


Jawapan Tuan Rumah :

salam rama-rama biru.. Ya Allah.. takutnya nak jawab soalan ni.. takut sebab pertama sekali risaukan diri ni yang menggunung dosa.. takutnya.. kedua, rasa takut sebab bimbang niat semasa menyampaikan ilmu, ada terselit benda-benda yg sahabat katakan di atas tu.. nauzzubillah..
yang ketiga rasa takut sebab.. orang yang berilmu yang tak mengamalkan ilmunya akan diazab sebelum penyembah berhala...

tetapi..

Don't worry..

Untuk menjaga jangan sampai ilmu ini diikuti oleh takabur, hasad, riak dan adik beradik nya la.. Rasulullah saw telah mengajar kita satu doa.. :-)
nak tau tak?

"Ya Tuhanku, bahawasanya aku berlindung pada engkau dari hati yang tidak khusyuk, dan dari Doa yang tidak didengarkan Tuhan, dan dari nafsu yang tidak mahu kenyang-kenyang, dan dari ilmu yang tidak bermanfaat!"

(Saya nak hafal dalam bahasa Arab tetapi saya tak mahu tulis di sini sebab bimbang bacaan rumi akan menyebabkan salah sebutan dan lari pula maksudnya..)

dan ada satu lagi doa..

"Ya Tuhanku, bukalah pendengaran hatiku kepada ingat akan Engkau dan beri rezekilah aku dengan taat kepada Engkau dan taat kepada Rasul Engkau dan mengamalkannya sepanjang yang tersebut di dalam kitab Engkau"

Em.. nak kikis sifat mazmumah ni usahanya seumur hidup.. sebab sifat ni berkadar sonsang dengan naik turun iman.. paling penting, jaga solat.. khusyukkan solat dan sempurnakan solat, insya'Allah hidup kita akan baik.. hati yang khusyuk dalam solat akan memberi kesan pada hidup kita~ kita akan lebih berwaspada dalam niat dan tatacara hidup kita.. so nak dapatkan solat yang khusyuk kena la jaga hati.. camana? jauhkan maksiat batin, zahir tentu sekali.. dan basuhlah hati tu dengan zikir..zikrullah..

tentang khusyuk solat boleh rujuk link ni.. http://wwwlillah.blogspot.com/

em.. sampai sini je dulu..kepada sesiapa yang nak jawab soalan
bluebutterfly-, silakan.. kita berkongsi ilmu..

go go big girl..! for Allah..!!





Ya Allah… tabahkan aku.. kuatkan aku.. aku lemah tanpa Mu..

Sudah hampir sebulan saya menjalani latihan industri.. dan sudah hampir dua bulan saya memulakan final projek saya.. dan sudah hampir sebulan saya di rumah.. keadaan kini sangat-sangat berbeza daripada kehidupan saya selama 2 tahun sebelum ini, semenjak saya menjadi mahasiswi di USM.. di USM, saya cuma perlu jaga hati saya dan kawan-kawan.. fokus study.. dan jemaah.. sifat yang diperlukan... bekerjasama.
Go go big girl! For Allah..!!

Di sini.. hari ini.. saya seorang anak.. seorang kakak sulung.. seorang pekerja di makmal.. seorang pelajar yang sedang menjalankan projek yang menentukan keputusan akhir ijazah.. Ya Allah.... Ya Allah... sifat yang diperlukan.. ketaatan.. most of the time sentiasa kene taat dgn arahan yang dikeluarkan.. (terapi yang bagus untuk si nakal macam saya ni)

Bangun awal dalam pukul 3 pagi, solat sunat sikit.. kemudian study untuk research sampai subuh.. lepas solat, baca Yassin untuk memulakan hari dgn gembira :-)

Sebelum matahari naik, 6.30 pagi dah bertolak keluar demi mengelakkan terperangkap dlm traffic jam… sepanjang perjalanan 1 jam ke destinasi adalah ‘precious moment with my beloved God’.. zikir.. sambil menikmati perjalanan pada speed limit 130km/j di Highway.

Di makmal.. bekerja sambil belajar.. ilmu mencurah-curah dari orang sekeliling.. Alhamdulillah.. disebabkan saya kena buat projek time ni, waktu orang lain rehat saya tak boleh rehat.. waktu orang lain dah balik, saya stay back.. Mereka suruh saya rehat, tapi saya nak gunakan sepenuhnya peluang yang ada ni sebaik-baiknya.. Macam-macam perkara yang berlaku yang saya tak pernah terfikir, berlaku.. dan memberi pengajaran dan pengalaman yang amat bermakna untuk saya.. kes makmal meletup sebab sisa bahan yang bertindak balas, mengemas barang-barang kimia yang expired, membersihkan mesin (best dapat buka-buka mesin dapat lihat dalam mesin), pelbagai jenis produk kilang yang tak ada di makmal USM untuk diuji.. Alhamdulillah........ :-D
Dan saya memerhatikan cara hidup staf-staf dan sahabat lain dari pelbagai universiti.. kesimpulan yang dapat dibuat~ if you take care Allah, He will take care you..
Go go big girl! For Allah..!!


Balik.. traffic jam yang memberi peluang sekali lagi untuk saya berdua dgn my beloved God sekali lagi.. kali ni hampir 2 jam.. Alhamdulillah.. :-P

Paling utama... saya belajar erti hidup.. hidup ini suatu perkongsian.. pagi sampai petang saya all out habis-habisan untuk kerja. Malam pegang peranan sebagai anak sulung yang kena uruskan hal adik-adik.. ambil balik tuisyen, bawa pergi beli barang, basuh baju.. beli makanan.. (masak? Baik beli je lah.. 3 orang adik yang nak menu berbeza, pengsan kakak nak masak..) Kadang-kadang hal kerja ada problem, tanpa sengaja masa makan dgn family, fikiran teringat hal kerja.. kadang-kadang ragam adik-adik atau urusan keluarga yang tak boleh diduga menguji kesabaran.. sabar.. sabar.. Kadang-kadang rasa macam tak ada jalan keluar.. dan bila tengah sangat penat.. balik rumah pula ada komitmen yang memerlukan saya untuk senyum walaupun hati sedang menangis.. sepertiga malam pula untuk Allah, kemudian study dan buat report.. weekend memang kene ikut time table emak, full time peranan anak sulung diperlukan..
Go go big girl! For Allah..!!


Ya Allah.. kusedari kekurangan diri ini.. Ya Allah.. kuinsafi kelemahan diri.. Ya Allah.. aku ingin menjadi anak yang solehah, kebanggaan ibu ayah.. yang menjadi penyejuk hati ibu ayah.. hanya itu yang kuinginkan.. :’-)

Mak abah nak saya further study lepas ijazah ni.. hm.. dalam keadaan ni, saya tak rasa macam nak sambung study.. Apapun, kalau tu permintaan mak abah, anakmu ini akan usahakan yang terbaik.. demi syurga.. demi nikmat melihat wajah Allah yang terindah..!!!
Go go big girl! For Allah..!!

Ya Allah.. basahkanlah lidahku dengan zikrullah.. hidupkan hatiku dengan zikrullah.. Aku mengharapkan redhaMu.. Aku mengharapkan cintaMu.. Aku mengharapkan bertemu denganMu..

Tak terlafaz kata mengucap hiba.. walaupun aku tak dapat melihatMu.. Aku tahu Kau sentiasa dekat denganKu.. Ya Allah, aku rindukan Engkau... Cukuplah Engkau untukku :’-) Go go big girl! For Allah..!!

Isnin, 26 Mei 2008

yg dirindu.. moga bertemu di syurga nanti.. :)

Alhamdulillah.. lama tak menulis blog, tapi syukur sebab blog teman-teman fillah terus mengalir ilmunya,, sempat ziarah blog Goku yg mengumpul 6 mutiara iman.. hehe.. terbaca kisah tokoh Islam..

Nak syer sikitlah tentang secebis dari pesanan Umar Abdul Aziz..

Em.. sebelum tu nak tanya.. kenal ke kat Umar Abdul Aziz ni???

Biodata Ringkas



Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan



Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)



Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Ok.. skrg baru boleh syer kata-kata beliau.. dah kenal baru la boleh jatuh cinta.. :-)

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Stakat ni dulu.. masih banyak lagi kisah hidup beliau yg cukup hebat utk kita study dan hayati.. pesan pada diri sendiri~ jgn lupa habiskan baca buku sirah yg dlm almari tu..~ :-)

Isnin, 19 Mei 2008

saat paling best dlm bercinta bila.. hanya berdua..


Ketahuilah setiap detik dan saat itu terlalu bernilai untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja.. setiap detik dan saat akan dihisab di depan Allah nanti. Allah akan menanyakan perihal masamu itu. Ramai yang menunggu apabila uban memutih untuk mula menghabiskan masa duduk bermunajat dan menghidupkan ibadah. Malangnya ketika uban mulai memutih, kudrat mereka sudah terlalu lemah. Baru solat sunat enam rakaat sudah sakit pinggang dan sendi-sendi badan. Paling menyedihkan tidak sempat beruban lagi, umurnya sudah ke penghujung ataupun sehingga uban memutih keseluruhan masih bertangguh..

Saya belajar dari wanita-wanita solehah di sekeliling saya. Saya melihat bagaimana mereka menghargai masa mereka. Masa yang paling bernilai ialah masa yang diperuntukkan khas untuk yang teristimewa yang bertakhta di hati. Masa yang paling bahagia untuk pasangan kekasih tentulah ketika berdua bersendirian sambil mengucapkan kata-kata pujian dan pujukan serta mengulang-ulang lafaz sayang berkali-kali.. tiada jemu.. hakikatnya cinta yang bertakhta kepada Allah berkali-kali ganda nikmatnya ketika bersendirian bersama Allah.. kerana itulah dalam kesibukan menguruskan rumahtangga dan urusan-urusan kehidupan, wanita-wanita solehah mencari dan mencuri masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.. hanya berdua.

Di saat abah dah tidur lena, kami adik beradik pun nyenyak dibuai mimpi, mak akan bangun untuk bersolat malam.. untuk mengelakkan abah terjaga di tengah malam, mak akan bersolat di luar bilik.. Masa itu mak akan menangis dan kadang-kadang kelihatan berzikir tidak bergerak hinggalah hampir subuh..

Nenek saya,ibu mak saya. Uwo~ nama panggilan kepadanya. Uwo menjadi janda sebelum usianya 40 tahun. Selepas arwah tok meninggal, Uwo menunaikan haji yang pertama. Di hadapan Allah, uwo berdoa agar diberi peluang untuk beribadah solat tanpa haid. Pada usia 40 tahun uwo pun putus haid. Semenjak itu setiap malamnya sibuk dengan Allah. Apabila anak-anak membesar, ibu tunggal ini semakin banyak menghabiskan masa hanya dengan Allah. Rumah diubahsuai agar ruang ibadahnya tidak terganggu oleh cucu-cucu yang ramai. Untuk menziarahi uwo, kami kena patuhi peraturan uwo. Dia sangat marah jika jadual ibadahnya terganggu. Misalnya, dia kena tidur awal supaya dapat bangun 3 pagi nanti. Jadi janganlah bersembang dengan dia hingga lewat malam. Dia kena habiskan beberapa ribu zikir pada waktu pagi, dan petang. Jadi jangan nak bersembang dengan dia masa dia sedang berzikir. Dia akan ke duduk di luar rumah sendirian dan adakalanya duduk di sofa berdiam diri.. sebenarnya dia sedang berzikir. Jangan ditegur. Bersembang hanya bila dia yang memulakan cerita sahaja. Dan dia memang ramah, bila nampak orang nak menegur sapa.. jadi kenala buat-buat sibuk~ masak ke, mengemas rumah ke, study ke.. sebab kalaupun dia yang mulakan sembang tu, dia akan menyesal bila zikir tak habis.. Kalau nak dibawa ke hotel~ kena bagi bilik sendirian sebab dia nak masa uzlah. Kalau nak dibawa berjalan, kena fikirkan faktor jangan sampai dia penat dan tak larat nak beribadah. Bila Raya Aidilfitri, kami dibenarkan balik kampung pada raya kedua. Ramadhan~ DO NOT DISTURB. Malam akhir Ramadhan adalah kemuncak ibadah. Kami panggil ~ malam FINAL~ malam PENENTU.. uwo ada anak murid yang datang mengaji tetapi tu pun masanya uwo dah kurangkan.. katanya dia nak fokus untuk dirinya yang dah nak mati..

Along~ patutnya saya panggil Maklong. Kakak sulung mak saya. Mak long ni jenis yang boleh bersolat malam di mana-mana sahaja. Dia tak kisah ada orang atau tak. Kebanyakkan masanya diguna untuk membaca Al-Quran dan menghafal. Pagi~dia mengaji. Petang~kelas mengaji untuk kanak-kanak. Malam~menghafal Al-Quran.. Dia ada 3 orang anak. 2 daripadanya hafaz Al-Quran. Sekarang Along pun sedang menghafaz juga. Along dan uwo berlumba-lumba menghafal. Along tidak setegas uwo. Jadual ibadahnya lebih fleksibel. Dia suka orang menziarahi rumahnya. Dia sangat suka memasak. Kelebihan dia yang sangat ketara ialah dia ni sangat pemurah. Bila bersedekah selalu lupa diri. Sampai tak cukup nak belanja diri sendiri. Tapi along tak takut dan bimbang, dia tak kisah dengan semua tu. Rumah dia ada banyak buku-buku agama dan buku-buku kaunseling dan dia ada simpan buku-buku adik beradik saya juga.. Walaupun dia suka menerima tetamu, dia tetap make sure kan yang dia ada masa alone~ khas untuk amal ibadah yang tanpa gangguan.. kesimpulannya~ masa berdua dengan Allah tetap kena ada walau macam mana busy dengan urusan hidup..

MakNgah Kalsom~kakak abah. makcik saya ni still single.. Kerana dia masih single, bila dia nak melancong saya akan dibawa untuk teman dia. Rutin dia, zikir sentiasa.. bila stop je bersembang, nanti dia berzikir perlahan.. lepas solat maghrib dia akan duduk berwirid sampai isyak. Lepas subuh pula akan wirid sampai pukul 7 pagi. Dia tinggal dengan atuk nenek dan bekerja di bandar. Katanya, kalau sedih, duduk la wirid lama-lama sampai hati tenang.. Tentang makngah, dia sangat tegas tentang bab kesucian dan halal dari bab makanan hinggalah air wudhuk dan mandi wajib. Rumah atuk saya ada ramai budak kecil, mak ngah saya ni kiranya unit kebersihan la.. Bila dia nak ambil sesuatu keputusan, dia akan fikir habis-habisan dan tak berubah pendirian. Ketika zaman kebangkitan bertudung era 80an, dia mula bertudung labuh. Kemudian era 90an dan 2000, ramai yang tudungnya mengecut.. tapi makngah maintain. Mak Ngah kata kita kena faham apa yang kita buat baru kita tak terikut-ikut orang lain. Dia juga menghabiskan banyak masa bersendirian di sejadah.. lepas dah settel urusan dengan Allah, baru dia keluar bilik untuk settelkan urusan rumah dan kerja.

MakNgah Fauziah~ipar mak saya. Saya mengenali masthurat di rumah makngah ni. MakNgah sibuk dengan anaknya 9 orang dan usaha dakwah tabligh. 3 orang anaknya sudah menghafaz Al-Quran. Yang lain insya’Allah coming soon.. Sebelum mak kahwin dulu, mak tinggal dengan mereka.. masa tu lah mak mula berpurdah.. Mak Ngah sangat rajin dan tak boleh duduk diam. Ada sahaja yang nak dibuatnya~ kuih, kek, jahitan, berkebun.. mendapat tempahan yang sangat banyak.. Dan ketika sesi taklim(majlis ilmu), ucapan dari makngah sangat sedap masuk ke dalam hati.. Dia full time kan hidup secara Islam.. Sambil masak, membasuh, berkebun berzikir.. berzikir.. dan berzikir.. mana pergi, kerja hati ialah berzikir.. itu cara kita nak uzlahkan hati dari dunia..

Acu~ adik bongsu mak saya. Acu sekarang ni janda tak ada anak.. Sekarang sepenuh masa fokus untuk membina hidup baru dan perniagaannya ~ busana muslim.. dan menjaga uwo dan along di kampung.. Di rumahnya, di situlah tempat dia beribadah dan bekerja.. dan menjaga kucing yang baru beranak. . Acu ni pun orang kuat tabligh, cuma sekarang semenjak single ni, dia tak boleh selalu keluar ikut program masthurat sebab program tu kena ada muhrim.. Saya doakan supaya acu dapat lelaki soleh suatu hari nanti..amin..

Kesimpulannya, marilah kita hargai setiap detik dan saat agar sentiasa dalam zikrullah dan hidupkanlah amal ibadah malam kita dengan sungguh-sungguh.. sibuk macam mana sekalipun, usah bimbang.. untuk beribadah khas untuk Allah, Allah sendiri yang akan memberi tenaga dan kekuatan itu.. jika rasa tak larat je nak buat ibadah, atau rasa susah nak buat ibadah.. kenalah peiksa hati semula.. mungkin karat-karat hati telah menyebabkan Allah tak nak pandang kita.. Sebab bila kita ingat pada Allah, tu tanda Allah mengingati kita.. Moga kita semua dikurniakan kemanisan dalam ibadah dalam setiap nafas kita ini.. dan mencapai keredhaan Allah dalam ibadah yang khusyuk, ikhlas dan tawadhuk sehingga nafas terakhir.. Insya’Allah... :’-)

Allah di hati.. dunia di kaki..


Kaum itu disibukkan untuk memberi dan melapangkan kesempitan makhluk. Mereka mengambil dan memberi. Mengambil dari kurnia dan rahmat Allah dan memberikan kepada fakir dan miskin yang kesempitan. :’-)

Mereka menunaikan hutang orang yang berhutang yang tidak mampu melangsaikannya. Mereka adalah raja-raja, bukan raja-raja dunia kerana raja-raja dunia itu mengambil dan tidak memberi. Sedang kaum itu mengutamakan orang lain dan menunggu-nunggu yang tidak hadir.

Mereka mengambil dari pemberian Allah, bukan pemberian makhluk. Usaha anggota badan mereka untuk makhluk,sedang usaha hati mereka untuk mereka sendiri. Mereka memberikan harta itu kerana Allah, bukan kerana nafsu, bukan kerana pujian dan sanjungan.

Tinggalkan kaum yang sombong terhadap Allah dan terhadap makhluk, kerana sombong itu termasuk sifat-sifat orang-orang pemaksa yang akan dibenamkan dalam neraka Jahannam. Apabila kamu marah kepada Allah, maka kamu sombong kepadaNya.. :’-0

Apabila muadzin melaungkan azan lalu kamu tidak menjawabnya dengan mendirikan solat, maka kamu telah sombong kepadaNya. Apabila kamu menganiaya seseorang, maka kamu telah sombong kepadaNya.

Bertaubatlah dan ikhlaskanlah taubatmu sebelum Dia membinasakanmu dengan selemah-lemah makhlukNya sebagaimana Raja Namrud dan raja-raja lain dibinasakan. Ketika mereka sombong kepadaNya maka Dia merendahkannya setelah memuliakannya.

Di kalangan manusia ada orang yang dunia di tangannya tetapi tidak menyintainya. Dia memiliki dunia tetapi dunia tidak memilikinya. Dunia mencintainya tetapi dia tidak mencintainya.

Dunia mengejarnya dari belakang dan dia tidak mengejar dunia. Dia mempergunakan dunia tetapi dunia tidak dapat mempergunakannya. Dia memisahkan dunia tetapi dunia tidak memisahkannya.

Berpalinglah dari seluruh makhluk dan carilah pencipta seluruh makhluk itu... (*_*)

c.i.n.t.a... buta..


Sarri Saqti rahmatullah alaih menceritakan tentang seorang wanita, “Ketika berdiri untuk mengerjakan solat tahajud, wanita itu berkata, “Wahai Allah.. iblis juga adalah hambaMu, Engkau berkuasa penuh ke atasnya. Dia dapat melihat aku sedangkan aku tidak dapat melihatnya. Engkau melihatnya dan berkuasa ke atas segala tindak tanduknya dan dia tidak berkuasa, walau sedikitpun, ke atas segala tindakanMu. Ya Allah, jauhi dia daripada menghasutku supaya melakukan maksiat. Bertindaklah ke atasnya sekiranya dia melakukan tipu daya terhadapku. Aku memohon perlindunganMu daripada kejahatannya dan dengan pertolonganMu aku dapat menjauhinya.” Kemudian dia selalu menangis sehingga sebelah matanya buta. Orang ramai menasihatinya, “Takutilah Allah tetapi jangan sampai mata yang sebelah lagi menjadi buta.” Dia menjawab “jika ditakdirkan mata ini adalah mata syurga maka Allah swt akan memberikan mata yang lebih baik. Sekiranya ditakdirkan mata ini adalah mata neraka, maka lebih baik mata ini tidak ada. ”

Ahad, 18 Mei 2008

benarkah C.I.N.T.A? atau sekadar ungkapan P.A.L.S.U?


Allah mengetahui yang terbaik..
Allah memberi yang terbaik..
Allah adalah yang terbaik..
Alhamdulillah.. :'-)

C.i.n.t.a..
syarat cinta termasuklah membenarkan, mempercayai dan menyetujui..
Abu Bakar as Siddiq ra ketika benar-benar mencintai Rasulullah saw, beliau menafkahkan seluruh hartanya kepada baginda, dan beliau mencontohi sifat-sifat baginda. Beliau setia dalam kefakiran bersama baginda sehingga bajunya sendiri berlubang.. Dia mempercayai Rasulullah saw pada yang lahir di mata kasar dan yang batin..
Subhanallah.. Manisnya bercinta.. segala yang pahit dirasa manis.. Alhamdulillah.. Inilah salah satu nikmat yang cukup hebat.

Sedangkan pada diriku..
cumalah cinta seorang pendusta.. seorang pendusta yang mengakui cinta kepada orang-orang soleh dan teragak-agak dalam menghulurkan secebis pengorbanan..sedangkan dalam masa yang sama saya mengharapkan untuk dekat dan bersahabat dengan mereka..

Jadilah orang yang berakal!!
ini adalah cinta PALSU!!
orang yang mencintai itu tidak menyembunyikan sesuatu dari orang yang dicintainya, dan orang yang dicintainya dapat mempengaruhinya dalam segala hal..

Fakir itu sentiasa ada pada Rasulullah saw. Tidak beralih dari baginda. oleh itu baginda pernah bersabda yang bermaksud "Kefakiran itu lebih cepat kepada orang yang mencintai aku daripada mengalirnya air ke tempat penghabisannya."

Aisyah r.a berkata dunia sentiasa sulit atas kamu selama Rasulullah saw di tengah-tengah kami. ketika baginda wafat, maka dunia ditumpahkan kepada kami.. maka diisyaratkan untuk cintakan Rasulullah saw dengan fakir, dan diisyaratkan untuk cintakan Allah dengan cubaan..

:'-/

Dari sebahagian ulama mengatakan bahawa dilimpahkan cubaan itu dengan kecintaan, agar seseorang tidak mengaku cinta kepada Allah dengan dusta, nifak dan riak..

Wahai diriku.. wahai diri yang merasa sakit.. wahai diri yang bersedih.. wahai diri yang lalai.. wahai diri yang mati.. kembalilah dari dakwaan dan kedustaanmu..

janganlah membahayakan dirimu..
janganlah bermain dengan si penukar wang kerana dia tak sudi menerima kamu dan akan membuka aib kamu..
janganlah bermain dengan ular dan binatang buas kerana keduanya akan membinasakan kamu..

jika kamu mampu menjampi ular itu maka pergilah kepada ular itu.. jika kamu mampu mengalahkan bintang buas itu datanglah kepadanya..

jalan Allah itu memerlukan kepada kejujuran.. dan memerlukan kepada cahaya makrifat kepadaNYA..

Sedangkan matahari makrifat itu terbit di dalam hati orang-orang yang jujur, tidak terbenam siang dan malam..

Ampunkan hambamu ini Ya Allah.. Terimalah taubatku.. Aku tak berdaya tanpa Mu.. Aku sia-sia tanpa cinta Mu.. Amat binasa dan celaka aku tanpa Mu.. Kasihanilah aku.. Aku sujud kepadaMu kerana Mu.. Aku mengasihi keluargaku keranaMu.. Aku ke tengah umat kerana MU.. Aku belajar keranaMu.. Aku bekerja kerana Mu.. Aku untuk Mu.. Terimalah pengabdian ku.. Terimalah hamba hina ini.. Terimalah cintaku yang buta dan capik ini.. Sempurnakanlah cinta ku ini seperti yang Kau cintai kerana hanya Allah yang Maha Sempurna..Amin Ya Allah..Amin.. :'-(

Isnin, 12 Mei 2008

harta yang berkuasa..


seorang tuan mempunyai beberapa orang hamba sahaya. dia yang berkuasa atas hamba-hamba itu, disuruh dan ditegahnya, dimarah dan diherdiknya. seorang lagi orang kaya menyimpan banyak harta, harta menjadi miliknya sebagaimana hamba milik tuannya. hamba, adalah manusia.. sedangkan harta, barang yang tidak bernyawa..

adakah kita lihat org kaya dpt memerintah hartaya sbgaimana memerintah hambanya?
sebaliknya yang berlaku.. banyak yang kita lihat, hartalah yang memerintah pemiliknya. dia dipenjarakan oleh hartanya. bukanlah si kaya yang berkuasa tetapi hartanya yang berkuasa..

teori lama telah dikalahkan oleh teori baru..
kepercayaan kolot dibasmi dengan kepercayaan moden..
Agama tahyul digantikan dengan agama Tauhid..
Zaman sewenang-wenangnya diganti dengan zaman demokrasi..
tetapi..
kuasa harta yang menguasai sejak manusia diciptakan di alam ini tidak berkurang, malah semakin bertambah.. mantap sungguh jajahannya..

Harta yang berkuasa. dengan harta semua menjadi. inilah seruan yang kita biasa dengar. hampir manusia putus asa menghadapi perdamaian, ilmu dan budi, kesucian dan kesopanan. sebab kesemuanya tidak melebihi kekuasaan harta si fulan, yang dahulunya berkuasa, ternama, termasyhur, diangkat dan dijunjung, bukan lantaran ilmunya, budinya, sopannya, tetapi lantaran hartanya.. bilamana harta habis, lenganglah orang dari kiri kanannya..

bukanlah yang bersalah harta itu.. tetapi pemiliknya.. Ya Allah.. jadikanlah segala urusan dunia kami sebagai pendekat kepada Engkau.. Kosongkan dunia dan makhluk dari hati kami.. Jadikanlah segala yang ada di sekeliling kami sebagai saksi yang membela kami di hari Hisab nanti.. Wahai Allah.. tidaklah sesuatu itu menjadi sia-sia kecuali apabila Engkau mensia-siakannya.. Jauhkanlah aku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku dari amalan yang sia-sia.. Amin Ya Rabb..

Ahad, 11 Mei 2008

jawapan Iblis tentang anak Adam

Berkata Wahib bin Alwird, kami difahamkan bahawa pada suatu ketika
iblis menjelma dan bertemu Yahya bin Zakaria alaihissalam. Ia berkata: “Saya
hendak menasihati awak.” Yahya menjawab: “Aku tidak perlu nasihatmu! Tapi
cukup engkau terangkan kepadaku tentang hal anak-anak Adam ini!” Iblis
menjawab: “Pada kami mereka ada tiga golongan.

Golongan pertama, ialah yang paling payah untuk kami tawan. Apabila
kami mula menggoda salah seorang dan mereka dan mereka termakan godaan
kami tiba-tiba ia mohon ampun dan bertaubat. Maka habislah usaha kami. Bila
kami ulangi diapun mengulangi taubat dan istighfar. Begitulah kami tidak
berputus asa akan tetapi tidak juga sampai hajat kami terhadapnya.

Golongan kedua, pula mereka ini di tangan kami ibarat bola yang
menjadi permainan anak-anak kamu. Kami perlakukan apa sahaja menurut
kehendak kami. Mereka sudah beres menjadi tawanan kami.

Golongan ketiga, ialah orang-orang seperti kamu, terpelihara dari dosa.
Kami tidak berdaya berbuat apa-apa terhadap mereka.”
Dari riwayat ini jelas bahawa para da’ei Islam ialah orang-orang yang
lebih kerap berhadapan dengan tipu daya dan perbuatan jahat syaitan dar yang
dihadapi oleh orang lain.

Serangan iblis terhadap para da’ei kadangkala dalam bentuk sifat
takabbur dan ghunun, merasa ujub dengan ilmu, dengan amalan agama,
kesalihan dan sebagainya. Lantas dengan itu ia melihat dirinya sebagai orang
yang lebih baik, lebih bijak berbicara dan makhluk Allah yang lain. Kalau
sewaktu-waktu seorang da’ei itu berperasaan demikian maka ia hendaklah
beristi’azah, berlindung diri dengan Allah dan serangan sikap ini.
Serangan iblis terhadap pendirian da’ei kadang-kadang berkait dengan
habuan dan perhiasan duniawi.

Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan berwaspada dan berhati-hati dalam melangkah agar tidak terjatuh dalam perangkap syaitan.. Ya Allah, jauhkan kami dari gangguan syaitan, jin dan makhlukmu yang berniat buruk seperti jauhnya syurga dari neraka.. amin ya Rabb..

Sabtu, 10 Mei 2008

Latihan Industri @ Latihan Iman (LI)


Alhamdulillah.. syukur tak terhingga kpd Allah swt.. sayang-sayang sangat pada Allah.. Thank you Allah! Alhamdulillah..

Baru 5 hari saya menjalani latihan industri (LI) di FRIM,Kepong,K.L.. Tak pernah terfikir akan ke sini utk LI.. sbb mohon SIRIM di Shah Alam.. Apapun kita merancang, Allah pun merancang, namun perancangan Allah itulah yang terbaik.. Alhamdulillah lagi :-)

4 org student dari Teknologi Industri USM yang buat LI di FRIM~ saya salah sorangnya. tapi mereka bertiga dapat sebumbung.. saya terpisah.. saya dihantar ke cawangan kertas dan pulpa..

Doa saya masa tu biarlah dapat surrounding yang terjaga syariatnya.. risau..
"Ya Allah.. Aku buat ini semua krn Engkau, Engkau peliharalah aku dan sekelilingku.. letakkanlah aku dalam syariat yang Engkau cintai dan dalam keredhaanMu pada setiap saat.." Saya takut LI saya lagha..Sia-sia.. tak mau jadi lagha..Allah je yang boleh tolong.. Ni lah first time saya pergi bekerja (tak ada elaun pun..). sebelum ni mak tak pernah bagi. semuanya atas sebab takut berdosa~ yelah, faham.. sebab perempuan ni kan punca fitnah.. nak buat macam mana, tak make up, dah bertudung labuh pun still kene mengorat..
Dulu masa lepas SPM, semua kawan2 cari kerja nak tambah duit poket.. saya pun nak join sama. then, mak tanya : "Atas dasar apa kakak nak kerja? Duit? Kakak bawah tanggungan mak abah. Mak abah boleh bagi duit tu.. Perempuan keluar je rumah, syaitan dah mendongak dah.. syaitan dah get ready nak buat hal.. duduk je rumah tolong mak. Tak ada keperluan utk kakak pergi kerja. kalau kakak keluar sebab nak cari rezeki, ada tanggungan tak apa.. sekarang tak payah nak susah2.. nak pergi mana2, bagitau je nanti mak bawa.."

Mula-mula merajuk lepas permohonan nak kerja kene reject dengan mak. Masa tu pujuk hati "Takpelah, taat pada mak, insya'Allah akan dapat yang lebih baik.." menangis la juga sikit. sebab kawan2 macam best je kerja. ~ tak lama lepas tu kucing2 belakang rumah bertambah, saya sibuk menjaga kucing2 tu..bahagia sangat!! kalau saya kerja, tentu tak dapat nak main kucing2 tu 24jam, Alhamdulillah.. :-D

Dalam 5 hari kerja ni, saya duduk di makmal.. dah nak demam dah ni(lama-lama biasalah nanti).. Hari yang paling best hari Jumaat, semalam. pukul 10.30-12tgh.~office hours.. ada kuliah agama untuk staf di auditorium FRIM.. best3x Alhamdulillah.. terserempak dengan ayah2 kawan2~ berkirim salamlah.. antaranya ayah seorang kawan yang dah arwah~ saya kirim salam pada isteri dan anak perempuannya..

Kuliah tu oleh ustad Zaki.. berjubah dan berserban putih.. tabligh rasanya.. Penyelia saya pula jadi pengerusi majlis.. Penyelia saya pun tabligh juga kot..(Ada janggut tak ada misai, bersongkok)..

Tajuk kuliah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.. tapi banyak masuk bab2 lain.. dan yang paling saya terkesan tentang kisah perdebatan Imam Abu Hanifah dengan Dahri.. Satu perkara tambahan yang sebelum ni saya nak sangat-sangat tahu iaitu kenapa lelaki digalakkan pakai kopiah/songkok/serban time solat.. jawapan : untuk elak rambut tertindih dahi masa sujud so tak sah solat.. ooo...betul2.. pakai serban pula hukumnya sunnah. selain tu adik saya tambah "ustad kata dapat membezakan kita dengan orang2 fasik.."

Apapun.. ni baru seminggu.. ada 7 minggu lagi.."Ya Allah.. Aku buat ini semua krn Engkau, Engkau peliharalah aku dan sekelilingku.. letakkanlah aku dalam syariat yang Engkau cintai dan dalam keredhaanMu pada setiap saat..Hanya kepada Engkau tempat aku berharap. Amin.."

Selasa, 6 Mei 2008

Sucinya dia.. bersihnya dia.. Lelaki soleh penjaga Rumah Allah

asyik cakap pasal wanita.. solehah.. wanita.. solehah... perempuan..isteri..ibu.. dah tu memang yang menulisnya perempuan.. sasaran pembacanya pun perempuan.. (lelaki nak baca tak salah pun.. sebab kalian pun ada mak, kakak, adik, isteri,anak)

terdetik di hati pada suatu hari, "Ya Allah.. Aku tahu wanita solehah untuk lelaki soleh.. untuk mendapat yang soleh perlu menjadi solehah.. namun masih adakah lelaki soleh yang hidupnya hanya kerana Engkau, pengorbanannya hanya kerana Engkau, yang menggadaikan segala-galanya hanya kerana Engkau, yang suci hatinya hanya kerana Engkau, yang bersih dirinya dari karat harta dunia????" ~walaupun dia bukan untukku, teringin nak lihat dengan mata sendiri lelaki sesoleh ini.. (*_*)

'Pap..Pap..' Tayar pancit!!! :'-(

Saya baru balik dari makmal buat projek..(penat dan stress)
Mak ada di sisi.. bibir mak bergerak perlahan "Alhamdulillah.. bertenang.."
Saya tak terkata apa kemudian dgn sedikit kekuatan "Alhamdulillah.. takpa mak, mesti ada hikmah ni.."
kami keluar dari kereta.. Wow.. kempis habis sehingga rim tayar mencecah jalan. Bila masa kami langgar benda tajam? Mak mengeluarkan buku manual tukar tayar. sambil membaca sambil cuba menukar tayar.. abah di KL.. amin,hafiz,ali pun di KL.. kami je yang berdua yang terdampar di Penang.. :'-(

Cubaan menukar tayar gagal.. Mak memeriksa nombor dalam handphone.. tak ada yang sesuai.. mak mencuba lagi.. kasihan mak, dengan jubah dan purdahnya terpaksa hampir bersujud ke jalan untuk melihat tayar ganti di bawah kereta yang tersangkut tak boleh keluar..Ramai yang lalu lalang tetapi sekadar memandang. ee..geram, sampai hati tengok je perempuan tukar tayar tapi tak mahu tolong!! kemudian segera memujuk hati : tak baik bersangka buruk lillah! mereka semua ada urusan penting yang lebih utama.. janganlah marah2, yang takdirkan tayar pancit dan tak de org tolong ni Allah yang tentukan, kenapa nak marah?

Mak masih gigih. kami dah berpeluh-peluh ke depan ke belkang.. cuba itu.. cuba ini.. dulu masa kereta kancil, mak pernahlah tukar sendiri, tapi toyota Unser ni berat lah.. Dalam hati tak putus-putus doa "Ya Allah.. kami redha andai ini untuk kami.. janganlah kau biarkan kami sendirian, bantulah kami dengan bantuan terbaik Mu dari sisiMu.. "

"Assalammualaikum.. kakak.." seorang lelaki cina berkopiah menegur emak. mak menjawab salam dan bangun.
"Kakak.. biar saya tolong.. ini kerja orang laki-laki.. perempuan tak daya ni.." dia menyambung sambil tangan kanannya dihulurkan untuk mengambil besi panjang yang mak gunakan untuk menarik tayar..
"Kakak langgar apa?"
Mak pun bercerita dari A hingga Z... kemudian dia pun tolong..kemudian datang seorang lelaki melayu cuba utk membantu. dia ni on the way nak ke masjid.(ringkaskan cerita)

Pengumuman: kereta kami pancit berhampiran masjid. Cina mualaf ni penjaga masjid. dia baru lepas solat jemaah asar..

Akhirnya dua2 gagal cabut tayar yang pancit. lelaki melayu tu bagitau bahawa terdapat sebuah bengkel kereta tak jauh dari tempat kami.. mak dan saya berpandangan.. takkan mak nak ke sana.. mak pulak takkan nak bagi saya sorang2 ke sana.. takkan kami berdua nak ke sana tinggalkan kereta kat sini dengan orang asing.
"Kakak, biar saya pergi.. saya lari sekejap saja.." si mualaf cina tu dah lari jauh sebelum mak sempat jawab. tak lama kemudian orang dari bengkel tu datang.. lepas periksa tayar.. dia ke bengkel semula ambil tayar baru. lelaki melayu tu pula dah pergi masjid. tinggal kami bertiga.. ramah mak bersembang dengan si mualaf ni..saya diam saja macam batu tak berani nak pandang dia. bahaya untuk iman~ sebab akhlaknya je dah buat perempuan tertawan!!

saya tak faham sangat bahasa telo cina penang dia.. dapat tangkap ayat tertentu je.. balik tu study semula dengan mak.. :-)..

Sinopsis tentang lelaki mualaf ni.
dia masuk islam ogos 2006.. semangat dia menunjukkan sekeping kertas membuktikan dia dah memeluk agama Islam.. sebelum memeluk agama ni dia kerja buat mozek. kemudian dia jatuh sakit dan menjalani pembedahan. bila dia dah sedar, dia dpt hidayah dan peluk Islam... :-D
Family dia halau dia.. dia masih kerja buat mozek.. tapi kesan dari pembedahan dia terpaksa stop kerja tu.. then, dia yang sebatang kara pergilah ke masjid..

** saya suka dengar dia sebut "Saya tinggal di rumah Allah.. saya jaga rumah Allah.."
Dia tak menyebut masjid, sebaliknya rumah Allah..

Di masjid, dia tolong menjaga masjid.. bersihkan masjid.. baru tiga bulan kerja di masjid ni.. bulan mei ni genap 3 bulan, baru dapat gaji.. so.. bayangkan 3 bulan ni dia tak ada pendapatan.. makan minum?
"Kadang-kadang tok imam, bilal bagi upah RM1, Rm2 lepas bersihkan masjid.. orang Islam pun suka bersedekah.."
Mak menyoal "Hanif tak try minta zakat?." . nama penuh mualaf ni hanif bin Abdullah.. Dia kata ada minta tapi kena ikut prosedur minta, kadang-kadang kalau ada kesempatan dia mintalah.. tapi dia ragu2 boleh lagi ke terima zakat sedangkan dah 2 tahun..
"Ogos ni baru genap 2 tahun hanif.. boleh lagi.." jawab mak. Hanif semangat bercerita tentang gaji 3 bulan pertamanya yang bakal diterimanya. Mak pula seperti biasa, dengan tazkirah bab menabung..
"Dapat duit, simpan.. buat buku tabung haji.. jangan habiskan belanja semua.. simpan supaya dapat pergi haji.." Ayat yang sama kami adik beradik selalu dengar..
banyak yang disembangkan.. hati mencair.. malu pada Allah menebal.. betapa lemahnya iman saya kerana selalu berkeluh kesah dalam kemewahan.. sedangkan si hanif ni hilang keluarga kerana cintakan Allah.. hilang sumber pendapatan kerana Allah.. hilang kehidupan lamanya(tempat tinggal) kerana Allah.. kini dia tinggal dalam dunia yang baru dan berbeza.. dunianya sangat kecil.. Dia,imam, bilal, jemaah yang rajin ke masjid dan rumah Allah.. tu je geng dia.. makan minum sekadarnya supaya dapat hidup dan beribadah. masa yang terluang digunakan untuk mantapkan iman..

Last sekali..(mak ni sempat aje dia,,)
"Hanif dah kahwin?" selamba je mak ni!!!!
"Saya hidup susah.. dulu sebelum masuk islam, saya ada kawan perempuan.. tapi keluarga tak suka dia.. lepas tu tak pernah ada kawan perempuan.." Dia pun selamba je jawab.. Tayar sampai! ha.. perbualan terhenti.. pasang tayar..

dah selesai tukar tayar.. mak bayar harga tayar pada tauke bengkel.. dan bayar zakat pada hanif.. hanif berulangkali pesan supaya mak singgah la bila2 lagi datang Penang.. dia akan ada di sini sentiasa, tak pegi mana2, insya'Allah.. Mak bagitau kalau mak datang lagi, mak akan suruh ninja boy mak(adik2 lelaki saya) solat di masjid..

balik tu kepala rasa ringan.. hati berbunga2.. mak pun tersenyum2.. ceria.. mak gembira sebab dapat bayar zakat.. saya gembira sebab Allah telah membuktikan bahawa di celah-celah kaca ada permata.. kilauannya sukar dibezakan, namun nilainya sangatlah berbeza.. saya doakan hanif bahagia dalam kemanisan cinta Allah sehingga ke syurga nanti..amin..
Mak berkata perlahan "Kita ni sibuk dengan dunia.. dia pula sibuk dengan akhirat.. dia sangat2 suci dan bersih.. Allah ambil dia keluar dari kekufuran.. Bersihkan dia.. Asingkan dia dari kekotoran makhluk dan dunia.. simpan dia elok2 di dalam Rumah Allah.. Betapa dia suci dan bersih.. mak gembira dapat bayar zakat pada dia.."

Alhamdulillah..
Alhamdulillah kerana Allah memancitkan tayar kami agar kami dapat bertemu hanif, bayar zakat dan polish iman..
:-)

Ahad, 4 Mei 2008

'mak abah' Hadiah Allah utk kakak~ :'-) 'kakak &adik2' hadiah Allah utk mak abah

Assalammualaikum wbt mak abah yang disayangai dan dikasihi..
Mak, abah..
Lama kakak fikirkan hadiah apa nak bagi pada mak abah sempena rasa syukur umur mencecah 21tahun ni.. kemudian kakak terfikir pula apa kriteria hadiah yang benar-benar mak abah akan gembira menerimanya.. kalau mahal harga hadiah tu sekalipun, mak abah tentu lebih mampu membelinya dari kakak.. dan kakak tahu mak abah tak pandang tu semua.. kemudian kakak fikir barang apa yang mak abah tak ada, semuanya pun mak abah dah ada.. barang-barang kakak pun mak abah yang sediakan.. akhirnya kakak teringat sesuatu.. kakak dan adik-adik, kami berlima.. kamilah harta mak abah yang paling bernilai.. kamilah aset mak abah dunia akhirat.. doa kamilah yang mak abah akan rindukan di dalam kubur nanti..

Mak abah..
Anak sulung mak abah ni dah masuk umur 21 tahun..
Tapi tak ada apa-apa bakti yang dah kakak lakukan..
Tak ada apa-apa yang kakak berikan..
Dan pastinya tak terbalas segala budi mak abah pada kakak..
Pengorbanan mak abah sudah bermula terlalu awal, sebelum kakak lahir.. sebelum mak berkahwin.. Macam yang mak ceritakan pada kakak, mak fikirkan,bersedia dan merancang tentang anak-anak sebelum mak berkahwin lagi..

Mak abah..
Kakak nak berjaya dalam hidup ni..
Dalam kehidupan di dunia dan akhirat..
Kunci kejayaan kakak adalah mak abah..
Untuk jadi wanita solehah semestinya perlu lulus anak yang solehah..
Untuk jadi isteri dan ibu solehah juga perlu lulus anak solehah..
Kakak malu nak cakap semua ni di bibir, jadi kakak tulis..

Hari ini, kakak pasang azam baru..
Yang kakak akan insya’Allah tunaikan..
Kakak sangat-sangat mengharapkan redha mak abah..
Kerana di situlah keredhaan Allah
Hidup ni hanya sekali, entah bila salah seorang dari kita pergi dulu..
Ampunkan anak mu ini..
Kakak takut kakak terlepas peluang yang satu ni dan akan menyesal di akhirat nanti..
Kakak nak sangat-sangat supaya kita semua satu family dapat bersama di syurga nanti..

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga kerana Yang Esa
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa di dalam kehidupan pancaroba
Cinta di hatinya hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu di hatinya hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat-sifat anak yang soleh..

Mak abah..
Kalau bercerai kasih dengan adik beraadik, kakak dapat cari ganti.. ada 5, hilang satu ada lagi yang lain..
Kalau bercerai kasih dengan kawan-kawan, kakak cari je di mana-mana..
Kalau bercerai kasih dengan pasangan hidup, kahwin je lain.. hahaha
Tapi..
Kalau bercerai kasih dengan mak abah..
Tak dapat diganti, tak dapat dicari..

Ya Allah.. ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku.. Ya Allah.. Aku sayang ibuku.. Aku sayang bapaku.. Engkaulah sebaik2 penyayang.. Engkau sayangilah mereka.. Engkau pilihlah kami untuk Engkau cintai.. Berilah kemanisan hidup di dunia akhirat kepada kami. Tempatkanlah kami bersama-sama orang-orang soleh di Hari Hisab. Satukanlah kami di syurga Engkau di darjat yang tertinggi di sisi Engkau.. Hanya kepada Engkau tempat kami menadah tangan memohon belas kasihan dan harapan.. Perkenankanlah Ya Rahim…

P/s: pesan mak "Kakak, this is only in theory (isi surat ni).. I want you to practice it.. At this age you should have know me well.. mak dah sangat memahami kakak, dah banyak memuaskan hati kakak walaupun tak semuanya..At this age I want you to be my daughter and my bestfrend.. seorang kawan yang memahami dan pendengar yang baik.. selagi kakak masih seorang anak, I am your best friend.. but when you are married, we are no longer best friend but a mother and a daughter.. your husband should be your bestfriend. Don't ever buka keaiban rumahtangga pada orang lain especially your parents, because kami mungkin menyebabkan rumahtangga anak2 terbarai.. Fikir dalam2 sebelum seek help from org ketiga.. but please not us your parents.. at that time, mak harap mak tak perlu bercakap banyak utk kakak faham isi hati mak.. sbb mak mungkin tak akan cakap waktu tu lagi.. tetapi selagi kakak masih single ni, mak tak akan berhenti bercakap (nasihat @ membebel :-) @ tazkirah) sebab setiap saat ni amat bernilai utk mak.. dulu mak bimbang tak menjadi isteri dan ibu yang solehah.. sekarang mak bimbang anak2 dan menantu mak tak menjadi isteri yg solehah kpd suami yg memegang kunci syurga dan ibu yang solehah utk cucu2 zuriat mak.."

Abah pulak.. ni kat gambar ni..

DiSkuSi Kelahiran Semula ~ soalan dari non muslim kpd muslim..


Saturday, May 3, 2008
Reincarnation vs Hereafter

http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/641



Soalan:


"kwn sy penah tanya ttg kehidupan lps mati, dari konsep buddha, org jahat yg mati akn jadi haiwan dlm next birth.. so mreka dberi pluang utk btaubat.. mreka pertikaikan islam yg cuma ada 1 pluang je hidup.. sy dah try jwb yg sy tau.. tp nk gak tau pdngn org len,yg lbh berilmu.. sy dlu jwb ikut logik,alhamdulillah kwn2 terima.."

-Sis 'lillah' (http://coretanfisabilillah.blogspot.com/)


Jawapan:


Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh MM Badjie (http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/636), Sdr. Daniel (http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/637) dan MM Iman (http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/639). Jawapan-jawapan tu sama macam yang saya fikirkan sebelum ini... hehe..

Mungkin di sini saya nak buat sedikit penggulungan terhadap jawapan yang diberikan..


1. Jom enjoy!


Reincarnation:

Jika kita ada peluang kedua, ketiga dan seterusnya, maka tak salahlah untuk kita enjoy di kehidupan ini.. Kita boleh lah, mencuri, minum arak, berzina, hisap dadah, berjudi dsb. Kalau pun kita dilahirkan dalam kasta yang lebih rendah atau dalam rupabentuk haiwan dsb, kita masih ada peluang untuk menjadi baik.

Sebagai contoh, sekiranya kita dilahirkan semula sebagai seekor kucing, kita boleh menjadi seekor kucing yang baik dan kemudian akan dibangkitkan semula dalam kehidupan berikutnya sebagai seorang manusia... begitulah seterusnya..




Hereafter:

Jika kita hanya ada satu peluang, maka sudah tentulah kita perlu berusaha melakukan kebaikan dan mengelak daripada melakukan kejahatan dengan seboleh mungkin. Kalau pun kita melakukan kesalahan, kita akan segera bertaubat dan segera memberhentikan kesalahan itu. Ini kerana, sekiranya kita gagal mentaati Tuhan dalam kehidupan ini, kita akan terus gagal di akhirat. Tiada lagi peluang kedua!

Maka jelaslah di sini konsep hereafter lebih praktikal dalam membentuk manusia yang baik.


2. Risiko


Reincarnation:

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, reincarnation membawa konsep adanya peluang kedua. Katakanlah konsep ini adalah konsep yang benar, maka orang-orang yang percaya kepada konsep ini tentulah akan selamat. Tetapi dalam masa sama, bagi mereka yang tidak percaya kepada konsep ini, walaupun telah membuat pilihan yang salah, masih mempunyai peluang kedua dan peluang-peluang berikutnya. Maka sebenarnya mereka juga berpeluang untuk selamat.

Selain itu, ramai pengikut agama Buddha hari ini claim bahawa agama mereka adalah compatible dengan agama-agama lain. Dengan lain perkataan, seseorang itu boleh mengamalkan mana-mana agama selain daripada agama Buddha, tetapi selagimana dia mengamalkan kebaikan, dia tetap akan diterima. Ini bermakna, kalau pun kita tidak menganut agama Buddha, kita juga boleh selamat!


Hereafter:

Agama Islam membawa konsep hereafter. Sesiapa yang percaya (beriman) dengan agama Islam dan melakukan kebaikan (amal soleh), dia akan selamat daripada azab neraka dan berpeluang mendapat ganjaran syurga yang nikmatnya di luar batasan imaginasi manusia.


Nabi Muhammad SAW bersabda, "Allah Taala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang soleh, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mana-mana mata, tidak pernah didengari oleh mana-mana telinga dan tidak pernah terbayang oleh hati..." (Sahih Muslim 40:670)

Tetapi sekiranya seseorang menolak kebenaran Islam setelah ia dipersembahkan kepadanya, dia akan diazab di neraka yang amat pedih.

Firman Allah: "Sesungguhnya bagi mereka yang menolak petunjuk-petunjuk (signs) Kami, Kami akan campakkan mereka ke dalam api neraka; apabila kulit mereka hangus, Kami akan gantikannya dengan kulit yang baru agar mereka merasai (kepedihan) azab itu..." (an-Nisa' 4:56)

Jika kita menganalisa dari sudut risiko, maka jelas sekali memilih untuk menganut Islam adalah pilihan yang berisiko rendah. Ini kerana, sekiranya agama Buddha yang membawa konsep reincarnation adalah agama yang benar, orang Islam juga berpeluang untuk selamat. Tetapi sekiranya agama Islam yang membawa konsep hereafter adalah agama yang benar, orang Islam berpeluang untuk selamat dari azab neraka, tetapi orang Buddha tidak!

Ini bermakna peluang untuk orang Islam selamat adalah lebih besar. Kita selamat dalam kedua-dua kes!

Maka memilih Islam adalah pilihan yang lebih selamat dan lebih bijak.


WaLLahu a'alam.


meow!

Posted by AM Firdaus at 9:02 AM
Labels: reincarnation

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....