Berkata Wahib bin Alwird, kami difahamkan bahawa pada suatu ketika
iblis menjelma dan bertemu Yahya bin Zakaria alaihissalam. Ia berkata: “Saya
hendak menasihati awak.” Yahya menjawab: “Aku tidak perlu nasihatmu! Tapi
cukup engkau terangkan kepadaku tentang hal anak-anak Adam ini!” Iblis
menjawab: “Pada kami mereka ada tiga golongan.
Golongan pertama, ialah yang paling payah untuk kami tawan. Apabila
kami mula menggoda salah seorang dan mereka dan mereka termakan godaan
kami tiba-tiba ia mohon ampun dan bertaubat. Maka habislah usaha kami. Bila
kami ulangi diapun mengulangi taubat dan istighfar. Begitulah kami tidak
berputus asa akan tetapi tidak juga sampai hajat kami terhadapnya.
Golongan kedua, pula mereka ini di tangan kami ibarat bola yang
menjadi permainan anak-anak kamu. Kami perlakukan apa sahaja menurut
kehendak kami. Mereka sudah beres menjadi tawanan kami.
Golongan ketiga, ialah orang-orang seperti kamu, terpelihara dari dosa.
Kami tidak berdaya berbuat apa-apa terhadap mereka.”
Dari riwayat ini jelas bahawa para da’ei Islam ialah orang-orang yang
lebih kerap berhadapan dengan tipu daya dan perbuatan jahat syaitan dar yang
dihadapi oleh orang lain.
Serangan iblis terhadap para da’ei kadangkala dalam bentuk sifat
takabbur dan ghunun, merasa ujub dengan ilmu, dengan amalan agama,
kesalihan dan sebagainya. Lantas dengan itu ia melihat dirinya sebagai orang
yang lebih baik, lebih bijak berbicara dan makhluk Allah yang lain. Kalau
sewaktu-waktu seorang da’ei itu berperasaan demikian maka ia hendaklah
beristi’azah, berlindung diri dengan Allah dan serangan sikap ini.
Serangan iblis terhadap pendirian da’ei kadang-kadang berkait dengan
habuan dan perhiasan duniawi.
Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan berwaspada dan berhati-hati dalam melangkah agar tidak terjatuh dalam perangkap syaitan.. Ya Allah, jauhkan kami dari gangguan syaitan, jin dan makhlukmu yang berniat buruk seperti jauhnya syurga dari neraka.. amin ya Rabb..
salam lillah,..
BalasPadambagaimna kita nk membuang sifat takabur, riak, dan merasa diri kita smpurna?? syaitan sentiasa menyuntik racun2 tsbut kpd ank2 adam dan akibatnya dengan adanya psaan takabur, bongkak, riak ia mnyebabkan kita terhalang daripada memperoleh rahmat dan syurganya. boleh lillah jelaskan dengan lbh detail.??
------bluebutterfly----------