Khamis, 29 Mei 2008
camana nk buang takabur, riak, ujub? :-(
Anonymous has left a new comment on your post "jawapan Iblis tentang anak Adam":
salam lillah,..
bagaimna kita nk membuang sifat takabur, riak, dan merasa diri kita smpurna?? syaitan sentiasa menyuntik racun2 tsbut kpd ank2 adam dan akibatnya dengan adanya psaan takabur, bongkak, riak ia mnyebabkan kita terhalang daripada memperoleh rahmat dan syurganya. boleh lillah jelaskan dengan lbh detail.??
------bluebutterfly----------
Jawapan Tuan Rumah :
salam rama-rama biru.. Ya Allah.. takutnya nak jawab soalan ni.. takut sebab pertama sekali risaukan diri ni yang menggunung dosa.. takutnya.. kedua, rasa takut sebab bimbang niat semasa menyampaikan ilmu, ada terselit benda-benda yg sahabat katakan di atas tu.. nauzzubillah..
yang ketiga rasa takut sebab.. orang yang berilmu yang tak mengamalkan ilmunya akan diazab sebelum penyembah berhala...
tetapi..
Don't worry..
Untuk menjaga jangan sampai ilmu ini diikuti oleh takabur, hasad, riak dan adik beradik nya la.. Rasulullah saw telah mengajar kita satu doa.. :-)
nak tau tak?
"Ya Tuhanku, bahawasanya aku berlindung pada engkau dari hati yang tidak khusyuk, dan dari Doa yang tidak didengarkan Tuhan, dan dari nafsu yang tidak mahu kenyang-kenyang, dan dari ilmu yang tidak bermanfaat!"
(Saya nak hafal dalam bahasa Arab tetapi saya tak mahu tulis di sini sebab bimbang bacaan rumi akan menyebabkan salah sebutan dan lari pula maksudnya..)
dan ada satu lagi doa..
"Ya Tuhanku, bukalah pendengaran hatiku kepada ingat akan Engkau dan beri rezekilah aku dengan taat kepada Engkau dan taat kepada Rasul Engkau dan mengamalkannya sepanjang yang tersebut di dalam kitab Engkau"
Em.. nak kikis sifat mazmumah ni usahanya seumur hidup.. sebab sifat ni berkadar sonsang dengan naik turun iman.. paling penting, jaga solat.. khusyukkan solat dan sempurnakan solat, insya'Allah hidup kita akan baik.. hati yang khusyuk dalam solat akan memberi kesan pada hidup kita~ kita akan lebih berwaspada dalam niat dan tatacara hidup kita.. so nak dapatkan solat yang khusyuk kena la jaga hati.. camana? jauhkan maksiat batin, zahir tentu sekali.. dan basuhlah hati tu dengan zikir..zikrullah..
tentang khusyuk solat boleh rujuk link ni.. http://wwwlillah.blogspot.com/
em.. sampai sini je dulu..kepada sesiapa yang nak jawab soalan bluebutterfly-, silakan.. kita berkongsi ilmu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalamualaikum w.b.t
BalasPadamimam ghazali rahmatullah alih bgtau "riya' adalah kita meninggalkan sesuatu amal baik kerana khuatirkan dtg riya' dlm hati..maka itulah riya'.."
ulama kata utk dtgkan ikhlas dlm hati..kita kene check amal kita di awal amalan, pertengahan amalan dan di akhir amalan..
kdg2 syaitan akan tipu kita dgn mnyuruh kita tnggalkan amal yg kecil krn hendak mngejar amal yg besar...tp akhirnya satu pon kita x dpt amalkan...ulama kata ramai org tertipu dgn tipu daya begini..
wa'alaikummussalam wbt..
BalasPadamterima kasih saudara.. lillah pun ada dengar tentang pendapat tu..
untuk lebih jelas tentang riya', kita ambil satu contoh :
~ seseorang tu tak mahu pakai pakaian yang melambangkan islam dan soleh. katanya nanti nampak macam alim.. nanti riya'..
~seseorang tu tak mahu mengaji atau bangkit tahajud sebab ada orang lain, nanti riya'..
~seseorang tu meninggalkan amalan ibadah yang dia biasa (rutin) lakukan kerana ada org lain , tak mahu riya'..
~SEDANGKAN MENINGGALKAN AMAL YANG BAIK ITULAH RIYA'
~**terkena batang hidung sendiri :-( Ya Allah..ampunkan kami,Ya Allah, bukalah pendengaran hatiku kepada ingat akan Engkau dan beri rezekilah aku dengan taat kepada Engkau dan taat kepada Rasul Engkau dan mengamalkannya sepanjang yang tersebut di dalam kitab Engkau