Sabtu, 10 Mei 2008
Latihan Industri @ Latihan Iman (LI)
Alhamdulillah.. syukur tak terhingga kpd Allah swt.. sayang-sayang sangat pada Allah.. Thank you Allah! Alhamdulillah..
Baru 5 hari saya menjalani latihan industri (LI) di FRIM,Kepong,K.L.. Tak pernah terfikir akan ke sini utk LI.. sbb mohon SIRIM di Shah Alam.. Apapun kita merancang, Allah pun merancang, namun perancangan Allah itulah yang terbaik.. Alhamdulillah lagi :-)
4 org student dari Teknologi Industri USM yang buat LI di FRIM~ saya salah sorangnya. tapi mereka bertiga dapat sebumbung.. saya terpisah.. saya dihantar ke cawangan kertas dan pulpa..
Doa saya masa tu biarlah dapat surrounding yang terjaga syariatnya.. risau..
"Ya Allah.. Aku buat ini semua krn Engkau, Engkau peliharalah aku dan sekelilingku.. letakkanlah aku dalam syariat yang Engkau cintai dan dalam keredhaanMu pada setiap saat.." Saya takut LI saya lagha..Sia-sia.. tak mau jadi lagha..Allah je yang boleh tolong.. Ni lah first time saya pergi bekerja (tak ada elaun pun..). sebelum ni mak tak pernah bagi. semuanya atas sebab takut berdosa~ yelah, faham.. sebab perempuan ni kan punca fitnah.. nak buat macam mana, tak make up, dah bertudung labuh pun still kene mengorat..
Dulu masa lepas SPM, semua kawan2 cari kerja nak tambah duit poket.. saya pun nak join sama. then, mak tanya : "Atas dasar apa kakak nak kerja? Duit? Kakak bawah tanggungan mak abah. Mak abah boleh bagi duit tu.. Perempuan keluar je rumah, syaitan dah mendongak dah.. syaitan dah get ready nak buat hal.. duduk je rumah tolong mak. Tak ada keperluan utk kakak pergi kerja. kalau kakak keluar sebab nak cari rezeki, ada tanggungan tak apa.. sekarang tak payah nak susah2.. nak pergi mana2, bagitau je nanti mak bawa.."
Mula-mula merajuk lepas permohonan nak kerja kene reject dengan mak. Masa tu pujuk hati "Takpelah, taat pada mak, insya'Allah akan dapat yang lebih baik.." menangis la juga sikit. sebab kawan2 macam best je kerja. ~ tak lama lepas tu kucing2 belakang rumah bertambah, saya sibuk menjaga kucing2 tu..bahagia sangat!! kalau saya kerja, tentu tak dapat nak main kucing2 tu 24jam, Alhamdulillah.. :-D
Dalam 5 hari kerja ni, saya duduk di makmal.. dah nak demam dah ni(lama-lama biasalah nanti).. Hari yang paling best hari Jumaat, semalam. pukul 10.30-12tgh.~office hours.. ada kuliah agama untuk staf di auditorium FRIM.. best3x Alhamdulillah.. terserempak dengan ayah2 kawan2~ berkirim salamlah.. antaranya ayah seorang kawan yang dah arwah~ saya kirim salam pada isteri dan anak perempuannya..
Kuliah tu oleh ustad Zaki.. berjubah dan berserban putih.. tabligh rasanya.. Penyelia saya pula jadi pengerusi majlis.. Penyelia saya pun tabligh juga kot..(Ada janggut tak ada misai, bersongkok)..
Tajuk kuliah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.. tapi banyak masuk bab2 lain.. dan yang paling saya terkesan tentang kisah perdebatan Imam Abu Hanifah dengan Dahri.. Satu perkara tambahan yang sebelum ni saya nak sangat-sangat tahu iaitu kenapa lelaki digalakkan pakai kopiah/songkok/serban time solat.. jawapan : untuk elak rambut tertindih dahi masa sujud so tak sah solat.. ooo...betul2.. pakai serban pula hukumnya sunnah. selain tu adik saya tambah "ustad kata dapat membezakan kita dengan orang2 fasik.."
Apapun.. ni baru seminggu.. ada 7 minggu lagi.."Ya Allah.. Aku buat ini semua krn Engkau, Engkau peliharalah aku dan sekelilingku.. letakkanlah aku dalam syariat yang Engkau cintai dan dalam keredhaanMu pada setiap saat..Hanya kepada Engkau tempat aku berharap. Amin.."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalammualaikum. Nak tnya, kalau LI kat frim memg xde elaun eh
BalasPadamMohon bantuan maklumat ye. hehe
BalasPadamWaalaikumussalam
BalasPadamMasa saya tak de elaun oleh frim... tapi usm bagi elaun.... Sekarang tak pasti kalau ada peeubahan
Assalamualaikum. Hai sis. Saya student TI, USM. Alhamdulillah, saya dah dpt tawaran LI di FRIM feb-june 2016. Sekarang ni, USM tak bagi elaun. HAHA. So, semuanya sekarang bergantung dgn perbelanjaan ptptn :)
BalasPadamWaalaikumusslm... Hai junior akak lah! Dulu usm bagi lepas habis training... Hm.. Tak ada peruntukkan agaknya. Jenuh juga ya
BalasPadamsalam blogger...bulan tiga ni saya nak li kat FRIM.. Nervous jugaklah. Saya student UPSI diploma sains. Cuma tak tahu kat mana nk cari rumah sewa...agak2 tahu tak?
BalasPadamSalam. Boleh share tak alamat areaq rumah sewa sekitar frim. Bakal Intern bulan 7 nanti. 😊
BalasPadamsalam blogger , bulan 11 ni sy li kt FRIM.. cuma na tahu kt mana na cari rumah sewa?
BalasPadam