Ahad, 18 Mei 2008
benarkah C.I.N.T.A? atau sekadar ungkapan P.A.L.S.U?
Allah mengetahui yang terbaik..
Allah memberi yang terbaik..
Allah adalah yang terbaik..
Alhamdulillah.. :'-)
C.i.n.t.a..
syarat cinta termasuklah membenarkan, mempercayai dan menyetujui..
Abu Bakar as Siddiq ra ketika benar-benar mencintai Rasulullah saw, beliau menafkahkan seluruh hartanya kepada baginda, dan beliau mencontohi sifat-sifat baginda. Beliau setia dalam kefakiran bersama baginda sehingga bajunya sendiri berlubang.. Dia mempercayai Rasulullah saw pada yang lahir di mata kasar dan yang batin..
Subhanallah.. Manisnya bercinta.. segala yang pahit dirasa manis.. Alhamdulillah.. Inilah salah satu nikmat yang cukup hebat.
Sedangkan pada diriku..
cumalah cinta seorang pendusta.. seorang pendusta yang mengakui cinta kepada orang-orang soleh dan teragak-agak dalam menghulurkan secebis pengorbanan..sedangkan dalam masa yang sama saya mengharapkan untuk dekat dan bersahabat dengan mereka..
Jadilah orang yang berakal!!
ini adalah cinta PALSU!!
orang yang mencintai itu tidak menyembunyikan sesuatu dari orang yang dicintainya, dan orang yang dicintainya dapat mempengaruhinya dalam segala hal..
Fakir itu sentiasa ada pada Rasulullah saw. Tidak beralih dari baginda. oleh itu baginda pernah bersabda yang bermaksud "Kefakiran itu lebih cepat kepada orang yang mencintai aku daripada mengalirnya air ke tempat penghabisannya."
Aisyah r.a berkata dunia sentiasa sulit atas kamu selama Rasulullah saw di tengah-tengah kami. ketika baginda wafat, maka dunia ditumpahkan kepada kami.. maka diisyaratkan untuk cintakan Rasulullah saw dengan fakir, dan diisyaratkan untuk cintakan Allah dengan cubaan..
:'-/
Dari sebahagian ulama mengatakan bahawa dilimpahkan cubaan itu dengan kecintaan, agar seseorang tidak mengaku cinta kepada Allah dengan dusta, nifak dan riak..
Wahai diriku.. wahai diri yang merasa sakit.. wahai diri yang bersedih.. wahai diri yang lalai.. wahai diri yang mati.. kembalilah dari dakwaan dan kedustaanmu..
janganlah membahayakan dirimu..
janganlah bermain dengan si penukar wang kerana dia tak sudi menerima kamu dan akan membuka aib kamu..
janganlah bermain dengan ular dan binatang buas kerana keduanya akan membinasakan kamu..
jika kamu mampu menjampi ular itu maka pergilah kepada ular itu.. jika kamu mampu mengalahkan bintang buas itu datanglah kepadanya..
jalan Allah itu memerlukan kepada kejujuran.. dan memerlukan kepada cahaya makrifat kepadaNYA..
Sedangkan matahari makrifat itu terbit di dalam hati orang-orang yang jujur, tidak terbenam siang dan malam..
Ampunkan hambamu ini Ya Allah.. Terimalah taubatku.. Aku tak berdaya tanpa Mu.. Aku sia-sia tanpa cinta Mu.. Amat binasa dan celaka aku tanpa Mu.. Kasihanilah aku.. Aku sujud kepadaMu kerana Mu.. Aku mengasihi keluargaku keranaMu.. Aku ke tengah umat kerana MU.. Aku belajar keranaMu.. Aku bekerja kerana Mu.. Aku untuk Mu.. Terimalah pengabdian ku.. Terimalah hamba hina ini.. Terimalah cintaku yang buta dan capik ini.. Sempurnakanlah cinta ku ini seperti yang Kau cintai kerana hanya Allah yang Maha Sempurna..Amin Ya Allah..Amin.. :'-(
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)